ISU BERSIH: KERAJAAN MALAYSIA HARUS LEBIH TERBUKA
ANTARA PRINSIP DENGAN TUNTUTAN
KOMENTAR EDITOR
- Saya terpanggil untuk menyentuh ISU BERSIH yang kini menjadi TOPIK HANGAT di dalam Negara Malaysia, dan berikut adalah Sudut Pandangan dari pelbagai Aspek yang boleh di pertimbangkan oleh semua Pihak terutama nya Pihak Kerajaan
- ISU ini di sentuh di dalam TIPsNIAGA.COM bukan bertujuan untuk melaga-lagakan sesiapa kerana bagi pihak Editor, ISU ini lebih kepada "BAGAIMANA" sesebuah Kerajaan itu "MENANGANI" sesuatu ISU dari SUDUT yang TEPAT melalui PENTADBIRAN yang BETUL.
- ISU BERSIH ini telah menjadi MASAALAH NASIONAL yang telah tiba ke Peringkat Tertinggi Kerajaan yang Memerintah.
- Dan Pihak Penganjur maseh tetap dengan PENDIRIAN mereka untuk terus menganjurkan Perhimpunan yang di rancang secara AMAN.
- Tetapi Pihak Kerajaan maseh tetap dengan Pendirian TIDAK AKAN Mengeluarkan sebarang PERMIT untuk Perhimpunan tersebut.
- Dan BANYAK PIHAK telah memberikan dan menyuarakan PENDAPAT masing-masing samaada dengan MEMBANTAH atau pun dengan MENYOKONG tanpa ADA atau WUJUD sebarang SARANAN yang boleh DI PERTIMBANGKAN oleh semua PIHAK YANG TERLIBAT
TUJUAN
Pihak Penganjur ingin MELUAHKAN PERMOHONAN untuk Pihak SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) untuk:
KERANA
- Pihak SPR melalui pelbagai Insiden laporan di dapati bertindak secara BERAT SEBELAH, CURANG dan TIDAK ADIL terhadap Parti-Parti Pembangkang dan Pro Kerajaan.
- Dan pelbagai SERUAN yang menuntut supaya Pihak SPR untuk berlaku ADIL & TELUS tidak di ambil berat dan semua seruan tersebut di ketepikan.
- Kerana itu Pihak Penganjur yang di sokong oleh pelbagai Pertubuhan merancang untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH supaya Pihak SPR dan KERAJAAN yang memerintah "Membuka Mata & Telinga" terhadap GESAAN agar SPR di bebaskan dari "Cengkaman" Pihak Pemerintah.
- Langkah mengadakan Perhimpunan ini di ambil atas dasar Ingin Mengambil Perhatian Pihak Kerajaan dan SPR untuk MEMBUKA RUANG PERBINCANGAN agar ISU tersebut dapat di selesaikan untuk KEADILAN PROSES PILIHAN RAYA.
PENDIRIAN KERAJAAN
Kerajaan yang MEMERINTAH secara LUMRAH NYA AKAN MEMBANTAH rancangan untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH ini di IBU KOTA atas sebab:
- Kerajaan yang Memerintah ini adalah juga sebuah PARTI POLITIK
- Mempunyai KEPENTINGAN di dalam PENTADBIRAN SPR
- Merasakan BERHAK untuk mempertahankan PERUNDANGAN yang sediaada kerana AMAT MEMIHAK kepada PARTI yang MEMERINTAH yang di gunakan sebagai suatu KELEBIHAN kepada PARTI yang Mentadbir KERAJAAN.
KERANA ITU
- Pihak KERAJAAN dari PARTI yang MEMERINTAH dengan KUASA MENTERI di KEMENTERIAN DALAM NEGERI yang menguasai PDRM - Polis Di Raja Malaysia, tidak MENGIZINKAN PERHIMPUNAN seperti BERSIH di berikan PERMIT.
- Dimana dari SUDUT POLITIK, Tindakkan Pihak Penganjur sebagai telah MENCABAR KEWIBAWAAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH di MATA DUNIA.
- Dan PERHIMPUNAN itu kelak di lihat oleh KERAJAAN-KERAJAAN DUNIA sebagai KEGAGALAN KERAJAAN MALAYSIA untuk Bersikap TELUS DAN ADIL.
IMPLIKASI DARI PENDIRIAN KERAJAAN
- Dengan TIDAK MELULUSKAN PERMIT untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH dengan secara otomatik nya Pihak Kerajaan telah MEWUJUDKAN RASA "TIDAK PUAS HATI" di kalangan Pihak PENGANJUR.
- Dan sudah TENTU Pihak Penganjur AKAN MENERUSKAN rancangan untuk mengadakan PERHIMPUNAN kerana TINDAKKAN KERAJAAN sudah DI JANGKA berdasarkan KEPENTINGAN POLITIK.
- Dan apabila PERHIMPUNAN tersebut BERLANGSUNG, Pihak PEMERINTAH TERPAKSA menjalankan TUGAS & TANGGUNG JAWAP dari PERUNDANGAN NEGARA untuk MENGHALANG PERHIMPUAN tersebut yang di TAKRIFKAN sebagai PERHIMPUNAN HARAM di sebabkan TIDAK memiliki PERMIT untuk BERHIMPUN.
- Dengan MENGERAHKAN Pihak KESELAMATAN seperti Anggota POLIS, FRU dan RELA untuk MENGEKANG PERGERAKAN PERHIMPUNAN itu akan pula MEWUJUDKAN pelbagai PROVOKASI samaada dari Anggota Keselamatan dan Orang Awam yang mengikuti PERHIMPUNAN tersebut.
- MAKA akan TERCETUS LAH keadaan HURU-HARA seperti yang DI JANGKA dan Pihak Berkuasa akan menggunakan Peruntukkan Undang-Undang untuk menangkap Anggota pihak Penganjur dan Orang Awam yang di labelkan sebagai PERUSUH dan MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM.
SEBENAR NYA
- SENARIO seperti ini TIDAK PERLU dan TIDAK AKAN BERLAKU, jika Pihak KERAJAAN yang MEMERINTAH menggunakan PENDEKATAN yang LEBIH CERDIK dan BERHEMAH. Dimana Pihak Kerajaan maseh boleh Menggunakan Perhimpunan ini sebagai KEBAIKAN kepada KERAJAAN dari pelbagai SUDUT POLITIK.
- Tetapi Pihak PARTI yang menjadi KERAJAAN harus pula bersikap LEBIH TERBUKA, LEBIH BERANI dan LEBIH BERKEPIMPINAN jika mereka melakukan ALTERNATIF yang berikut:
ALTERNATIF
Adakan PERUNDINGAN KILAT dengan Pihak:
Dan TAWARKAN semua bentuk KERJASAMA untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH dengan Syarat:
- MEMORANDUM BERSIH untuk SPR akan DI KAJI
- KAJIAN HARUS DI LAKUKAN SECARA KOLEKTIF
- YANG DI BINCANG SECARA TERBUKA DAN TUJUAN IKHLAS
JIKA SARANAN ALTERNATIF GAGAL SEBELUM TARIKH PERHIMPUNAN
- BERI IZIN PERMIT untuk melakukan PERHIMPUNAN tetapi dengan CARA TERSUSUN & TERKAWAL
- PERHIMPUNAN itu pula harus di lakukan di dalam STADIUM BOLA SEPAK seperti STADIUM BUKIT JALIL atau STADIUM NEGARA dengan PERCUMA
- BENARKAN semua AKTIVITI sewaktu PERHIMPUNAN BERLANGSUNG seperti SESI CERAMAH, DIALOG TERBUKA dan KEGIATAN SIHAT yang lain
- BENARKAN juga PARA PENIAGA mengambil kesempatan untuk BERNIAGA di KAWASAN STADIUM sebagai BANTUAN memberikan MAKAN & MINUMAN kepada Orang Awam yang berhimpun.
- Pihak Kerajaan dan Parti Pemerintah juga boleh mengambil bahagian melalui DIALOG BERSAMA dan menunjukkan KETERBUKAAN FIKIRAN kepada RAKYAT UMUM.
IMPLIKASI NYA
- KEADAAN akan lebih TERPIMPIN dan TERATUR
- HASRAT PENGANJUR DAPAT DI SAMPAIKAN KEPADA SPR & KERAJAAN dalam suasana yang lebih HARMONI
- RAKYAT AWAM juga akan MERASA tidak DI MUSUHI atau TERPINGGIR kerana Pihak Kerajaan juga PEKA dan MENGAMBIL BAHAGIAN
- PIHAK KERAJAAN LUAR juga akan merasa KAGUM dengan PENDEKATAN Pihak Kerajaan yang LEBIH TERBUKA serta MESRA RAKYAT, dan ini suatu GAMBARAN untuk menunjukkan KERAJAAN yang MEMERINTAH itu IKHLAS, CEKAP & JUJUR di dalam PEMERINTAHAN.
- AKHIRNYA, NEGARA dapat di hindarkan dari sebarang RUSUHAN yang TIDAK PERLU dan NEGARA MALAYSIA akan BERGANJAK dari satu TAHAP ke satu TAHAP yang LEBIH TINGGI lagi dalam SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA.
- Dan banyak lagi JENIS-JENIS KEBAIKAN yang boleh DI RAIH oleh SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.
Sila Baca lanjutan: http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/edisi-khas-kerajaan-malaysia-salah.html
editor
No comments:
Post a Comment