Wednesday, June 15, 2011

RICHEST FACTS #10 - NEGARA TERMISKIN DI DUNIA 2011 - Post #300

TIPsNIAGA.COM - RICHEST FACTS - Post #300


NEGARA TERMISKIN DI DUNIA 2011
MENGAPA NEGARA INI MISKIN


Di sebalik Negara yang KAYA wujud negara yang MISKIN dan begitu juga di sebalik Orang yang KAYA akan wujud Orang yang MISKIN.
Adalah tidak adil jika MAKLUMAT mengenai Negara Miskin tidak di ketengahkan sebagai REFLEKSI kepada sesuatu KEADAAN.


SENARAI 10 NEGARA TERMISKIN
  1. ZIMBABWE
  2. CONGO
  3. LIBERIA
  4. BURUNDI
  5. SOMALIA
  6. NIGERIA
  7. ERITREA
  8. SIERRA LEONE
  9. CENTRAL AFRICA
  10. AFGHANISTAN
SENARAI FAKTA KEMISKINAN
No.1 ZIMBABWE
  • Status Negara: Republic Of Zimbabwe - 18hb April 1980 (dari British)
  • Ketua Negara: Presiden Mugabe
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 12.08 Juta
  • GDP Per Kapita: US$500 Juta
  • Kadar Pengangguran: 95%
Sejarah Ringkas:
  • Mula di jajah oleh Pihak Inggeris pada Tahun 1923 dari Wilayah Afrika Selatan.
  • Zimbabwe adalah Gugusan Rhodesia Selatan
  • Pada 1961 Pihak Inggeris telah mewujudkan Perlembagaan untuk Negara ini atas kepentingan orang-orang Inggeris.
  • Pada Tahun 1965, Rakyat Tempatan mengistiharkan Kemerdekaan sendiri tetapi di tolak oleh Pihak Inggeris.
  • Berikutan dengan penolakan kemerdekaan, Pemberontakkan berlaku kerana campur-tangan PBB yang mengenakan SEKATAN kepada Negara ini atas desakan British.
  • Hanya pada tahun 1979 kemerdekaan di perolehi dan Negara ini di namakan sebagai Zimbabwe.
  • Pada 1980 menjadi Perdana Menteri Pertama Negara Zimbabwe dan pada 1987 telah melantik diri nya sebagai Presiden Zimbabwe dan memerintah secara Autokratik.
  • Kekacauan terus bergolak di dalam Negara ini kerana Golongan Kulit Putih mendominasikan Ekonomi negara.
  • Ketidak-stabilan Politik yang di kuasai oleh Presiden Mugabe berterusan walaupun di tentang hebat oleh Pihak Pembangkang.
  • Sehingga ke hari ini juga keadaan Ekonomi dan politik Negara Zimbabwe tidak pulih di sebabkan negara ini di cengkam oleh Presiden Mugabe.
  • Ini menyebabkan Rakyat secara UMUM nya hidup di dalam Kemiskinan dan Kemalaratan.
No.2 CONGO
  • Status Negara: Democratic Republic Of Congo - 30hb June 1960 (dari Belgium)
  • Ketua Negara: President Joseph KABILA
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 71.712 Juta
  • GDP Per Kapita: US$334 Juta
  • Kadar Pengangguran: Tiada Rekod
Sejarah Ringkas:

  • Nama Asal nya ialah Zaire dan di jajah oleh Negara Belgium dari Tahuan 1908 sehingga Tahun 1960
  • Negara Zaire ini mendapat Kemerdekaan pada Tahun 1960.
  • Pada Tahun 1965 Pihak Tentera Merampas Kuasa dan Kolonel Joseph Mobutu melantik diri nya sebagai Presiden Zaire dan berkuasa selama 32 Tahun kemudian.
  • Tetapi Pergolakan Politik berlaku pada Tahun 1997 Rejim Mobutu di gulingkan yang di sokong oleh Negara-Negara Jiran seperti Rwanda dan Burundi.
  • Dan Presiden yang baharu Laurent Kabila kemudian menukar nama Negara Zaire kepada Democratic Republic Of Congo pada Tahun 1998.
  • Pergolakan Politik terus berlaku dan pada Tahun 2001, Presiden Laurent Kabila telah di bunuh oleh Para Pemberontak yang di sokong oleh Negara-Negara Rwanda, Uganda, Chad, Namibia, Sudan dan Zimbabwe.
  • Dan pada Tahun 2001 juga anak kepada Laurent Kabila, Joseph Kabila di lantik menggantikan Bapa nya sebagai Pemerintah Sementara dan di jadikan sebagai Presiden Congo pada Tahun 2006.
No.3 LIBERIA
  • Status Negara: Republic Of Liberia - 26hb July 1847 (Jajahan Eropah)
  • Ketua Negara: President Ellen JOHNSON SIRLEAF
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 3.786 Juta
  • GDP Per Kapita: US$379 Juta
  • Kadar Pengangguran: 85%
Sejarah Ringkas:
  • Negara Liberia di bebaskan dari Jajahan Eropah oleh negara Amerika Syarikat pada tahun 1822.
  • Hanya pada Tahun 1847 mendapat kemerdekaan penuh atas sokongan Amerika.
  • Pada Tahun 1980 Rampasan Kuasa berlaku kerana ketidak-seimbangan Ekonomi dan Politik Negara yang di ketuai oleh Pihak Tentera yang di Kuasai oleh Samuel DOE dan Pemerintahan Autokratik berlaku di dalam Negara ini.
  • Pada Tahun 1989 di dalam Perang Saudara, Samuel DOE di bunuh dan kuasa nya di ambil alih oleh Charles Taylor sehingga Tahun 2003 apabila Charles Taylor di arahkan berundur.
  • Hanya pada Tahun 2005, Negara Liberia mendapat Pilihan Raya Demokratik dan Ellen Johnson Sirleaf di lantik menjadi Presiden Liberia hingga sekarang.
No.4 BURUNDI
  • Status Negara: Republic Of Burundi - 1hb July 1962 (dari Belgium)
  • Ketua Negara: President Pierre NKURUNZIZA
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 10.216 Juta
  • GDP Per Kapita: US$300 Juta
  • Kadar Pengangguran: Tiada Rekod 
Sejarah Ringkas:

  • Walaupun telah Merdeka pada tahun 1962 tetapi Negara Burundi menghadapi Perebutan Kuasa di antara PUAK Etnik Hutu dan Etnik Tutsi.
  • Dan pada Tahun 1993 Presiden Demokrasi Pertama Negara Burundi telah di bunuh hanya 100 hari menerajui Negara.
  • Dimana dalam Rusuhan kaum ini telah mengorbankan lebih 200,000 Ribu Puak Hutu dan Tutsi dan ramai lagi telah keluar Negara menjadi Pelarian.
  • Hanya pada Tahun 2005 kedua-dua kaum ini bersetuju untuk Berdamai dan menamatkan permusuhan dan bersetuju untuk menubuhkan Kerajaan secara bersama.
  • Dan pada tahun 2005 ini juga seorang Presiden baharu yang di persetujui telah di lantik dan beliau ialah Presiden Pierre Nkurunziza.
  • Tetapi sehingga ke hari ini negara Liberia maseh lagi belum pulih dari kesan Perang Saudara.
No.5 SOMALIA
  • Status Negara: Somali Republic - 1hb July 1960 (dari British)
  • Ketua Negara: Sheikh SHARIF Sheikh Ahmed
  • Sistem Politik: Demokrasi Campuran
  • Jumlah Penduduk: 9.925 Juta
  • GDP Per Kapita: US$600 Juta
  • Kadar Pengangguran: Tiada Rekod 
Sejarah Ringkas:

  • Pada tahun 1960 Pihak British menarik diri dari Memerintah Somaliland dan ini telah mendorong Somaliland bergabung dengan Somaliland jajahan Itali.
  • Dan pada Tahun 1969 Rampasan Kuasa berlaku yang di ketuai oleh Mohamed Siad Barre dan beliau telah memenjarakan semua pemimpin-pemimpin lama yang berfahaman Sosialis dan Rejim ini di tumbangkan pula pada Tahun 1991.
  • Dari Tahun 1991 kekacauan Politik kaum berlaku dan Pihak Somaliland Utara telah mengumumkan Kemerdekaan dan menjadi Republic Somaliland dan bahagian Selatan di kenali sebagai Puntland. Puntland pula menjalankan Pemerintahan mereka sendiri selepas perpecahan negara.
  • Hanya Pada Tahun 2009 atas usaha Negara Habsyah kedua negara yang bertelagah ini di satukan dan sebuah Majlis Pemerintah di tubuhkan untuk menjadi Pemerintah Sementara Somalia di dalam menghapuskan kemelut Politik.
  • Tetapi Pilihan Raya Bebas yang di persetujui tidak dapat di lakukan kerana berlaku ketidak-sefahaman di antara Kaum dan di jadualkan di lakukan pada Tahun 2011 ini.
No.6 NIGERIA
  • Status Negara: Federal Republic of Nigeria - 1hb October 1960 (dari British)
  • Ketua Negara: President Goodluck JONATHAN
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 155,125 Juta
  • GDP Per Kapita: US$736 Juta
  • Kadar Pengangguran:  4.9%
Sejarah Ringkas:
  • Negara Nigeria mendapat Kemerdekaan daripada British pada 1hb October 1960 dan Negara terpadat dengan Penduduk.
  • 80% dari Permukaan Bumi Negara Nigeria ini di selaputi oleh Padang Pasir SAHARA.
  • Dari Tahun Kemerdekaan pada 1960 hingga 1999, Negara Nigeria ini di bawah Pemerintahan Rejim Tentera.
  • Dan Tahun 1999 Reformasi Demokrasi Politik di lakukan tetapi keadaan menjadi tidak stabil sehingga ke Tahun 2007.
  • Ini di sebabkan oleh Perebutan Kuasa untuk memerintah dari Golongan tertentu selepas Pemerintahan Pihak Tentera dapat di mansuhkan.
  • Sehingga kepada hari ini juga Negara Nigeria maseh belum memiliki Sebuah Pemerintahan yang kekal dan Kukuh.
No.7 ERITREA
  • Status Negara: State of Eritrea - 24hb May 1993 (dari Habsyah)
  • Ketua Negara: President ISAIAS Afworki 
  • Sistem Politik: Demokrasi
  • Jumlah Penduduk: 5.939 Juta
  • GDP Per Kapita: US$600 Juta
  • Kadar Pengangguran: Tiada Rekod
Sejarah Ringkas:
  • Pada asal nya negara jajahan British sebelum di serahkan kepada Negara Habsyah pada Tahun 1952 apabila British menarik diri.
  • Tetapi Rakyat Asal Eritrea tidak menerima nya lalu berlaku Pemberontakan yang amat lama dari Tahun 1952 hingga Tahun 1993, apabila Eritrea di beri Kemerdekaan atas gesaan Pihak PBB kepada Habsyah.
  • Dari Tahun 1993 hingga tahun 2007 Pertikaian Sempadan antara Eritrea dengan Habsyah berterusan dan hingga pada Tahun 2011 ini pun Pertikaian tersebut maseh belum dapat di tamatkan.
  • Ini di burukkan lagi oleh Campur-Tangan dan Sokongan Negara Italy di dalam peperangan Eritrea dengan Habsyah.
No.8 SIERRA LEONE
  • Status Negara: Republic of Sierra Leone - 27hb April 1961 (dari British)
  • Ketua Negara: President Ernest Bai KOROMA
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 5.363 Juta
  • GDP Per Kapita: US$747 Juta
  • Kadar Pengangguran: Tiada Rekod
Sejarah Ringkas:

  • Walaupun Negara ini telah Merdeka dari Pihak British semenjak tahun 1961, tetapi di dalam Negara sering berlaku kekacauan Politik dan Perang Saudara.
  • Hanya pada Tahun 2005 Pihak Tentera mengambil alih Kuasa Pemerintah untuk mewujudkan Keamanan dan Kestabilan Politik.
  • Dimana dari tahun 1961 hingga 2005 telah di rekodkan seramai dan lebih 2 Juta Penduduk Awam telah Terkorban di dalam Perang Saudara yang berlarutan.
No.9 CENTRAL AFRICA
  • Status Negara: Central African Republic - 13hb August 1960 (dari France)
  • Ketua Negara: President Francois BOZIZE
  • Sistem Politik: Pemerintahan Tentera
  • Jumlah Penduduk: 4.950 Juta
  • GDP Per Kapita: US$754 Juta
  • Kadar Pengangguran: 8%
Sejarah Ringkas:

  • Negara jajahan Perancis sebelum Merdeka pada 13hb August 1960, di mana Nama Asal Negara ini ialah Negara Ubangi-Shari
  • Tetapi sering berlaku Perang Saudara kerana masaalah Politik dan Ekonomi.
  • Dan pada Tahun 2003 Pemerintah Awam yang di ketuai oleh Presiden Angie-Felix Patasse di gulingkan oleh Pihak Tentera yang di ketuai oleh General Francois Bozize.
  • Dan pada Tahun 2005, General Francois Bozize mengistiharkan diri nya sebagai Presiden.
  • Tetapi Rampasan Kuasa ini telah dapat menstabilkan keadaan Politik dan Perang Saudara di dalam Negara.
No.10 AFGHANISTAN
  • Status Negara:   Islamic Republic of Afghanistan - 19 August 1919 (dari UK)
  • Ketua Negara:  President Hamid KARZAI 
  • Sistem Politik: Demokrasi Berparlimen
  • Jumlah Penduduk: 29,835 Juta           
  • GDP Per Kapita: US$800 Juta
  • Kadar Pengangguran: 35%
Sejarah Ringkas:

  • Pada Tahun 1747 Suku Puak Pashtun menyatukan dan mendirikan Negara Afghanistan dan menuntut kemerdekaan daripada British dan tercapai pada Tahun 1919 yang di ketuai oleh Ahmad Shah Durrani.
  • Beberapa Rampasan Kuasa berlaku pada Tahun 1973 dan 1978 telah menjadikan Negara Afghanistan ini tidak Stabil dan peluang ini telah di ambil oleh Soviet Union untuk menjajah Afghanistan pada Tahun 1979.
  • Dari Tahun 1979 ini bermula Penentangan terhadap Pihak Soviet sehingga Tahun 1989 apabila Soviet terpaksa berundur.
  • Kemudian berlaku Perang Saudara di antara Puak Mujahidin yang memerintah dengan Puak Taliban dan akhirnya Puak Taliban berjaya berkuasa.
  • Pada tahun 2001 pihak Amerika menyerang Afghanistan dan membebaskan dari Pemerintahan Taliban dan sehingga kini keadaan di Afghanistan tidak Stabil walaupun telah di wujudkan suatu kerajaan Demokratik yang baharu di taja Amerika Syarikat.
APA FAKTA MENARIK MENGENAI PUNCA KEMISKINAN
FAKTA PERTAMA
  • Kesemua 10 Negara termiskin ini adalah BEKAS NEGARA JAJAHAN.
  • Juga berasal dari BENUA yang sama dari BENUA AFRIKA kecuali Negara Afghanistan
  • Negara-negara ini juga sebenar nya KAYA dengan HASIL BUMI seperti INTAN, EMAS, MINYAK MENTAH dan Hasil Bumi yang lain.
  • Kerana itu Negara mereka DI JAJAH oleh Penjajah-Penjajah Bangsa Eropah.
FAKTA KEDUA
  • Kesemua Rakyat di dalam Negara-Negara ini Tidak Berpendidikan yang Formal di awal kemerdekaan.
  • Ini menyebabkan Apabila Merdeka mereka GAGAL untuk meningkatkan Ekonomi secara CERDIK.
FAKTA KETIGA
  • Di dalam sesebuah Negara yang terlibat juga di diami oleh ETNIK atau KAUM yang berlainan BANGSA.
  • Ini menyebabkan sesuatu PUAK atau KAUM itu ingin MEMERINTAH sendiri Negara yang baharu di Merdekakan.
  • Di sebabkan kebanyakan mereka KURANG BERPENDIDIKAN maka Proses DEMOKRASI untuk HIDUP BERSAMA tidak dapat di capai di sebabkan KECETEKAN ILMU PENGETAHUAN.
FAKTA KEEMPAT
Kaum-Kaum yang Bertelagah di dalam Negara-Negara ini MULA SEDAR untuk BERKONGSI KUASA setelah BERPERANG sesama sendiri untuk jangka masa yang lama
SEBAB NYA:
  1. Golongan baharu lebih Berpendidikan kerana telah mendapat Pendidikan Formal dan ini memberi mereka Ilmu Pengetahuan yang lebih TERBUKA daripada Golongan terdahulu.
  2. Dan SIFAT KETERBUKAAN MINDA itu yang telah mendorong mereka untuk MAHU BERKONGSI KUASA di dalam memerintah NEGARA.
  3. Tetapi KESEDARAN itu agak lambat untuk wujud di sebabkan oleh Proses PEMBELAJARAN yang perlu di lalui.
PENDIDIKAN MORAL DARI SEJARAH MEREKA INI
  • Kerana itu, sesuatu BANGSA di dalam sesebuah NEGARA walau di Negara mana juga di Dunia ini harus BELAJAR dari apa yang telah berlaku di negara-negara TERMISKIN ini.
  • Di sebabkan oleh SIFAT PERKAUMAN dan TAMAK KUASA maka KESEJAHTERAAN NEGARA tidak dapat di wujudkan dan akhir nya MEREKA juga yang merasa KESUSAHAN NYA kerana EKONOMI tidak dapat di wujudkan.
  • Dimana SIFAT TOLERANSI DI ANTARA KAUM harus di wujudkan di dalam mewujudkan KEHIDUPAN yang HARMONI di dalam Negara yang sama.
  • Rakyat MALAYSIA dan NEGARA-NEGARA ASIA harus bersyukur kerana di TAKDIRKAN HIDUP di dalam BENUA ASIA yang bukan di BENUA AFRIKA.
  • TANYA PADA DIRI SENDIRI : Harus kah kita bertindak seperti mereka?, Berfikir seperti mereka?, Bermusuh sesama sendiri seperti mereka? dan menghancurkan negara sendiri seperti mereka?...JAWAPAN DI TANGAN ANDA!!!
editor

No comments:

Post a Comment