Saturday, October 08, 2011

BUDGET 2012 - MAMPU KAH MALAYSIA BERUBAH

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #395


BUDGET 2012 - MAMPU KAH MALAYSIA BERUBAH
DARI SUDUT PENGANALISA EKONOMI


BUDGET 2012

  • Seperti yang di baca oleh Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 7hb Oktober 2011 yang baharu berlalu, telah Menggariskan beberapa perkara yang penting untuk Mensejahterakan Ekonomi Negara untuk tahun 2012.
  • Dimana TEMA Budget 2012 ini di namakan sebagai “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
JUMLAH BUDGET 2012
  1. Jumlah Bajet : RM232.8 bilion
  2. Perbelanjaan Operasi : RM181.6 bilion
  3. Perbelanjaan Pembangunan : RM51.2 bilion
SEDUTAN TEKS UCAPAN 
Oleh Perdana Menteri boleh di rujuk melalui Link yang berikut :-
Yang di bentangkan di dalam Lima (5) Fokus Utama dengan 126 Perenggan....
FOKUS UTAMA
  1. MELIGAT PELABURAN
  2. MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
  3. PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
  4. MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
  5. MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
ANTARA YANG DI BERI PERHATIAN KHUSUS IALAH
Antara Fokus Utama
1...Perumahan Rakyat
  • Pembiayaan Skim Rumah Pertama ku di naikkan kepada RM400,000
  • 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
  • Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat
2...Kakitangan Awam
  • Struktur Gaji lebih baik dengan Kenaikan Gaji 7-13%
  • Kenaikan Gaji Tahunan antara RM80-RM320 mengikut Gred
  • Umur Persaraan di naikkan kepada 60 tahun
  • Bonus SETENGAH Bulan Gaji atau Minimum RM500
3...Pesara Kerajaan
  • Bayaran Khas RM3,000 kepada Bekas Anggota, Duda dan Balu Polis khas dan Polis Tambahan
  • Kenaikan Pencen 2 % setahun
  • Bayaran Bantuan RM500
4...Sektor Swasta
  • Caruman Majikan KWSP untuk Gaji Bulanan di bawah RM5,000 di naikkan kepada 13 %
  • Pelepasan Cukai sehingga RM3,000 bagi Caruman Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Insurans
  • Pengecualian Cukai ke atas Pendapatan Dana Skim Persaraan Swasta
5...Warga Emas 
  • Caj Pendaftaran Pesakit Luar Percuma di semua Hospital dan Klinik Kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
  • Diskaun 50 % Tambang LRT dan Monorel
6...Tangani Inflasi
  • Bantuan RM500 kepada Isi Rumah berpendapatan di bawah RM3,000
  • Penerusan Subsidi Bil Elektrik RM20
  • Penerusan Subsidi, Insentif dan Bantuan berjumlah RM33.3 bilion
7...Pelajar
  • Yuran Sekolah Percuma
  • Bantuan RM100 untuk semua Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
  • Baucar Buku RM200 kepada Pelajar IPTA 
8...Peneroka FELDA
  • FELDA Global Ventures Holdings di senaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi Syarikat Konglomerat Global
  • Peneroka akan dapat Durian Runtuh

PERUTUSAN EDITOR

  • Editor tidak akan mengulas setiap Perkara secara terperinci yang wujud di dalam Lima (5) Fokus Budget 2012 ini 
  • Ini di sebabkan Lima (5) Fokus Keutamaan Budget 2012 ini tidak banyak beza nya dengan apa yang telah di umumkan melalui Program Transformasi Ekonomi sebelum nya.
  • Editor hanya akan mengulas Budget 2012 ini dari Sudut Kepentingan Ekonomi-Politik yang akan melibatkan Rakyat Umum secara langsung dan Pembangunan Ekonomi Negara secara keseluruhan nya.
ULASAN EDITOR
Dari Sudut Ekonomi
Fokus 1 - MELIGAT PELABURAN
  • Kerajaan terpaksa Meligatkan Pelaburan kerana kemasukan FDI -Foreign Direct Investment agak perlahan dan tidak menepati sasaran untuk membangun Ekonomi Negara di dalam Program ETP.
  • Kerana kelembapan FDI maka kerajaan terpaksa memilih untuk Meligatkan kegiatan GLC untuk menampung kekosongan yang di wujudkan oleh FDI
Fokus 2 - MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
  • Modal Insan yang terdahulu (lepasan sekolah/graduan) tidak menepati Keperluan Pasaran dari segi kelulusan yang Berteknologi Tinggi
  • Kerana itu Modal Insan itu kini di pergiatkan melalui program-program yang Mesra Industri seperti yang giat di lakukan oleh UTM (umpamanya)
Fokus 3 - PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
  • Kawasan Luar Bandar di beri Perhatian yang Khusus di sebabkan bekalan Makanan atau Bahan Makanan Asas yang berkurangan untuk menampung Keperluan Negara
  • Dimana Industri-Industri Luar bandar seperti Sektor Pertanian tidak lagi mendapat perhatian Rakyat untuk di usahakan
  • Dan juga untuk menampung Kegiatan Ekonomi yang meruncing di dalam Sektor Pengilangan dan Pembuatan di sebabkan Permintaan yang merosot di Peringkat Global.
Fokus 4 - MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
  • Rombakan di dalam Tangga Gaji untuk Penjawat Awam yang tertentu di beri perhatian di sebabkan oleh gejala Penghijrahan Penjawat Awam ke Sektor Swasta yang memberikan Imbuhan dan Gaji yang lebih menarik
  • Ini melibatkan Sekmen Pendidikan, Anggota Keselamatan dan Kaki Tangan Awam yang bekerja dengan semua Kementerian Kerajaan.
Fokus 5 - MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
  • Langkah-Langkah memberikan Bonus-Bonus yang tertentu adalah sebagai Langkah untuk mengimbangi KENAIKAN HARGA BARANGAN yang berada di Luar Kawalan
  • Yang telah menjejaskan KOS SARA HIDUP RAKYAT secara keseluruhan di semua Sektor Pekerjaan dan Golongan Rakyat.
  • Dengan Imbuhan-Imbuhan terhadap Golongan Sasaran seperti Penjawat Awam, Pemandu Teksi serta Para Pelajar akan dapat Menggiatkan KUASA MEMBELI ke tahap yang lebih baik dan langkah ini akan merancakkan keadaan Ekonomi yang malap.
  • Dan segala IMBUHAN ini sebagai Langkah untuk MENGEKALKAN Kadar Subsidi yang telah di Rombak sehingga berlaku nya Kenaikan Harga Minyak, Gas Memasak, Tarif Letrik, Harga Makanan Asas / Mentah yang menyebabkan INFLASI.
  • Dimana HASIL daripada BAHAN ASAS tersebut adalah SUMBER UTAMA kepada Pentadbiran Najib Razak di dalam Kerajaan hari ini.
Dari Sudut Politik
  • Melalui Ucapan Perdana Menteri itu sendiri dan Ulasan-Ulasan dari ramai Pengulas Ekonomi dan Politik mengatakan bahawa Budget 2012 ini adalah Budget yang TERBAIK dari Pentadbiran PM Najib Razak.
  • Ini di sebabkan oleh MISI "Do Or Die" yang perlu di hadapi oleh Pentadbiran Najib Razak untuk Percaturan Politik Peribadi beliau sendiri di dalam UMNO/BN dan Kerajaan.
  • Kerana di sepanjang Pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, PM Najib Razak adalah PM yang paling banyak menerima tentangan daripada Rakyat Umum selepas Tun Mahathir Muhammad.
  • Di samping persediaan beliau untuk menghadapi Pemilihan Parti UMNO yang di jadualkan pada Disember 2011 ini yang menimbulkan banyak KEMUNGKINAN POLITIK.
  • Dan jika beliau BERJAYA mengatasi masaalah di Perhimpunan Agong Umno, beliau akan menghadapi pula PRU13 yang boleh di jangka di dalam Bulan MARCH 2012 atau lebih awal
  • Kerana itu BUDGET 2012 yang di umumkan oleh beliau lebih MENCERMINKAN untuk MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT terhadap KEPIMPINAN beliau yang telah banyak menerima KRITIKAN dari banyak pihak yang termasuk Kritikan dari dalam UMNO/BN itu sendiri.
  • Jika beliau tidak berusaha untuk MEREDAKAN HATI RAKYAT yang terutama nya KAKI TANGAN KERAJAAN dan PENJAWAT AWAM maka harapan untuk beliau di pilih semula sebagai Presiden Parti, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia adalah TIPIS.
PERBANDINGAN DI ANTARA BUDGET PAKATAN RAKYAT DENGAN BUDGET KERAJAAN
  • Editor berpendapat bahawa Tidak banyak Perbezaan terhadap FOKUS-FOKUS yang di berikan oleh kedua-dua belah Pihak
  • Yang KETARA hanya Pemfokusan untuk MENURUNKAN HARGA BARANGAN yang lebih di Utamakan oleh Budget Pakatan Rakyat yang berpunca daripada ISU MINYAK
  • Dan Budget Kerajaan pula masih MENGELAKKAN untuk menjejaskan apa yang telah di dasarkan pada tahun 2010 dan awal 2011 untuk menjana HASIL daripada Sumber tersebut.
  • Keseluruhan nya, kedua-dua Pihak saling cuba membantu Rakyat menurut Perspektif masing-masing tetapi Budget PAKATAN RAKYAT yang sebanyak RM220.0 Billion adalah lebih rendah jika di bandingkan oleh Kerajaan UMNO/BN yang sebanyak  RM232.8 Bilion
YANG MENJADI TANDA TANYA IALAH
  • Keupayaan Pihak Kerajaan sekarang untuk MELAKSANAKAN kesemua Perkara yang telah Di FOKUSKAN itu
  • Kerana Kerajaan sekarang memiliki REKOD yang tidak baik di dalam melaksanakan JANJI-JANJI di dalam Sebutan Budget Negara.
  • Ini termasuk UNJURAN kenaikan Pertumbuhan Ekonomi Negara sebanyak 6% untuk Tahun 2012 yang di lihat sangat menentang ARUS EKONOMI DUNIA pada hari ini, dimana kebanyakan negara-negara Dunia hanya mengunjurkan Pertumbuhan sekitar 3-4% di sebabkan MASAALAH KEWANGAN yang MELANDA DUNIA.
  • Dan PENYENARAIAN FELDA di Bursa Saham juga di lihat tidak akan memberikan IMPAK secara langsung kepada Rakyat Umum malah ia akan mendorong kepada kenaikan harga Sawit dan Minyak Sawit kelak.
Editor

No comments:

Post a Comment