Monday, August 15, 2011

KERAJAAN MALAYSIA: ADAKAH PENTADBIRAN NYA TERUK SANGAT

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #372


KERAJAAN MALAYSIA: ADAKAH PENTADBIRAN NYA TERUK SANGAT
DAN DI MANA HATI RAKYAT TERHADAP KERAJAAN


PERUTUSAN EDITOR
  • Sekali lagi Editor ingin mengingatkan bahawa apa juga teguran yang di lakukan kepada Kerajaan UMNO/BN yang di lakukan oleh Editor, itu bukan bermakna Editor benci atau menentang Kerajaan yang Memerintah.
  • Sebagai Pemerhati Politik dan Pengkaji Ekonomi Bebas, semua penulisan Artikel yang menyentuh secara langsung kepada Hal-Ehwal Pentadbiran Kerajaan adalah 100% dari Sudut TADBIR-URUS dari Keilmuan Pentadbiran & Pengurusan dan bukan dari Sudut Kepartian yang berpihak ke mana-mana Parti Politik.
  • Tetapi Teguran-teguran yang di kemukakan itu mungkin Amat Pedas untuk Pihak Kerajaan kerana sememang nya Pihak kerajaan itu BERUSAHA untuk melakukan yang TERBAIK dan CUBA untuk memenuhi KEPERLUAN SEMUA Golongan Rakyat.
  • Dan tanggung Jawap sebagai PEMERINTAH juga bukan suatu TUGAS YANG MUDAH kerana setiap Mata & Telinga Rakyat akan melihat & mendengar APA yang Kerajaan lakukan.
  • Tetapi APA yang di lakukan oleh Editor merupakan THIRD OPINION atau  AT-LARGE OPINION yang boleh Pihak Kerajaan lakukan Rujukan sebagai langkah untuk mengetahui Apakah kelemahan di dalam Sistem Tadbir-Urus mereka dari Sudut yang berbeza-beza.
BERBEZA DENGAN PENULISAN KEPARTIAN
  • Anggota-Anggota serta Penyokong Parti-Parti Pembangkang pula AKAN melakukan Teguran dengan pelbagai Tujuan Politik dan Kepentingan Parti masing-masing untuk mendapat kepercayaan dan sokongan Rakyat terhadap Perjuangan Parti mereka
  • Kerana Pihak Parti mereka HARUS memenangi HATI & JIWA RAKYAT sebelum mereka mendapat UNDI daripada Rakyat Umum kerana itu Jenis TEGURAN mereka akan berbeza dari Sudut Penyampaian Teguran dan Jenis Maklumat atau Topik yang di ketengahkan.
  • Begitu juga HAL nya dengan penulisan dari Anggota Parti yang memerintah sekarang, yang memiliki pelbagai kategori seperti Menyokong, Menentang dan bersikap terbuka mengenai Isu-Isu Politik & Ekonomi Semasa.
  • Dan yang PENTING NYA ialah, bagaimana Pihak Pentadbiran Kerajaan yang Memerintah untuk MENCANAI semua jenis maklumat & teguran untuk melakukan pelbagai Polisi Susulan yang menjurus kepada pembaik-pulihan dan pembetulan Sistem yang sediaada kepada Sistem yang lebih baik dan berkesan.
KERAJAAN YANG BIJAK
  • Akan mengambil-kira SEMUA TEGURAN yang di dapati dari semua KATEGORI RAKYAT dan melakukan "Brainstorming" di kalangan Anggota Kabinet yang memerintah untuk mencari "Formula Terbaik" di dalam "Sesuatu Suasana Politik"
  • Bukan dengan melakukan bantahan, tentangan atau memberi tekanan balik kepada teguran-teguran Umum terhadap Polisi-Polisi Kerajaan dan bersifat mementingkan diri sendiri.
  • Dimana melalui Sudut Keilmuan Tadbir-Urus yang berkesan, langkah yang sedemikian akan memberikan IMPLIKASI BURUK serta akan memberikan TEKANAN kepada Kerajaan.
KERANA SEBAB-SEBAB ITU
  • Sesebuah Negara sangat-sangat memerlukan seorang PEMIMPIN yang benar-benar BERWAWASAN dan bercita-cita tinggi untuk membangunkan Negara untuk Kesejahteraan semua Lapisan Rakyat dengan membelakangkan kepentingan Diri sendiri dan Parti.
  • WAWASAN 1MALAYSIA dengan Slogan  - RAKYAT DI DAHULUKAN & PENCAPAIAN DI UTAMAKAN sememang nya di dalam Wawasan Pemimpin Politik yang Unggul
  • Tetapi Slogan seperti itu memerlukan KOMITMEN YANG TINGGI dan harus di sertakan dengan POLITICAL WILL yang menjurus untuk MELAKSANAKAN setiap Perancangan TANPA PREJUDIS.
  • Dan INI LAH MASAALAH UTAMA kepada Kerajaan Malaysia di bawah Pentadbiran Najib Razak yang cukup kemas melakukan LAKARAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA tetapi kekurangan Political Will untuk melaksanakan Program-Program yang telah DI LAKAR.
PUNCA NYA
  • Pentadbiran Najib Razak memiliki Penyebaran Media yang cukup Profesional yang di ambil dari pelbagai Sumber Individu dan Agensi media yang ternama dan Penyebar Media tersebut telah melakukan apa yang perlu mereka lakukan seperti yang di rancangkan.
  • Kerana itu, semua BERITA mengenai Transformasi Ekonomi Negara di siarkan kepada Umum dan Dunia dari Sudut yang sangat Profesional dan Bersistematik.
  • Dan semua Orang, Rakyat dan Penduduk Dunia dapat melihat dan memahami APA yang ingin dan sedang di lakukan oleh Kerajaan untuk Negara.
  • Seperti yang tertera di dalam Program ETP melalui 12 NKRA Negara Malaysia, dimana jika di lihat dari Sudut Ekonomi semua LAKARAN Perancangan tersebut boleh Di Realisasikan dan boleh Menghasilkan Pertumbuhan Ekonomi yang Baik untuk jangka masa panjang.
TETAPI
  • MASAALAH di dalam Pentadbiran Najib Razak ini BUKAN berkenaan Program ETP tetapi lebih menjurus kepada Masaalah PERSONALITI beliau sendiri yang TIDAK SELARAS dengan APA yang Pihak Media Profesional TONJOLKAN.
  • Dimana Perwatakan, Sikap, Sifat, Wawasan Dato Seri Perdana Menteri ini sebenarnya BERCANGGAH dengan APA yang di War-Warkan melalui MEDIA.
  • Dimana HAL-HAL yang berkaitan dengan PERTENTANGAN VISI dengan MISI Perdana menteri telah banyak di tonjolkan oleh banyak Pihak termasuk oleh Editor TIPsNIAGA.COM sendiri.
  • Inilah yang menyebabkan Pentadbiran Kerajaan di bawah Pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini di KRITIK HEBAT oleh UMUM.
JIKA DI BERIKAN RATING
Jika Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini di berikan RATING atau KPI dalam Istilah Kerajaan Malaysia, dan berikut adalah Rating yang boleh saya berikan:- RATING adalah 1 hingga 10
  1. KEPIMPINAN PARTI = 4
  2. KEPIMPINAN KERAJAAN = 5
  3. KEPIMPINAN NEGARA = 5
  4. MENANGANI HAL EKONOMI = 4
  5. MENANGANI HAL POLITIK = 3
  6. MENANGANI HAL EHWAL LUAR = 5
  7. KEPAKARAN BERPIDATO = 8
  8. KEPAKARAN PERHUBUNGAN AWAM = 5
  9. KEPAKARAN MENDENGAR ADUAN RAKYAT = 5
  10. KEPAKARAN MENGANALISIS ADUAN = 4
KEPUTUSAN
  • UNTUK SEMUA DI ATAS PM HANYA SKOR = 5.1 Pts dan ini menjadikan PM sebagai seorang Perdana Menteri yang bertaraf Sederhana.
  • Kerana itu beliau akhir-akhir nya banyak menerima TEKANAN dan TEGURAN daripada RAKYAT UMUM dan juga daripada Anggota Dalam Parti.
INI ADALAH KESAN DARIPADA
  • KEJAYAAN Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berjaya meletakkan diri beliau sebagai NEGARAWAN Unggul dalam masa 22 tahun beliau Mentadbir-Urus Negara Malaysia 
  • Yang berkesempatan untuk meneruskan Pembangunan Negara daripada Pentadbiran Perdana Menteri yang terdahulu dan juga BIJAK untuk Mengimbangi TUNTUTAN EKONOMI dengan TUNTUTAN POLITIK.
  • Kerana itu, setiap Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir HARUS memiliki X-FACTOR yang lebih baik daripada beliau, jika tidak "Ekspektasi Rakyat" akan cepat menurun kerana Rakyat sudah melihat Apa yang Terburuk dan Apa yang Terbaik.
  • Ini lah juga yang telah di alami oleh Tun Ahmad Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-5.
CONTOH TERBAIK
  • Apabila Penonton telah menonton banyak Filem-Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan telah dapat MERASAKAN Apa yang di tonjolkan melalui Filem-Filem beliau, Penonton-Penonton yang sama tidak mudah merasa TERUJA jika menonton Filem-Filem terbaharu masa kini, walaupun di hasilkan dengan Teknologi Canggih terkini.
  • Ini adalah kerana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah berjaya melakukan YANG TERBAIK di masa beliau menghasilkan Filem-Filem tersebut dari semua Sudut Perfileman.
PELAJARAN NYA
  • Bermakna Penonton bukan menilai sesuatu Mutu Filem daripada Siapa Pengarah nya tetapi Penonton menilai sesuatu Filem itu dari KESAN yang dapat mereka RASAKAN daripada segala CERITA yang di KARYAKAN melalui Persembahan Filem.
  • Dimana KEJAYAAN seseorang PENGARAH itu akan terletak di dalam PENILAIAN KEPUASAN PENONTON.
INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA
  • KEPIMPINAN NEGARA yang di terajui oleh seorang PERDANA MENTERI harus BIJAK untuk MENANGANI segala PERMASAALAHAN RAKYAT sehingga Rakyat MERASA segala USAHA KERAJAAN di dalam mewujudkan Kehidupan yang SEMPURNA dari semua Sudut Ekonomi dan Politik.
  • KERANA jika Rakyat MERASA PUAS HATI dengan USAHA KERAJAAN maka Rakyat akan TERUS memberikan SOKONGAN PADU kepada Pemimpin Negara.
  • TETAPI jika perkara yang sebalik nya berlaku maka Rakyat akan mula menjadi RESAH dan akan wujud banyak PENENTANGAN dari pelbagai dari semua Golongan Rakyat.
  • Perkara seperti ini telah banyak berlaku dan di alami di seluruh Dunia dimana dalam PERALIHAN sesebuah Kerajaan kepada kerajaan yang lain sangat memerlukan MASA seperti yang berlaku di Negara CHINA, INDIA, JEPUN, INDONESIA, THAILAND dan FILIPINA.
Editor

No comments:

Post a Comment