Monday, July 25, 2011

ISU LETRIK: BIL LETRIK MELAMBUNG TINGGI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #354


ISU LETRIK: BIL LETRIK MELAMBUNG TINGGI
TIDAK SEPERTI JAMINAN MENTERI DAN TNB


BIL LETRIK
  • Dengan kenaikan Tarif LETRIK yang di umumkan oleh Kerajaan dan TNB yang Berkuat-kuasa pada 1hb June 2011 kenaikan Purata sebanyak 7.12 % atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kw/j)
  • Dan sehubungan dengan pengumunan tersebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berkata bahawa kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kw/j sebulan atau kurang.
  • Dan beliau berkata "Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan" (Link: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita)
KEADAAN SEBALIK NYA BERLAKU
  • Ramai Penduduk di dalam dan Luar Bandar MERASAKAN KENAIKAN BERAT Tarif Letrik walaupun mereka di dalam Kumpulan 75% Pengguna Domestik atau 4.4 Juta Pengguna berdaftar dengan TNB.
  • Walaupun Kadar Penggunaan Letrik Golongan tersebut Tidak berubah daripada masa-masa sebelum nya.
JAMINAN MENTERI HANYA BENAR PADA
  • Jaminan yang di berikan oleh Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hanya TERBUKTI BENAR dari Sudut Perkiraan KW/J, kerana sememang nya Penggunaan Letrik daripada Golongan tersebut tidak akan BERUBAH atau akan BANYAK BERUBAH.
  • Dan yang BERUBAH dan TERJEJAS ialah dari Sudut NILAI dan PEMBAYARAN yang di kenakan menurut TARIF BAHARU.
  • ITU BERMAKNA kesemua 4.4 Juta Pengguna Domestik Berdaftar dengan TNB TERJEJAS dengan TARIF BAHARU dan TIDAK WUJUD PENGECUALIAN.
CONTOH MUDAH
  • JIKA sebelum KENAIKAN TARIF, setiap Pengguna yang menggunakan sebanyak 250 kw/j sebulan hanya PERLU MEMBAYAR sebanyak RM43.60 Sebulan.
  • TETAPI dengan TARIF BAHARU, Para Pengguna ini PERLU MEMBAYAR sebanyak RM55.75 Sebulan dengan Tambahan Nilai sebanyak RM12.15 Sebulan.
  • INI membawa maksud bahawa KENAIKAN TARIF LETRIK telah membawa kepada KENAIKAN NILAI yang perlu DI BAYAR ialah sebanyak 27.87% Sebulan.
  • Yang DI KIRA melalui PERBEZAAAN NILAI SEKARANG dengan NILAI LAMA melalui setiap BIL LETRIK.
  • Dan ini belum lagi di sebut KENAIKAN SECARA PERBEZAAN NILAI yang berlaku di dalam Golongan Pengguna Perniagaan yang juga berada di dalam PERATUSAN NILAI KENAIKAN yang sama.
KESAN KENAIKAN
  • Oleh kerana HAL TERSEBUT lah yang MENYEBABKAN KESEMUA HARGA RUNCIT BARANGAN PENGGUNA NAIK MENDADAK di dalam semua SEKTOR INDUSTRI PERNIAGAAN.
  • Yang bukan RAKYAT PERLU menanggung SEKITAR 27% kenaikan BIL LETRIK pada setiap bulan TETAPI RAKYAT juga TERPAKSA MENYERAP setiap KENAIKAN HARGA yang DI KENAKAN pada setiap BARANGAN PENGGUNA dalam Kadar yang sama banyak iaitu antara 25-30%
  • INI membawa maksud bahawa, walaupun kenaikan yang di umumkan oleh TNB itu KECIL (2.23 sen) tetapi IMPLIKASI nya MENGENAI kepada KESELURUHAN PENGGUNA, PENIAGA, BARANGAN dan PERKHIDMATAN secara SERENTAK dengan LONJAKKAN PERBELANJAAN Tambahan sebanyak 25-30%
SEBENAR NYA
  • Langkah untuk MENAIKKAN TARIF LETRIK pada Tahun 2011 ini adalah TIDAK TEPAT di dalam Keadaan Ekonomi Rakyat yang sedang MERUDUM.
  • Dimana Pihak Rakyat TIDAK DAPAT untuk MENYERAP segala KENAIKAN dari Segi Nilai Tambahan kepada PERBELANJAAN BULANAN kerana Pendapatan Kasar mereka maseh Tidak berubah dan di dalam SKALA yang sama.
SEPATUT NYA PIHAK KERAJAAN
  • HARUS DI UBAH Status TNB daripada GLC Kerajaan yang MENJANA & PEMBEKAL LETRIK kepada PENGELOLA LETRIK NEGARA yang hanya Bertindak sebagai PEMUNGUT BAYARAN BIL LETRIK daripada Pengguna seperti POS MALAYSIA.
  • KERANA Pihak TNB bukan PENJANA LETRIK NEGARA yang sebenar dimana mereka MEMBELI TENAGA LETRIK daripada Pihak IPP.
  • Langkah MENGUBAH TARAF TNB ini akan dapat MENJIMATKAN WANG RAKYAT dimana Pihak IPP hanya perlu MENYALURKAN TERUS TENAGA kepada PENGGUNA dengan HARGA IPP.
  • Dan sebagai PENGELOLA PUNGUTAN BIL LETRIK, TNB harus DI LAYAKKAN untuk mengambil 5% sebagai WANG PERKHIDMATAN daripada BIL yang di bayar oleh Pengguna
LANGKAH INI JUGA AKAN
  1. Dapat Mengecilkan Fungsi TNB dengan Kaki-Tangan yang Tidak Perlu dengan Kefungsian sebagai Pengelola Pungutan Pembayaran Bil-Bil Letrik.
  2. Dapat Mengurangkan Kos pembayaran Gaji CEO TNB yang Tinggi pada waktu ini.
  3. Dapat Menurunkan TARIF LETRIK dengan DRASTIK
  4. Dapat Membuat dan Mendorong Para IPP untuk Bersaing dari Segi Harga Jualan dan ini akan mengurangkan dan menurunkan Harga dengan lebih rendah lagi kepada Pengguna
  5. Dapat Menurunkan juga HARGA BARANGAN PENGGUNA di dalam Negara di dalam semua SEKTOR PERINDUSTRIAN.
  6. Dan Pihak TNB Tidak Perlu lagi untuk Mengumumkan Penurunan Keuntungan Perniagaan seperti yang mereka lakukan baru-baru ini.
PERSOALAN
  • ADAKAH PIHAK KERAJAAN SANGGUP dan BERANI untuk melakukan LANGKAH MENGUBAH PERANAN TNB INI?
  • ATAU Sanggup kah Pihak IPP untuk BERSAING SESAMA IPP secara langsung di dalam Pasaran TERBUKA jika Peranan TNB di Tukar?
Fikir-Fikirkan....

Editor

EKONOMI MELAYU: PENUBUHAN MAJLIS EKONOMI MELAYU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #353


EKONOMI MELAYU: PENUBUHAN MAJLIS EKONOMI MELAYU
APAKAH PERANAN YANG MEREKA MAMPU LAKUKAN


MAJLIS EKONOMI MELAYU (MEM)

  • MEM yang di Anggotai oleh 62 Buah Badan-Badan Kerajaan yang berkaitan dengan Ekonomi Melayu di tubuhkan baru-baru ini untuk MENGKAJI APAKAH KELEMAHAN & KEDUDUKAN EKONOMI MELAYU.
PERUTUSAN EDITOR TIPsNIAGA.COM
  • Secara Peribadi Editor TIPsNIAGA.COM menyokong Usaha Murni ini agar Orang Melayu dapat MEMPERBAIKI segala KELEMAHAN mereka di dalam Sudut Ekonomi.
  • Masaalah Ekonomi Melayu ini telah MULA saya sentuh sebaik sahaja Blog TIPsNIAGA.COM ini di wujudkan dengan TUJUAN untuk MEMBUKA MINDA Orang Melayu menerusi PENULISAN ARTIKEL yang menjurus kepada KELEMAHAN sebagai Seorang PENIAGA, Seorang USAHAWAN, sebagai Sebuah Persatuan & Pertubuhan PERNIAGAAN.
  • Dimana KUNCI UTAMA KELEMAHAN EKONOMI ialah KELEMAHAN di dalam KEFAHAMAN HAL-HAL TADBIR-URUS di dalam sesuatu PERNIAGAAN itu sendiri, dimana Orang Melayu SANGAT LEMAH di dalam HAL ini.
  • Kerana SEBAB-SEBAB TERSEBUT yang mendorong TIPsNIAGA.COM di tulis dalam BAHASA MELAYU supaya KEFAHAMAN mengenai sesuatu ISU PERNIAGAAN dapat di sampaikan dalam BAHASA yang DI FAHAMI oleh Orang Melayu itu sendiri.
MATLAMAT MEM
  • MATLAMAT & HALA-TUJU MEM dapat di fahami dan bertujuan untuk MEMBANTU membaiki TARAF EKONOMI Orang Melayu di alam Negara Malaysia.
  • Melalui 62 Pertubuhan NGO dapat di gambarkan bahawa KEMAHUAN Orang Melayu untuk MAJU di dalam Bidang Ekonomi sangat menggalakkan dan sememang nya HARUS DI LAKUKAN SEKARANG.
  • Oleh yang demikian MEM harus MENCARI dan MELAKAR TINDAKKAN untuk BAGAIMANA cara-cara mengatasi permasaalahan yang melanda Orang Melayu di dalam Dunia Ekonomi.
PERSOALAN YANG HARUS DI UTAMAKAN OLEH MEM
PERTAMA: MENCARI FAKTA & DATA
  1. Berapa Banyak Kelemahan Orang Melayu?
  2. Kelompok atau Golongan Orang Melayu yang Lemah Ekonomi?
  3. Jenis-Jenis Ekonomi yang menjadi Tumpuan Utama, Kedua dan Seterus nya?
  4. Fakta & Data Latar Belakang Orang Melayu yang Lemah Ekonomi?
  5. Taraf & Tahap Ekonomi Mereka Sekarang?
KEDUA: MENCARI KAEDAH MEMBANTU
Melalui DAPATAN di atas, Pihak MEM harus MENGASINGKAN segala Permasaalahan dan Golongan yang terlibat dan mencari KAEDAH YANG TEPAT untuk MEMBANTU
  • Apakah Jenis-jenis BANTUAN yang mereka perlukan?
  • Adakah Bantuan yang Bercorak Pendidikan atau Latihan Semula?
  • Adakah dalam bentuk Bantuan Kewangan untuk Insfrastruktur?
  • Adakah dalam bentuk Pemasaran dan Penjualan dalam Pasaran Tempatan & Global?
  • Adakah Rangkaian atau Network Perniagaan yang Lemah serta tidak Efektif?
KETIGA: PELAN JANGKA PENDEK & PANJANG
  • Apakah PELAN BANTUAN Jangka Pendek yang boleh di lakukan?
  • Apakah pula PELAN BANTUAN untuk Jangka Panjang?
  • Siapa yang HARUS DI PERTANGGUNG JAWAPKAN?
  • Adakah mereka BERSEDIA untuk MEMIKUL Tanggung Jawap tersebut?
  • Mampu kah mereka MENGHASILKAN KEMAJUAN?
MEM HARUS MENJADI DAYA PENGGERAK EKONOMI
  • Dengan kewujudan MEM, di harap Pihak MEM benar-benar dapat BERFUNGSI sebagai DAYA PENGGERAK & PEMBINA EKONOMI Orang Melayu secara EFEKTIF.
  • Bukan sekadar untuk wujud untuk mencari DATA & FAKTA mengenai KELEMAHAN EKONOMI Orang Melayu tetapi TIDAK DAPAT MEMBANTU untuk membangunkan nya.
PUNCA UTAMA KELEMAHAN ORANG MELAYU
Seperti yang telah banyak Artikel yang saya tulis berkenaan KELEMAHAN di dalam hal-hal Ekonomi terutama Orang Melayu ialah:
  1. KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM TADBIR URUS PERNIAGAAN
  2. KEKURANGAN KEFAHAMAN MENGENAI DISIPLIN KEWANGAN
  3. KEKURANGAN MAKLUMAT SEMASA PERNIAGAAN 
  4. KEKURANGAN KEKUATAN KEWANGAN
  5. KEKURANGAN SOKONGAN SESAMA BANGSA MELAYU
Dan pelbagai SARANAN telah di ketengahkan dan semua itu boleh di pertimbangkan untuk perlaksanaan jika di dapati sesuai. Sila Semak di dalam Posting-Posting yang lalu.

Editor