Showing posts with label ETP. Show all posts
Showing posts with label ETP. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #391


EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY
TIDAK MENYUMBANG KEPADA PEMULIHAN EKONOMI NEGARA - PAKAR EKONOMI


PENGUMUMAN FELDA HOLDING
  • PENGUMUMAN yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S SDN BHD ( Baca Sini ) dan yang mendapat LIPUTAN PENUH di MEDIA NEGARA, sebenar nya tidak membawa sebarang erti kepada Kemelesetan Ekonomi yang berlaku di dalam Negara pada masa ini.
  • Ini adalah kerana Anak Syarikat FELDA GLOBAL VENTURE's yang di tubuhkan di Negara Turkey itu tidak dapat menyumbang secara besar terhadap Pendapatan Kasar Negara.
  • Kerana Anak Syarikat tersebut berkongsi pula dengan sebuah Syarikat dari Dubai - Iffco Holdings Ltd dan menubuhkan pula Felda-Iffco Gida Sanayi ve Ticaret agar dapat menembusi PASARAN EROPAH.
  • Pengumuman tersebut lebih kepada suatu Pengumuman yang BIASA seperti yang berlaku di dalam mana-mana jenis Syarikat Korporat di dalam PENGEMBANGAN PERNIAGAAN yang mereka lakukan
APA YANG BOLEH DI FAHAMI DARI PENGUMUMAN FELDA TERSEBUT
PERTAMA
  • Itu ingin menunjukkan bahawa FELDA HOLDING yang juga menjadi Aset kepada NEGARA sentiasa menjalankan Perniagaan mereka dengan betul
  • Dan dengan BERITA tersebut telah menolak Khabar Angin yang mengatakan FELDA berada di dalam SITUASI yang GENTING dari SEGI KEWANGAN.
KEDUA
  • PENGUMUNAN tersebut juga di lihat sebagai LANGKAH Pihak Kerajaan untuk memberitahu RAKYAT bahawa Pengurusan FELDA sentiasa berada di LANDASAN yang TEPAT dan BETUL
  • Dan ini sedikit sebanyak akan dapat membaiki PERSEPSI RAKYAT yang telah mula menurun dan Hilang Kepercayaan terhadap KEWIBAWAAN PENGURUSAN FELDA
KETIGA
  • Apa yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S ini MASIH BELUM membuahkan HASIL kerana baharu di PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
  • HASIL KEUNTUNGAN NYA hanya akan dapat di lihat di antara Masa 24 hingga 36 Bulan yang akan datang, selepas KOS MODAL ASAL dapat di kembalikan
  • Dan di Peringkat Seawal ini, Felda Venture's Holding yang melakukan Perkongsian Perniagaan seperti yang DI LAPORKAN itu masih TIDAK BOLEH MENYUMBANG kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara.
KEEMPAT
  • Syarikat INDUK FELDA iaitu FELDA HOLDING yang beroperasi di dalam Negara masih belum dapat MELEPASI pelbagai Permasaalahan Kewangan yang di lakukan di dalam BANYAK PELABURAN di dalam Negara
  • Ini di sebabkan oleh TERLALU banyak PERKONGSIAN dan PENGAMBIL-ALIHAN Perniagaan yang dahulu nya di kuasai oleh Syarikat-Syarikat lain.
  • TANPA SOKONGAN KERAJAAN untuk Menaikkan Kadar Cukai dan Pengurangan SUBSIDI, Perniagaan-Perniagaan FELDA di dalam Negara akan MENGALAMI BANYAK lagi KERUGIAN seperti yang terlibat dengan Pengeluaran Minyak Sawit, Gula Pasir dan Tepung Gandum
  • Kerana FELDA tidak DI URUS-TADBIR sepertimana Rangkaian Perniagaan PETRONAS yang jauh lebih EFISEN daripada Pengurusan FELDA
EKONOMI NEGARA MALAYSIA
  • Jika di sandarkan kepada LAPORAN Kementerian Kewangan, keadaan Ekonomi Malaysia dari SUKU TAHUN Pertama dan Kedua mengalami Pertumbuhan yang LEMBAB ( Rujuk Sini )
  • Dan Semua PROGRAM yang di lakukan di dalam ETP - Economic Transformation Program yang di jalankan oleh PEMANDU di bawah Menteri Idris Jala, masih memerlukan MASA sehingga seawal Tahun 2013 untuk menampakkan HASIL PERMULAAN.
ADALAH KURANG TEPAT
  • Untuk Pihak Kerajaan yang Memerintah mengumumkan bahawa keadaan EKONOMI NEGARA telah PULIH atau telah dapat DI ATASI dalam masa yang SINGKAT ini.
  • Seperti yang juga di sebut Ringkas oleh Perdana Menteri di dalam UCAP DASAR beliau pada 15hb September 2011 yang lalu ( Rujuk Sini )
PENDAPAT AHLI-AHLI EKONOMI
  • Secara UMUM nya Ahli-Ahli Ekonomi SERANTAU dan DUNIA berkongsi PENDAPAT yang sama bahawa keadaan EKONOMI MALAYSIA masih JAUH dari PEMULIHAN YANG SEBENAR
  • Kerana Apa juga PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI yang di gerakkan MASIH BELUM membuahkan HASIL yang BERKESAN untuk Rakyat Umum.
  • Dan Negara Malaysia memerlukan MASA di antara 3 hingga 5 Tahun yang akan datang untuk BENAR-BENAR PULIH dari SEMUA SUDUT EKONOMI yang MERUNCING sekarang.
  • Juga di sebabkan oleh FDI - Foreign Direct Investment yang RENDAH yang di dapati dari PELABUR-PELABUR ASING dari Luar Negara
  • Dan PENGGUNAAN GLC-GLC atau Anak-Anak Syarikat NEGARA bukan lah JALAN TERBAIK untuk MENYELESAIKAN Masaalah EKONOMI Negara kerana Langkah tersebut hanya MENGELUARKAN DANA NEGARA SENDIRI dan bertentangan dengan Penyelesaian Ekonomi yang menggunakan FDI.
  • Sesebuah KERAJAAN hanya akan menggunakan DANA NEGARA SENDIRI apabila PELABURAN ASING - FDI amat SUKAR DI DAPATI.
  • Inilah yang berlaku di dalam Negara Malaysia semenjak Ekonomi Negara mula mengalami PENURUNAN dan MENERBITKAN INFLASI.
KESAN NYATA
  • KESAN-KESAN yang NYATA daripada KEGAGALAN PEMULIHAN EKONOMI NEGARA ialah terdapat di dalam KENAIKAN Harga-Harga BARANGAN PENGGUNA yang ASAS.
  • Seperti KOS-KOS Pengangkutan Awam yang melibatkan Minyak Petrol, Bahan Pembakar, Tarif Letrik, Gas Memasak, Produk Asas Tani dan semua Barangan Pengguna Am yang lain-lain.
  • Juga termasuk Kos-Kos kenaikan Harga Rumah, Hartanah, Kenderaan dan Pembiayaan dan Yuran-Yuran Pendidikan
  • Di dalam lain Perkataan ialah KEMAMPUAN KEWANGAN RAKYAT adalah DI BAWAH MAMPU BELANJA di sebabkan PENDAPATAN YANG TERHAD dan TIDAK MENINGKAT sepertimana PENINGKATAN SUMBER & KOS EKONOMI
MENGAPA KERAJAAN BERDALIH MENGENAI EKONOMI
  • Ini di sebabkan oleh Pertumbuhan Ekonomi yang tidak dapat di gerakkan PANTAS dan PENSTRATEGIAN yang kurang Tepat di dalam menyelesaikan Masaalah Ekonomi Negara 
  • Kerana untuk mengelakkan TUMPUAN MINDA RAKYAT tertumpu kepada Hal-Hal Ekonomi yang MERUNCING maka Kerajaan memilih untuk menggunakan STRATEGI menggunakan ISU-ISU lain sebagai BENTENG PERTAHANAN
STRATEGI PENGALIHAN TUMPUAN SEPERTI
  • ISU MAT SABU dengan SEJARAH PERJUANGAN untuk MEMERDEKAKAN Malaysia yang berkaitan dengan Sejarah BUKIT KEPONG.
  • ISU ANWAR IBRAHIM dengan KES LIWAT yang sedang di bicarakan di Mahkamah dan sering di jadikan BAHAN UTAMA
  • ISU KOMUNISME yang di labelkan kepada Parti-Parti Pembangkang dan NGO-NGO yang banyak BERSUARA mengenai Hal-Hal Ekonomi Negara
  • Dan ISU PEMANSUHAN AKTA ISA sebagai Tanggung Jawap Pemerintah untuk Mensejahterakan dan Memakmurkan Keselamatan Negara
OLEH YANG DEMIKIAN
  • Sebagai RAKYAT yang mahu melihat NEGARA Di TADBIR dan DI URUS dengan CEKAP serta BERAMANAH dari KERAJAAN yang di berikan KEPERCAYAAN, tidak harus menerima dengan mudah apa juga DALIH-DALIH yang SENGAJA DI MAINKAN untuk menghindar PERHATIAN RAKYAT.
  • Ini adalah kerana SETIAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH adalah Orang-Orang yang Bertanggung Jawap terhadap RAKYAT dan yang BEKERJA dengan RAKYAT dan BUKAN SEBALIK NYA.
Editor

Friday, August 26, 2011

SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #382


SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI
KAEDAH MUNGKIN SERUPA TETAPI HASIL BERBEZA


PAKAR SAINS EKONOMI
  • Di dalam DUNIA EKONOMI, Ramai di antara Pakar-Pakar Ekonomi yang bekerja dengan Pihak Kerajaan banyak melakar PELAN-PELAN EKONOMI untuk Memajukan Ekonomi Negara.
  • Dan selalu nya Pakar-Pakar Ekonomi seperti ini akan melakukan pelbagai KAJIAN mengenai PASARAN dalam Negara dan dalam Dunia untuk MENGENAL-PASTI sesuatu PETANDA mengenai Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi
  • Kajian-kajian yang mereka lakukan itu akan berdasarkan Setiap LAPOR-BALIK yang di dalam Bentuk Carta atau Geraf  dan Perincian Berita mengenai sesuatu kejadian atau Pergerakan Ekonomi di dalam sesuatu Keadaan dalam sesuatu Tempat, Daerah, Negeri dan Negara
  • Dari situ, mereka akan melakukan kajian-kajian yang bertujuan untuk MENCARI FORMULA untuk BAGAIMANA mereka boleh MENGATASI sesuatu Permasaalahan Ekonomi.
HASIL NYA
  • Pakar-Pakar Ekonomi ini berkemungkinan akan mendapat sesuatu FORMULA yang di fikirkan yang TERBAIK dalam Sesuatu Keadaan yang Tertentu.
  • Dan mereka akan MENGANDAIKAN bahawa langkah-langkah yang AKAN DI AMBIL itu akan mendatangkan KEJAYAAN apabila di lihat "Di Atas Kertas"
  • Dari Titik tersebut mereka akan MENASIHATKAN PEMERINTAH untuk melakukan Langkah-Langkah yang telah DI FIKIRKAN sebagai SESUAI.
INI BERBEZA DENGAN KAJIAN PAKAR SAINS BIOLOGI
  • Melalui Sains Biologi, Para Pakar-Pakar Sains akan melakukan pelbagai KAJIAN untuk mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang tertentu mengenai Permasaalahan Sains yang mereka KAJI.
  • Dimana mereka tidak menggunakan ANDAIAN dari Persepsi Peribadi untuk mendapatkan JAWAPAN YANG TEPAT tetapi mereka menggunakan Proses-Proses ULANG-KAJI dengan melakukan semula UJIAN-UJIAN yang tidak memberikan Jawapan yang Di harapkan, walaupun mereka terpaksa melakukan nya berulang-ulang kali hingga beratus-ratus kali Ujian.
  • Tetapi, sebaik sahaja mereka mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang yang Jelas dan Khusus melalui HASIL UJI-KAJI, mereka telah mendapat Suatu Jawapan Yang TEPAT mengenai Sesuatu Permasaalahan Sains dan jawapan-jawapan tersebut bukan juga berupa Andaian sahaja tetapi HASIL daripada KEJADIAN YANG SEBENAR.
  • Atas sebab-sebab itu, Pakar-Pakar Sains sering mendapat Penjelasan-Penjelasan yang Tepat di dalam menangani sesuatu masaalah.
INI BERBEZA DENGAN PAKAR EKONOMI
  • Jawapan-Jawapan yang mereka DAPATI daripada HASIL-KAJIAN yang di lakukan terhadap sesuatu Permasaalahan Ekonomi itu selalu nya Kurang TEPAT atau jauh daripada TEPAT.
  • Ini di sebabkan Pakar-Pakar Ekonomi itu tidak akan dapat untuk MENGKAJI keseluruhan PUNCA MASAALAH EKONOMI seperti KAEDAH di dalam Sains Biologi.
  • Kerana, Masaalah Ekonomi itu merupakan Suatu GEJALA yang BUKAN di lakukan oleh seorang dua manusia sahaja atau sebuah dua negara TETAPI ia di dorong oleh TEKANAN DALAM PASARAN yang melibatkan SEMUA ORANG.
  • Dan adalah MUSTAHIL untuk seseorang Pakar Ekonomi itu untuk melakukan KAJIAN terhadap SEMUA SEKTOR dan SEKMEN Permasaalahan Ekonomi di satu tempat dan masa.
  • Ini di sebabkan sesuatu Keadaan Ekonomi itu tidak dapat di lakukan Uji-Kaji-Selidik yang berulang-ulang seperti Kaedah di dalam Sains Biologi, kerana BAHAN untuk Uji-Kaji-Selidik itu merupakan FAKTOR PASARAN yang melibatkan JUTAAN MANUSIA dan RATUSAN NEGARA.
AKIBAT NYA
  • Oleh kerana sebab-sebab itu maka sesuatu LANGKAH untuk menerbitkan Perancangan Ekonomi merupakan SUATU ANDAIAN untuk BERJAYA yang berdasarkan Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
  • Dan selalu nya, setiap Pelan Perancangan Ekonomi yang DI LANCARKAN itu akan MENEMUI Pelbagai MASAALAH SAMPINGAN yang tidak dapat DI DUGA sewaktu dalam Proses Uji-Kaji-Selidik.
  • Di sini letaknya KUASA EKONOMI yang sebenar apabila ia di Lancarkan di dalam Suasana Pasaran yang sebenar yang tidak dapat di Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
  • Jika ANDAIAN Pakar-Pakar Ekonomi itu TERSASAR JAUH daripada KUASA EKONOMI yang sebenar, maka itu akan MENGAKIBATKAN kehilangan banyak SUMBER EKONOMI seperti PEKERJAAN.
SEBAB NYA
  • Setiap PELABURAN EKONOMI itu adalah BERSAMAAN dengan TUMBUHAN BIOLOGI, jika keadaan persekitaran di mana BENIH PELABURAN itu DI TANAM tidak bersesuaian, maka Pelaburan itu tidak akan dapat TUMBUH seperti yang di harapkan.
  • Dan jika sesuatu pelaburan itu MATI sebelum Tahap MATANG, maka ia akan meninggalkan KESAN-KESAN KERUGIAN yang Amat Besar kepada Pihak Pelabur, Kerajaan, Pekerja, Rakyat dan Pasaran Pengguna, hanya Kegagalan untuk menghidupkan SATU BENIH PELABURAN sahaja.
KESIMPULAN STRATEGI EKONOMI
  • Setiap PELAN atau STRATEGI untuk menerbitkan Sesuatu Perancangan Ekonomi Negara seperti ETP - Economic Transformation Program Malaysia ADALAH terdedah kepada KEGAGALAN, Ini di dasarkan segala FAKTA dan DATA yang di terangkan seperti di atas
  • Pakar-Pakar Ekonomi Negara dan Ahli-Ahli Politik HANYA BERSEDIA untuk menghadapi SEGALA KEMUNGKINAN daripada KESAN TINDAK BALAS KUASA EKONOMI yang Sebenar apabila ianya di lancarkan.
  • Kerana itu, mereka yang terlibat di dalam PEMBANGUNAN Ekonomi Negara selalu nya menyediakan pelbagai PELAN-PELAN yang berbentuk JARING KESELAMATAN jika sesuatu Perancangan Ekonomi itu GAGAL TUMBUH dalam PASARAN Terbuka.
  • Dalam lain perkataan, Pakar-Pakar Ekonomi terpaksa juga menggunakan Kaedah "Trial And Error" seperti yang di guna-pakai di dalam Sains Kejuruteraan Mekanikal.
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, setiap orang yang berada di dalam sesebuah Negara tidak boleh mengharapkan setiap Perancangan Ekonomi Pihak Kerajaan mereka akan akan berjalan dengan Lancar tanpa Masaalah Sampingan.
  • Ini adalah keadaan SEMULA-JADI yang harus "Di Terima" oleh SEMUA ORANG dari Semua Lapisan Masyarakat.
  • Hanya PEMIMPIN-PEMIMPIN BIJAK sahaja yang dapat menyesuaikan Penggunaan Kaedah Ekonomi yang tidak BERKETENTUAN dengan Kaedah politik untuk MEWUJUDKAN JARINGAN KESELAMATAN KEWANGAN yang dapat MENYERAP dan MENGATASI Apa juga kesan-Kesan Buruk daripada KEGAGALAN PERTUMBUHAN sesuatu EKONOMI.
  • Ini memerlukan Seorang PENTADBIR KEWANGAN merangkap PENTADBIR EKONOMI yang CEKAP untuk melakukan nya.
  • Jika Tidak, sesebuah NEGARA itu akan mengalami DEFISIT KEWANGAN yang sangat BURUK seperti yang berlaku di Negara GREECE
Editor