ANTARA NEGARA, RAKYAT, POLITIK, KUASA DAN UNDANG-UNDANG
APAKAH PENGERTIAN YANG TERSEMBUNYI
DALAM DUNIA POLITIK
- Didalam DUNIA POLITIK bukan sahaja di penuhi dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan NEGARA, RAKYAT, KUASA dan UNDANG-UNDANG.
- Tetapi, di dalam DUNIA POLITIK Wujud beberapa PERKARA PENTING yang HARUS FAHAMI dengan JELAS sebelum seseorang itu menceburkan diri ke dalam DUNIA tersebut.
- Kerana WUJUD suatu perkara yang TERSEMBUNYI di dalam nya dan ITULAH yang menjadi PENENTU "SURVIVAL" atau "JANGKA HAYAT" seseorang Ahli Politik
NEGARA, RAKYAT, POLITIK, KUASA DAN UNDANG-UNDANG
- 5 PERKARA ini adalah ASAM GARAM di dalam Dunia Politik dan PERKARA ini tidak akan menjadi Perkara Pokok jika tidak membawa MAKSUD yang sangat PENTING.
- Dan bukan semua Parti Politik di dalam Dunia ini akan "Mengajarkan" Perkara ini kepada semua Anggota Parti mereka kecuali untuk Orang-Orang yang tertentu.
- Hanya Sekolah-Sekolah Pengajian Tinggi yang menawarkan Pengajian POLITIK sahaja yang dapat memberikan PENERANGAN & PENGAJARAN secara bersistematik.
- Disebabkan itu maka WUJUD LAH Ahli-Ahli Politik "JALANAN" atau "SETENGAH MASAK" yang tidak "MENCUKUPI ILMU" di dalam ILMU KEPOLITIKAN.
- Dimana mereka "Berpendapat" jika "Pandai Bercakap" HAL-HAL NEGARA & RAKYAT, itu sudah boleh di katakan sebagai "AHLI POLITIK"
MAKSUD POLITIK DALAM SAINS POLITIK
- Untuk pembaca TIPsNIAGA.COM, Definasi dan Keilmuan Politik ini di permudahkan untuk mudah di fahami.
- Kerana pada hari ini Hal Politik telah LARI dari LANDASAN dan MAKSUD yang sebenar serta tidak SEIMBANG dengan KEILMUAN NYA di dalam SEMUA TINDAKKAN
DALAM KONSEP SAINS POLITIK
- Tahap pengetahuan Organisasi
- Ukuran Struktur Perbezaan di dalam Rangka Persefahaman manusia
PENJELASAN NYA
HAL No.1
- Ia tidak langsung menyentuh kepada perkara yang berkaitan dengan PERASAAN KEMANUSIAAN dan ia bergerak di dalam LINGKUNGAN sesuatu SUSUN-ATUR sesebuah Organisasi yang bercorak KEKUASAAN dan PENGUASAAN dari Pucuk Pimpinan hingga kepada Anggota Bawahan.
- Yang merangkum segala SYARAT & PERATURAN yang di CIPTA untuk DI IKUTI oleh sesiapa sahaja di dalam sesebuah Organisasi tanpa mengutamakan HAL PERASAAN
HAL No.2
- Didalam sesebuah Organisasi seperti Parti-Parti Politik, KERANGKA PERSEFAHAMAN itu di ukur melalui KETAATAN dari semua Anggota parti terhadap semua PENDAPAT, TEORI, FALSAFAH dan ARAHAN Parti dari Pucuk Pimpinan adalah PERKARA UTAMA dalam Parti.
- Dimana setiap Anggota parti itu HARUS MENJUNJUNG segala IDEOLOGI PARTI melebihi apa juga Kepercayaan dan Kepentingan Peribadi sendiri.
- Yang harus di tumpukan hanya kepada PERJUANGAN dan HALA TUJU PARTI dan dengan terjadi nya KETAATAN KUKUH maka HAL mengenai SAINS POLITIK yang bertaburan kelimuan nya telah dapat di pisahkan dengan FALSAFAH atau IDEOLOGI PARTI.
DIMANA DEFINASI SEBENAR POLITIK IALAH
- Adalah PROSES dimana Sekumpulan Orang membuat Keputusan secara KOLEKTIF
- Istilah ini umum nya di gunakan untuk SENI atau SAINS menjalankan Urusan Kerajaan atau Negeri dan Negara
- Ia juga merujuk kepada "Tingkah Laku" dalam Kerajaan Awam.
- Walau bagaimana pun, Politik dapat di lihat dalam Interaksi Kumpulan yang lain, termasuk INSTITUSI Korporat, Akademik dan Agama.
- Ia terdiri daripada "Hubungan Sosial" yang melibatkan Kuasa atau Kuasa dan merujuk kepada PERATURAN Hal Ehwal Awam di dalam Unit Politik dan Cara-Cara dan Taktik di gunakan untuk Merumuskan dan Melaksanakan Dasar.
KERANA SEBAB ITU
- Sesuatu PERLEMBAGAAN yang DI WARTAKAN oleh sesebuah KERAJAAN adalah PERKARA-PERKARA YANG DI PERSETUJUI RAMAI yang di bincangkan di dalam sesebuah PARLIMEN atau BADAN PEMBENTUK KERANGKA PERUNDANGAN NEGARA.
- Dan setiap PERLEMBAGAAN itu pula menjadi UNDANG-UNDANG yang harus DI TAATI oleh SEMUA ORANG di dalam sesuatu Negara.
- Samaada PERLEMBAGAAN itu di bincangkan secara BEBAS atau secara PAKSAAN akan pula bergantung SIAPA yang duduk di dalam sesuatu BADAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG.
- Jika ia DI MONOPOLI oleh sesebuah PARTI sahaja, maka kita dapat melihat PERLEMBAGAAN yang di wujudkan akan MEMIHAK kepada PARTI yang MEMERINTAH sahaja.
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
- Pada kebiasaan nya, sesuatu PERLEMBAGAAN untuk Negara di wujudkan daripada SESUATU PERKARA atau INSIDEN yang berlaku di dalam NEGARA
- Dan sesuatu Perkara atau Insiden itu DI KAJI dan DI NILAI bentuk-bentuk atau Implikasi nya kepada RAKYAT UMUM dan PARTI yang MEMERINTAH, samaada mendatangkan KESAN BURUK atau SEBALIK NYA.
- JELAS NYA, sesuatu PERLEMBAGAAN yang di jadikan sebagai UNDANG-UNDANG NEGARA itu di dasarkan dari sesuatu PERASAAN KHUATIR, GUSAR dan TAKUT Pihak yang memerintah terhadap sebarang IMPLIKASI BURUK dan sebagai langkah PENCEGAHAN maka UNDANG-UNDANG terpaksa di wujudkan.
- Pada KEBIASAAN NYA juga, sesuatu PERUNDANGAN yang di Gubal itu pula TIDAK AKAN ADIL & SAKSAMA untuk semua Pihak dan Rakyat.
- Kerana itu, PERLEMBAGAAN NEGARA sering DI PINDA menurut SIAPA YANG PEKA terhadap PERLEMBAGAAN yang sediaada.
- Hanya Orang-Orang yang PEKA terhadap KEADILAN & KESAKSAMAAN sahaja yang akan membuat USUL untuk MEMINDA sesuatu PERLEMBAGAAN atas DASAR KEPENTINGAN RAKYAT UMUM.
DALAM PERLAKSANAAN
- Dan di dalam HAL PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG itu pula, sudah TIDAK WUJUD lagi HAL PERASAAN, HATI BUDI, BUDI BICARA dan SIFAT KEMANUSIAAN.
- Dimana PIHAK PENGUAT-KUASA hanya menjalankan PERINTAH yang telah DI MAKTUBKAN sebagai UNDANG-UNDANG.
- Kerana itu kita boleh melihat kebanyakan TINDAKKAN dari Pihak POLIS, Peguam Cara dan Mahkamah TIDAK WUJUD apa yang di katakan sebagai PERI KEMANUSIAAN sebagai Manusia yang berperasaan.
- Ini di sebabkan oleh PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG yang tidak akan memilih SIAPA MEREKA yang telah Melanggar Ketetapan Undang-Undang yang telah DI WARTAKAN oleh KERAJAAN.
- Hanya Orang-Orang yang berupaya untuk MENGENEPIKAN PERASAAN sebagai seorang MANUSIA sahaja yang LAYAK untuk menjawat Pekerjaan di dalam Bidang PENGUAT-KUASAAN UNDANG-UNDANG.
INILAH YANG BERLAKU DI DALAM MALAYSIA
- Dimana KERAJAAN MEMERINTAH menggunakan SEGALA PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG yang telah DI GUBAL oleh PEMERINTAH sebelum nya di dalam TADBIR-URUS PEMERINTAHAN mereka.
- Dimana KERAJAAN pada hari ini SANGAT BERTUAH kerana PEMERINTAH yang terdahulu adalah ANGGOTA PARTI yang sama - UMNO/BN, oleh itu segala PERUNDANGAN yang mereka Gubal dan mereka wujudkan akan tetap MEMIHAK kepada mereka.
- Dan boleh di katakan bahawa KERAJAAN sekarang dapat MEMERINTAH di dalam keadaan yang SELESA kerana kebanyakan UNDANG-UNDANG yang wujud tidak akan MEMBAHAYAKAN kedudukan mereka sebagai PEMERINTAH.
- Dan KERAJAAN MEMERINTAH pada hari ini juga tidak perlu sangat BERSUSAH-PAYAH untuk MENGGUBAL PERLEMBAGAAN dari TAHAP KOSONG kerana PEMERINTAH yang Awal telah melakukan untuk mereka.
- Mereka hanya perlu untuk MEMUSATKAN Fikiran kepada Perkara-Perkara yang lain selain dari Perlembagaan, DAN hanya sesekali Pihak Pembangkang membangkitkan untuk MEMINDA Perlembagaan tetapi kejayaan mereka TIPIS di sebabkan kekurangan MAJORITI di dalam PARLIMEN.
OLEH SEBAB ITU
- MUTU atau KUALITI setiap Ahli Politik yang MEMERINTAH KERAJAAN MALAYSIA sekarang AMAT RENDAH MUTU dari Sudut ILMU POLITIK yang sebenar.
- Dimana SIFAT PERJUANGAN mereka di dalam DUNIA POLITIK tidak lagi seperti Ahli-Ahli Politik yang terdahulu, walau pun dari parti UMNO/BN yang sama.
- Kini PERJUANGAN POLITIK mereka lebih menjurus kepada KUASA dan POLITIK KUASA untuk KEPENTINGAN PERIBADI dalam bentuk KEWANGAN.
- Dan BUKAN lagi berbentuk PERJUANGAN untuk MEMBELA NASIB RAKYAT dan KESEJAHTERAAN NEGARA untuk RAKYAT UMUM.
CONTOH TERBAIK
1) ISU BERSIH - SOAL INTERGRITI SPR
(Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia)
- KERAJAAN MEMERINTAH di lihat MENUTUP semua RONGGA untuk MEMBINCANGAN KETIDAK-TELUSAN Pihak SPR.
- MENOLAK PERMOHONAN untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH secara SAH dan dari awal telah menggunakan KUASA UNDANG-UNDANG untuk MENGEKANG.
- MENGGUNAKAN semua KEBEBASAN MEDIA PEMERINTAH untuk MEMBERI AMARAN kepada RAKYAT agar KEPUTUSAN KERAJAAN JANGAN DI CABAR dengan menjelaskan PERUNTUKKAN PERUNDANGAN daripada PERLEMBAGAAN sediaada.
2) ISU SUBSIDI KEPERLUAN ASAS PENGGUNA / RAKYAT UMUM
- Seperti SOAL Minyak Petrol, Tenaga Letrik, Bekalan Air,Tepung, Gula, Susu, Roti dan Produk Asas Tani dan lain-lain yang berkenaan.
- Menggunakan KUASA sebagai PEMERINTAH untuk melakukan APA yang mereka FIKIR PERLU untuk KEPENTINGAN PARTI dan ANGGOTA PARTI serta GOLONGAN PENYOKONG dan MENIDAKKAN HAK RAKYAT UMUM
- Bertindak dengan TIDAK ADIL terhadap HAK-HAK RAKYAT yang telah WUJUD di dalam PERLEMBAGAAN NEGARA dengan MEMUTAR-BELITKAN FAKTA dan AKTA.
- MEMBELANJAKAN SUBSIDI yang DI PERUNTUKKAN UNTUK RAKYAT kepada PERBELANJAAN yang tidak kena mengena dengan RAKYAT secara UMUM.
3) ISU PERUNDANGAN & KEHAKIMAN NEGARA
- KERAJAAN MEMERINTAH menggunakan KEISTIMEWAAN mereka sebagai PEWARIS dari KERAJAAN yang terdahulu untuk MENCORAKKAN sendiri BENTUK HUKUMAN yang seharus nya di lakukan secara TELUS, ADIL, BEBAS dari PENGARUH POLITIK oleh MAHKAMAH-MAHKAMAH dalam menangani KES-KES yang melibatkan NEGARA.
- Menggunakan KEISTIMEWAAN sebagai PARTI yang MEMERINTAH untuk MENGEKANG sebarang KEMARAAN Parti-Parti PEMBANGKANG di dalam usaha mereka untuk MEMPERBETULKAN SALAH-LAKU PEMERINTAH dengan menggunakan KUASA PERUNDANGAN yang sememang nya telah DI LAKAR oleh PEMERINTAH dari PARTI yang sama sebelum ini.
4) PENGURUSAN DANA RAKYAT / AWAM
- KERAJAAN MEMERINTAH juga banyak menyembunyikan SALAH-LAKU di dalam TADBIR-URUS DANA RAKYAT
- Wujud di dalam setiap KEMENTERIAN, yang memiliki ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN yang Mentadbir-Urus KEKAYAAN SUMBER NEGARA seperti Sumber Minyak Mentah, Minyak Sawit, Beras, Gula dan Sumber GALIAN yang lain termasuk BARANGAN KEPERLUAN ASAS RAKYAT.
- Dimana BANYAK KERUGIAN daripada KEUNTUNGAN berlaku atas SALAH TADBIR dan SALAH LAKU POLITIK.
ADALAH TIDAK BERSALAHAN
- Jika di dalam NEGARA MALAYSIA sudah WUJUD pelbagai BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) dan PARTI-PARTI POLITIK yang MEMBANGKANG KERAJAAN yang memerintah.
- Di beri TEKANAN HEBAT kepada PIHAK KERAJAAN dari pelbagai SUDUT & PERKARA POKOK TADBIR-URUS NEGARA supaya PEMBETULAN di lakukan.
- Mereka yang melakukan TEKANAN ini adalah dari Golongan yang SEDAR terhadap KEPINCANGAN di dalam KERAJAAN MEMERINTAH dan TIDAK MAHU lagi Perkara SALAH LAKU & SALAH TADBIR berterusan di dalam KERAJAAN yang sama.
DI SINI LAH LETAK NYA PENGERTIAN YANG TERSEMBUNYI
Di dalam APA juga BENTUK atau CORAK TADBIR-URUS yang datang nya dari ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN, samaada untuk Tadbir-Urus sebuah:
- KELUARGA
- SYARIKAT
- ORGANISASI
- KERAJAAN NEGERI
- KERAJAAN NEGARA
HARUS WUJUD:
- Ia harus di sertai dengan PENJIWAAN terhadap MATLAMAT TUGAS & TANGGUNG JAWAP dari APA yang harus di lakukan.
- Juga Nilai-Nilai KEMANUSIAAN yang PEKA terhadap HAK sesama MANUSIA dan KEMANUSIAAN.
- Merasa DI AMANAHKAN untuk Tugas & Tanggung Jawap yang di pikul dan bersungguh-sunguh untuk MELAKSANAKAN dengan Sifat JUJUR & IKHLAS.
- Jika NILAI-NILAI tersebut Tidak Wujud atau Kurang Menyerlah maka mereka yang terlibat dengan Jawatan AWAM adalah TIDAK LAYAK untuk memegang Jawatan-Jawatan tersebut.
KERANA itu, AHLI POLITIK YANG BIJAK akan bersifat LEBIH TERBUKA di dalam menjalankan Tugas & Tanggung Jawap Awam serta PEKA terhadap REAKSI RAKYAT dan melakukan PERUBAHAN dengan menggunakan PENDEKATAN yang TEPAT & BETUL
editor
No comments:
Post a Comment