PASARAN MINYAK DUNIA - KEJAYAAN PERTAMA STRATEGI AMERIKA
APAKAH MAKSUD YANG DI SAMPAIKAN
PADA BULAN MAY - JUNE 2011
- Harga "Liquid Gold" ini telah mula menunjukkan PENURUNAN HARGA di dalam PASARAN MINYAK DUNIA yang bermula pada Bulan May 2011.
- Dimana, dalam setiap URUS-NIAGA "Oils Future" di semua BURSA SAHAM DUNIA menunjukkan PENURUNAN kepada Permintaan (demand) dan KENAIKAN Hasil pengeluaran yang di lakukan oleh Negara-Negara OPEC.
- Negara OPEC Menambah Pengeluaran Minyak Mentah di sebabkan Kenaikan Harga Minyak Mentah yang Melambung Tinggi sebelum ini dan untuk Mengimbangi kepada kenaikan Harga Pasaran, maka Negara OPEC meningkatkan pengeluaran dan telah memaksa Harga Minyak Mentah ini Menurun.
- Rujuk: SWOT #17: PENGARUH 'LIQUID GOLD" PADA DUNIA - Post #287http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/swot-17-pengaruh-liquid-gold-pada-dunia.html
MENURUT LAPORAN
- Kebanyakan Negara-Negara Dunia pada hari ini telah MENGALIHKAN PERHATIAN untuk membeli Bekalan Minyak Mentah melalui Negara-Negara Pengeluar Minyak dari Benua Amerika dan Kanada.
- Dan menurut laporan yang di siarkan, Peralihan Perhatian kepada pembelian Minyak dari Negara BUKAN OPEC di sebabkan oleh KEKACAUAN POLITIK yang sedang melanda di kebanyakan Negara-Negara ARAB di Timur Tengah.
- Dan di jangka Peralihan pembelian ini akan berlangsung sehingga ke Tahun 2016.
NEGARA YANG TERJEJAS
- Negara-Negara yang TERJEJAS TERUK dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah ialah Golongan NEGARA SEDANG MEMBANGUN.
- Dimana didalam Negara-Negara Sedang membangun ini menggunakan BAHAN API yang Tinggi di sebabkan Pembangunan Insfrastruktur dan Prasarana di Sektor Perindustrian mereka.
- Yang paling terjejas teruk ialah Negara CHINA yang memerlukan lebih dari 46% Bahan Api untuk menggerakkan Sektor Perindustrian di dalam Negara dan semua bekalan Bahan Api ini di dapati dari Negara-Negara OPEC.
APA DI SEBALIK PENURUNAN HARGA MINYAK
- PERTAMA: Kenaikan Pengeluaran Hasil Minyak Mentah yang di lakukan oleh Negara-Negara OPEC terutama Negara ARAB SAUDI.
- KEDUA: Oleh kerana KRISIS KEWANGAN yang melanda Negara GREECE yang melibatkan HUTANG LUAR NEGARA.
- KETIGA: STRATEGI Amerika Syarikat yang MEWUJUDKAN KEKACAUAN di Negara-Negara Timur Tengah yang terutama nya Negara Pengeluar Minyak Besar seperti Libya.
STRATEGI AMERIKA SYARIKAT
- Apabila Perang IRAQ TAMAT dan Presiden Barrack Obama berkuasa di Washington, Pihak Amerika merasakan AMAT PERLU untuk mengalihkan Perhatian Dunia di dalam Pembelian Minyak Mentah daripada Negara-Negara OPEC.
- Kerana melalui PERANG & PENJAJAHAN IRAQ, Pihak Amerika telah dapat MENGAUT banyak BEKALAN MINYAK daripada Negara Iraq, samaada secara pembelian SAH, Curian atau pembelian di Bawah Harga Pasaran melalui Kerajaan Boneka Negara Iraq.
- Dan ini menyebabkan STOK MINYAK yang mereka DAPATI itu sudah berlebihan di samping Hasil Minyak keluaran Negara.
- Untuk menjana HASIL, pihak Amerika perlu menjual Bekalan atau Stok Minyak ini secepat mungkin sebagai langkah untuk menutup segala Perbelanjaan Peperangan yang telah menggunakan Trillions USD.
- Kerana itu PERGOLAKAN POLITIK perlu di lakukan di TIMUR TENGAH yang akan mengkocar-kacirkan setiap Kerajaan yang memerintah dan menjejaskan hasil pengeluaran mereka.
KEJAYAAN PERTAMA AMERIKA
- Melalui STRATEGI tersebut, pihak Amerika telah BERJAYA di Peringkat Pertama kerana Berjaya Merosakkan Kestabilan Politik di Timur Tengah dan menimbulkan Huru-Hara di dalam setiap Negara Sasaran.
- Dan HASIL nya. pada hari ini PERMINTAAN DUNIA untuk MINYAK telah BERALIH ke Benua AMERIKA termasuk Amerika Syarikat sendiri.
- Amerika Syarikat tidak Khuatir dengan Penurunan Harga Minyak Mentah di Pasaran Global kerana STOK MINYAK yang DI CURI daripada Negara IRAQ cukup banyak dan walau dengan Harga apa pun, mereka tetap MENGAUT keuntungan.
- Dan di dalam Negara Amerika, semua Syarikat Pengeluar Minyak Mentah telah mula MENAMBAH PENGELUARAN sebagai langkah untuk Membina BEKALAN STOK apabila STOK CURIAN sudah terjual.
MENGAPA HINGGA 2016
- Ini adalah kerana Pihak Amerika telah Mensasarkan di Negara-Negara TIMUR TENGAH yang sedang BERGOLAK itu hanya akan pulih dalam masa 5 TAHUN daripada sekarang.
- Dan mereka akan MEMASTIKAN Negara-Negara tersebut TERUS BERGOLAK didalam Tempuh ini sebagai Langkah untuk MENJAYAKAN STRATEGI mereka.
- Sepanjang 5 Tahun akan datang ini juga, Pihak Amerika TIDAK BERHASRAT untuk memulihkan KEADAAN di Timur Tengah KERANA mereka memerlukan Jangka Masa 5 Tahun ini untuk MENJUAL BEKALAN STOK MINYAK yang telah terkumpul.
- Juga sebagai MODAL untuk Kempen Presiden Barrack Obama di dalam Penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat.
APA YANG DAPAT DI PELAJARI
- HARGA MINYAK MENTAH yang di guna-pakai di dalam PASARAN adalah merupakan SATU KAYU-UKUR untuk melakukan JUAL-BELI
- Dimana MARGIN KEUNTUNGAN yang DI RAIH di dalam setiap penjualan adalah sekitar 75%-150% daripada KOS PENGELUARAN SEBENAR (bergantung kepada syarikat cari-gali)
- Dan HARGA ini hanya BERKISAR di dalam PASARAN ANTARABANGSA yang MEMBELI MINYAK MENTAH DI PASARAN TERBUKA dan BUKAN TERTAKLUK di dalam JUAL-BELI SECARA TERTUTUP
MALAYSIA
- MENGGUNAKAN ALASAN HARGA PASARAN MINYAK MENTAH DUNIA SEBAGAI ALASAN UNTUK MENAIKKAN PELBAGAI PERKARA
- ATAU MENGHAPUSKAN SUBSIDI RAKYAT DENGAN ALASAN YANG SAMA.
editor
No comments:
Post a Comment