Friday, June 17, 2011

PRODUK ASIA - KELEBIHAN JENAMA YANG BERDAYA SAING

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #303


PRODUK ASIA - KELEBIHAN JENAMA YANG BERDAYA SAING


NEGARA-NEGARA ASIA
  • Kini Negara-Negara Asia memiliki banyak JENAMA PRODUK yang di kenali ramai serta bermutu tinggi seperti Penjenamaan Samsung, Sony, Sanrio, Singapore Airlines, Air Asia, Thai Tourism dan berbagai lagi Jenama yang popular menurut Tinjauan yang di lakukan di seluruh Dunia. (oleh Great Asian Brandings Survey)
  • Akan tetapi Peniaga & Usahawan Asia maseh belum YAKIN untuk memasarkan dan menjual Produk mereka di peringkat tempatan kerana maseh wujud persepsi "West is Best" di kalangan pemikiran Pengguna dan Pengguna Asia lebih gemar untuk membeli Produk Berjenama buatan Barat.
  • Sindrom ini telah mewujudkan PENCIPLAKAN reka-bentuk yang di hasilkan oleh Pihak Barat dan di buat di dalam Asia, tetapi langkah ini telah memburukkan lagi persepsi Masyarakat Asia terhadap Produk-Produk tempatan yang banyak MENIRU.
  • Ada juga Pengeluar Produk Asia yang menggunakan NAMA-NAMA JENAMA yang seperti nama Eropah / Barat, hanya bertujuan untuk mengelirukan Pengguna mengenai Persepsi "West is Best", dan memiliki Rupa-bentuk rekaan Eropah / Barat, harga yang menyamai dan mutu yang sama. tetapi mereka maseh GAGAL untuk menjadi Popular kerana para Pengguna TAHU bahawa produk tersebut adalah produk tempatan. Dan akhirnya Produk tersebut GAGAL untuk bertahan di dalam Pasaran.
LANGKAH PERUBAHAN BERANI
Sebuah Syarikat Pembuatan BARANGAN Pengguna dari Korea Selatan yang Berjenama SAMSUNG, telah melakukan suatu langkah Perubahan yang sangat BERANI dengan melakukan PENJENAMAAN SEMULA terhadap semua produk keluaran syarikat mereka.
Apa yang Samsung telah lakukan?
  • Sekitar Tahun 1997, Syarikat Samsung memiliki Rangkaian Produk Barangan Pengguna yang sangat Bermutu dengan Harga Jualan yang berpatutan, tetapi mereka maseh lagi kekurangan Bilangan Jenis produk untuk menjadikan Syarikat mereka sebagai Pengeluar yang Ulung.
  • Pihak Pengurusan Samsung berpendapat bahawa, jika dengan Bilangan Produk yang sedikit tetapi bermutu tinggi dengan Harga Penjualan yang MURAH sahaja belum mencukupi untuk BERSAING di Peringkat GLOBAL.
  • Untuk berjaya, Pihak Pengurusan Samsung telah MENARIK kembali semua Rangkaian Produk Telekomunikasi nya di Pusat-Pusat Membeli Belah Barat dan melakukan Perubahan atau Transformasi terhadap Reka-Bentuk, Mutu dan Pengedaran nya di seluruh Dunia.
  • Mereka menekankan Produk yang lebih Mesra Pelanggan serta yang lebih Memuaskan Hati Pengguna dengan mewujudkan Peralatan & Perisian yang Serba-Guna.
  • Langkah ini telah membuahkan Hasil dan Jenama Samsung kembali Terkenal di Seluruh Dunia dan di anggap sebagai JENAMA TERBAIK DUNIA.
Kejayaan Samsung menggerakkan JENAMA Asia yang lain
  • Negara-Negara Asia yang lain telah menuruti jejak langkah Samsung dan menggunakan STRATEGI PERUBAHAN yang serupa.
  • Di sebabkan itu telah banyak JENAMA-JENAMA Buatan Negara-Negara Asia telah dapat menembusi Penjualan di Peringkat Global dan juga di dalam Negara masing-masing.
  • Dimana Persepsi Produk buatan Tempatan "Tidak Elok" telah mula terhakis di sebabkan PENERIMAAN di Peringkat Global terhadap Buatan Jenama Asia.
DUNIA FESYEN ANTARABANGSA
  • Produk Buatan dan Rekaan Asia juga telah menjangkiti Dunia Fesyen Antarabangsa, apabila kini telah Ramai Pereka-Pereka Fesyen Terkenal Dunia datang nya dari Negara-Negara Asia.
  • Pereka-Pereka Fesyen Asia kini telah ramai menguasai Dunia Fesyen di PARIS dan hasil rekaan mereka sangat di gemari oleh Masyarakat Eropah kerana rekaan mereka lebih Menyerlah serta Berinovasi Tinggi.
  • Dan Hasil Rekaan Pereka Asia ini juga telah dapat di kembangkan di Peringkat Global dan gejala ini telah meningkatkan NAMA dan JENAMA ASIA di Dunia.
JANGKAUAN JENAMA
  • Walaupun beberapa JENAMA ASIA telah melangkau ke Persada Dunia tetapi maseh banyak lagi JENAMA ASIA dan terutama nya dari ASIA TENGGARA yang maseh belum melakukan perkara yang sama.
  • Pengusaha-Pengusaha Asia Tenggara daripada Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Negara-Negara Asean yang lain HARUS mengambil kesempatan yang sedang berlaku pada hari ini, iaitu JENAMA ASIA telah di kenali sebagai JENAMA bertaraf GLOBAL.
  • Kesempatan seperti ini tidak harus di pandang sepi kerana inilah TREND PERNIAGAAN yang berlaku di Peringkat GLOBAL.
APA YANG PERLU DI LAKUKAN
  • Yang perlu di lakukan ialah melakukan Transformasi Pengedaran Produk kearah GLOBAL dengan menyusun STRATEGI yang TEPAT dan BERKESAN.
  • Perlu mencari Rakan-Rakan Niaga di Dunia Luar untuk di jadikan sebagai Syarikat-Syarikat Pengedaran kepada Produk-produk Tempatan secara lebih berkesan.
  • Formula "Win-Win Situation" harus di gunakan ketika melakukan Rangka Menjalin Perhubungan Dagangan dengan Pengusaha Luar Negara.
  • Dimana PERKIRAAN yang TEPAT & BETUL terhadap KOS OPERASI dan MARGIN KEUNTUNGAN akan dapat MENENTUKAN harga yang sesuai untuk PENGEDAR dari Luar Negara.
  • Dimana pada hari ini Negara-Negara Pengeluar Produk dari ASIA di kenali sebagai "Asia is Global", dimana Gelaran ini di berikan kerana Pengeluar dari Asia di dapati sangat Agresif di dalam Pemasaran dan Penjualan Produk mereka di Peringkat Global dengan Taraf MUTU Produk yang lebih Baik dan lebih Tinggi dari Buatan Eropah dan Barat.
  • Tetapi kebanyakan Negara-negara Asia maseh belum dapat MENYAINGI Produk dan Mutu Produk keluaran Syarikat SAMSUNG dan SONY di Peringkat Global.
  • SEBAB NYA sangat MUDAH...Samsung dan Sony adalah Syarikat pertama Asia yang melakukan Transformasi Produk sebelum Tahun 2000.
editor

    1 comment: