Friday, August 12, 2011

PENGGABUNGAN: BUKAN SEMUA STRATEGI AKAN BERJAYA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #369


PENGGABUNGAN: BUKAN SEMUA STRATEGI AKAN BERJAYA
ATAS USUL PENGGABUNGAN PROTON DAN PERODUA


PERUTUSAN EDITOR
  • Di Malaysia tidak terkecuali untuk melakukan pelbagai Penggabungan & Pengambil-Alihan Perniagaan di antara Perniagaan di dalam Sektor yang sama
  • Seperti yang telah berlaku lebih awal ialah Penggabungan Sektor Perbankkan dimana telah banyak bank-bank yang lebih kecil telah di serap masuk ke dalam bank-bank yang lebih besar.
  • Dan yang terkini ialah percubaan untuk menggabungkan Syarikat Proton dengan Syarikat Perodua sebagai langkah untuk menjimatkan Kos-Kos Operasi yang semakin meningkat
  • Tetapi bukan semua jenis Penggabungan ini berjaya menepati Sasaran yang di Matlamatkan oleh Penggubal-Penggubal Polisi Perniagaan yang terlibat.
PENGGABUNGAN PERNIAGAAN
  • Kebanyakan Penggubal Polisi Penggabungan Perniagaan berpendapat bahawa dengan menggabungkan jenis perniagaan yang berlainan Entiti ke dalam satu Operasi Perniagaan akan dapat mengurangkan KOS.
  • Dan Langkah tersebut akan dapat mengurangkan Kos Pengeluaran dan meningkatkan Pendapatan Kasar
  • Serta akan dapat untuk menawarkan Harga Jualan yang lebih Kompetitif di dalam Pasaran yang di Kongsikan bersama.
  • Ini kedengaran sebagai Sangat Mudah untuk di lakukan dan kelihatan sebagai sangat menguntungkan TETAPI pada hakikat yang sebenar nya Strategi seperti ini Adalah Tidak Mudah untuk di lakukan di dalam Amalan Perniagaan yang SEBENAR
  • Dan jika Perancangan Penggabungan dengan Amalan Perlaksanaan tidak dapat di jalankan seiring maka Matlamat Penggabungan itu akan menjadi TERSASAR.
DALAM SEJARAH
  • Trend Perniagaan telah menunjukkan dengan jelas bahawa Dua Pertiga daripada Penggabungan Perniagaan yang di lakukan di Seluruh Dunia telah tidak dapat berjalan dengan lancar dan menemui banyak masaalah-masaalah besar.
  • Dan Kegagalan di dalam Penggabungan itu telah mendorong Nilai Pasaran Saham mereka jatuh merudum kerana kehilangan keyakinan daripada Para Pelabur.
  • Ini telah menyebabkan banyak Kes-Kes Penggabungan Perniagaan menemui Jalan Buntu dan ada yang terpaksa menutup Operasi Perniagaan di sebabkan Kerugian yang Teruk.
  • Kerana setiap Penggabungan Perniagaan akan melibatkan banyak Hal-Hal Ekonomi yang Komplek dan dalam banyak Kes, masaalah tersebut amat sukar di tangani.
NIAT YANG SALAH
  • Penggabungan Perniagaan kebanyakan nya di lihat dari Sudut Keuntungan di dalam Pasaran Saham, dimana langkah tersebut boleh melonjakkan Nilai sesuatu Saham di dalam Pasaran.
  • Kerana NIAT untuk melakukan Penggabungan itu di DASARKAN dan di TIRU dari kejayaan-kejayaan yang telah di lakukan oleh Pihak lain yang kelihatan Berjaya.
  • Tetapi banyak Pihak yang melakukan PENIRUAN itu terlepas pandang kepada Perkara-Perkara yang tersembunyi di dalam setiap Penggabungan
  • Ini merupakan suatu NIAT YANG SALAH dan kerana PENIRUAN seperti itu sangat MEMBAHAYAKAN kepada Syarikat-Syarikat yang di gabungkan dalam jangka masa panjang.
DESAKAN PENGGABUNGAN
  • Penggabungan selalu nya berpunca daripada Sikap Ke-Egoan dari segelintir CEO atau Eksekutif Penggubal Dasar Perniagaan yang di Ransang oleh Perasaan ingin menjadi Ternama di dalam Dunia Perniagaan serta mahu di kenali dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berani di lakukan oleh orang lain.
  • Langkah Penggabungan juga di sebabkan oleh Pengaruh yang di Dorong dari Pihak Perbankkan yang menawarkan Faedah Kewangan yang menarik jika sesuatu Penggabungan tersebut berjaya di lakukan
  • Dan selalu nya Pihak Perbankkan ini akan menawarkan "Bonus-Bonus Khas" kepada CEO dan Eksekutif yang terlibat di dalam sesuatu Penggabungan Perniagaan sebagai Imbuhan kerana membantu Pihak Bank. (serupa Rasuah!)
DARI SUDUT LAIN
  • Penggabungan juga di dorong daripada Perasaan Takut Ketinggalan di dalam Trend Perniagaan Global yang banyak melakukan Penggabungan Perniagaan
  • Serta perkembangan Kemajuan Teknologi yang bergerak dengan begitu pesat di dalam Landskap Ekonomi Dunia hari ini.
  • Dimana ramai yang tertarik untuk melakukan Penggabungan kerana mereka tidak memiliki "Pilihan Lain" pada masa tersebut.
  • Dan mereka melakukan Penggabungan kerana terpaksa "Bersaing" di dalam Pasaran yang sangat mencabar perniagaan mereka sendiri.
PERMASAALAHAN 
  • Penggabungan Perniagaan akan menjadi lebih Komplek apabila Pihak Pengurusan Atasan yang terlibat memiliki "Kurang Masa" untuk menangani pelbagai Permasaalahan Dalaman yang kini telah menjadi lebih Besar penguasaan Tadbir-Urusan nya.
  • Dan Pengurusan yang LEMAH akan mengakibatkan perjalanan Operasi Perniagaan yang di gabungkan menjadi lebih Sukar dan banyak Permasaalahan tidak dapat di selesaikan dengan Cepat dan tepat.
  • Perbezaan Budaya Kerja Korporat di antara Syarikat yang di gabungkan itu adalah perkara utama yang menyebabkan Kelicinan Urusan Operasi sering terganggu dan terbantut.
CONTOH
  • Sebelum sesuatu Penggabungan Perniagaan berlaku, setiap pekerja di dalam Syarikat yang terlibat telah BIASA dengan "Standard of Practice" (SOP) yang telah di tetapkan oleh Syarikat asal yang di dasarkan melalui Pengalaman mereka menghadapi sesuatu permasaalahan.
  • Tetapi Pihak Pengurusan baharu telah merombak dan menukarkan SOP tersebut tanpa melakukan penilaian yang Tepat dari Sudut Operasi yang betul dan terdahulu dan penukaran SOP itu telah menjejaskan Prestasi Pekerja-Pekerja yang terlibat serta keberkesanan nya.
  • Dan pada kebiasaan nya, Pihak Pengurusan yang baharu akan melakukan "Pembuangan Kerja" terhadap Tenaga Kerja yang tidak di perlukan atau yang tidak dapat mengikuti sesuatu perubahan.
  • Dan ini akan memberi Kesan Negatif terhadap Kelicinan Operasi Syarikat dan Produktiviti yang biasa di hasilkan.
HASIL KAJIAN PAKAR
  • Pakar-Pakar Penganalisis Penggabungan Perniagaan sering melaporkan bahawa NIAT PENGGABUNGAN lebih di TUMPUKAN kepada Aspek untuk mengurangkan Kos Operasi dengan harapan untuk melonjakkan keuntungan Syarikat.
  • Tetapi TUMPUAN tersebut telah Mengabaikan hal-hal lain yang melibatkan Keperluan Pelanggan Asas di abaikan dan menyebabkan mereka merasa "KESUSAHAN" dengan Penggabungan yang di lakukan dan akhir nya Pelanggan-Pelanggan ini akan "Lari Meninggalkan" mereka.
  • Gejala ini akan menggugat hasil Pendapatan Syarikat dan mengurangkan Keyakinan Para Pelabur dan juga akan menjejaskan Nilai Saham Syarikat yang di gabungkan.
RUMUSAN NYA
  • Tidak semua Penggabungan Perniagaan akan Berjaya atau akan Gagal kerana ini semua akan bergantung kepada Kecekapan dan Pengalaman Pihak Pengurusan untuk menangani semua Permasaalahan dengan Cepat dan Betul di dalam masa yang Tepat.
  • Juga kan berdasarkan kepada Draf-Draf Perjanjian Perundangan Penggabungan yang Munasabah dan menguntungkan kepada Kedua-Dua Buah Syarikat yang terlibat di dalam Langkah Penggabungan
  • Dan akhir sekali ialah Strategi Pihak Pengurusan untuk melakukan Intergrasi Operasi Perniagaan dengan Licin dan Efisen.
PENGGABUNGAN PROTON DAN PERODUA
  • Penggabungan Perniagaan maseh boleh di lakukan jika NIAT & MATLAMAT untuk Penggabungan itu bertujuan untuk mengembangkan Potensi Perniagaan sebagai Sebuah Perniagaan Nasional yang Berdaya Maju yang dapat memberikan MANFAAT kepada Rakyat dan Negara.
  • Tetapi jika NIAT & MATLAMAT untuk melakukan Penggabungan di antara Proton dan Perodua atas DASAR MERAIH KEUNTUNGAN sahaja, maka Penggabungan tersebut akan menemui KEGAGALAN
  • Ini di sebabkan oleh Jenis Pasaran dan Produk di antara kedua-dua Syarikat ini adalah berlainan SASARAN dan setakat ini kedua-dua Sekmen Pasaran mereka tidak pernah berlaku sebarang Pergeseran kerana masing-masing memenuhi Sekmen Keperluan Pengguna yang berlainan.
  • Dari Sudut Logik nya, Penggabungan yang di cadangkan oleh Proton terhadap Perodua adalah "Tidak Konkrit" tetapi di lihat sebagai "Gerakan Politik" untuk menyelamatkan Proton dari ambang kemusnahan di sebabkan oleh kemuruduman penjualan di peringkat Global dan Tempatan.
SEBALIK NYA
  • Pihak Proton harus MEMPERBETULKAN Produk-Produk yang di hasilkan di dalam Sekmen OTOMOBIL yang dapat Bersaing secara Aktif di Pasaran Terbuka dengan menyediakan Model-Model Kenderaan yang Bertaraf Moden, Terkini serta dapat memenuhi Cita-Rasa Pembeli yang terdedah dengan pelbagai Reka-Bentuk Terkini dan kecanggihan Teknologi dari Pembuat-Pembuat Kenderaan yang lain.
  • Dimana Syarikat Proton AMAT LEMAH dan KETINGGALAN JAUH didalam Soal ini di samping PEMASARAN & PENJUALAN YANG LEMAH di Seluruh Dunia.
  • Dan Perlantikan Jawatan Group  Director of Marketing & Branding kepada John Doody Chacko Baca Sini tidak akan memberikan Impak Perubahan yang Besar kepada Proton JIKA masaalah Model & Reka Bentuk Kenderaan Proton tidak berubah dengan Drastik.
Editor

2 comments:

  1. Memandangkan saya pernah kerja Perodua, saya beri pendapat saya pula.

    Perodua ini sebenarnya milik Toyota Motors Kabushiki Kaisha. Saham pula dimiliki majoriti Toyota Motors di Jepun dan UMW Toyota di Shah Alam. Dulu sebelum 2004 Daihatsu memiliki Perodua tetapi Toyota beli Daihatsu dan secara automatik Perodua milik Toyota.

    Toyota tak akan setuju bergabung Perodua kepada Proton kerana kepentingan Toyota dalam Perodua yang menguntungkan Toyota.

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh Toshio (Zharfan)kerana berkongsi maklumat.
    Apa yang di katakan itu cukup benar kerana itu melibatkan Untung Rugi Pihak Toyota yang juga bersaing dengan Mitsubishi Motors (MMC)
    Dimana MMC juga tidak akan selesa jika Perodua yang di miliki oleh Toyota memasuki kepentingan MMC.
    Terima kaseh sekali lagi!!!

    ReplyDelete