APAKAH PERANAN KEMENTERIAN DALAM KERAJAAN
MENGENAI FUNGSI DAN TANGGUNG JAWAP
KEMENTERIAN
- Sesebuah KEMENTERIAN di dalam sesebuah KERAJAAN selalu nya di ketuai oleh Seorang MENTERI yang di lantik oleh Presiden atau Perdana Menteri.
- Ada juga MENTERI yang tidak memiliki sebarang KEMENTERIAN untuk di ketuai tetapi mereka melakukan TUGAS KHAS yang di arahkan oleh Presiden atau Perdana Menteri.
- Tetapi di dalam Sebuah KERAJAAN, sesebuah KEMENTERIAN di ketuai oleh seorang MENTERI yang di lantik dari Seorang AHLI POLITIK dari Parti yang Memerintah
PERANAN & TUGAS KEMENTERIAN
- Untuk MERANGKA, MEMBINA & MELAKSANAKAN sesuatu POLISI pada KEMENTERIAN
- Anggota Kementerian akan Menyarankan dan Menasihati MENTERI di dalam segala PROSES untuk memantapkan sesuatu Polisi melalui Idea dan Langkah-Langkah Terbaik supaya Menteri dapat memilih dan membentuk sesuatu POLISI yang akan di guna-pakai di dalam KERAJAAN.
Kedua:
- Berperanan untuk Meng-aplikasikan segala POLISI yang telah DI LULUSKAN untuk KEMENTERIAN.
- Dan melakukan Pemantauan di dalam segala Proses Perlaksanaan serta Menilai segala Kesan Buruk & Baik dari sesuatu Polisi.
ORGANISASI KEMENTERIAN
Setiap KEMENTERIAN akan memastikan segala POLISI yang di Rangka itu bersesuaian dengan FUNGSI atau PERANAN sesebuah KEMENTERIAN seperti:
- Sebagai Anggota Parti Politik yang memerintah, Menteri yang bertanggung jawap akan Terlibat Secara Langsung di dalam MENETAPKAN sesuatu Polisi untuk KEMENTERIAN nya.
- Dan setelah sesuatu Polisi itu di Bincangkan dan di perhalusi di peringkat Kementerian, baharu lah sesuatu Polisi itu di bawa kepada pengetahuan Presiden atau Perdana Menteri untuk di Nilai dari Sudut yang lebih luas
- Adalah TIDAK BENAR jika seseorang Menteri di sesuatu Kementerian TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU di dalam KEMENTERIAN masing-masing.
- Samaada Kementerian mereka itu melakukan Kesilapan atau pun Meng-aplikasikan sesuatu Polisi yang bertentangan dengan Kepentingan Rakyat Umum.
SETIAP POLISI HARUS
Setiap DRAFT POLISI yang mahu di bentangkan untuk Kelulusan Ketua Negara dan Parlimen harus di sertai dengan FAKTA & DATA berikut dengan TERPERINCI.
- SEBAB & KEPERLUAN NYA (kenapa & mengapa)
- JUMLAH KEWANGAN (yang di perlukan)
- TEKANAN AWAM (yang di terima)
- PERJANJIAN & KOMITMEN ANTARABANGSA (jika ada atau berlaku)
- KAJIAN (yang di lakukan)
KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN
- Setiap KEMENTERIAN juga harus memastikan setiap POLISI yang akan melibatkan KEMENTERIAN yang lain, harus mengadakan PERBINCANGAN untuk mendapatkan PERSETUJUAN.
- Terkecuali sesuatu Polisi itu tidak melibatkan Kementerian yang lain.
- Pada kebiasaan nya setiap Kerajaan memiliki General Government Secretariat (GGS) yang bertindak melakukan Kerja-Kerja PENYELARASAN ANTARA KEMENTERIAN berkenaan Decrees & Bills.
- Dan Pihak GGS selalu nya akan menyiapkan LAPORAN dari SARANAN setiap KEMENTERIAN untuk di kemukakan kepada Presiden atau Perdana Menteri bagi mendapatkan Pandangan & Penilaian dari Sudut Politik sebelum di kemukakan kepada PARLIMEN untuk di luluskan.
PERANAN MAJLIS PERUNDANGAN NEGARA
- Setiap POLISI yang DI USULKAN oleh setiap KEMENTERIAN juga akan melalui PROSES PENILAIAN dari SEGI PERUNDANGAN NEGARA.
- Untuk sesebuah Negara, MAJLIS PERUNDANGAN di Ketuai oleh PEGUAM NEGARA yang akan Menasihati Pihak Presiden atau Perdana Menteri sebarang IMPLIKASI UNDANG-UNDANG dari setiap POLISI yang akan di USULKAN di dalam PARLIMEN.
- Hanya Anggota di dalam PARLIMEN yang boleh Menentang, Meluluskan atau Mengubah sesuatu POLISI yang di Usulkan oleh sesuatu Kementerian apabila sesuatu USUL di bentangkan.
- Dan setiap USUL yang telah DI LULUSKAN oleh Pihak PARLIMEN akan di Tanda Tangani oleh Presiden atau Perdana Menteri berserta Tanda Tangan Menteri yang terlibat sebelum di serahkan kepada YANG DI PERTUAN NEGARA (Kerajaan Negeri) atau YANG DI PERTUAN AGONG (Kerajaan Persekutuan) untuk KELULUSAN PENUH.
KERANGKA KEMENTERIAN
- Presiden atau Perdana menteri di dalam sesebuah Negara akan MENENTUKAN KERANGKA KEMENTERIAN yang harus Wujud di dalam KERAJAAN mereka.
- Dan mereka yang Bertanggung Jawap untuk Menubuhkan sesuatu Kementerian menurut Keperluan semasa.
- Presiden atau Perdana Menteri juga yang Bertanggung Jawap untuk menentukan Jumlah Jawatan dan Siapa Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Kementerian yang di lantik daripada Anggota Parti Politik yang Memerintah atau dalam Komponen Parti Memerintah atau dari Para Karyawan Awam.
- Dan selalu nya mereka akan di pilih daripada pelbagai Sudut Politik Kepartian dan kedudukan dalam Parti, bukan atas dasar KELULUSAN AKADEMIK di dalam Bidang KEMENTERIAN.
KERAJAAN HARI INI
- Pada hari ini banyak Negara telah menetapkan KELULUSAN AKADEMIK MINIMA sebelum seseorang Ahli Politik itu di lantik untuk menjawat Jawatan MENTERI.
- Ini di sebabkan oleh TUNTUTAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP yang begitu besar untuk MENERAJUI sesebuah KEMENTERIAN.
- Dimana pada Dunia hari ini, sesuatu BIDANG di dalam sesebuah KEMENTERIAN itu berkait rapat dengan KEMAJUAN TEKNOLOGI terkini.
- Juga untuk menjaga MUTU seseorang MENTERI di dalam BIDANG TADBIR-URUS di dalam sebuah Organisasi yang Cukup Besar dan penting untuk Negara dan Kerajaan yang Memerintah.
- Kerana setiap MENTERI di dalam setiap KEMENTERIAN itu pula bertanggung jawap untuk MEMILIH WARGA KERJA mereka sendiri berdasarkan Kebolehan, Kepakaran dan Kelulusan Akademik yang di perlukan.
BILA KEPINCANGAN BERLAKU
Sesebuah KEMENTERIAN di dalam sesebuah KERAJAAN akan GAGAL BERFUNGSI atau BERPERANAN di dalam KETETAPAN ASAL adalah di sebabkan oleh:
- KEPUTUSAN-KEPUTUSAN POLITIK yang di kehendaki oleh PUCUK PIMPINAN PARTI YANG MEMERINTAH.
- Dimana Pucuk Pimpinan Parti yang Memerintah inginkan SESUATU ITU di lakukan DI LUAR AMALAN BIASA atau RASMI.
- Ini selalu nya melibatkan PENGGUNAAN DANA RAKYAT atau DANA NEGARA di belanjakan untuk KEPENTINGAN PEMIMPIN dan PARTI.
- Selalu nya akan melibatkan SEMUA KEMENTERIAN yang ada dan BERMULA dari KEMENTERIAN KEWANGAN.
JUGA AKAN MELIBATKAN KEPINCANGAN & SALAH LAKU
- Didalam Kementerian yang Menjaga HAL EHWAL PERUNDANGAN & KEHAKIMAN NEGARA
- Juga di ambil kesempatan untuk MENJAGA & MENGAWAL segala Tindak Tanduk mereka yang Menyalahi Perlembagaan Negara dengan mempengaruhi Tindakkan Peguam Negara, Ketua Hakim, Ketua Polis dan Ketua Angkatan Tentera yang akan berpihak kepada Parti yang memerintah.
- Ini boleh berlaku kerana SEMUA PENJAWAT AWAM di dalam JABATAN PENTADBIRAN AWAM di Syaratkan untuk TAAT kepada KERAJAAN yang MEMERINTAH dalam sesuatu MASA.
MASAALAH RAKYAT DUNIA HARI INI IALAH
- TIDAK WUJUD sesuatu MEKANISMA yang boleh MEMANTAU semua SALAH-LAKU setiap KERAJAAN YANG MEMERINTAH jika sesebuah PARTI POLITIK itu BERKUASA.
- TIDAK WUJUD LAPORAN KEGAGALAN sesebuah KERAJAAN di dalam MENTADBIR NEGARA untuk RAKYAT UMUM
- RAKYAT UMUM hanya boleh memberikan REAKSI Menyokong atau Menentang melalui PROSES PILIHAN RAYA sahaja tetapi itu TIDAK MENJAMIN sesebuah KERAJAAN YANG RASUAH dapat di keluarkan dari PEMERINTAHAN NEGARA.
editor
No comments:
Post a Comment