Monday, June 27, 2011

ANCAMAN JURANG KEKAYAAN DI MALAYSIA - 2011

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #320


ANCAMAN JURANG KEKAYAAN DI MALAYSIA - 2011
SANGAT BAHAYA DARI SUDUT EKONOMI DAN POLITIK


MALAYSIA
  • Melalui LAPORAN KAJIAN WORLD BANK mengenai Taraf Kemiskinan di Negara Malaysia, Taraf Pendapatan Kemiskinan Negara Malaysia ialah RM720.
  • Dan ia di pecahkan kepada 3 BAHAGIAN iaitu 20% Golongan Berpendapatan Tinggi, 40% Golongan Berpendapatan Pertengahan dan Baki 40% adalah Golongan Bawahan.
  • Tetapi sepanjang 10 Tahun yang lalu (2000 - 2010) Pertumbuhan untuk GAJI TAHUNAN hanya 2.6% SETAHUN.
  • Dan lebih kurang 34% dari 1.3 Juta PEKERJA (442 ribu pekerja) di Malaysia maseh menerima GAJI di bawah Paras RM700 sebulan.
  • Hanya GAJI MINIMA Para Pekerja di dalam Sekmen Perkhidmatan Pengawalan Keselamatan di naikkan dari RM500-600 sebulan kepada RM700 sebulan
APAKAH YANG TERSEMBUNYI DALAM FAKTA-FAKTA TERSEBUT
No.1: Taraf Pendidikan
  • Maseh ramai Rakyat yang memiliki Taraf Pendidikan yang Maseh Rendah di bawah kelulusan SPM
  • Maseh Wujud Lepasan Sekolah yang tidak berjaya menamatkan Persekolahan Menengah atau tidak sampai ke peringkat Menengah.
No.2: Kemampuan Keluarga
  • Disebabkan oleh Kemampuan Pihak Keluarga untuk menyara Perbelanjaan Persekolahan yang terbatas untuk anak-anak.
  • Kerana mereka sendiri di dalam Kategori "MISKIN NEGARA" yang Berpendapatan Kurang dari RM700 Sebulan.
  • Pihak Keluarga terpaksa Mengutamakan "Makan Minum" daripada Pelajaran kerana "Desakan Hidup Semasa"
No.3: Dasar Ekonomi Negara
  • Kadar dan Taraf Kemiskinan Negara adalah "CERMIN" daripada setiap POLISI EKONOMI NEGARA yang di guna-pakai oleh Kerajaan.
  • Dimana 34% Golongan Pekerja yang di bawah Paras Kadar Pendapatan MISKIN (RM720) adalah "BEBAN KERAJAAN" yang terpaksa di tanggung daripada IMPLIKASI DASAR EKONOMI yang di jalankan.
  • Yang berpunca daripada "TUMPUAN EKONOMI" Pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA menghasilkan PELAN PERANCANGAN yang BERKESAN untuk menaikkan Taraf Ekonomi Rakyat yang berada di bawah Taraf Kemiskinan.
  • Dimana Tumpuan Kerajaan lebih MUDAH DI JAYAKAN untuk Golongan Atasan dan Pertengahan Rakyat.
No.4: Sistem Pemerintahan Negara
  1. Sistem Pemerintahan Negara Malaysia yang memiliki 2 JENIS KERAJAAN juga menjadi salah Satu Faktor Penyumbang kepada MASAALAH KEMISKINAN.
  2. Dimana Negara Malaysia di PERINTAH melalui KERAJAAN PERSEKUTUAN atau PUSAT dengan KERAJAAN NEGERI.
  3. Yang Wujud Unsur-Unsur "PECAHAN KUASA" dan "PECAHAN TUGAS" serta "PECAHAN TANGGUNG JAWAP" untuk SIAPA yang harus DI PERTANGGUNG JAWAPKAN untuk MENJAGA, MENTADBIR dan MENGURUS Taraf KAYA-MISKIN setiap Rakyat dalam Negara.
  4. Yang kini TERBAHAGI di antara DUA JENIS KERAJAAN tersebut dan SUKAR untuk memastikan SIAPA yang tidak menjalankan Tugas & Tanggung Jawap dengan SEMPURNA.
No.5: Teknologi Perindustrian
  • Dalam Negara Malaysia maseh BANYAK Industri yang menggunakan TEKNOLOGI RENDAH di dalam penghasilan Produk-Produk.
  • Yang lebih menggunakan Tenaga Pekerja yang ramai untuk melakukan pelbagai Proses Pembuatan dalam Sektor Pengilangan.
  • Dan Teknologi Jentera & Peralatan Pengilangan lebih kepada Teknologi Rendah dan Semi-Auto dan tidak memerlukan Kemahiran dan Kelulusan yang Tinggi.
  • Kerana itu Pihak MAJIKAN hanya menawarkan Sejumlah UPAH KERJA yang AGAK MURAH kepada Pekerja yang BERSESUAIAN dengan jenis Teknologi yang di gunakan.
APA YANG TIADA DALAM SEKTOR BURUH MALAYSIA
No.1: GAJI MINIMA
Ketiadaan KADAR GAJI MINIMA di dalam SEKTOR SWASTA untuk:

  • Semua JENIS INDUSTRI PEKERJAAN
  • Semua JENIS JAWATAN
  • Semua JENIS KEPAKARAN & KEMAHIRAN
  • Semua JENIS KELULUSAN AKADEMIK
Keperluan 
  • Yang DI DASARKAN kepada KELULUSAN seseorang PEKERJA dengan JAWATAN dan TUGAS yang di peruntukkan di dalam sesebuah INDUSTRI.
  • Mempunyai GARIS-PANDU yang Cukup JELAS sebagai PANDUAN untuk SEMUA MAJIKAN di Seluruh Negara mengguna-pakai KADAR GAJI MINIMA yang SERAGAM 
  • Yang pula di Dasarkan dari SETIAP KELULUSAN Para Pekerja untuk sesuatu Jenis Jawatan.
No.2: MAJLIS TIGA (3) SERANGKAI

  • Pihak KERAJAAN - Pusat & Negeri / Melalui Kementerian Buruh
  • Pihak MAJIKAN - Swasta & Awam / Melalui Kesatuan Majikan Kebangsaan
  • Pihak PEKERJA - Swasta & Awam. / Melalui Kesatuan Pekerja Kebangsaan
Termasuk HAL-HAL:
  • Yang harus BERADA di dalam SATU MAJLIS untuk Membincangkan HAL EHWAL PEKERJA, MAJIKAN & KERAJAAN.
  • Seperti MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA yang harus berfungsi LEBIH LUAS daripada di cadangkan sekarang.
  • Dan MEMBINCANGKAN dengan lebih TELUS mengenai SEMUA ASPEK PEKERJAAN yang melibatkan SEMUA Sudut Ekonomi Rakyat, Majikan dan Negara secara KOLEKTIF.
  • Seperti Kadar Upah Kerja, Hal EPF, Hal Kebajikan, Hal Keselamatan, Hal Kesihatan, Hal Persaraan, Hal Hak-Hak & Faedah ASAS untuk Golongan Pekerja yang DI UKUR dari KEMAMPUAN EKONOMI Pihak Syarikat dan Kepentingan Ekonomi Negara.
No.3: INSENTIF KERAJAAN
  • Pihak Kerajaan di dalam USAHA untuk Membangunkan INDUSTRI yang Berteknologi Rendah kepada Teknologi Tinggi harus bertindak pantas membaiki Industri -Industri Berteknologi Rendah dalam Negara
  • Dengan Memberi Insentif-Insentif  yang berbentuk GRANT kepada Para Pengusaha Pengilangan untuk MENAIK-TARAF Jentera & Peralatan Pengilangan mereka.
  • Dimana GRANT KERAJAAN harus di tawarkan untuk Pengusaha untuk MEMBELI Jentera & Peralatan yang Lebih Berteknologi agar dapat di sesuaikan dengan Program Peningkatan Gaji Minima Negara.
  • Juga Grant Pekerja untuk Menaik-Taraf Pengetahuan melalui Kursus-Kursus Vokasional Jangka Pendek untuk Pekerja yang tidak Berkelulusan dan Berkemahiran melalui SATU PROGRAM di dalam SATU BADAN VOKASIONAL NEGARA.
TRANSFORMASI PENTADBIRAN
  • Didalam USAHA KERAJAAN untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dalam Negara, Pihak Kerajaan yang memerintah HARUS terlebih dahulu melakukan TRANSFORMASI kepada hal-hal PENTADBIRAN & PENGURUSAN di dalam JENTERA KERAJAAN.
  • Yang melibatkan SEMUA KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN PERSEKUTUAN dan di dalam KERAJAAN NEGERI.
  • Dimana SETIAP URUS-KERJA di antara KEMENTERIAN yang BERKAIT-RAPAT dengan MASAALAH PEKERJA & PEKERJAAN, TARAF KEMISKINAN dan PROGRAM PEMBANGUNAN PEKERJA & KEMISKINAN dapat DI SATUKAN dalam GERAK-KERJA YANG SAMA.
  • Dan semua HAL-HAL HALANGAN BIROKARASI harus di KURANGKAN secara KESELURUHAN dengan SATU MATLAMAT yang di persetujui bersama.
  • Dimana ini merupakan SATU GERAK-KERJA yang akan melibatkan SEMUA PARTI-PARTI POLITIK yang memegang sesuatu KERAJAAN dalam Malaysia dan IDEOLOGI POLITIK KEPARTIAN harus DI ELAKKAN sama sekali.
KEMAHUAN & TEKAD MAHU BERJAYA
  • Hanya KEMAHUAN dan TEKAD MAHU BERJAYA di Peringkat KERAJAAN akan dapat MEMASTIKAN JURANG KEMISKINAN di Negara Malaysia dapat di Kurangkan & di hapuskan.
  • Melalui GERAK-KERJA yang tidak Di POLITIKKAN dan bekerja sebagai sebuah BADAN PROFESIONAL yang melihat MASAALAH ini dari SUDUT EKONOMI RAKYAT & NEGARA
editor

No comments:

Post a Comment