Thursday, June 16, 2011

RUMUSAN TIPSNIAGA.COM - Post#301

TIPsNIAGA.COM - POSTS SUMMARY - Post # 301


RUMUSAN TIPsNIAGA.COM
UNTUK KESELURUHAN POST #1 HINGGA #300


KOMENTAR EDITOR
MENGENAI TAJUK PENULISAN
  • Sejak Blog TIPsNIAGA.COM ini mula di tulis dan di siarkan pada 18hb Januari 2011 hingga pada 15hb June 2011 (dalam masa 6 Bulan), Editor telah menulis 25 SUBJEK UTAMA dengan 300 TOPIK mengenai ILMU di dalam Bidang PENTADBIRAN & PENGURUSAN yang di tujukan KHAS untuk Bidang PERNIAGAAN.
  • Melalui 25 SUBJEK UTAMA telah di sentuh Pelbagai ILMU TADBIR-URUS PERNIAGAAN di dalam semua SEKTOR & SEKMEN PERNIAGAAN. Walaupun kesemua Subjek tersebut tidak di tulis dengan CARA TERPERINCI tetapi segala MAKLUMAT PENTING telah di muatkan di dalam setiap penulisan.
  • Gaya Penulisan yang RINGKAS tetapi PADAT INFORMASI adalah sasaran utama kewujudan Blog TIPsNIAGA.COM ini sebagai langkah untuk MEMPERMUDAHKAN PEMAHAMAN mengenai KEILMUAN PERNIAGAAN.
  • Dimana Golongan-Golongan yang Bukan Profesional di dalam Bidang Tadbir - Urus menjadi Fokus agar Golongan ini mendapat segala Maklumat yang di perlukan untuk menjalankan Perniagaan masing-masing.
  • Tetapi Golongan Profesional yang paling ramai mengikuti penulisan Blog TIPsNIAGA.COM ini jika di bandingkan dengan Golongan yang bukan Profesional.
GAYA PENULISAN
  • Gaya Penulisan lebih menumpukan kepada PEMBERIAN MAKLUMAT mengenai DI SEBALIK SESUATU TINDAKKAN yang di ambil ketika menjalankan Perniagaan.
  • Ini Bertujuan untuk memberikan KEFAHAMAN kepada Pentadbir, Pengurus, Peniaga, Pelabur dan Pemilik Perniagaan mengenai SESUATU KESAN atau IMPLIKASI daripada APA TINDAKKAN yang mereka lakukan.
  • Dengan CARA INI maka KEFAHAMAN akan dapat DI BINA dan jika Kefahaman tersebut dapat di wujudkan maka segala KESILAPAN akan dapat DI KESAN dan DI PERBAIKI secepat mungkin.
  • Kerana TUJUAN Blog TIPsNIAGA.COM di wujudkan juga BERTEMAKAN Slogan untuk MEWUJUDKAN KEFAHAMAN mengenai ILMU PERNIAGAAN.
  • Dimana RAMAI PENIAGA GAGAL untuk bertahan di dalam menjalankan Perniagaan yang di wujudkan di sebabkan KEKURANGAN MAKLUMAT ILMU PENGETAHUAN di dalam Bidang-Bidang yang berkenaan.
PEMILIHAN SUBJEK ILMU
  • Penulisan Blog TIPsNIAGA.COM ini telah memilih dan menulis SUBJEK ILMU yang menjadi ASAS UTAMA di dalam Ilmu PENTADBIRAN & PENGURUSAN dan di ambil ILMU-ILMU yang UMUM untuk di ketengahkan.
  • Seperti SALAH KEFAHAMAN mengenai sesuatu PROSES TADBIR-URUS yang boleh Mengakibatkan seseorang Peniaga itu KEHILANGAN PELANGGAN dan PEKERJA yang pula boleh Mengakibatkan KERUGIAN yang BESAR.
  • Oleh yang demikian, para PEMBACA akan dapat MERASAKAN segala bentuk Penulisan Cenderung kepada Pembentangan segala SALAH-LAKU ketika menjalankan Perniagaan.
  •  Dimana SALAH-LAKU ini pula WUJUD di semua Peringkat TADBIR-URUS di dalam setiap Organisasi tanpa DI SEDARI oleh mereka yang bertanggung-jawap.
  • SALAH-LAKU ini bukan sahaja dalam bentuk PENYELEWENGAN KUASA tetapi ia merangkum KESELURUHAN Proses Pentadbiran dan Pengurusan dalam sesebuah Organisasi.
  • Dimana SALAH-LAKU juga boleh menjadi ANCAMAN BESAR kepada sesuatu Organisasi yang berkecimpung di dalam Sektor Perniagaan.
PERKARA YANG TERPENTING
  • Perkara yang TERPENTING di dalam Penulisan Blog TIPsNIAGA.COM ini ialah mewujudkan KEFAHAMAN untuk MENGELAKKAN dari melakukan sesuatu Tindakkan yang boleh menyebabkan KERUGIAN kepada sesebuah Perniagaan.
  • Kerana Perkara UTAMA melakukan Perniagaan ialah untuk MENJANA KEUNTUNGAN dan bukan untuk MENJANA KERUGIAN.
  • Di sebabkan itu, Editor sangat-sangat mengambil berat Perkara-Perkara yang boleh menjebakkan seseorang Peniaga & Usahawan atau para Pentadbir & Pengurus daripada melakukan Tindakkan-Tindakkan yang boleh MENGAKIBATKAN kepada KERUGIAN.
MENGAPA 300 POSTING
  • MATLAMAT AWAL Editor Blog TIPsNIAGA.COM sememang nya Mensasarkan 300 Posting yang memuatkan MAKLUMAT mengenai ILMU PERNIAGAAN, kerana melalui 300 Posting itu sudah CUKUP BANYAK maklumat yang di bentangkan untuk di jadikan Panduan dan Teladan.
  • Tetapi 300 Posting hanya dalam BENTUK penulisan memberikan Tip & Panduan Perniagaan secara RAMBANG di seluruh ILMU PERNIAGAAN.
  • Dan setelah 300 Posting ini TAMAT maka Bentuk Penulisan Blog TIPsNIAGA.COM ini akan berubah kepada penulisan mengenai BERITA-BERITA SEMASA yang berkaitan dengan Dunia Perniagaan dan Ilmu Pentadbiran & Pengurusan yang sentiasa berkembang dari masa kesemasa.
HALATUJU TIPsNIAGA.COM
  • Selepas 300 Posting, Editor Blog TIPsNIAGA.COM akan memfokuskan Bentuk Penulisan kepada Berita-Berita TERKINI yang wujud dan di wujudkan untuk menambah Ilmu Pengetahuan.
  • Dimana Berita-Berita Niaga Semasa akan di Tulis dan di Muatkan untuk Pengetahuan Umum kerana Maklumat-Maklumat Semasa sangat perlu di dalam Perniagaan agar kita tidak KETINGGALAN di belakang Para PESAING PERNIAGAAN.
  • Ini merupakan salah satu daripada KEPERLUAN ketika berada di dalam DUNIA PERNIAGAAN.
BENTUK & GAYA PENULISAN SETERUS NYA
AKAN di kembangkan kepada beberapa SEKMEN seperti :
  1. BERITA NIAGA SEMASA - (Di Pilih)
  2. BERITA POLITIK SEMASA - (Di Pilih)
  3. PENDAPAT & ULASAN
  4. KOMENTAR EDITOR
  5. MAKLUM BALAS (jika ada)
PENGASINGAN MAKLUMAT
  • SEKMEN untuk BERITA-BERITA yang di sebutkan ini AKAN di asingkan dengan MAKLUMAT ASAS ILMU yang telah di tulis lebih awal.
  • Anda hanya perlu untuk memilih TAJUK-TAJUK yang di sediakan di bahagian ATAS atau HEADING Blog TIPsNIAGA.COM ini.
  • Ini perlu di lakukan kerana di dalam DUNIA PERNIAGAAN Perkara-perkara yang melibatkan EKONOMI & POLITIK tidak dapat di pisahkan di sebabkan Hubung-kait Bidang Perniagaan dengan kedua-dua perkara tersebut.
Terima Kaseh di atas Sokongan Anda....

Editor In Chief
TIPsNIAGA.COM
DrSoul Loren

No comments:

Post a Comment