Saturday, August 13, 2011

ISU BURUH: MAJIKAN KINI BERALIH KEPADA ROBOT

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #370


ISU BURUH: MAJIKAN KINI BERALIH KEPADA ROBOT
KESAN DARIPADA TUNTUTAN DAN KENAIKAN GAJI PEKERJA


MASAALAH UTAMA MAJIKAN
  • Kebanyakan Majikan akan mengambil pekerja untuk membantu Ekonomi Pekerja dan Negara yang terlibat dengan memperuntukkan Tenaga Kerja dari Manusia di dalam PELAN Perancangan Syarikat-Syarikat mereka.
  • Ini sesuai dengan Tanggung Jawap Sosial mereka di dalam Etika CSR - Corporate Social Responsibility yang di amalkan
  • Tetapi kini banyak Majikan yang terlibat di dalam Industri Pengeluaran Komponen dan Produk untuk Pengguna mengalami masaalah untuk mengekalkan Daya Saing Perniagaan mereka, apabila kebanyakan Negara menuntut kepada Pembayaran gaji yang lebih tinggi untuk Rakyat mereka.
  • Di Negara CHINA yang terkenal dengan Bekalan Tenaga Buruh Terbesar dan Termurah Dunia telah menggalakkan Kesatuan-Kesatuan Sekerja untuk menuntut Kenaikan Gaji dan Faedah yang lebih daripada Majikan-Majikan dari Luar Negara.
CONTOH TERKINI
  • Sebuah Syarikat Pengeluaran Gergasi yang beroperasi di Negara CHINA - FOXCONN Technology Group yang berasal dari TAIWAN, yang memiliki KONTRAK untuk menghasilkan Komponen dan Produk untuk Apple, Nokia, Dell, Hewlett Packard dan Sony Ericsson telah mengalami Masaalah Tenaga Kerja yang Genting.
  • Dimana kini mereka menggajikan seramai 1.2 Juta Pekerja di dalam Kilang-Kilang mereka yang beroperasi di Negara China
  • Dan Laporan Kewangan Syarikat Foxconn untuk Tahun 2010 telah menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah KERUGIAN sebanyak $213 Juta Dollar Amerika di sebabkan oleh pelbagai Tuntutan dan Masaalah Tenaga Buruh sahaja.
  • Selain Foxconn, Syarikat-Syarikat seperti TOYOTA dan HONDA telah mengalami NASIB yang sama di dalam Operasi mereka di Negara CHINA
APA YANG FOXCONN LAKUKAN
  • Oleh kerana Negara CHINA adalah salah sebuah Negara yang mampu menyediakan Tenaga Buruh yang ramai dan Peluang Perniagaan yang menggalakkan, maka Syarikat Foxconn telah MENUKAR STRATEGI Pengeluaran mereka dengan lebih banyak menggunakan Robot-Robot Industri di dalam Kilang-Kilang mereka.
  • Strategi ini adalah untuk Mengurangkan Masaalah Tenaga Buruh yang mengalami Peningkatan Tangga Gaji yang mendadak dan juga untuk Mengurangkan Tanggungan Kerugian yang berterusan.
  • Oleh kerana masaalah tersebut, Syarikat Foxconn melakar Strategi untuk menambah Jumlah Robot-Robot Industri daripada 10,000 buah kepada 300,000 menjelang Tahun 2012 dan 1Juta buah Robot pada Tahun 2014.
APAKAH MAKSUD DAN KESAN DARIPADA STRATEGI TERSEBUT
PERTAMA
  • Strategi Syarikat Foxconn ini adalah BERITA BURUK kepada Pentadbiran Buruh Negara CHINA yang begitu tergesa-gesa untuk menaikkan Tangga Gaji Tenaga Buruh di kalangan Rakyat CHINA
  • Kerana dengan mengalihkan perhatian menggunakan lebih banyak Robot Industri maka dengan sendiri nya PELUANG PEKERJAAN untuk Rakyat CHINA akan berkurangan dan terjejas.
  • Dan akan ramai Rakyat CHINA akan Gagal untuk mendapatkan pekerjaan jika banyak Syarikat-Syarikat yang beralih kepada Penggunaan Robotik di dalam Operasi Pengilangan mereka.
  • Ini akan MEMAKSA Kadar Pengangguran di CHINA meningkat dengan mendadak serta akan menjadi BEBAN SOSIAL kepada Kerajaan.
KEDUA
  • Syarikat-Syarikat yang AKAN memilih Negara CHINA untuk di jadikan TAPAK OPERASI Pengilangan mereka akan lebih mengutamakan Penggunaan Buruh Robotik daripada Tenaga Kerja Manusia
  • Dan secara tidak langsung Matlamat Etika CSR telah TERSASAR dan tidak dapat di lakukan oleh Para Majikan di sebabkan oleh Faktor Untung-Rugi yang sangat penting untuk Pertumbuhan Perniagaan mereka.
KETIGA
  • Jika Gejala GAJI TINGGI di teruskan dengan Perlaksanaan yang Drastik di dalam mana-mana Negara seperti di CHINA, maka Industri Pembuatan dan Pengilangan akan terus MELUPAKAN CSR dan hanya memperuntukkan 20% untuk Tenaga Buruh untuk Buruh Manusia dan 80% kepada Buruh Robotik
  • Ini bermakna akan banyak Majikan dan Syarikat meng-adaptasikan 100% TEKNOLOGI ROBOTIK menjelang Tahun 2050 sebagai langkah untuk mengurangkan KOS OPERASI Pembuatan dan Pengilangan.
KEEMPAT
  • Jika Majikan dan Syarikat tersebut maseh ingin menggunakan Tenaga Buruh Manusia dan maseh ingin meng-aplikasikan Etika CSR, maka mereka akan MEMINDAHKAN Operasi Pengilangan mereka ke negara-negara lain yang Lebih Murah dan Fleksibel Tuntutan Gaji yang di kemukakan.
  • Dan jika ini berlaku maka Negara seperti CHINA akan mengalami Keruntuhan Ekonomi dalam jangka panjang kerana mereka akan kehilangan Pelabur di dalam Negara.
APA YANG MALAYSIA HARUS PELAJARI
  • KES seperti Foxconn ini harus di ambil Iktibar oleh Kerajaan Malaysia di dalam Tujuan melaksanakan Tangga GAJI MINIMA yang sedang di dalam Perancangan
  • Dan Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian-Kementerian Utama Ekonomi yang lain harus BERANI menyusun STRATEGI untuk bagaimana melaksanakan GAJI MINIMA tanpa menjejaskan Pelaburan Tempatan dan Asing yang ingin beroperasi di dalam Negara Malaysia.
  • Dimana Contoh terbaik yang boleh yang di alami oleh Negara ASEAN ialah SINGAPURA yang telah KEHILANGAN banyak Pelaburan Asing  sekitar Tahun  1990 hingga 2000, di sebabkan oleh Kenaikan Gaji berterusan menerusi Polisi Majlis Gaji Kebangsaan -NWC mereka.
  • Dan akhir nya negara Singapura kini TERPAKSA untuk menerima Pelaburan Asing yang di dalam bentuk Berteknologi Tinggi untuk beroperasi di dalam Negara.
  • Yang menerima NASIB BURUK ialah Rakyat Umum yang TERPAKSA untuk Belajar pelbagai bentuk kemahiran yang Berteknologi Tinggi jika inginkan Pekerjaan, jika mereka ketinggalan maka mereka akan menjadi Penganggur.
KERAJAAN DAN RAKYAT HARUS MELETAKKAN SASARAN YANG SEDERHANA
  • Kerajaan dan Rakyat Malaysia harus meletakkan SASARAN Tahap Gaji Minima yang SEDERHANA yang boleh di MANFAATKAN untuk jangka masa panjang.
  • Kerana jika hanya semata-mata untuk mendapatkan Pengiktirafan sebagai Negara Maju pada 2020 dengan menaikkan Tahap GAJI MINIMA Pekerja, maka KESAN yang BURUK dari segi Ekonomi akan terpaksa di tanggung oleh Kerajaan dan Rakyat.
  • Ini di sebabkan jangkaan Tahun 2020 itu terlalu singkat untuk MENYERAGAMKAN Kemajuan Ekonomi di semua Sektor Industri Negara dengan Pertumbuhan Insfrastruktur dan Prasarana Ekonomi Rakyat di seluruh Negara.
  • Dimana Kerajaan yang wujud pada hari ini Tidak Akan MAMPU untuk melaksanakan nya dalam masa 9 Tahun yang akan datang.
  • Walaupun Program ETP - Economy Transformational Program melalui 12 NKRA sedang GIAT di laksanakan oleh Kerajaan Pusat.
SEBAB NYA
  • Negara dan Rakyat Malaysia maseh belum BERSEDIA dari pelbagai Persiapan Pendidikan, Pengetahuan, Kemahiran, Ekonomi, Kewangan, Mental dan Fizikal untuk menerima Taraf Negara Maju Dunia yang akan melonjakkan Negara ke dalam keadaan Ekonomi yang lebih Sukar dan terpaksa bersaing TANPA BANTUAN dengan Gergasi-Gergasi Ekonomi Dunia seperti Amerika, Eropah, Jepun dan Taiwan.
  • Jika itu di lakukan juga, maka RAKYAT MALAYSIA secara Umum nya akan MERASA TEKANAN dari pelbagai Sudut Ekonomi dan Kewangan yang akan memaksa Rakyat hidup di dalam keadaan yang lebih mencabar daripada hari ini.
Editor

No comments:

Post a Comment