Thursday, October 27, 2011

LAPORAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #397


LAPORAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
APA YANG BOLEH DI FAHAMI MELALUI LAPORAN TERSEBUT


LAPORAN KEWANGAN OLEH JABATAN AUDIT NEGARA UNTUK TAHUN 2010
  • Baru-baru ini JABATAN AUDIT NEGARA telah mengeluarkan LAPORAN untuk PRESTASI KEWANGAN yang di lakukan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN
  • Dan melalui Link berikut anda boleh merujuk laporan-laporan yang berkenaan: 1) Main Page 2) SIPNOSIS LAPORAN
  • Editor tidak akan mengupas Laporan Audit Negara ini secara terperinci kerana ia telah banyak di kupas, di hurai dan di perkatakan oleh ramai Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Politik, parti-parti Politik serta Bloger-Bloger sambilan dan sepenuh masa.
  • Apa yang ingin di ketengahkan oleh Editor ialah PRESTASI KEWANGAN NEGARA yang di bawah Tadbir-Urus KERAJAAN PERSEKUTUAN.
AUDIT NEGARA MELAPORKAN 
  • Dan AUDIT NEGARA ini pula melibatkan 25 Buah KEMENTERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN dan 35 Buah JABATAN PERSEKUTUAN untuk Tahun 2010..
  • Pendapatan Kasar Negara untuk Tahun 2010 adalah sebanyak RM159.65 Billion dan itu adalah kenaikan sebanyak 0.6% daripada tahun 2009 yang sebanyak RM158.64 Billion.
APA KAH LAPORAN YANG MENARIK
Di dalam laporan tersebut Pihak Audit Negara telah MENGGARISKAN beberapa Perbelanjaan yang DI LUAR BAJET yang di Luluskan oleh Parlimen seperti:-

KES PERTAMA
  • Untuk Bajet Perbelanjaan Tahun 2011 Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan Bajet sebanyak RM149.06 Billion untuk Perbelanjaan Pengurusan (Operating Expenditure)
  • Tetapi Jumlah tersebut TIDAK MENCUKUPI untuk menggerakkan 9 Buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan yang sebanyak RM151.63 Billion.
  • Dan pada 3hb June 2011 Pihak Kerajaan memohon untuk menambah Bajet Perbelanjaan sebagai langkah untuk mengatasi Kekurangan Bajet dan di Luluskan oleh Parlimen yang sebanyak RM52.79 Billion kerana telah TERLEBIH BERBELANJA sebanyak RM0.66 Billion atau 1.3% dari Bajet Asal.
  • Dan sekali lagi Kerajaan persekutuan memohon untuk Penambahan Bajet yang sebanyak RM1.95 Billion yang juga Terpaksa di Luluskan oleh Parlimen pada 5hb April 2011, juga sebagai langkah untuk mengatasi Kekurangan Wang Perbelanjaan
KES KEDUA
Melalui Pemeriksaan Berkala yang di lakukan terhadap 243 Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan di dapati:
  • Wang Rakyat serta Harta Benda Awam & Kerajaan tidak di jaga dengan betul oleh Jabatan dan Pejabat yang berkenaan.
  • Lambat untuk memasukkan Wang Pungutan ke Dalam Bank Simpanan
  • Dan Jumlah Wang Tunai di dapati Tidak Sama dengan apa yang Di Rekodkan.
RUMUSAN DARI SUDUT TADBIR-URUS KEWANGAN
PERTAMA
  • Jika di dasarkan melalui Audit Kewangan Negara ini telah menunjukkan bahawa KECEKAPAN JENTERA PENTADBIRAN Kerajaan Persekutuan di dalam SUDUT KEWANGAN di dapati SANGAT LEMAH dan TIDAK TEPAT MELAKUKAN ANGGARAN KEWANGAN.
  • Tetapi Pasukan Pemikir dan Pakar-Pakar Kewangan & Ekonomi yang hebat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan termasuk Perdana menteri yang juga sebagai MENTERI KEWANGAN tidak juga dapat melakukan Tadbir-Urus Kewangan Negara dengan berkesan.
  • Ini di sebabkan oleh Kelemahan SISTEM TADBIR URUS yang melibatkan Semua Kementerian Kerajaan yang menggunakan Kaedah CENTRALISE CONTROL di bawah Pejabat Perdana Menteri.
  • Dimana Perdana Menteri Mengawal semua Kementerian seakan Sistem AUTOCRATIC atau KUKU BESI.
  • Hasil nya sebagai Perdana Menteri yang bersifat Kuku Besi tidak akan mendapat LAPORAN YANG TEPAT dari Anggota-Anggota menteri di semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat, ini akan mendorong sesuatu FAKTA yang ingin di jadikan Perkiraan Belanjawan akan TERSASAR dari KETEPATAN.
  • Dan Sikap KETAATAN kepada Pemimpin di dalam KES ini di lihat sangat TIPIS di tunjukkan oleh Semua Menteri, Pegawai, Kakitangan dan Warga Kerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.
KEDUA
  • Melalui Laporan Audit Negara ini juga menonjolkan FAKTA bahawa di Semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan di lihat seolah-olah mereka bekerja TANPA Standard Of Practice (SOP)
  • Itu membawa maksud bahawa di kesemua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan itu mereka Bekerja TANPA SELIA dan PEMANTAUAN yang RAPI dari Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah di bahagian masing-masing.
  • Sehingga Hal-Hal Penting seperti WANG & HARTA RAKYAT tidak di beri Perhatian yang sewajar nya
  • Seolah-olah semua Anggota JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ini melakukan SILENCE PROTEST terhadap Pucuk Pimpinan Kerajaan Persekutuan dengan TIDAK MENUNJUKKAN PRESTASI KERJA yang menurut PIAWAIAN yang di tetapkan.
APAKAH INDIKATOR TERHADAP NEGARA
  • Jika semua GEJALA ini BERTERUSAN dan tidak WUJUD KEUPAYAAN untuk Membenteras serta melakukan Pembaikan terhadap semua KEPINCANGAN di Seluruh Sudut Pentadbiran Negara, maka Negara akan MENUJU kearah KEMUSNAHAN.
  • Ini di sebabkan oleh PUCUK PIMPINAN yang LEMAH di dalam SOAL-SOAL TADBIR-URUS yang di pamerkan oleh Kumpulan Kerja Perdana Menteri telah MEWUJUDKAN semua Permasaalahan yang di laporkan ini.
  • Dan Kepakaran Perdana Menteri walau di sokong oleh Pakar-Pakar Kewangan dan Ekonomi di lihat di Luar Kemampuan untuk Menguruskan Negara secara Cekap dan Efisen.
  • Dimana Perdana Menteri jika di lihat dari Modus Operandi Bekerja nya lebih banyak MEMBELANJAKAN WANG daripada melakukan PENJIMATAN-PENJIMATAN yang tidak perlu.
  • Dan Membelanjakan WANG Negara dengan CARA yang Kurang Tepat dengan Kehendak dan Keperluan Ekonomi Negara serta Rakyat Umum.
HARUS DI FAHAMI BAHAWA
  • PEMIMPIN NEGARA yang CEKAP dan EFISEN di dalam MEMIMPIN NEGARA ialah dari jenis Pemimpin yang MAHIR di dalam Mentadbir Kewangan Negara serta MAMPU untuk Menambah SIMPANAN NEGARA dengan PENINGKATAN yang STABIL dari Tahun ke Tahun.
  • Bukan untuk melakukan atau menambahkan BEBAN HUTANG yang bertambah dari Tahun ke Tahun sehingga BEBAN HUTANG tersebut terpaksa di lepaskan kepada Rakyat Umum dengan melakukan pelbagai PROGRAM CUKAI dan PEMBATALAN SUBSIDI.
APAKAH REAKSI RAKYAT UMUM
  • Daripada laporan-laporan Tidak Rasmi dari Semua Golongan Masyarakat di Seluruh Negara kini sedang HANGAT MEMPERKATAKAN KECEKAPAN dan KEWIBAWAAN Kerajaan persekutuan di bawah Pimpinan Perdana Menteri dari parti BARISAN NASIONAL.
  • Dimana secara KASAR NYA Ramai Rakyat Umum KECEWA dengan PRESTASI yang di Pamerkan oleh Kerajaan yang Memimpin Negara buat masa ini.
  • Dan JIKA Kekecewaan Rakyat tersebut di TERJEMAHKAN ke dalam PETI UNDI di dalam Pilihan Raya pada MASA ini, sudah pasti Kerajaan BARISAN NASIONAL akan DI UNDI KELUAR oleh Rakyat Umum.
  • Dan Kerajaan BARISAN NASIONAL tidak boleh MENUDING JARI terhadap Rakyat yang MENGUNDI mereka keluar kerana Rakyat Membuang UNDI mereka berdasarkan PRESTASI yang telah di pamerkan.
Editor

No comments:

Post a Comment