Sunday, September 25, 2011

MASAALAH DAN PENYELESAIAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #392


MASAALAH DAN PENYELESAIAN
GUNAKAN KAEDAH ROOT CAUSE ANALYSIS (RCA)


PERUTUSAN EDITOR
  • Ramai Usahawan, Peniaga, Pemimpin Organisasi, Persatuan, Pertubuhan malah Kerajaan dan Orang Persaorangan akan MENEMUI pelbagai MASAALAH di dalam setiap URUSAN mereka.
  • Tetapi Ramai di antara Golongan ini agak KELIRU untuk mengambil KAEDAH atau PENDEKATAN yang TERBAIK untuk melakukan PENYELESAIAN kepada MASAALAH yang mereka hadapi.
  • Ini di sebabkan oleh penggunaan Kaedah yang KURANG TEPAT untuk MENGESAN dan MENGENALI sesuatu PERMASAALAHAN dan akhir nya masaalah tersebut berlarutan ataupun menjadi semakin MEMBEBANKAN.
  • Di dalam ILMU TADBIR-URUS wujud pelbagai KAEDAH untuk MENYELESAIKAN sesuatu MASAALAH dan telah banyak yang di UBAH-SUAI untuk Kegunaan dan Keperluan sesuatu Organisasi menurut Permasaalahan menurut SEKTOR URUSAN mereka.
  • Akan tetapi Wujud Suatu KAEDAH yang paling lama di gunakan sangat BERKESAN untuk di Aplikasikan di dalam SEMUA SEKTOR URUSAN
  • Dan Kaedah tersebut di kenali sebagai ROOT CAUSE ANALYSIS atau KAJIAN PUNCA MASAALAH.
APA ITU RCA - Root Cause Analysis
  • RCA Adalah Satu KAEDAH untuk Mengesan dan Mengenal Pasti SESUATU MASAALAH dengan TATA-CARA yang tepat dan betul
  • RCA Menggunakan Beberapa Langkah yang tertentu dan Langkah yang berkaitan untuk Mengesan dan Mengenal Pasti Masaalah dan memberikan Jawapan nya.
KAEDAH RAC IALAH
  1. MENENTUKAN APAKAH YANG BERLAKU
  2. MENENTUKAN MENGAPA IA BERLAKU
  3. MEMBERITAHU LANGKAH PENCEGAHAN 
PENEKANAN RAC IALAH
  • Memberitahu anda bahawa SETIAP MASAALAH yang di hadapi itu Adalah BERKAITAN dengan beberapa PERMASAALAHAN yang lain serta BERKAIT RAPAT
  • Dengan KAEDAH meneliti semula kepada PUNCA MASAALAH, anda akan dapat mengetahui Di Mana Masaalah tersebut BERMULA dan Bagaimana Masaalah tersebut mula MEREBAK dan menjadi Masaalah Utama kepada anda.
PUNCA MASAALAH BERDASARKAN RCA
  1. MASAALAH FIZIKAL
  2. MASAALAH MANUSIA
  3. MASAALAH ORGANISASI
HURAIAN NYA
MASAALAH FIZIKAL
  • Sesuatu Perkara yang MELIBATKAN Bekalan Bahan Mentah, Produk Sokongan atau yang melibatkan KELEWATAN Penghantaran Bekalan di sebabkan oleh Masaalah Pengangkutan
MASAALAH MANUSIA
  • Sesuatu KESILAPAN yang di lakukan oleh MANUSIA seperti Kesilapan dari Segi Perancangan, Segi Pemantauan, Segi Perkiraan, Segi Pengabaian Jadual yang Mengakibatkan Masaalah kepada Seluruh Operasi.
MASAALAH ORGANISASI
  • Masaalah yang berkaitan dengan sesuatu SISTEM, PROSES atau POLISI yang Tidak Sesuai atau yang Tidak Relevan atau yang Tidak Efektif dengan sesuatu Operasi Tadbir-Urusan dan Akhir nya mendatangkan Masaalah Komunikasi dan Kesefahaman di dalam Seluruh Operasi sesebuah Organisasi.
KEBOLEHAN RAC IALAH
  • Kaedah RCA ini BOLEH DI GUNA-PAKAI di dalam semua SITUASI MASAALAH samaada dari Golongan Individu, Peniaga, Usahawan dan di dalam pentadbiran Kerajaan.
  • Yang di perlukan HANYA mengikuti sahaja Kaedah-Kaedah untuk Mengesan dan Mengenal-Pasti sesuatu MASAALAH
  • Dan melakukan Cara Pembetulan dan Pemulihan sesuatu Masaalah itu melalui DAPATAN yang di dapati daripada KAJIAN yang di jalankan.
PROSES KAJIAN MELALUI KAEDAH RAC IALAH
  1. KENALI MASAALAH
  2. PENGUMPULAN DATA
  3. PENGENALAN PUNCA MASAALAH
  4. KENALI FAKTOR PUNCA MASAALAH
  5. CADANGAN DAN PERLAKSANAAN PEMULIHAN MASAALAH
PENJELASAN NYA
KENALI MASAALAH
  • Apakah Jejak-Jejak Masaalah yang berlaku?
  • Apakah Keadaan yang membenarkan masaalah itu berlaku?
  • Apakah Faktor-Faktor yang lain yang mendorong Masaalah itu terus berlaku?
Kaedah Yang Harus Di Gunakan ialah:
Kaedah 1: Penerimaan

  • Gunakan segala Fakta untuk mencari FAKTOR KENAPA sesuatu Masaalah itu boleh berlaku.
Kaedah 2: 5 Soalan Kenapa (5 Why)
  • Cari Persoalan mengenai KENAPA sesuatu itu berlaku sehingga Jawapan dapat di kumpulkan
Kaedah 3: Pengkhususan Maklumat
  • Pecahkan segala Data-Data mengenai sesuatu Punca Masaalah kepada beberapa bahagian kecil dan Tentukan Punca-Punca Masaalah secara berasingan.
Kaedah 4: Diagram Punca dan Kesan Masaalah
  • Buat Carta yang memuatkan Segala Punca-Punca Masaalah dan Kesan dengan Teliti daripada mana ia nya Mula Berpunca.
RUMUSAN
  • Melalui 5 PROSES KAJIAN di dalam KAEDAH RCA ini, di akhir kajian nya kelak anda akan dapat melihat dengan jelas sesuatu MASAALAH yang anda hadapi itu BERPUNCA daripada MANA dan APAKAH PENYEBAB nya.
  • Ini akan membolehkan anda untuk melakukan langkah-langkah Pembaikan dan Pemulihan yang tersedia selepas PROSES KAJIAN itu di tamatkan.
  • Dan perkara yang TERPENTING sekali ialah KAEDAH PENCEGAHAN agar masaalah yang sama Tidak Berulang harus di beri Perhatian yang Khusus.
  • Juga semua yang terlibat di dalam setiap MASAALAH yang wujud itu di berikan PENJELASAN YANG SEWAJAR NYA supaya mereka TAHU dan tidak akan mengulangi KESILAPAN yang sama.
Editor

No comments:

Post a Comment