Friday, June 17, 2011

MALAYSIA - SIAPA MUSUH POLITIK UMNO/BN

TIPsNIAGA.COM - POLITIC NEWS - Post #305


MALAYSIA - SIAPA MUSUH SEBENAR POLITIK UMNO/BN
ADAKAH KENYATAAN INI BENAR
KERAJAAN UMNO/BN
  • Parti Kerajaan yang memerintah UMNO/BN sering menganggap Parti Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari Parti PAS, DAP dan PKR sebagai MUSUH UTAMA mereka.
  • Akan tetapi, jika di KAJI dengan TELITI dan SECARA MENDALAM dan secara RASIONAL serta FIKIRAN yang MATANG, Anggapan bahawa Parti PR adalah MUSUH POLITIK UTAMA kepada Kerajaan UMNO/BN adalah TIDAK TEPAT dan MELESET dari FAKTA YANG SEBENAR.
JADI...APAKAH YANG SEBENAR?
  • Melalui Posting #304, telah di huraikan beberapa FAKTA SAMPINGAN yang menyebabkan RAKYAT telah mula MEMBENCI Kerajaan UMNO/BN yang bermula di bawah Pemerintahan Tun Dr Mahathir dari 1981 - 2003.
  • Jadi, GAYA KEPIMPINAN dan CORAK PEMERINTAHAN di zaman Tun Dr Mahathir telah MENANAM BIBIT-BIBIT KEBENCIAN RAKYAT terhadap Kerajaan UMNO/BN.
  • Ini bermaksud bahawa Kerajaan UMNO/BN tanpa mereka sedari telah menjadikan RAKYAT MALAYSIA BENCI kepada Kerajaan UMNO/BN sepanjang Tahun 1981 hingga ke hari ini (2011)
  • KEBENCIAN RAKYAT terhadap Kerajaan UMNO/BN telah mula KETARA seawal Tahun 1990an dan SEBELUM Tindakkan MEMECAT DS ANWAR IBRAHIM di lakukan pada Tahun 1997.
  • Dan KEBENCIAN itu juga telah bermula lebih awal daripada PENANGKAPAN 106 Musuh Politik Kerajaan UMNO/BN pada 27hb October 1987 dalam Operasi Polis dengan Kod "LALANG".
  • Dimana Tindakkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia terhadap Ahli Politik Parti Pembangkang yang di daftar secara SAH menurut Perlembagaan Malaysia DI LAYAN dan DI ANGGAP LEBIH BURUK dari parti KOMUNIS MALAYA.
  • Tindakkan-Tindakkan seperti ini sedikit sebanyak telah MEMBUAT HATI RAKYAT "TERLUKA" dengan Kerajaan yang mereka LANTIK dan kebanyakan Rakyat tidak "Meluahkan Perasaan Benci" mereka kerana pada Zaman tersebut belum WUJUD PEMBANGKANG YANG BERWIBAWA.
  • Akhir nya, Secara tidak langsung, Kerajaan UMNO/BN telah menjadikan RAKYAT MALAYSIA sebagai MUSUH UTAMA kepada parti UMNO/BN.
ADAKAH KENYATAAN INI BENAR?
  • Teruskan membaca yang berikut..Dan Kerajaan UMNO/BN dari Pegangan Tun Dr Mahathir AMAT MENYEDARI HAKIKAT ini tetapi mereka menggunakan STRATEGI menakut-nakutkan Rakyat dengan MENGHUKUM PARTI LAWAN dengan TUJUAN memberi AMARAN kepada RAKYAT bahawa Kerajaan UMNO/BN yang sedang Memerintah JANGAN DI LAWAN kerana di dalam Sistem Demokrasi sesuatu Kerajaan Tidak Boleh Menghukum Rakyat yang "Tidak Suka" kepada mereka menurut Perundangan yang ada.
  • Dan sebalik nya Kerajaan UMNO/BN melabelkan semua Parti Politik Lawan sebagai PENGKHIANAT BANGSA dan PENCETUS KERESAHAN kepada Rakyat Umum demi untuk MENUTUP semua SALAH-LAKU yang di lakukan di dalam Pemerintahan yang SERING DI UNGKIT oleh Anggota Parti Pembangkang.
  • Untuk MENGELAKKAN Perasaan Rakyat Umum daripada Terpengaruh dan Terus Mempercayai Fakta-Fakta yang di Timbulkan oleh Pihak Pembangkang, Kerajaan UMNO/BN telah menggunakan KUASA dari AKTA ISA untuk menahan Ahli-Ahli Politik Pembangkang TANPA BICARA.
  • Dan di dalam Pemerintahan Tun Dr Mahathir paling banyak menggunakan AKTA ISA daripada Perdana-Perdana Menteri yang sebelum nya, Walhal di Zaman Perdana Menteri yang terdahulu keadaan Politik lebih MENCABAR daripada Zaman Tun Dr Mahathir.
MENGAPA RAKYAT MEMBERONTAK
  • Walau dimana Negara di Dunia ini pun, jika sesebuah Kerajaan yang Memerintah TIDAK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT UMUM dengan Pengurusan yang TELUS, ADIL dan SAKSAMA, Pihak Rakyat akan "Memberontak" melalui pelbagai "CARA"
  • "Pemberontakan Rakyat" adalah KESAN atau REAKSI daripada POLISI-POLISI atau TINDAK-TANDUK yang di lakukan oleh Pihak Pemerintah itu sendiri yang Tidak Menyenangkan HATI Rakyat.
  • Dimana setiap POLISI-POLISI KERAJAAN yang di perkenalkan itu banyak berlaku KETIDAK-ADILAN, KETIRISAN, PENYELEWENGAN, RASUAH, KRONISME dan NEPOTISME.
  • Inilah PUNCA-PUNCA Rakyat mula MEMBENCI Kerajaan yang memerintah di dalam sesebuah Negara termasuk di Negara Malaysia.
DARI SUDUT YANG SEBENAR
  • Dari SUDUT yang SEBENAR NYA, Parti PAKATAN RAKYAT atau Parti-Parti Pembangkang yang di luar PR bukan lah MUSUH UTAMA Kerajaan UMNO/BN yang sebenar. MUSUH YANG SEBENAR adalah RAKYAT MALAYSIA itu sendiri!!!
  • Mereka sebenar nya adalah WAKIL atau PARTI yang DI SANDARKAN oleh RAKYAT untuk MENYUARAKAN segala RASA TIDAK PUAS HATI terhadap KERAJAAN yang Memerintah.
  • Kerana Parti Pembangkang juga DI LANTIK dan DI PILIH oleh RAKYAT cuma BILANGAN mereka sahaja yang TIDAK CUKUP untuk menjadi Pemerintah.
MODEL PERUNDANGAN MALAYSIA
  • MODEL PERUNDANGAN NEGARA MALAYSIA adalah berlandaskan MODEL PERUNDANGAN NEGARA BRITISH dan Pihak British lah yang membantu MELAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA sewaktu Negara Malaysia ingin di tubuhkan.
  • Dan jika DI PELAJARI dan DI TELITI dengan FIKIRAN YANG MATANG, kita dapat MERASAKAN bahawa SETIAP PERUNDANGAN yang DI TETAPKAN di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah TEPAT, BETUL, ADIL DAN SAKSAMA.
  • Dimana Tidak Wujud sebarang DISKRIMINASI terhadap KAUM, BANGSA, AGAMA, IDEOLOGI POLITIK di dalam SISTEM DEMOKRASI BRITISH.
  • Dan Kerajaan UMNO/BN yang menjadi Pemerintah kepada Negara Malaysia telah mengikuti nya dengan JUJUR tetapi telah BERUBAH-LAKU apabila Perdana Menteri Ke-4 mula memegang kuasa.
  • Dimana SISTEM PERUNDANGAN berlandaskan SISTEM DEMOKRASI BRITISH tetapi PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG nya pula mengikuti DEMOKRASI AMERIKA SYARIKAT yang lebih KEJAM dan TIDAK BERLANDASKAN PERASAAN.
  • Inilah GAMBARAN yang berlaku di dalam SISTEM PEMERINTAHAN di dalam MALAYSIA pada hari ini, dimana ramai Orang atau Golongan Rakyat MENGAKUI HAKIKAT ini tetapi mereka "Tidak dapat berbuat apa-apa" sehingga lah kewujudan SEMANGAT & KEKUATAN BARU yang di bawa oleh DS ANWAR IBRAHIM sebagai KETUA UMUM PARTI PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT.
FAKTOR DS ANWAR IBRAHIM, PKR, PAS DAN DAP
  • Pertama: Sebenar nya MEREKA hanya di jadikan SASARAN oleh KERAJAAN yang MEMERINTAH kerana MENJADI JURUCAKAP kepada RAKYAT UMUM yang MENYUARAKAN TENTANGAN Rakyat kepada Kerajaan.
  • Kedua: Mereka ini DI HUKUM dengan pelbagai HUKUMAN bukan kerana mereka ini PARTI PEMBANGKANG atau mereka itu DS ANWAR IBRAHIM atau LIM KIT SIANG atau LIM GUAN ENG  atau KARPAL SINGH atau NIK AZIZ atau MAT SABU tetapi mereka DI HUKUM kerana telah MEMBUKA MULUT TERLALU LUAS sehingga banyak PEKUNG-PEKUNG Kerajaan yang Memerintah DI KETAHUI oleh Rakyat Umum.
  • Ketiga: Kerajaan yang Memerintah juga MAHU MENGEKALKAN REKOD PENGUASAAN PARTI UMNO/BN yang di Kuasai semenjak MERDEKA lagi (1957)
  • Keempat: Kerana banyak KEPENTINGAN EKONOMI Negara yang DI KUASAI oleh Orang-Orang Parti Umno/BN yang PERLU DI PERTAHANAN dan jika GAGAL itu bermakna mereka yang Memerintah sekarang akan menghadapi pelbagai Implikasi Perundangan jika GAGAL MEMERINTAH dan BERKUASA LAGI. 
CONTOH: POLITIK DI SINGAPURA
Lee Kuan Yew & Lee Hsien Loong
  • Bapa Kemerdekaan Singapura LEE KUAN YEW yang memerintah Singapura dari Tahun 1959 dengan Pemerintahan yang bercorak Autocratic atau Kuku Besi AKHIR NYA TERKELUAR juga daripada KABINET KERAJAAN YANG MEMERINTAH selepas Pilihan Raya Umum Singapura yang baharu berlalu.
  • Dan MANUSIA yang MENGELUARKAN LEE KUAN YEW dari PENGUASAAN PAP dan NEGARA SINGAPURA adalah ANAK BELIAU SENDIRI iaitu Perdana Menteri Singapura yang Ke-3 LEE HSIEN LOONG.
  • Dimana melalui Pilihan Raya yang lalu, Rakyat Singapura telah MEMBERIKAN SINDIRAN YANG KERAS terhadap parti PAP yang Memerintah supaya BERUBAH atau DI UBAH.
  • Dan AMARAN dari Rakyat tersebut telah DI TERIMA dengan JELAS oleh LEE HSIEN LOONG dan beliau telah melakukan SEGALA PERUBAHAN YANG PERLU sehingga KABINET YANG TERKINI "BERSIH" daripada PENGARUH BAPA NYA LEE KUAN YEW.
Editor 
Writing as Political Psychologist 

No comments:

Post a Comment