Tuesday, June 28, 2011

BIOTECHNOLOGY BUKAN ILMU YANG BAHARU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #322


BIOTECHNOLOGY BUKAN ILMU YANG BAHARU
APAKAH ITU INDUSTRI BIOTECHNOLOGY


ILMU BIOTECHNOLOGY
  • Ilmu Biotechnology mula di kesan PENGGUNAAN NYA sekitar 10 Ribu Tahun yang lalu di dalam PROSES Orang Dahulu kala untuk Membuat Wine atau Arak, Beer dan Roti.
  • Tetapi Para Saintis mempercayai Penggunaan Ilmu Biotechnology ini telah di gunakan lebih lama dari jangkaan masa tersebut.
  • Orang-Orang dahulu kala yang tidak berpendidikan juga telah menggunakan Kaedah Biotechnology ini di dalam Proses Penanaman Tumbuh-Tumbuhan untuk menghasilkan Hasil Tanaman yang lebih Baik an lebih Tahan dari Ancaman Serangga hanya dengan hanya Mengenal-Pasti Benih-Benih dari Pohon yang Terbaik.
  • Termasuk di dalam Proses Pembiakan Binatang Ternakan bagi Menghasilkan Baka yang lebih Baik dan Tahan Lasak.
  • Ini menjelaskan bahawa Ilmu Biotechnology ini wujud secara Semula-Jadi di dalam sesuatu kehidupan dan Manusia hanya perlu melakukan sedikit Kajian untuk mengetahui segala POTENSI yang tersembunyi di dalam nya.
APA ITU BIOTECHNOLOGY
  • Biotechnology adalah Merujuk kepada PROSES KEJURUTERAAN (engineering) terhadap Kehidupan Organisma daripada sesuatu Produk yang berupa Tumbuh-Tumbuhan atau Binatang untuk MENGHASILKAN Sesuatu yang Produk yang lain.
  • Dimana pelbagai Organisma yang terdapat di dalam Bahan Asal seperti Tumbuh-Tumbuhan dan Binatang boleh menghasilkan Produk-Produk untuk di jadikan pelbagai Kegunaan lain kepada Manusia.
  • Ini merangkum kepada Proses-Proses Penghasilan Makanan, Ubat-Ubatan, Teknologi Pembiakan dan  Penternakan di dalam Industri Asas Tani dan Sumber kehidupan Asli.
PENGEMBANGAN BIOTECHNOLOGY
  • Di dalam Era baharu, Ilmu Biotechnology ini pula di beri KEMAJUAN daripada Kajian-Kajian yang di jalankan terhadap SEJARAH kehidupan manusia Zaman Silam.
  • Dan pada Tahun 1919, Keilmuan di dalam Kerja-Kerja Pemprosesan tersebut di perkenalkan dengan nama "BIOTECHNOLOGY" oleh Seorang Jurutera Hungary yang bernama Karl Ereky dan nama tersebut kekal hingga ke hari ini.
  • Kerana pada ASAS NYA, Keilmuan Biotechnology ini adalah PROSES PENGENALAN DNA dan TEKNIK MENGASINGKAN DNA untuk MEWUJUDKAN Organisma yang lain bagi Membentuk sesuatu Bahan dan Produk yang Baharu.
  • Dimana sehingga ke hari ini KAJIAN-KAJIAN maseh lagi BERTERUSAN untuk MENGHASILKAN pelbagai BAHAN & PRODUK yang baharu daripada PROSES BIOTECHNOLOGY.
INDUSTRI BIOTECHNOLOGY
  • Pada hari ini 24 Negara terlibat dengan PENGKAJIAN MENDALAM melalui lebih 62 buah Syarikat yang telah melakukan pelbagai KAJIAN & PEMBANGUNAN PRODUK menerusi Biotechnology termasuk Negara Malaysia dan lebih 20 Ribu Syarikat lain pula terlibat dalam Penghasilan Produk Biotechnology di seluruh Dunia.
  • Dan Industri ini di bawah The Biotechnology Industry Organization (BIO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang Mengawal-Selia semua Perkembangan Industri BIO di seluruh Dunia
  • Industri Biotechnology ini di Dominasikan oleh Industri FARMASEUTIKAL dengan Bantuan dari Kemajuan Teknologi IT yang telah membantu Proses-Proses PENGKAJIAN BIO dengan kewujudan Peralatan yang Serba Canggih.
  • Pengembangan Industri Biotechnology ini juga dapat berkembang dengan PESAT di sebabkan oleh SOKONGAN KUAT yang di berikan oleh KERAJAAN-KERAJAAN di seluruh Dunia untuk Usaha Menghasilkan Produk-Produk yang membawa banyak Kebaikan kepada Seluruh Manusia.
SENARAI 24 NEGARA PENGKAJI
  • 1) Australia 2) Belgium 3) Brazil 4) Canada
  • 5) China 6) Cuba 7) France 8) Germany 
  • 9) India 10) Italy 11) Japan 12) Malaysia
  • 13) Netherlands 14) New Zealand 15) Pakistan
  • 16) Romania 17) Singapore 18) South Korea
  • 19) Spain 20) Sri Lanka 21) Switzerland 
  • 22) Tanzania 23) United Kingdom 24) United States
SEKTOR INDUSTRI BIOTECHNOLOGY
Sektor Industri Biotechnology ini adalah Industri yang terlibat secara langsung di dalam Penghasilan Produk & Perkhidmatan di dalam Sekmen yang berikut:
  1. Tenaga 
  2. Makanan 
  3. Kimia
  4. Penjagaan Kesihatan (farmaseutikal) 
  5. Pertanian 
  6. Pemulihan Metal 
  7. Kawalan Pencemaran 
HARTA INTELEK
Semua HASIL PENEMUAN yang di hasilkan melalui BIOTECHNOLOGY ini adalah HASIL HARTA INTELEK dan di DAFTAR melalui pelbagai PENDAFTARAN HAK seperti 
  1. INTELLECTUAL RIGHT
  2. PATENT
  3. COPYRIGHT
  4. TRADEMARK
Oleh kerana itu, anda di nasihatkan agar lebih berhati-hati di dalam URUS-NIAGA di dalam Industri Biotechnology ini supaya anda tidak melanggar apa-apa HAK CIPTA terhadap sesuatu produk yang di perniagakan.

PERKEMBANGAN TERKINI
NEGARA CHINA
  • Negara CHINA sekarang telah memberikan TUMPUAN kepada Industri Biotechnology ini dengan memberikan PELABURAN BAHARU sebanyak 2 Trillion Yuan (US$308.5b / RM925.5b) untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang.
  • Keutamaan Pembangunan Rancangan China Ke-12  (2011-2015) adalah di dalam Bio-Farmasi, Bio-Kejuruteraan, Bio-Pertanian dan Bio-Pembuatan yang akan membawa manfaat kepada Rakyat China
  • Dimana Kerajaan China menjangkakan akan dapat mewujudkan 1Juta Pekerjaan di dalam Industri ini selain untuk meraih Kebaikan dari produk-produk yang di hasilkan.
  • Dan PIAWAIAN atau STANDARD yang di utamakan ialah INOVASI Biotechnology perlu bergantung kepada Jaminan Standard Domestik untuk Keselamatan Pemakanan, Kebersihan, Penjagaan Kesihatan, Makanan dan Dadah dan Diagnosis Penyakit dan Pencegahan
NEGARA MALAYSIA
  • Melalui Syarikat  Malaysia Bio-XCell Sdn Bhd telah membelanjakan sebanyak RM950Juta membina HUB Biotechnology di Iskandar Malaysia (Johor)
  • Dimana HUB atau PUSAT INDUSTRI BIOTECHNOLOGY ini di wujudkan untuk menempatkan pelbagai Industri Bio-Farmasi & Biotechnology
  • Dan Syarikat Bio Xcell telah di laporkan berjaya menarik pelaburan sebanyak US$200Juta ke dalam HUB Bio Iskandar Malaysia.
  • Dan Pelaburan tersebut datang nya daripada Para Pelabur daripada Negara India, Perancis dan Amerika Syarikat. (Biocorn of India, Metabolic Explorer of France & Glycos Biotechnologies of United States)
DUNIA
  • Bioteknologi dalam Sektor Pertanian telah sampai kemuncak dan baru-baru ini, 100 Crore Hektar Tanah telah disemai dengan Tanaman Bioteknologi di Amerika Syarikat sebagai Tanaman Biotek merebak ke Timur dan Barat Afrika dan Pakistan.
  • Pada tahun-tahun lalu selepas di perkenalkan pada Tahun 1996, Tanaman Biotek merebak ketara seperti Kapas Bioteknologi dan Jagung menarik Imaginasi Petani untuk mengembangkan nya di sebabkan Potensi Pasaran yang amat menggalakkan.
  • Menurut Dr Clive James dari ISAAA mengenai "Demystifying Crop Biotechnology" berkata Bioteknologi dalam Pertanian akan memainkan Peranan Utama kerana Penduduk Global mencapai 1.000 crore pada tahun 2050.
  • Ia mengambil masa 10 tahun untuk mencapai Crore Hektar Pertama daripada sejumlah 50 dalam Tahun 2005
APA MAKSUD DARIPADA SEMUA INI
  1. Ini menjelaskan bahawa SEKTOR INDUSTRI BIOTECHNOLOGY telah memasuki Suatu ERA BAHARU di mana SEMUA NEGARA di dalam Dunia pada hari telah menjadikan INDUSTRI ini sebagai LANGKAH untuk MENGHASILKAN SUMBER MAKANAN YANG BERKHASIAT untuk Penduduk Dunia.
  2. Membuka PELUANG & RUANG PERNIAGAAN yang LUAS kepada semua PELABUR yang ingin menceburkan diri di dalam INDUSTRI ini.
  3. Yang boleh di MANFAATKAN melalui Pelbagai CABANG PERNIAGAAN yang seperti sebagai PEMBUAT & PENGILANG, PEMASAR, PENJUAL dan menjadi PEMBEKAL kepada BAHAN-BAHAN ASAS yang di perlukan dalam Industri ini dan juga KHIDMAT SOKONGAN yang Industri ini perlukan.
  4. Kerana INDUSTRI BIOTECHNOLOGY ini sangat BESAR PASARAN NYA dan BERNILAI BERBILION Dollar Amerika Setahun
editor

No comments:

Post a Comment