SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI
KAEDAH MUNGKIN SERUPA TETAPI HASIL BERBEZA
PAKAR SAINS EKONOMI
- Di dalam DUNIA EKONOMI, Ramai di antara Pakar-Pakar Ekonomi yang bekerja dengan Pihak Kerajaan banyak melakar PELAN-PELAN EKONOMI untuk Memajukan Ekonomi Negara.
- Dan selalu nya Pakar-Pakar Ekonomi seperti ini akan melakukan pelbagai KAJIAN mengenai PASARAN dalam Negara dan dalam Dunia untuk MENGENAL-PASTI sesuatu PETANDA mengenai Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi
- Kajian-kajian yang mereka lakukan itu akan berdasarkan Setiap LAPOR-BALIK yang di dalam Bentuk Carta atau Geraf dan Perincian Berita mengenai sesuatu kejadian atau Pergerakan Ekonomi di dalam sesuatu Keadaan dalam sesuatu Tempat, Daerah, Negeri dan Negara
- Dari situ, mereka akan melakukan kajian-kajian yang bertujuan untuk MENCARI FORMULA untuk BAGAIMANA mereka boleh MENGATASI sesuatu Permasaalahan Ekonomi.
HASIL NYA
- Pakar-Pakar Ekonomi ini berkemungkinan akan mendapat sesuatu FORMULA yang di fikirkan yang TERBAIK dalam Sesuatu Keadaan yang Tertentu.
- Dan mereka akan MENGANDAIKAN bahawa langkah-langkah yang AKAN DI AMBIL itu akan mendatangkan KEJAYAAN apabila di lihat "Di Atas Kertas"
- Dari Titik tersebut mereka akan MENASIHATKAN PEMERINTAH untuk melakukan Langkah-Langkah yang telah DI FIKIRKAN sebagai SESUAI.
INI BERBEZA DENGAN KAJIAN PAKAR SAINS BIOLOGI
- Melalui Sains Biologi, Para Pakar-Pakar Sains akan melakukan pelbagai KAJIAN untuk mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang tertentu mengenai Permasaalahan Sains yang mereka KAJI.
- Dimana mereka tidak menggunakan ANDAIAN dari Persepsi Peribadi untuk mendapatkan JAWAPAN YANG TEPAT tetapi mereka menggunakan Proses-Proses ULANG-KAJI dengan melakukan semula UJIAN-UJIAN yang tidak memberikan Jawapan yang Di harapkan, walaupun mereka terpaksa melakukan nya berulang-ulang kali hingga beratus-ratus kali Ujian.
- Tetapi, sebaik sahaja mereka mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang yang Jelas dan Khusus melalui HASIL UJI-KAJI, mereka telah mendapat Suatu Jawapan Yang TEPAT mengenai Sesuatu Permasaalahan Sains dan jawapan-jawapan tersebut bukan juga berupa Andaian sahaja tetapi HASIL daripada KEJADIAN YANG SEBENAR.
- Atas sebab-sebab itu, Pakar-Pakar Sains sering mendapat Penjelasan-Penjelasan yang Tepat di dalam menangani sesuatu masaalah.
INI BERBEZA DENGAN PAKAR EKONOMI
- Jawapan-Jawapan yang mereka DAPATI daripada HASIL-KAJIAN yang di lakukan terhadap sesuatu Permasaalahan Ekonomi itu selalu nya Kurang TEPAT atau jauh daripada TEPAT.
- Ini di sebabkan Pakar-Pakar Ekonomi itu tidak akan dapat untuk MENGKAJI keseluruhan PUNCA MASAALAH EKONOMI seperti KAEDAH di dalam Sains Biologi.
- Kerana, Masaalah Ekonomi itu merupakan Suatu GEJALA yang BUKAN di lakukan oleh seorang dua manusia sahaja atau sebuah dua negara TETAPI ia di dorong oleh TEKANAN DALAM PASARAN yang melibatkan SEMUA ORANG.
- Dan adalah MUSTAHIL untuk seseorang Pakar Ekonomi itu untuk melakukan KAJIAN terhadap SEMUA SEKTOR dan SEKMEN Permasaalahan Ekonomi di satu tempat dan masa.
- Ini di sebabkan sesuatu Keadaan Ekonomi itu tidak dapat di lakukan Uji-Kaji-Selidik yang berulang-ulang seperti Kaedah di dalam Sains Biologi, kerana BAHAN untuk Uji-Kaji-Selidik itu merupakan FAKTOR PASARAN yang melibatkan JUTAAN MANUSIA dan RATUSAN NEGARA.
AKIBAT NYA
- Oleh kerana sebab-sebab itu maka sesuatu LANGKAH untuk menerbitkan Perancangan Ekonomi merupakan SUATU ANDAIAN untuk BERJAYA yang berdasarkan Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
- Dan selalu nya, setiap Pelan Perancangan Ekonomi yang DI LANCARKAN itu akan MENEMUI Pelbagai MASAALAH SAMPINGAN yang tidak dapat DI DUGA sewaktu dalam Proses Uji-Kaji-Selidik.
- Di sini letaknya KUASA EKONOMI yang sebenar apabila ia di Lancarkan di dalam Suasana Pasaran yang sebenar yang tidak dapat di Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
- Jika ANDAIAN Pakar-Pakar Ekonomi itu TERSASAR JAUH daripada KUASA EKONOMI yang sebenar, maka itu akan MENGAKIBATKAN kehilangan banyak SUMBER EKONOMI seperti PEKERJAAN.
SEBAB NYA
- Setiap PELABURAN EKONOMI itu adalah BERSAMAAN dengan TUMBUHAN BIOLOGI, jika keadaan persekitaran di mana BENIH PELABURAN itu DI TANAM tidak bersesuaian, maka Pelaburan itu tidak akan dapat TUMBUH seperti yang di harapkan.
- Dan jika sesuatu pelaburan itu MATI sebelum Tahap MATANG, maka ia akan meninggalkan KESAN-KESAN KERUGIAN yang Amat Besar kepada Pihak Pelabur, Kerajaan, Pekerja, Rakyat dan Pasaran Pengguna, hanya Kegagalan untuk menghidupkan SATU BENIH PELABURAN sahaja.
KESIMPULAN STRATEGI EKONOMI
- Setiap PELAN atau STRATEGI untuk menerbitkan Sesuatu Perancangan Ekonomi Negara seperti ETP - Economic Transformation Program Malaysia ADALAH terdedah kepada KEGAGALAN, Ini di dasarkan segala FAKTA dan DATA yang di terangkan seperti di atas
- Pakar-Pakar Ekonomi Negara dan Ahli-Ahli Politik HANYA BERSEDIA untuk menghadapi SEGALA KEMUNGKINAN daripada KESAN TINDAK BALAS KUASA EKONOMI yang Sebenar apabila ianya di lancarkan.
- Kerana itu, mereka yang terlibat di dalam PEMBANGUNAN Ekonomi Negara selalu nya menyediakan pelbagai PELAN-PELAN yang berbentuk JARING KESELAMATAN jika sesuatu Perancangan Ekonomi itu GAGAL TUMBUH dalam PASARAN Terbuka.
- Dalam lain perkataan, Pakar-Pakar Ekonomi terpaksa juga menggunakan Kaedah "Trial And Error" seperti yang di guna-pakai di dalam Sains Kejuruteraan Mekanikal.
RUMUSAN
- Oleh yang demikian, setiap orang yang berada di dalam sesebuah Negara tidak boleh mengharapkan setiap Perancangan Ekonomi Pihak Kerajaan mereka akan akan berjalan dengan Lancar tanpa Masaalah Sampingan.
- Ini adalah keadaan SEMULA-JADI yang harus "Di Terima" oleh SEMUA ORANG dari Semua Lapisan Masyarakat.
- Hanya PEMIMPIN-PEMIMPIN BIJAK sahaja yang dapat menyesuaikan Penggunaan Kaedah Ekonomi yang tidak BERKETENTUAN dengan Kaedah politik untuk MEWUJUDKAN JARINGAN KESELAMATAN KEWANGAN yang dapat MENYERAP dan MENGATASI Apa juga kesan-Kesan Buruk daripada KEGAGALAN PERTUMBUHAN sesuatu EKONOMI.
- Ini memerlukan Seorang PENTADBIR KEWANGAN merangkap PENTADBIR EKONOMI yang CEKAP untuk melakukan nya.
- Jika Tidak, sesebuah NEGARA itu akan mengalami DEFISIT KEWANGAN yang sangat BURUK seperti yang berlaku di Negara GREECE
Editor
No comments:
Post a Comment