Monday, September 26, 2011

BUKU JINGGA: PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL vs PRU13

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #393


BUKU JINGGA: PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL vs PRU13
DAN MENGAPA UMNO/BN MENENTANG NYA


PERUTUSAN EDITOR
  • KUPASAN mengenai BUKU JINGGA Pakatan Rakyat ini Editor pilih untuk di ketengahkan BUKAN sebagai Alasan untuk MENYOKONG atau MENENTANG sesiapa, tetapi Editor mengambil masa yang agak lama untuk mengambil keputusan untuk menyentuh hal ini.
  • Ini di sebabkan oleh PERSEPSI Pembaca yang akan PELBAGAI dan akan datang dari Kedua-dua belah Pihak seperti dari PAKATAN RAKYAT dan BARISAN NASIONAL
  • Sebagai Pemerhati Politik yang Bebas, Editor akan Mengupas Isu-Isu mengenai BUKU JINGGA dan Penentangan UMNO/BN ini secara RASIONAL dan Profesional yang termampu, kerana bukan suatu perkara yang begitu mudah untuk berada di tengah-tengah jutaan Pendapat.
  • Walau apa juga pun yang berlaku, Pihak Editor tidak BERNIAT untuk Membantu atau Meruntuhkan  mana-mana Kempen Parti-Parti Politik yang terlibat.
  • Dan berharapan bahawa melalui KUPASAN dan RUNGKAIAN ini akan dapat membuka MINDA yang lebih TELUS untuk menerima sesuatu HAKIKAT yang boleh membantu KESEJAHTERAAN NEGARA.
KERANGKA UTAMA BUKU JINGGA
DASAR BERSAMA - Berdasarkan 3 Komponen Parti Gabungan
  1. Demokrasi yang TELUS dan Tulen untuk Memperkasakan Ketuanan Rakyat
  2. Memacu kejayaan Ekonomi berprestasi tinggi yang Mampan untuk menjana Kemakmuran dan Kebajikan kepada semua secara Adil
  3. Keadilan Sosial bagi menjamin Pembangunan Insan secara menyeluruh
  4. Perhubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara yang Adil-Setara.
PEMBERITAHUAN
Untuk memudahkan Pembaca merujuk Isi kandungan BUKU JINGGA dan untuk Mengkhususkan Kupasan BUKU JINGGA ini, Editor menyediakan Link kepada maklumat tersebut seperti yang tertera di bawah ini:-
  1. Rujukan untuk Isi Kandungan BUKU JINGGA (Baca Sini)
  2. Penerangan mengenai BUKU JINGGA (Baca Sini)
  3. Laporan Ekonomi Malaysia (Baca Sini)
PENILAIAN EDITOR MENGENAI BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT
BUKU JINGGA Memfokuskan beberapa Perkara seperti berikut :-
  1. Krisis Ekonomi
  2. Kerosakan Institusi Negara
  3. Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum
  4. Bebanan Rakyat
  5. Hak Rakyat Di nodai
  6. Gejala Rasuah Berleluasa
  7. Krisis Pendidikan
  8. Membebaskan Institusi Negara
  9. Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil
  10. Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
  11. Pemberdayaan Rakyat
  12. Golongan Pendidik Diambil berat
  13. Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti
  14. Memerangi Rasuah
  15. Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi
RUMUSAN EDITOR TERHADAP 15 PERKARA DI ATAS
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TADBIR-URUS KERAJAAN NEGERI
  • PAKATAN RAKYAT semenjak berjaya memerintah 4 Buah Negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor (Perak terlepas kerana Teknikal Perundangan) telah menunjukkan dan mengamalkan BANYAK PERKARA yang di gariskan di dalam Buku Jingga.
  • Dan APA yang telah di gariskan sebagai Panduan untuk Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat itu telah Membuahkan Hasil yang Memberangsangkan menurut Bidang Kuasa yang di miliki oleh sesebuah Kerajaan Negeri.
  • Yang paling Menyerlah ialah di Negeri-Negeri yang bercorak PERINDUSTRIAN seperti di Negeri Selangor dan Pulau Pinang dimana Ketua-Ketua Menteri yang di lantik telah berusaha keras untuk menunjukkan Nilai-Nilai Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri dengan Cekap, Adil serta Telus seperti Agenda di Buku Jingga.
  • Dan Dua (2) buah Negeri lain seperti Negeri Kedah dan Kelantan adalah Negeri yang bukan 100% bercorak PERINDUSTRIAN tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat di lihat berjaya melakukan Perubahan-Perubahan Dasar yang lebih MESRA RAKYAT serta berjaya membawa Negeri-Negeri tersebut lebih Berdikari serta Membangun di dalam BAJET NEGERI yang terbatas yang tidak Semewah Negeri-Negeri Pulau Pinang dan Selangor
  • Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat juga di lihat Lebih Cekap Mentadbir-Urus Hal-Hal Ekonomi Negeri jika di bandingkan dengan Negeri-Negeri di bawah naungan Barisan Nasional yang lebih mudah untuk mendapatkan Bantuan-Bantuan Kewangan daripada Kerajaan Pusat yang juga Parti yang Memerintah. 
  • Dan Kejayaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengukuhkan Kewangan Negeri masing-masing adalah Kesan Balas daripada Agenda yang termaktub di dalam Buku Jingga. (Rujuk Sini) (Baca Sini Juga) dan (Sini)
AGENDA YANG MELIBATKAN NEGARA
  • Pakatan Rakyat setakat ini masih belum Berjaya untuk Memperbetulkan Krisis-Krisis Ekonomi dan Politik, Perundangan dan Kehakiman, Hak Rakyat, Gejala Rasuah, Pendidikan, Masaalah Intergrasi Kaum dan Politik serta Ekonomi Sabah dan Sarawak.
  • Kegagalan untuk Merealisasikan Agenda Buku Jingga ke Peringkat Nasional tidak dapat di lakukan di sebabkan oleh Kekurangan Majoriti di Parlimen yang masih di Kuasai oleh Kerajaan Barisan Nasional.
  • Jika Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat Majoriti yang di perlukan untuk Memerintah Negara Malaysia, adalah di jangkakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan berjaya untuk Memperbetulkan  segala KEPINCANGAN Sistem yang sediaada kepada Sistem yang di lakar di dalam Buku Jingga.
  • Kejayaan Pakatan Rakyat untuk Merealisasikan Agenda Buku Jingga ke Peringkat Nasional tidak boleh di Perkecilkan kerana mereka (PR) telah berjaya Mengadaptasikan nya di dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah Payung Pakatan Rakyat.
MENGAPA UMNO/BN MENENTANG BUKU JINGGA
  • Agenda yang Terkandung di dalam Buku Jingga ini Tidak DI SENANGI oleh Kerajaan UMNO/BN kerana jika kesemua Agenda tersebut di adaptasikan ke Peringkat Nasional maka Pengaruh, Kekuasaan Ekonomi, Politik yang melibatkan UMNO/BN akan terhapus sama sekali.
  • Dimana melalui Buku Jingga segala PENGAGIHAN KONTRAK-KONTRAK NEGARA akan di lakukan secara TELUS dan TERBUKA kepada Rakyat Umum dan ini akan menghapuskan PELUANG sesuatu Kontrak Negara itu di lakukan secara "Rahsia dan Dalaman" yang dalam istilah sekarang di sebut sebagai "Nego Contract" di antara Kerajaan dengan Kontraktor Terpilih.
  • Dan AMALAN ini masih lagi BERLUASA di Amalkan oleh Kerajaan UMNO/BN di sebabkan oleh Penguasaan mereka secara Majoriti di dalam Ekonomi Nasional, juga sebagai Sumber untuk Menjana KEWANGAN Parti UMNO dan parti-Parti yang Bersekutu dengan mereka
  • UMNO/BN menentang Buku Jingga juga sebagai Langkah untuk Mempertahankan Sistem Perundangan dan Kehakiman Negara yang sediaada kerana kebanyakan Sistem Perundangan dan Kehakiman tersebut memihak kepada Parti yang Memerintah dan jika di lakukan Perubahan maka Pengaruh UMNO/BN akan terhapus.
  • Begitu juga Penentangan UMNO/BN terhadap Pengumpulan Bahan Sejarah Negara yang banyak Mengelak Mensejarahkan Peristiwa yang sebenar kerana untuk menjaga Kepentingan Kewujudan Kewujudan UMNO/BN yang kurang Kukuh di dalam Sejarah Malaysia.
  • Harus di ketahui bahawa sesuatu Bahan Sejarah sesebuah Negara adalah di bawah Kuasa Kerajaan yang Memerintah untuk mencorakkan bagaimana sesuatu SEJARAH itu harus di Dokumentasikan sebagai Bahan Pendidikan Negara dan Kerajaan UMNO/BN sejauh ini telah Berjaya Merakam dan Membukukan Bahan Sejarah Malaysia menurut ACUAN yang mereka kehendaki sahaja.
PERBEZAAN KERAJAAN PR DENGAN KERAJAAN UMNO/BN
KERAJAAN PR
  • Lebih Terbuka
  • Lebih Telus
  • Lebih Mesra Rakyat dan Berjiwa Rakyat
  • Lebih Fokus Memberdayakan Rakyat dalam Ekonomi
  • Lebih Adil dan Saksama
KERAJAAN UMNO/BN
  • Tidak Terbuka
  • Tidak Telus dan Tertutup
  • Tidak 100% Mesra Rakyat dan Berjiwa Rakyat
  • Lebih Fokus kepada Memberdayakan Ekonomi Parti dan Kroni
  • Kurang Adil dan Tidak Saksama
PENJELASAN YA
  • Kedua-dua PERBEZAAN yang di sebutkan boleh di lihat dengan jelas berdasarkan segala TINDAKKAN yang di lakukan oleh kedua-dua belah Pihak terhadap Rakyat sepanjang Negara Malaysia ini MERDEKA.
  • Dimana melalui ERA UMNO/BN yang bermula dari Pemerintahan Dr Mahathir sehingga kini Perjuangan UMNO/BN telah berubah dan beralih daripada GAGASAN yang di tetapkan oleh Pemimpin-Pemimpin Pengasas.
  • Dan semenjak Zaman Dr Mahathir, IDEOLOGI MAHATHIR telah di serapkan sebagai Ideologi UMNO/BN dan dengan itu berlaku lah Pemerintahan yang berasaskan "Autocratic Democracy" yang juga Ideologi yang berasaskan "Democracy Communism" yang berlarutan sehingga ke hari ini.
MODEL BUKU JINGGA - KESESUAIAN UNTUK MALAYSIA
  • Apabila di amati dengan TELITI segala Agenda yang terkandung di dalam BUKU JINGGA ini, ia sebenarnya Amat Baik dan Sangat BERSESUAIAN dengan Masyarakat MAJMUK Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum, Keturunan, Bangsa dan Agama.
  • Dimana Agenda BUKU JINGGA ini lebih Memfokuskan ASPIRASI RAKYAT secara UMUM tanpa Sikap PILIH KASIH atau MEMANDANG KULIT.
  • Dan BUKU JINGGA ini juga lebih sesuai untuk di Istilahkan sebagai KEHENDAK 1MALAYSIA YANG TULIN dari semua Sudut Ekonomi dan Politik.
  • Jika Agenda BUKU JINGGA ini benar-benar di lakukan di dalam PENTADBIRAN & PENGURUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, akan banyak perkara dapat di pertingkatkan keberkesanan nya yang terutama sekali KEADILAN di antara SEMUA KAUM.
  • Dan KEADILAN untuk SEMUA KAUM yang tersemat di dalam BUKU JINGGA ini juga di lihat TIDAK BERCANGGAH dengan PERLEMBAGAAN NEGARA
TUGASAN MENCABAR PAKATAN RAKYAT
  • PAKATAN RAKYAT (PR)  hanya akan berjaya untuk MEREALISASIKAN apa yang terkandung di dalam BUKU JINGGA jika PR dapat meluaskan KEFAHAMAN RAKYAT MALAYSIA mengenai Tujuan dan Aspirasi yang terkandung di dalam BUKU JINGGA secara lebih meluas lagi.
  • Itu bermakna Pihak PR harus menggiatkan usaha di dalam memberi Penerangan kepada Rakyat Umum dengan lebih Agresif dan Terperinci lagi.
  • Juga harus mengukuhkan Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang di bawah Naungan Pakatan Rakyat agar lebih Cemerlang daripada Kerajaan Pimpinan UMNO/BN.
  • Dan PAKATAN RAKYAT harus lebih memberikan FOKUS terhadap Pelan Pembangunan Ekonomi Negara secara LEBIH TERPERINCI lagi sebagai Langkah Permulaan untuk Menyiapkan Diri sebagai Pemerintah jika berjaya di PRU13 kelak.
  • PAKATAN RAKYAT juga harus mempertimbangkan dengan Cepat Tokoh-Tokoh Ekonomi yang harus di pertanggung jawapkan untuk TUGASAN tersebut yang Setaraf atau yang lebih Berkaliber daripada Menteri besar Selangor sekarang.
  • Kerana HAL EKONOMI NEGARA adalah ISU UTAMA yang harus DI TANGANI dengan Cepat dan Tepat di samping Hal-Hal Politik yang lain
  • PAKATAN RAKYAT juga harus mengemas-kini INTERGRASI di antara PARTI KOMPONEN agar lebih Mantap dan lebih Bersefahaman di dalam Ideologi Parti masing-masing yang agak berlainan dengan memperbanyakkan KEFAHAMAN mengenai Perjuangan Parti masing-masing serta lebih Teratur di dalam mengeluarkan sebarang KENYATAAN yang boleh di lihat Bercanggah di antara satu dengan yang lain.
RUMUSAN AKHIR
  • Editor secara Peribadi melihat dan mentafsir BUKU JINGGA telah Berjaya melakarkan PILIHAN atau ALTERNATIF kepada Rakyat Umum mengenai JENIS PEMERINTAH yang menjadi ASPIRASI Rakyat.
  • Dan Rakyat Malaysia secara Umum nya telah memperolehi sebuah Parti Pakatan yang boleh di pertanggung jawapkan untuk menerajui Negara Malaysia untuk memasuki Era Kemajuan Negara ke dalam senarai NEGARA MAJU DUNIA.
  • Dan jika Rakyat Malaysia memilih PAKATAN RAKYAT untuk menggantikan Kerajaan UMNO/BN,  pada Pendapat Peribadi Editor itu adalah Pilihan yang Tepat dan Bijak kerana Pakatan Rakyat telah memberikan JAMINAN terhadap Aspirasi tersebut melalui BUKU JINGGA mereka.
Editor

No comments:

Post a Comment