TADBIR-URUS PERNIAGAAN MODEL CHINA
APAKAH BEZA NYA DENGAN MODEL BARAT
SIAPA BANGSA CHINA
- Untuk Orang-Orang yang bukan Berbangsa CHINA dari Seluruh Dunia, tidak akan dapat MEMAHAMI SIAPA BANGSA CHINA jika mereka tidak terlebih dahulu MEMAHAMI SEJARAH KEWUJUDAN dan ADAB RESAM CHINA daripada Peringkat Awal.
- Kerana Bangsa China ini memiliki lebih daripada 200 BAHASA ETNIK dan menggunakan SATU BAHASA PENULISAN dan BAHASA MANDARIN sebagai BAHASA NEGARA CHINA.
- Manakala 90% Bangsa Dominan adalah dari Keturunan LIU yang MENGASASKAN daripada DINASTI HAN (Qian Han) sehingga Pengaruh nya meliputi Asia Tengah seperti Monggol, Vietnam dan Korea.
- Dan melalui Dinasti HAN ini, Negara CHINA meng-adaptasikan FAHAMAN CONFUCIUS sebagai ALAT untuk Menyatu-padukan Persefahaman Kaum dan Perpaduan Negara.
SIKAP PATRIOTIK BANGSA CHINA
- Walau dimana Bangsa China ini berada atau telah bermastautin, mereka TETAP MENGAKUI Diri dan Keturunan mereka adalah Berbangsa CHINA.
- Termasuk yang menetap di Negara-Negara Eropah dan Amerika Syarikat.
- Dimana mereka akan TETAP untuk Mengamalkan Adab Resam dan Budaya kehidupan mereka sebagai Orang China.
- Juga akan Mengekalkan Nama Keluarga di Pangkal setiap Nama dan Keturunan mereka.
- Kerana Bangsa China sangat Meyakini bahawa, apabila Seseorang Bangsa China itu DI HORMATI maka SELURUH KELUARGA & KETURUNAN mereka turut mendapat PENGHORMATAN tersebut.
- Tetapi jika Seseorang Bangsa China itu DI HINA maka PENGHINAAN itu juga akan TERPALIT kepada Semua Ahli Keluarga & Keturunan mereka.
- Ini di sebabkan oleh NAMA KELUARGA yang mereka gunakan.
FAHAMAN BANGSA CHINA TERHADAP PERNIAGAAN
Mereka mengatakan sebagai "BUSINESS FAMILIES" atau PERNIAGAAN KELUARGA dan bukan seperti Fahaman BARAT seperti "FAMILY BUSINESSES" atau KELUARGA PERNIAGAAN.
KERANA FAHAMAN BANGSA CHINA:
- Mereka MENDAHULUKAN KEPENTINGAN KELUARGA daripada segala Kepentingan Perniagaan.
- Dan Menganggap Perniagaan adalah Kepentingan KEDUA selepas PERTALIAN KELUARGA.
- Ini berbeza dengan Fahaman BARAT yang Mengutamakan Perniagaan dan Kedua baharulah Kepentingan Keluarga mereka.
WUJUD EMPAT PERKARA YANG DI PENTINGKAN OLEH BANGSA CHINA
PERTAMA: Operasi Pengarahan Keluarga
- Bermaksud, setiap Operasi Perniagaan akan berada di dalam KUASA Ahli Keluarga dari Keturunan dari sebelah BAPA mereka, yang juga sebagai Ketua Keluarga.
- Perkara ini di amalkan walaupun Taraf Syarikat atau Organisasi Perniagaan mereka Bertaraf Korporat.
KEDUA: Di Dominasi oleh Ketua Keluarga yang Berpengaruh
- Bermaksud, setiap Operasi Perniagaan keluarga akan di KETUAI oleh seseorang yang PALING BERKUASA dan BERPENGARUH di dalam Hiraki Keluarga.
- Mereka dari Golongan ini akan di jadikan sebagai PENASIHAT URUSAN PERNIAGAAN KELUARGA.
- Dimana, setiap Pengurus Pertengahan & Bawahan boleh berhubung terus kepada KETUA ini tanpa perlu mengikuti Protokol Jawatan.
KETIGA: Ketetapan Halatuju dan Kuasa
- Bermaksud, Bangsa China akan menetapkan sesuatu Perniagaan itu DI WARISI oleh Ahli-Ahli Keluarga mereka sendiri.
- Dimana HAK MILIK sesebuah Perniagaan atau Organisasi Keluarga itu Tidak Akan di serahkan kepada Orang Luar yang bukan dalam kalangan Ahli Keluarga.
- Kecuali untuk di jadikan sebagai Tenaga Profesional untuk Hal-Hal yang melibatkan Tadbir-Urus Syarikat apabila di perlukan.
- Dan Anak-Anak lelaki daripada Keturunan Ketua Keluarga selalu nya akan Mewarisi sesuatu Perniagaan.
- Bermaksud, Perniagaan yang mereka lakukan adalah berpunca daripada WANG DANA KELUARGA.
- Ini menjadikan sesuatu Perniagaan yang di tubuhkan itu menjadi Tugas & Tanggung Jawap secara bersama oleh Keluarga yang terlibat.
- Dan mereka akan mementingkan Reputasi Nama Keluarga ketika menjalankan sesuatu Perniagaan.
- Ini membuatkan Tadbir-Urus Perniagaan Keluarga mereka sebagai TUGAS YANG SERIUS dan di lakukan dengan Penuh Penghormatan.
PERBEZAAN AMALAN ANTARA BANGSA CHINA DENGAN BARAT
AMALAN PERNIAGAAN
- ORANG BARAT: adalah untuk Memaksima NILAI SAHAM untuk Pegangan Saham.
- ORANG CHINA: adalah untuk Menjaga KEPENTINGAN Keluarga
2...Keterbukaan Kewangan
- ORANG BARAT: Dengan Menyediakan Laporan Kewangan Awam dan UMUM
- ORANG CHINA: Laporan Kewangan berbentuk RAHSIA dan hanya untuk Ahli Keluarga.
- ORANG BARAT: Penjualan Saham di Pasaran Terbuka, seperti di Bursa Saham
- ORANG CHINA: Di dapati dari Ahli Keluarga dan Keluarga Terdekat sahaja.
- ORANG BARAT: Melalui Penggabungan atau Pengambil-Alihan secara Paksa
- ORANG CHINA: Perniagaan Tidak Pernah Di Jual kerana Reputasi Nama Keluarga
5...Pengiklanan
- ORANG BARAT: Melalui Pelbagai Jenis PENGIKLANAN
- ORANG CHINA: Melalui Rangkaian Ahli Keluarga TANPA menggunakan Pengiklanan
- ORANG BARAT: Menggunakan Khidmat Profesional berdasarkan Kelayakan Pendidikan.
- ORANG CHINA: Di lantik daripada Ahli Keluarga yang telah Bekerja LAMA dalam Syarikat
7...Jangka Masa
- ORANG BARAT: Berdasarkan Sasaran Masa Terpendek untuk Meraih Keuntungan dan Peningkatan NILAI pada Nilai SAHAM.
- ORANG CHINA: Kebaikan Nama Keluarga dalam jangka panjang di UTAMAKAN
PERUBAHAN SIKAP PADA ZAMAN INI
- Pada Zaman ini, dimana telah Ramai Bangsa China yang Berpendidikan mengikut Pendidikan Eropah dan Amerika telah mula merubah Amalan-Amalan menjalankan Perniagaan CARA Nenek Moyang mereka.
- Bangsa China pada hari ini LEBIH TERBUKA dan amat kurang mengamalkan Amalan yang Konservatif dan ini telah dapat merubah Corak Perniagaan Keluarga Mereka kepada lebih Profesional serta bersifat Berbilang Bangsa dan Negara.
editor
No comments:
Post a Comment