Saturday, August 20, 2011

KESILAPAN YANG SERING DI LAKUKAN OLEH USAHAWAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #376


KESILAPAN YANG SERING DI LAKUKAN OLEH USAHAWAN
DI DALAM PROSES PEMBANGUNAN PERNIAGAAN MEREKA


DALAM EKONOMI YANG KOMPETITIF
  • Oleh kerana Dunia Perniagaan pada hari ini terlalu Canggih dengan pelbagai Teknologi Maklumat mengenai keadaan Ekonomi Dunia Perniagaan, semakin ramai Usahawan yang terlalu berhati-hati di dalam Melakar Pelan Perancangan mereka.
  • Ini telah menyebabkan ramai di antara Para usahawan itu melakukan Kesilapan-Kesilapan di dalam menentukan sesuatu Strategi Perniagaan mereka
  • Dan Akhir nya, apa yang mereka Rancangkan itu menemui pelbagai Rintangan dan Masaalah-Masaalah lain yang tidak di jangka.
APA JENIS KESILAPAN YANG MEREKA LAKUKAN
Membuat Ramalan Jualan Yang Tidak Munasabah
  • Gagal Mengkaji Selidik kesesuaian Unjuran Jualan yang Munasabah kerana terlalu mempercayai Nasihat yang di berikan oleh Konsultan-Konsultan Perniagaan tanpa merujuk kepada Suasana di dalam Industri yang sebenar.
  • Dan bukan nya berdasarkan Input yang di dapati melalui Carian Google dengan Ranking yang tinggi mengenai sesuatu Jenis Permintaan Perniagaan
  • Atau hanya bersandarkan kepada Laporan Excel Spreadsheet yang di sediakan untuk menunjukkan Pertumbuhan Projek yang di lakarkan melalui Simulator Berkomputer yang tidak langsung di sandarkan daripada Hasil Kaji Selidik di dalam Pasaran yang sebenar.      
Mengambil Orang-Orang Yang Sama Pendapat
  • Mendapat PUJIAN memang lah baik Tetapi PUJIAN tersebut tidak mendatangkan apa-apa keuntungan KERANA yang memberi PUJIAN itu tidak langsung memberikan Input atau Idea langsung terhadap Perancangan yang ingin di lakukan.             
  • Gagal mencari PENCABAR yang Berani memberikan Idea-idea yang Bertentangan adalah Masaalah Utama Usahawan pada hari ini.         
  • Kerana PENCABAR IDEA Perniagaan selalu nya akan berfikir dan melihat sesuatu perkara itu melalui Sudut yang Berbeza dan akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Perniagaan yang di rancangkan.
  • Sebaik Perancangan harus di Kaji dan di pertimbangkan melalui sekurang-kurang nya 3 Sudut yang berbeza, kerana itu setiap Pelan Perancangan sebaik nya di lakukan secara berkumpulan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 
Terlalu Memberi Tumpuan Kepada Pesaing Perniagaan
  • Perancangan yang di lakukan Terlalu mengambil berat untuk bagaimana Merosakkan Perniagaan Para Pesaing dan bukan ingin Bersaing secara Sihat.                    
  • Seperti Strategi Pemasaran dan Penjualan Produk di tumpukan hanya kepada Kelemahan dan Kekurangan Produk Pesaing dengan harapan Para Pengguna tidak akan membeli Prosuk-Produk mereka. 
Terlalu Membuang Masa Mengenai Pandangan Negatif
  • Usahawan yang banyak berfikir mengenai Pendapat Ramai akan kehilangan Daya Bersaing kerana masih teragak-agak untuk membuat keputusan yang Tepat dan Cepat.                                             
  • Kerana mereka lupa bahawa sesuatu Produk itu di wujudkan melalui Evolusi Rekaan yang tersendiri yang akan menurut Masa, Keadaan dan Permintaan
  • Disini lah perlu nya seseorang Usahawan itu bersikap Pro-Aktif  serta perlu Cepat Menyedari sesuatu Perubahan di dalam Pasaran dan melakukan perubahan apabila di perlukan.
Mencampur-adukkan Urusan Peribadi dengan Urusan Perniagaan
  • Ramai Usahawan terlalu Rapat dengan Para Pekerja sendiri dan ada yang sampai menjalin Perhubungan dengan Pekerja Wanita atau lelaki mereka sendiri.
  • Ini akan menjejaskan Prestasi dan Tumpuan anda di dalam Tadbir-Urus Syarikat dan selalu nya akan memberikan Impak Buruk dalam jangka masa panjang.
  • Tegas nya, Usahawan tidak di galakkan untuk Menjalin Perhubungan dengan Pekerja Sendiri jika tidak ingin menemui pelbagai Masaalah di dalam Perniagaan.
Cepat Bertindak Dan Lambat Mengganti.
  • Ramai Usahawan akan Cepat Berindak untuk memberhentikan pekerja yang di bawah Tahap Kecermelangan  atau yang memiliki Masaalah Disiplin.
  • Tetapi mereka Lambat untuk mencari Pengganti kekosongan jawatan dan ini melibatkan Kelicinan Tadbir-urus di sesuatu Jabatan yang terjejas itu Merosot.                                          
  • Usahawan yang Peka terhadap Tadbir-Urus Perniagaan, tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku dan Usahawan yang Bijak akan mencari Pengganti sebelum Tindakkan Pembuangan Pekerja di lakukan.      
Terlalu Mengutamakan Syarikat dan Membelakangkan Pekerja
  • Sebuah Syarikat adalah Berpaksi kepada kekuatan sebagai SATU PASUKAN untuk mencapai segala Matlamat Syarikat melalui Kerjasama yang Padat.
  • Tetapi Ramai Usahawan lebih mementingkan Syarikat mereka dan tidak Memperdulikan Hal-Ehwal Para Pekerja.
  • Ini adalah Suatu Falsafah Perniagaan yang SALAH kerana Tanpa Para pekerja, sesebuah Syarikat itu tidak akan dapat bergerak sebagai sebuah Syarikat yang berkesan.
  • Usahawan yang memiliki Sikap yang sedemikian selalu nya tidak akan berjaya untuk bertahan lama di dalam Perniagaan mereka dan sering menemui pelbagai Masaalah dengan Para Pekerja.                               
Kesilapan Menetapkan Bajet Perbelanjaan
  • Ramai Usahawan yang tidak Cekap untuk merancang bajet Perbelanjaan Bulanan di dalam Syarikat mereka                           
  • Dimana perkara-perkara Asas Pembayaran untuk Kos Perbelanjaan Tetap tidak di Rancang dan di Sediakan dengan Tetap.
  • Ini akan menjadikan banyak Pembayaran untuk Kos-Kos Operasi seperti Gaji Pekerja, Sewa atau Ansuran Bangunan sering Terlewat.
  • Perbuatan ini Cukup Tidak Sihat untuk sesbuah Syarikat yang menggajikan Tenaga Kerja Manusia kerana Para Pekerja ni juga ingin Menyara keperluan Seisi Keluarga mereka pula.
Terlalu Mencuba melakukan Banyak Perkara Dalam Satu Masa  
  • Ramai Usahawan yang begitu tergesa-gesa di dalam melakukan sesuatu Promosi produk dengan melakukan nya secara sekali gus.
  • Ini sangat tidak baik untuk Produk dan Pengguna kerana anda menawarkan terlalu banyak Pilihan kepada Pembeli.
  • Pastikan sesuatu produk itu di lakukan Promosi nya secara berselang seli atau di dalam lain masa menurut kesesuaian Pasaran dan Permintaan.
Tersalah Mengambil Tindakkan Terhadap Sesuatu Aduan    

  • Ramai Usahawan yang menjadi Majikan sering mengambil sesuatu Keputusan yang Salah kerana  terlalu Mempercayai sesuatu Email atau Surat Layang dari Penghantar yang Tidak Di Kenali samaada dari pelanggan atau pun dari pekerja.  
  • Sebalik nya Para Usahawan ini harus Mengkaji Selidik setiap Aduan itu melalui perbincangan 4 Mata dengan Si Pengadu untuk mendapatkan Gambaran yang sebenar.
  • Kerana setiap keputusan yang di buat berdasarkan Aduan yang Samar adalah sangat Berbahaya kepada Syarikat dan Perniagaan.

RUMUSAN

  • KESILAPAN YANG BESAR yang sering di lakukan oleh Para Usahawan ialah mereka SERING GAGAL untuk Mempelajari Kesilapan-Kesilapan yang pernah di lakukan oleh Orang lain di dalam Perniagaan yang sama.
  • Ini di sebabkan mereka Kurang Membaca dan Jarang Mengikuti Perkembangan Dunia Perniagaan secara Aktif dan ini menjadikan Diri mereka itu terdedah untuk melakukan kesilapan yang telah di lakukan oleh Orang lain sebelum ini.
FIKIR-FIKIRKAN

Editor

No comments:

Post a Comment