TM DAN GOOGLE TAWAR PENYELESAIAN PEMASARAN UNTUK PKS
ADAKAH CARA TERSEBUT DAPAT MEMBANTU ATAU SESUAI
TELEKOM MALAYSIA (TM)
- Melalui Laporan UTUSAN ONLINE, Baca Sini Pihak TM - Telekom Malaysia akan bekerjasama dengan Pihak GOOGLE untuk mewujudkan KAEDAH PEMASARAN untuk Industri Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) di peringkat Antarabangsa.
- Dimana TM mensasarkan penggunaan Google AdWords sebagai Kaedah Pengiklanan bagi memasarkan Produk-Produk PKS secara meluas di Internet.
TETAPI BANYAK PERSOALAN BERLAKU
PERTAMA
- Apakah PERANAN UTAMA Pihak TM untuk bekerjasama dengan Google untuk Mempromosikan AdWords kepada PKS, sedangkan AdWords telah lama bertapak di Internet?
- Kerana Tanpa TM sekali pun, Pihak PKS maseh boleh Berurusan Langsung kepada Google untuk mengiklankan Produk mereka di AdWords
KEDUA
- Dari Sudut Pengiklanan, menggunakan Pihak Orang Tengah seperti TM untuk berurusan dengan Google adalah Tidak Praktikal dari Sudut Kos Perniagaan dan Keuntungan Iklan kepada Google.
- Walaupun Pihak TM menawarkan dengan Nilai Iklan yang sama dengan apa yang di tawarkan oleh Google kepada PKS atau memberi Potongan Harga yang lebih rendah daripada Google AdWords
- Kerana Pihak Google boleh mendapatkan Iklan PKS secara langsung daripada semua Pengusaha PKS yang wujud di Malaysia jika mereka menawarkan Promosi yang sesuai.
- Mengiklan menggunakan AdWords bukan lah STRATEGI PENGKILANAN yang MUTLAK untuk mendapatkan Jumlah Pelanggan menurut SASARAN.
- Kerana Bukan Semua PKS itu MENJUAL Produk-Produk mereka Secara Langsung kepada Pembeli atau pun Pengguna.
- Melalui STATUS PKS, mereka memerlukan Penjualan Secara Borong dan bukan Secara RUNCIT seperti Jenis-Jenis Perniagaan yang terdapat di dalam AdWords
APA YANG SEBENAR NYA PKS PERLUKAN
Untuk menjual Produk-Produk Buatan dan keluaran PKS ke Peringkat Antarabangsa secara Agresif dan Efektif, Pihak PKS memerlukan :
- Perlu melantik Sebuah TRADING HOUSE di Peringkat Antarabangsa untuk menjadi Agen Pemasaran kepada Produk PKS di Benua-Benua yang di sasarkan untuk Pengedaran Produk.
- Dimana Pihak Trading House seperti ini akan bertindak melakukan Apa juga Tugas-Tugas Pemasaran dan Penjualan bagi Pihak PKS di Luar Negara.
- Trading House seperti ini adalah berkepakaran di dalam Bidang Pemasaran, Pengedaran dan Penjualan sesuatu Produk bagi Pihak Syarikat Pembuat dan Pengeluar dari Negara-Negara Asing.
- Dan melakukan segala Tugas dan Tanggung Jawap tersebut secara BERKONTRAK dengan Pihak Syarikat Pengeluar atau Pembuat Produk
- Yang di perlukan ialah Perbincangan mengenai Hal-Hal Perlantikan, Perincian Produk, Kemampuan Bekalan, Harga Jualan Borong dan Runcit serta "Service Charge" yang mereka kenakan kepada anda.
- Trading House bukan seperti Perkhidmatan yang di tawarkan oleh Pihak Konsultan-Konsultan Perniagaan yang biasa, dimana Perkhidmatan mereka menjurus kepada Hal-Hal Pemasaran Produk secara Eksklusif
SEBELUM ITU
Sebagai Syarikat Pembuat dan Pengeluar Produk Tempatan yang BERHASRAT untuk memasarkan Produk ke Peringkat Antarabangsa, anda perlu untuk:
- Mendaftarkan Produk anda untuk HAK CIPTA atau Trademark di Dalam dan di Luar Negara untuk mengelakkan sebarang Ciplakkan produk oleh Pihak-Pihak tertentu.
- Kerana telah banyak Kes-Kes PENIRUAN seperti yang di sebutkan berlaku apabila sesuatu produk itu tidak memiliki Trademark yang Sah di Negara-Negara yang di Pasarkan.
- Yang terutama terhadap Produk yang mendapat Sambutan Hangat daripada Pelanggan-Pelanggan Tempatan.
KEPERLUAN NYA
- Produk yang Bermutu Tinggi
- Kekemasan Produk menurut Piawaian Antarabangsa
- Kemampuan Pengeluaran Syarikat anda itu Mantap dan Berterusan.
- Harga Borong yang Kompetitif untuk di Pasarkan
- Visi dan Misi Perniagaan yang Berinovasi
RUMUSAN NYA
- Apa yang ingin di lakukan oleh Pihak Telekom Malaysia untuk Membantu Pihak PKS di lihat sebagai Tidak memberikan PENYELESAIAN secara MENYELURUH untuk NIAT mereka memberi BANTUAN PEMASARAN kepada Pihak PKS.
- Dan AdWords bukan lah Cara Penyelesaian yang sebenar atau Kaedah Bantuan yang Tepat buat Pihak PKS di Malaysia.
- Mungkin Pihak Telekom Malaysia boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan Trading House dan beroperasi di seluruh Dunia kerana TM memiliki Kemampuan dari Segi Kewangan untuk berbuat demikian.
Editor
No comments:
Post a Comment