Thursday, August 04, 2011

MENTEGA HARAM: PENGGUNA ISLAM SUDAH LAMA DI TIPU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #362


MENTEGA HARAM: PENGGUNA ISLAM SUDAH LAMA DI TIPU
SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNG JAWAP


ISU MENTEGA HARAM
  • MALAYSIA telah di gegarkan dengan berita bahawa sejenis mentega yang berjenama"Golden Churn Creamy Butter" telah di SAHKAN mengandungi bahan dari DNA Khinzir oleh Pihak JAKIM - Jabatan Agama Islam Malaysia. Baca Sini!
  • Dimana dengan pengumunan tersebut telah banyak perniagaan yang membuat KEK di seluruh Malaysia dan juga Singapura serta Indonesia terjejas.
  • Dimana Pihak JAKIM telah menasihatkan Umat Islam untuk menghindarkan diri daripada membeli Mentega dan hasil-hasil Kek daripada Mentega tersebut.
PERSOALAN YANG MENGELIRUKAN IALAH
  • Yang sangat menghairankan ialah Syarikat Pembuat "Golden Churn" memiliki SIJIL HALAL yang mengesahkan MENTEGA yang mereka hasilkan itu adalah HALAL menurut Piawaian Syariah Islam Lihat Ini!
  • Juga melalui Pengakuan yang di buat oleh Andrew Ballantyne Executive Chairman untuk Syarikat K.L.Ballantyne Pty Ltd Baca DiSini!
  • Dimana 4 Majlis Ulama dari Indonesia dan Australia yang mengeluarkan SIJIL PENGESAHAN HALAL tersebut.
  • Dan Produk keluaran Syarikat K. L. Ballantyne Pty. Ltd bukan sahaja di pasarkan di Malaysia, malah meliputi Negara-Negara Islam di Timur Tengah, Asia, Pacific dan Amerika.
  • Bahkan Syarikat ini memiliki SIJIL-SIJIL seperti   ISO, GMP dan  HACCP, juga Kilang ini di luluskan sebagai kemudahan eksport oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Kuarantin Australia dan juga di lesenkan oleh Dairy Keselamatan Makanan Victoria
  • Ini adalah Penegasan Pihak Syarikat tersebut "Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter Ingredients are, Cows Milk, Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or preservatives are permitted. We are seeking legal advice to put an end to these false claims" atau terjemahan nya berbunyi "Ballantyne hanya menggunakan susu yang berkualiti tinggi untuk membuat krim yang berjaya melahirkan ke dalam Bahan-bahan mentega, Susu Lembu,  Pepejal Susu (bukan lemak), Lembapan dan garam 1,5-2%. Tiada penambahan yang lain, warna atau pengawet yang dibenarkan.Kami mendapatkan nasihat undang-undang untuk menghentikan tuntutan-tuntutan palsu ini "
PERSOALAN KEDUA
  • Jika Piawaian yang di guna-pakai oleh Syarikat K. L. Ballantyne Pty. Ltd untuk memastikan Bahan-Bahan Asas yang di gunakan untuk menghasilkan Mentega "Golden Churn" TIDAK MENEPATI Syariah Islam, Mengapa Syarikat ini memperolehi 3 Jenis SIJIL HALAL dari berlainan Jabatan dan Negara?
  • Atau adakah Pihak JAKIM menggunakan Piawaian yang berbeza untuk MENILAI Bahan-Bahan Asas di dalam Pembuatan Mentega "Golden Churn" yang Tidak Wujud di dalam PENAFSIRAN Jabatan Agama yang Meluluskan Sijil-Sijil HALAL tersebut?
TETAPI ITU BUKAN PERSOALAN UTAMA DI SINI
  • PERSOALAN UTAMA ialah Mengapa Pihak JAKIM mengambil masa yang AGAK LAMA untuk MENGESAN produk-produk yang TIDAK HALAL seperti Kes "Mentega Golden Churn"?
  • Dan Mengapa sekarang ia di kesan dan di umumkan kepada ramai sewaktu Umat Islam sedang bersiap-siap untuk menghadapi Perayaan Hari Raya?
  • Adakah Kes Mentega "Golden Churn" ini benar-benar SAHIH KEHARAMAN NYA dari Sudut Penyelidikan Kimia DNA dan Tidak Bermotifkan Politik?
  • Kerana jika Pihak JAKIM 100% mengistiharkan nya sebagai HARAM kerana SAH mengandungi DNA Khinzir, maka Ketiga-tiga Jabatan Agama yang mengeluarkan SIJIL HALAL tersebut telah TERCABAR KEWIBAWAAN mereka sebagai Penegak SYARIAH dan boleh di tuduh sebagai MENIPU UMAT ISLAM di seluruh Dunia!.
OLEH KERANA ITU
  • Pihak JAKIM selain melakukan KAJIAN DNA untuk Mengesan DNA-DNA HARAM terhadap Sumber Bekalan Makanan, Pihak JAKIM juga harus melakukan Penyelidikan mengenai KESAHIHAN SIJIL-SIJIL HALAL yang di perolehi oleh sesebuah Syarikat Pengeluar Makanan Halal.
  • Kerana langkah ini akan dapat memberikan KEJELASAN dari Sudut yang lebih LUAS mengapa sesebuah Syarikat itu mendapat SIJIL HALAL mereka.
  • Dan dari Dasar Apa sesuatu Produk itu DI SAHKAN sebagai HALAL untuk kegunaan Umat ISLAM oleh Pihak Jabatan-Jabatan Agama yang terlibat.
  • Disini lah KEPERLUAN nya Jalinan Perhubungan Pihak JAKIM dengan Jabatan-Jabatan Agama di Seluruh Dunia yang menyentuh PENSIJILAN HALAL.
ATAU
  • Di dalam Dunia ISLAM pada hari ini Tidak Wujud KESAMAAN untuk MENTAKRIFKAN sesuatu bahan itu sebagai HALAL atau pun HARAM
  • Yang Tidak Di Dasarkan dari SYARIAH yang sama dari HUKUM-HUKUM ISLAM yang bersandarkan dari Al Quran.
RUMUSAN
  • Langkah JAKIM melakukan Pemantauan mengenai Makanan HALAL adalah di sanjung tinggi kerana telah melakukan Tanggung Jawap mereka sebagai Penjaga Syiar Islam di dalam Negara ini.
  • Tetapi CARA Pihak JAKIM melakukan TUMPUAN dan PANTAUAN terhadap makanan-makanan yang di syaki sebagai melanggar Syariah Islam sangat Menduka-citakan kerana boleh di sifatkan sebagai LEMBAB BERTINDAK
  • Kerana masih banyak lagi produk-produk yang di Sijil kan HALAL masih belum dapat di pastikan KEHALALAN nya dengan tepat melalui Penyelidikan Saintifik seperti Pengenalan DNA.
P/S: 
Ikuti Pengumunan JAKIM ini  Pertama dan kedua Klik Sini dan Pihak Pembaca boleh membuat Penilaian sendiri bagaimana PENDIRIAN JAKIM menangani Isu "Golden Churn" ini
Editor

2 comments:

  1. I had a good time reading ur articles about golden churn butter. GC has been the best butter ever even though the price keep increasing. Since i was a little girl, my late mum has been serving us this butter. We normally got them from Brunei, until Malaysia started to import it. Its been more than 40 yrs and why only now JAKIM confirmed its non halal. Like u said. Adakah umat islam khasnya pengguna GC sudah lama di tipu. Kalau betul ianya tidak halal. Siapakah patut menanggung dosa pengguna yang selama ini menganggap GC itu halal. Bagaimana dengan coklat2? Saya sentiasa berjaga-jaga apabila membeli "imported" chocolate kerana ia mengandungi banyak bahan2 yang tidak halal. Saya dapati banyak coklat yang di jual di pasaraya di letakkan di tempat yang sama. Sama ada coklat itu ada tanda halal jakim atau tidak. Kenapa coklat2 ini tidak di asingkan?

    ReplyDelete
  2. Thanks Cyah Radi for for honest view!, Yes..this issue should be address by JAKIM by letting Public knows by giving Public's Education on Non Halal Products and how to recognize them by Non Halal Codes.
    So far, i have seen that JAKIM did not regularly Updates their Non Halal products listing in their portal site

    ReplyDelete