Friday, June 17, 2011

MALAYSIA - JIKA PILIHAN RAYA BERLAKU SEKARANG

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #304


MALAYSIA - JIKA PILIHAN RAYA BERLAKU SEKARANG
APAKAH KEMUNGKINAN YANG AKAN BERLAKU


KERAJAAN UMNO/BN : 1957 - 1981
  • Seperti semua Rakyat maklum, Kerajaan MALAYSIA di terajui oleh Parti Gabungan UMNO dan BARISAN NASIONAL.Yang SEJARAH nya bermula dari Tahun 1957 lagi.
  • Dari tahun 1957 hingga 2011, Rakyat Malaysia telah melihat Kerajaan telah di Pimpin oleh 6 Perdana Menteri daripada parti UMNO/BN.
  • 3 Perdana Menteri terdahulu adalah dari Golongan PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA iaitu Allahyarham-Allahyarham 1) Tunku Abdul Rahman, 2) Tun Abdul Razak dan 3) Tun Hussein Onn, dimana 3 Perdana Menteri ini di lihat benar-benar Merealisasikan Kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.
  • Iaitu Mentadbir-Urus Negara Malaysia secara BEBAS dari JAJAHAN Pihak BRITISH dan bekerja untuk membangunkan Negara sebagai BUMI YANG MERDEKA dari sebarang PENJAJAHAN.
KERAJAAN UMNO/BN : 1981 - 2003
  • Tetapi Corak atau Gaya Kepimpinan Kerajaan Umno/BN mula berubah dari LANDASAN yang di wujudkan oleh 3 Perdana Menteri terdahulu, dimana Tun Dr Mahathir Mohamed mengambil-alih kuasa sebagai Perdana Menteri Ke-4 Malaysia daripada Allahyarham Tun Hussein Onn atas sebab-sebab Kesihatan.
  • Dr Mahathir yang tidak mendapat Pendidikan di Britain telah merubah Senario Politik Malaysia sepanjang 22 Tahun (1981 - 2003) beliau memegang kuasa sebagai Perdana Menteri.
  • Banyak Gerakan Politik yang telah di lakukan oleh beliau dan kerana Gerakan-Gerakan Politik inilah yang menyebabkan beliau di anggap sebagai menggunakan Gaya Pemerintahan yang Autocratic.
  • Autocratic bermaksud, memegang KUASA MUTLAK dan MENGHAPUSKAN MUSUH POLITIK.
  • Seperti yang umum tahu, sepanjang 22 Tahun di bawah Pemerintahan beliau, Negara Malaysia telah KEMBALI kepada ZAMAN PENJAJAHAN seperti keadaan di Zaman JAJAHAN BRITISH.
  • Dimana Pemimpin Politik yang BERKUASA di dalam KERAJAAN adalah TUAN kepada RAKYAT dan dari Zaman ini juga lah Gelaran-Gelaran Dato, Dato Seri, Tan Sri dan Tun di berikan kepada Ramai Pemimpin dari Parti Umno/BN yang memerintah.
  • Ini menjelaskan bahawa "Mereka" adalah "TUAN YANG BERKUASA" dan harus di patuhi dan di hormati walaupun ada segolongan nya "Tidak Betul", yang menyamai panggilan untuk Orang-Orang Inggeris di Zaman Penjajahan untuk di panggil "SIR"
  • Dari situ bermula lah suatu Titik-Tolak Kemunduran MINDA Rakyat Malaysia dari Semangat MERDEKA kepada Semangat Di Jajah oleh Pemimpin-Pemimpin dari kaum sendiri.
  • Walaupun di dalam 22 Tahun beliau memerintah, banyak Perubahan dari segi Pembangunan Insfrastruktur & Prasarana Negara di bina dan di wujudkan tetapi SIKAP PENJAJAHAN POLITIK beliau tidak dapat di lupakan oleh sesiapa juga Rakyat Malaysia kecuali Penyokong-Penyokong Kuat Umno yang berkepentingan.
  • Sehingga WUJUD KRONISME dan NEPOSTISME di dalam Pengagihan Sumber Kekayaan Negara yang hanya di Monopoli oleh Orang-Orang Terdekat dengan beliau.
  • Dimana sehingga ke hari ini, maseh Ramai lagi Saki-Baki Kronisme & Nepotisme yang maseh memegang atau menguasai Ekonomi Teras Negara.
  • Ini dapat di lihat daripada RANKING ORANG TERKAYA DI MALAYSIA sepanjang Kemerdekaan Malaysia 1957 hingga 2011. Dan kebanyakan Sektor Industri Utama Negara Malaysia di Monopoli oleh Orang-Orang Terkaya Malaysia ini.
KERAJAAN UMNO/BN : 2003 - 2008
  • Sepanjang masa ini pula, Negara Malaysia di ketuai oleh Perdana Menteri Ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas DS Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan Umno/BN pada tahun 1997.
  • Dan bermula lah pula Gaya Kepimpinan yang paling tidak di sukai oleh Golongan Umno/BN sendiri, apabila Gaya Kepimpinan Perdana Menteri Ke-5 ini di lihat sebagai "LEMBIK" oleh Tun Mahathir.
  • Kerana Sikap "Lembik" beliau, Tun Mahathir melancarkan pelbagai Kempen-Kempen untuk "Menjatuhkan" Tun Abdullah daripada Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional.
  • Sebab nya sangat mudah, Penentangan Tun Dr Mahathir tehadap Tun Abdullah kerana banyak Projek-Projek Negara yang di lakar di dalam Pemerintahan Tun Dr Mahathir tidak di teruskan oleh Tun Abdullah, ini telah "Menjejaskan Kepentingan" Tun Dr Mahathir yang maseh Mewarisi Kronisme & Nepotisme Perniagaan Negara.
  • Atas "Desakan" yang memuncak dan menyedari beliau telah kekurangan Sokongan di dalam Parti, maka Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
  • Dan pada Tahun 2008, DS Mohd Najib Tun Razak telah mengambil-alih Kuasa dan menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6.
KERAJAAN UMNO/BN : 2008 - 2011
  • Sebagai seorang Perdana Menteri Ke-6 dan "Orang yang di sukai" oleh Tun Dr Mahathir, DS Najib memimpin Negara Malaysia di dalam pelbagai Tekanan.
  • Dimana "Tekanan" tersebut adalah dari Diri beliau sendiri yang MAHUKAN Negara Malaysia lebih MAJU dan juga ingin menyambung Legasi Allahyarham Bapa beliau sendiri iaitu Perdana Menteri Malaysia Ke-2 Tun Abdul Razak yang juga di kenali sebagai BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA.
  • Dan kedua "Tekanan" daripada "KEPENTINGAN" Tun Dr Mahathir di dalam Ekonomi Teras Negara melalui Kronisme & Nepotisme yang maseh berkuasa dalam Ekonomi Negara seperti Petronas, TNB, Pelabuhan, Lebuh Raya, Felda, Risda, Beras, Gula dan banyak lagi senarai Perniagaan yang "Berkepentingan". Di sini DS Najib "Terjebak" dengan "Konflik" yang cukup besar. Jika DS Najib menukar DASAR maka beliau akan menerima "Nasib" yang sama seperti Tun Abdullah Badawi.
  • Ketiga, kenaikan DS Najib ke Kerusi Perdana Menteri juga "di cemari" dengan pelbagai Insiden-Insiden yang "Buruk", seperti Skandal Kes Pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan Skandal pembelian Kapal Selam Angkatan Tentera Malaysia, dan keterlibatan beliau untuk "Memperpanjangkan" Kes-Kes untuk DS Anwar Ibrahim yang menjadi Musuh Politik Tun Dr Mahathir.
  • Di tambah lagi dengan Penglibatan "Taktik-Taktik Kotor" yang mengizinkan dan menggunakan Para Blogger yang Pro-Umno untuk memberikan IMPAK BURUK kepada musuh-musuh Politik dari Parti-Parti PAKATAN RAKYAT yang di ketuai oleh DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dato Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Nik Aziz.
  • Keempat dari "Masaalah" Isteri Perdana Menteri yang di lihat sebagai "Lebih Sudu Daripada Kuah", dimana segala tindak-tanduk beliau telah banyak "Merosakkan Imej" DS Najib di Mata Rakyat
APAKAH IMPAK DARIPADA STRATEGI "KOTOR" TERSEBUT
  • Samaada Kenyataan ini di sukai atau tidak di sukai oleh Pemimpin-Pemimpin Umno/BN, Taktik-Taktik Kotor yang di gunakan seperti Penyebaran FITNAH, Video Sex dan Penggunaan Para Blogger Pro Umno/BN untuk memburuk-burukkan Parti Musuh Politik dengan pelbagai Tulisan yang berbentuk kecaman dan kata-kata kesat yang "Melampaui Batas sebagai seorang Muslim" ibarat seperti "SENJATA MEMAKAN TUAN".
  • Ini adalah kerana Rakyat Malaysia pada hari ini kebanyakan nya telah mendapat Taraf Pendidikan yang lebih Tinggi dari Zaman Pemerintahan Tun Dr Mahathir, mereka lebih "Mesra Internet" dan boleh mengikuti pelbagai BERITA dari Dalam dan Luar Negara dengan MUDAH.
  • Dan di dalam Pakatan Rakyat juga terdiri dari Ramai Cerdik Pandai dari pelbagai Bidang Profesional yang juga ARIF mengenai Politik dan Isu Semasa. Ini telah menyebabkan PERSEPSI & KEPERCAYAAN RAKYAT terhadap KERAJAAN UMNO/BN telah MENURUN dengan mendadak.
  • Walaupun Kerajaan Umno/BN mengumumkan pelbagai Transformasi Ekonomi untuk Negara di sepanjang 10 Tahun akan datang, tetapi dari "Kesilapan" menggunakan Strategi untuk Mencantas Kemaraan Parti Pakatan Rakyat maka apa juga yang di lakukan oleh Pihak Kerajaan di bawah Pimpinan DS Najib tidak memberikan KESAN YANG MENDALAM kepada Rakyat Umum.
  • Dimana RATA-RATA RAKYAT MALAYSIA dari berbilang KAUM dan BANGSA amat "Membenci" Kerajaan Umno/BN kerana menggunakan TAKTIK KOTOR untuk mengekalkan KUASA.
  • Juga di dalam BARISAN NASIONAL juga di lihat sebagai "Tidak Mantap Persefahaman" di kalangan Parti-Parti Komponen BN, terutama di kalangan Parti Minoriti.
JIKA PILIHAN RAYA KE-13 BERLAKU SEKARANG
  • Berkemungkinan Besar parti Umno/BN akan KEHILANGAN BANYAK KERUSI PARLIMEN dan NEGERI.
  • Jika di lihat dari "Current Political Atmosphere" atau "Suasana Politik Semasa", kebanyakan Rakyat tidak mahukan Kerajaan Umno/BN dan inginkan suatu PERUBAHAN BESAR di dalam SISTEM PEMERINTAH di Negara Malaysia dan ini memberi PELUANG kepada PAKATAN RAKYAT untuk mengambil-alih KUASA daripada UMNO/BN dan akan menjadi SEJARAH BESAR di dalam KEMERDEKAAN MALAYSIA dari 1957 - 2011.
JANGAN LAKUKAN LAGI LANGKAH SUMBANG
  • Jika Kerajaan Umno/BN tidak mahu mengalami KEKALAHAN TERUK, mereka HARUS merubah langkah dengan PENDEKATAN yang LEBIH BAIK, LEBIH MESRA RAKYAT, LEBIH TELUS, LEBIH BERSOPAN dan menunjukkan lebih banyak KEBOLEHAN untuk Mentadbir-Urus negara dengan LEBIH CEKAP melalui PENYELESAIAN kepada MASAALAH-MASAALAH RAKYAT yang tersangat BANYAK di Merata Malaysia.
  • Umno/BN harus meninggalkan penggunaan Taktik-Taktik Kotor yang di gunakan sekarang di dalam SEMUA BAHAGIAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA.
  • Harus melakukan "PEMBERSIHAN" terhadap Anggota-Anggota Parti yang maseh Bercorak LAMA dan yang maseh Pro-Mahathir.
  • Dan DI MANSUHKAN semua PERJANJIAN PERNIAGAAN yang di berikan KEPADA KRONISME & NEPOSTISME dari Semua Zaman Perdana Menteri dan lebih TERBUKA di dalam PENGAGIHAN SUMBER NEGARA kepada RAKYAT.
PERSOALAN
ADAKAH DS NAJIB MAMPU MELAKUKAN NYA?
  • Jika di lihat daripada Senario yang berlaku pada hari ini dan KECENDERUNGAN dan POPULARITI PM Najib di dalam Parti Umno dan BN serta di Mata Dunia, JAWAPAN NYA ialah TIDAK!. Beliau BUKAN lah Orang nya.
  • Orang yang MAMPU untuk MENUKAR segala yang TERPAHAT di dalam SISTEM UMNO/BN ini adalah Orang yang di lahirkan DI LUAR PENDIDIKAN UMNO/BN.
  • Ini bermaksud, Orang yang menerima Pendidikan luar tetapi Sayangkan UMNO dan orang ini akan merubah UMNO ke LANDASAN yang BETUL dari dalam parti UMNO sendiri. Siapa?....Maseh menjadi Tanda-Tanya!
REKOD 40 ORANG TERKAYA MALAYSIA
  1. Robert Kuok:  Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
  2. Ananda Krishnan: Maxis Communications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
  3. Lee Shin Cheng:  IOI Group
  4. Teh Hong Piow :  Public Bank
  5. Lee Kim Hua & keluarga:  Genting Group
  6. Quek Leng Chan: Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
  7. Yeoh Tiong Lay dan keluarga: YTL Corp
  8. Syed Mokhtar Albukhary: Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
  9. Vincent Tan: Berjaya Group
  10. Tiong Hiew King:  Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
  11. Azman Hashim: Am Corp Group, Ambank
  12. William HJ Cheng: Lion Group
  13. Lee Swee Eng: KNM Group
  14. Ong Beng Seng: Hotel Hartanah Bhd, Natsteel
  15. Lim Kok Thay: Genting, Star Cruises. Alliance Global
  16. Vinod Sekhar: Petra Group, Green Rubber Global
  17. Lee Oi Hian: Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn
  18. Yaw Teck Seng: Samling Group
  19. Anthony Fernandes:  AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
  20. Mokhzani Mahathir: Kencana
  21. Kamarudin Meranun: AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
  22. Jeffrey Cheah: Sunway Group
  23. Lee Hau Hian: Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong
  24. Chong Chook Yew: Selangor Hartanah
  25. Yaw Chee Ming: Samling Group
  26. G. Gnanalingam: Westports
  27. Lim Wee Chai: Top Glove
  28. Kua Sian Kooi: Kurnia Asia
  29. Lau Cho Kun: Gek Poh Holding, Malaysia Mosaics, Hap Seng
  30. Abdul Hamed Sepaw: Ta Ann
  31. David Law Tien Seng: Midwest, Sinosteel, TSLaw Holding
  32. Tiah Thee Kian: TA Enterprise
  33. Liew Kee Sin: SP Setia
  34. Ahmayuddin Ahmad: Westports, Pelikan
  35. Eleena Azlan Shah: Gamuda
  36. Lin Yun Ling: Gamuda
  37. Ong Leong Huat: OSK Group
  38. Lim Thian Kiat: Multi-Purpose
  39. Khoo Kay Peng: MUI, Laura Ashley
  40. Nazir Razak: CIMB, Bumiputra Commerce Holdings
editor

No comments:

Post a Comment