Saturday, September 03, 2011

JIKA PENDAPATAN SYARIKAT ANDA MENURUN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #384


JIKA PENDAPATAN SYARIKAT ANDA MENURUN
APA YANG PERLU ANDA KETAHUI


PERUTUSAN EDITOR
  • Ramai Usahawan Kecil dan Sederhana pada waktu ini mengalami PENURUNAN terhadap PENDAPATAN PERNIAGAAN mereka secara kasar.
  • Tetapi Ramai Usahawan-Usahawan ini tidak berapa mengetahui apakah kesan sampingan yang berlaku di sebalik Penurunan Pendapatan tersebut.
  • Dan apakah Implikasi nya terhadap Operasi Perniagaan mereka untuk hari-hari yang akan datang, dan pada kali ini Editor akan membawa anda untuk menjelajah Permasaalahan yang banyak menghantui Usahawan Kecil dan Sederhana ini.
PENURUNAN PENDAPATAN KASAR
  • Kebiasaan nya di sebabkan oleh KUASA MEMBELI Golongan PENGGUNA yang terjejas dengan KEMELESETAN EKONOMI di dalam Negara.
  • Dimana kebanyakan Pengguna akan cuba mengamalkan Perbelanjaan yang BERJIMAT CERMAT di dalam Suasana Ekonomi yang begitu MAHAL daripada Pendapatan Bulanan mereka sendiri.
  • Kerana itu, Perniagaan sesebuah Perniagaan yang berkaitan rapat dengan Barangan & Perkhidmatan untuk Pengguna akan terjejas dan akan menurun daripada kebiasaan nya.
  • Jika sebelum keadaan Ekonomi itu meleset, Pendapatan Kasar Perniagaan mereka boleh melepasi 50% hingga 100% daripada Modal Pusingan tetapi kini mereka menghadapi Penurunan sehingga di bawah SIFAR Modal Pusingan.
  • Suasana ini akan menjadikan sesuatu OPERASI sesebuah Perniagaan itu boleh menjadi LUMPUH, jika Pemilik Perniagaan tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi nya di Peringkat Awal.
DI SEBALIK PENURUNAN PENDAPATAN KASAR
  • Di dalam apa juga Jenis Perniagaan, setiap PENURUNAN kepada Pendapatan Kasar Syarikat TIDAK AKAN MERUBAH apa juga ANGKA KOS OPERASI Syarikat anda.
  • Yang melibatkan KOS-KOS seperti Pembayaran Gaji Pekerja, Sewa atau Ansuran Bangunan, Perbelanjaan Harian dan Bulanan Pejabat, Pengangkutan dan yang lain-lain.
  • Kos-Kos TETAP seperti itu akan TETAP SAMA yang perlu DI JELASKAN di setiap hari atau di setiap Bulan.
KESAN NYA
PERTAMA
  • Kos-Kos Operasi menjadi SEMAKIN TINGGI
  • Kerana Tidak Wujud sebarang Perubahan di dalam Rangka Kerja yang di tetapkan
KEDUA
  • Modal Pusingan akan TERJEJAS untuk di gunakan kepada Keperluan Kos-Kos Operasi
  • Di sebabkan pendapatan masuk Kasar tidak mencukupi untuk menanggung semua Kos Operasi Perniagaan sebagaimana biasa.
KETIGA
  • Kekurangan dan Kehilangan MODAL PUSINGAN yang di Peruntukkan secara Sedikit Demi Sedikit dan Akhir nya Modal Pusingan tersebut sudah Tidak Wujud lagi.
  • Perkara seperti ini berlaku di dalam suasana Perniagaan yang Tidak memiliki SAFETY NET atau JARING KESELAMATAN Kewangan yang Kukuh
KEEMPAT
  • Apabila semua WANG PUSINGAN telah habis di gunakan untuk membayar keperluan Kos Operasi maka sesebuah Perniagaan itu menjadi LUMPUH untuk BEROPERASI.
  • Dan di dalam suasana seperti ini, Pihak Pemilik terpaksa untuk Menjual atau menutup Perniagaan mereka.
LANGKAH MENCEGAH SEBELUM PARAH
PENELITIAN
  • Setiap Usahawan Kecil dan Sederhana ataupun Usahawan yang Perniagaan berskala besar HARUS melakukan KAJI SELIDIK Status Kewangan Syarikat mereka secara BERTERUSAN
  • Dengan MELIHAT setiap Perubahan di dalam setiap PENDAPATAN MASUK dengan MENGUKUR nya kepada PERBELANJAAN KASAR Bulanan Syarikat.
  • Jika Kekurangan Pendapatan masuk itu telah MELONJAKKAN Kos Operasi maka Pemilik Perniagaan harus dengan segera MENGURANGKAN KOS OPERASI secepat mungkin.
TINDAKKAN PENJIMATAN
  • Kurangkan APA juga Kos-Kos Operasi yang TIDAK RELEVAN dengan Suasana Operasi Perniagaan seperti Pengurangan lebihan Tenaga Kerja, Pembelian Stok, Penggunaan Letrik & Air, Penggunaan Kenderaan Syarikat yang berlebihan.
  • Mengecilkan Operasi Pejabat kepada Pejabat yang lebih kecil dan lebih Murah kadar Sewaan nya serta tutup Pejabat-Pejabat cawangan yang Bertindih Peranan.
  • Mengurangkan Pembelian secara KREDIT yang melebihi Pembayaran Balik 45 hari untuk mengurangkan Kadar FAEDAH yang Tinggi.
  • Mengurangkan STOK BEKALAN yang berlebihan untuk mengelakkan Modal Pusingan TERSANGKUT
  • Gunakan sepenuh nya Kaedah JIT atau Just In Time untuk membeli Stok bekalan terhadap Permintaan Pelanggan.
TINGKATKAN PROMOSI
  • Strategi Pemasaran & Penjualan harus di pergiatkan dengan melakukan perubahan-Perubahan yang WAJAR  yang di sesuaikan menurut kehendak Pasaran semasa.
  • Cuba Cipta peluang-Peluang Perniagaan yang baharu di Kawasan, Daerah atau Negeri yang belum di terokai sebagai langkah untuk menambah Permintaan.
  • Tetapi harus menggunakan Kaedah Promosi yang MENJIMATKAN atau yang MAMPU untuk memberikan Pulangan yang sewajar nya dan Tidak Kerugian.
HINDARKAN SIFAT MALU UNTUK DOWNGRADE
  • Ramai Usahawan MELAYU yang merasa MALU untuk melakukan Downgrade apabila keadaan Perniagaan mereka di dapati MEROSOT dan Ini merupakan Suatu SIFAT yang SALAH di dalam menjalankan Perniagaan.
  • Kerana ingin menjaga STATUS dan GLAMOR, mereka lebih RELA untuk BERHUTANG keliling pinggang daripada melakukan Pengecilan Operasi
  • Yang termasuk menggunakan Kereta Murah daripada kereta Mewah atau dari Pejabat Besar kepada Pejabat yang lebih kecil.
AMALKAN KAEDAH SIFAT KEDEKUT
  • Pada Waktu-Waktu ini lah Kaedah SIFAT KEDEKUT itu sangat baik untuk di amalkan untuk MENJAGA setiap Kos Perbelanjaan yang BOROS tidak berlaku.
  • Dan Sistem Kewangan Syarikat akan dapat manfaat sepenuh nya kerana akan banyak PENJIMATAN dapat di lakukan untuk MENGURANGKAN kadar KERUGIAN yang tidak di jangka di dalam Perbelanjaan.
Editor

Thursday, September 01, 2011

ANTARA HALAL, HARAM, UMAT ISLAM DAN JAKIM

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #383


ANTARA HALAL, HARAM, UMAT ISLAM DAN JAKIM
DI MANA SYARIAH ITU TERPAHAT


ISU UMAT ISLAM MALAYSIA

  • UMAT ISLAM di Malaysia telah memasuki Tahap yang paling mencabar di sebabkan oleh Kemajuan-Kemajuan Teknologi yang mampu untuk MENGESAN sebarang Unsur-Unsur Bahan HARAM untuk membuat sesuatu Barangan atau Makanan dan Minuman untuk Pengguna
  • Seperti Sumber-Sumber daripada bahan-bahan Binatang Ternakan yang di SEMBELIH atau tidak di SEMBELIH menurut Kaedah Islam, atau dari Binatang yang di HARAMKAN untuk Umat Islam
  • Dan juga dari Sumber-Sumber Bahan yang menggunakan Arak yang ber-ALKOHOL serta yang berunsurkan Minuman keras yang di HARAMKAN di dalam Islam.
SEDUTAN LAPORAN PRODUK HARAM 
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. 

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI 
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) 
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) 
> 3. Ajinomoto ( Thailand ) 
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas 
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina 
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand 
> 7. Sabun FAB berbuku 
> 8. Lobak Jeruk 
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) 
> 10. Krim Muka Hazeline Snow 

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) 
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi 
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina 
> 3.. Daging Burger Import 
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina 
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' 
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach' 
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam 
> 8. Semua sabun mandi yang diimport 
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL 
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam 
> 11. Have Pearl Cream 
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald 
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina 
> 14.. Beehon Segera Siam 
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak 

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ) 
> 1. Bosset Wine Gum 
> 2. Dairy Milk Coklat 
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum 
> 4. Sugus Strawberry 
> 5. Passer Doily Mixture 
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint 
> 7. Scothes Vikmin 
> 8. Share Extra Atrenght 
> 9. Black Current Jelly 
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges 
> 11. Valvis Gelatin 
> 12. Sarung Kapsul Ubat 
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik 
> 14. Gula-gula Fruities 
> 15 Cake Mets Vilber Punch 
> 16 Coklat Cake 
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice 
> 18 Semua jenis Jelly 
> 19 Semua jenis gincu bibir 
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo 
> 21 Lady's Choice Jelly 

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSUR NYA 
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA 
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD 
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) 
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN 
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP 
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING 
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND 

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. 

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA. 
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! 
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! 
Ref. Message: Pringles Potato Chips 
Looks like you have to find another alternative to munch. 
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier. 
Dr Safurah Hj Jaafar ; 
Principal Assistant Director; 
Ministry of Health , Malaysia ; 
Tel: 03-2540088.


SOALAN KHAS UNTUK JAKIM

Soalan Pertama:
  • Adakah JAKIM hanya BERPERANAN untuk Mengkaji dan Mengiktiraf sesuatu Produk untuk Umat Islam itu sebagai Halal dan Haram sahaja?
  • Atau hanya sebagai sebuah BADAN untuk menentukan isu-isu HALAL HARAM dan tidak lebih daripada Peranan itu?
  • Dimana Peranan JAKIM di lihat sebagai bagai bertindak sebagai PENGHARAM daripada Peranan sebagai PENGHALAL.
Soalan Kedua:
  • Apakah langkah Pihak JAKIM setelah mengetahui sesuatu Produk itu HARAM, adakah JAKIM bertindak untuk cuba Meng-Halal kan dengan MEMBANTU Pihak Pengeluar Produk yang terlibat mengenai Piawaian Syariah dalam Halal Haram?
  • Kerana kebanyakan Produk yang di Iktiraf Haram itu banyak di perlukan di dalam kehidupan harian Umat Islam.
  • Membantu Pihak Pengeluar untuk mematuhi Piawaian HALAL adalah langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan Umat Islam dari menggunakan atau memakan makanan yang TIDAK HALAL.
Soalan Ketiga :
  • Mengapa dan Kenapa MENTEGA GOLDEN CHURN hanya HARAM dan di Haramkan oleh JAKIM dan tidak di Haramkan oleh PENGUASA Islam yang lain di seluruh Dunia?
  • Kerana isu Mentega Golden Churn ini benar-benar mencabar Kewibawaan JAKIM sebagai sebuah PENGUASA Islam di Malaysia yang bertentangan dengan Aplikasi Piawaian Dunia Islam di Luar negara.
PERUTUSAN EDITOR
  • Saya melihat ISU HALAL HARAM di Malaysia ini sebagai SANGAT GENTING dan apa yang di lakukan oleh Pihak JAKIM adalah di bawah PARAS MEMUASKAN jika di bandingkan JAKIM sebagai PENGUASA AGUNG Hal-Hal ISLAM di dalam Negara.
  • Dimana FOKUS untuk Masaalah HARIAN yang melibatkan Produk Pengguna tidak di lakukan secara Agresif sehingga Pengguna Islam hidup di dalam Dilema.
  • Kerana bukan semua Umat Islam itu membaca Akhbar atau membaca berita-berita seperti isu Halal Haram...
  • Di sebabkan oleh perkara seperti itu maka adalah WAJIB untuk Pihak JAKIM memainkan PERANAN yang lebih AKTIF untuk membantu MENGHALALKAN semua produk-produk yang telah di Iktiraf HARAM itu untuk mendapatkan SIJIL HALAL yang mematuhi SYARIAH ISLAM.
  • Ini telah di lakukan dengan baik di Negara Brunei dan JAKIM harus MENCONTOHI mereka demi Kebaikan dan Kesejahteraan Umat Islam di Malaysia.
Editor