Tuesday, October 25, 2011

DI SEBALIK KEDAI DAN RESTORAN 1MALAYSIA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #396


DI SEBALIK KEDAI DAN RESTORAN 1MALAYSIA
YANG PERLU DI FAHAMI OLEH MASYARAKAT


KEDAI & RESTORAN 1MALAYSIA
  • Saya telah memperkatakan Isu Kedai 1MALAYSIA ini di Artikel yang terdahulu (semak kembali Post) tetapi pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai perkara-perkara di SEBALIK TABIR mengenai APAKAH KOS-KOS YANG TERSEMBUNYI di sebalik OPERASI Kedai & Restoran 1MALAYSIA.
APA YANG DI TEKAN MELALUI KEDAI & RESTORAN 1MALAYSIA
  1. HARGA PRODUK YANG 40% LEBIH MURAH untuk Kedai-Kedai Runcit 1MALAYSIA
  2. HARGA MAKANAN YANG 50% LEBIH MURAH untuk Restoran-Restoran 1MALAYSIA
FAKTOR PENYEBAB KOS JUALAN PRODUK MURAH - KEDAI 1MALAYSIA
  • Menggunakan Produk-Produk KELUARAN TEMPATAN sebanyak yang mungkin, terutama untuk menghasilkan BAHAN-BAHAN MENTAH
  • Menghapuskan BUNGKUSAN YANG BERJENAMA dan DI GANTIKAN dengan LOGO 1MALAYSIA
  • Dan setiap VENDOR atau PEMBEKAL yang MEMBEKALKAN setiap Produk yang Berlogo 1MALAYSIA di Syaratkan BERDAFTTAR dengan KPDNKK
  • Dan Syarikat MYDIN menjadi Syarikat yang MENGENDALIKAN segala OPERASI PERNIAGAAN Kedai-Kedai 1MALAYSIA.
  • Syarikat MYDIN juga MENYUMBANG Produk-Produk yang mereka sediaada serta menggunakan segala SUMBER BEKALAN yang mereka miliki sebelum ini.
RESTORAN 1MALAYSIA
  • Juga berkisar kepada menggunakan BAHAN-BAHAN MENTAH BUATAN TEMPATAN yang telah DI KHASKAN untuk BEKALAN KEPADA setiap Restoran
  • Dimana melalui CARA ini, setiap PENIAGA Restoran 1MALAYSIA tidak perlu membeli dari PASARAN TERBUKA untuk mengawal KOS.
  • Dan Setiap RESEPI untuk MENU MAKANAN telah DI OLAH SEMULA untuk MENGURANGKAN Bahan-Bahan yang tidak di perlukan untuk Tujuan Komersial.
  • Ini akan MENJIMATKAN KOS serta dapat DI JUAL dengan HARGA MURAH seperti yang di tetapkan oleh KPDNKK
APA DI SEBALIK SEGALA OPERASI INI
Setiap KOS OPERASI untuk Menjalankan Perniagaan Kedai 1MALAYSIA dan Restoran 1MALAYSIA seperti
  1. Kos Gaji Pekerja & Kakitangan
  2. Kos-Kos Pengendalian Perniagaan
  3. Kos Sewa Kedai & Bangunan
  4. Kos Bayaran Air dan Letrik
  5. Kos Pengangkutan & Penghantaran (kenderaan)
  6. Kos Pembelian Bahan-Bahan Import
  7. Kos Cukai Perniagaan & Peribadi
  8. Masih SAMA NILAI NYA dengan semua Jenis Perniagaan yang lain di seluruh Negara tanpa PENGECUALIAN.
INI MEMBAWA MAKSUD
  • Setiap Produk yang DI HASILKAN melalui KONSEP 1MALAYSIA hanya Kurang KOS terhadap Hal-Hal PENJENAMAAN nya sahaja dan BUKAN terhadap segala KOS-KOS OPERASI seperti yang di sebutkan di atas.
  • Dan JIKA setiap KOS-KOS yang di sebutkan itu MENINGKAT di sebabkan oleh Faktor kenaikan Harga Minyak Petrol, Letrik dan Gas memasak, Maka KOS OPERASI mereka akan TURUT MENINGKAT Tanpa Pengecualian.
  • Dan dengan sendiri nya Pihak Pengendali Kedai & Restoran 1MALAYSIA akan terpaksa MENAIKKAN HARGA JUALAN PRODUK dari masa ke semasa.
PENGERTIAN NYA
  • KONSEP KEDAI dan RESTORAN 1MALAYSIA ini hanya BERCORAK SEMENTARA untuk menawarkan Harga Produk yang lebih Murah kepada Pengguna.
  • Dan BUKAN untuk PENYELESAIAN JANGKA PANJANG bagi Tujuan MEMBANTU RAKYAT untuk Mengurangkan BEBAN PERBELANJAAN.
KERANA DI DALAM PERNIAGAAN
  • Setiap KOS untuk Menghasilkan sesuatu Produk di dalam Kilang Pembuatan masing-masing masih di dorong oleh 7 Faktor Asas yang di sebutkan di atas.
  • Dan TIDAK WUJUD mana-mana PENIAGA yang sanggup untuk MENYERAP sebarang KOS hanya untuk menjadikan sesuatu Harga Produk itu menjadi lebih MURAH.
DARI SUDUT MUTU 
  • Setiap Produk yang di hasilkan melalui Konsep dan Logo 1MALAYSIA akan MENGALAMI PENURUNAN MUTU kerana HAL-HAL PENJIMATAN yang di perlukan supaya setiap Produk itu dapat di jual murah.
  • Dan setiap Pengeluar Produk juga tidak akan bertanggung jawap terhadap Masalah Sampingan daripada Penurunan Mutu KERANA pembelian Produk-Produk tersebut di lakukan secara SUKARELA dan bukan secara PAKSAAN.
  • Dari Sudut Perundangan setiap Pengeluar adalah Bebas dari Tanggungan Undang-Undang secara Asas nya.
MANFAAT KEPADA SELURUH RAKYAT
USAHAWAN
  • Konsep Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini juga TIDAK AKAN DAPAT untuk beroperasi atau di wujudkan di seluruh Negara kerana memerlukan Peruntukkan MODAL yang Amat Besar dimana untuk sebuah Kedai Runcit 1MALAYSIA sahaja memerlukan lebih kurang RM500K hingga RM1.2Juta untuk menubuhkan nya.
  • Dan bukan setiap Orang akan Mampu atau Layak untuk membuka nya kerana perlu melakukan PINJAMAN dari BANK-BANK
PENGGUNA
  • Oleh kerana Pertumbuhan Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini tidak dapat di wujudkan di seluruh Negara secara mudah, maka bahagian-bahagian tertentu di seluruh negara tidak akan dapat menikmati kemudahan yang di tawarkan oleh Konsep Kedai & Restoran 1MALAYSIA.
  • Dan Masyarakat Luar Bandar adalah yang paling RUGI kerana Syarat-Syarat Penubuhan Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini Tidak Sesuai untuk di wujudkan di Kawasan-Kawasan Pendalaman atau Luar Bandar kerana POTENSI PENDUDUK sebagai PELANGGAN adalah tidak menggalakkan
  • Ini akan membuat Pihak BANK tidak akan meluluskan setiap Permohonan untuk menubuhkan Kedai & Restoran 1MALAYSIA di tempat-tempat sedemikian.
KEDAI RUNCIT BEBAS
  • Dan Kedai-Kedai Runcit Bebas juga tidak akan dapat menerima Faedah yang sama jika mereka menjadi AGEN JUALAN untuk Produk-Produk yang Berlogo 1MALAYSIA walaupun di tawarkan dengan Harga Pembelian yang Murah
  • Ini di sebakkan oleh TARAF Kedai-Kedai mereka Bukan 100% Kedai 1MALAYSIA dan hanya sebagai Agen Jualan Produk sahaja.
RUMUSAN
  • KONSEP KEDAI atau RSTORAN 1MALAYSIA adalah BUKAN PENYELESAI MASAALAH EKONOMI RAKYAT secara keseluruhan
  • Dan sangat JAUH dari MEMBANTU semua Rakyat di seluruh Negara samaada di Dalam Bandar atau di Luar Bandar
  • Dan Akhirnya nanti Pemilik-Pemilik Kedai & Restoran 1MALAYSIA akan juga MENGALAMI TEKANAN KEWANGAN untuk BERTAHAN apabila KOS ASAS terus meningkat di dalam Negara
Editor

No comments:

Post a Comment