EKSEKUTIF SWASTA BERTINDAK LEBIH BAIK SEBAGAI AHLI POLITIK
MEREKA BERBEZA DARI AHLI POLITIK TRADISIONAL
PERUTUSAN EDITOR
- Perkara ini bukan lah sesuatu yang baharu di dalam Dunia Politik dan Ekonomi sesebuah Negara dan ia banyak di bincangkan untuk mencari "Jalan keluar" untuk mencari dan memilih Calon-Calon untuk di jadikan Menteri-Menteri di dalam Negara
- Dan Ramai Pemimpin Dunia yang berpandangan jauh akan menggunakan "Kaedah" ini sebagai ALAT untuk mencari bakal-Bakal Pemimpin yang mereka kehendaki di dalam Kerajaan.
- "Kaedah" ini juga terbukti BERKESAN di dalam Negara-Negara yang bertaraf MAJU seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Singapura, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan HongKong.
- Ini di sebabkan selepas Era tahun 80an, Ekonomi Dunia telah berkembang dengan begitu PESAT dan setiap Negara yang AKTIF di dalam Ekonomi Dunia harus berjaya MENERAJUI EKONOMI NEGARA mereka secara lebih KOMPETITIF dengan pendekatan yang berkesan menurut keadaan Ekonomi yang sebenar.
- Kerana itu, Negara-Negara Maju seperti yang di sebutkan itu memerlukan Menteri-Menteri yang berlatar-belakangkan Pengalaman menerajui Perniagaan di dalam Sektor Swasta.
PERSOALAN NYA - MENGAPA
- Kemahiran Kepimpinan Perniagaan di Sektor Swasta dapat Menterjemah Tugasan dengan baik apabila bertugas di Sektor Awam.
- Kerana jika seseorang yang telah Memegang Peranan Penting dalam Perniagaan yang Besar, yang telah mereka pelajari bagaimana untuk Menggerakkan, Mendorong dan Menyelaraskan Kerja-Kerja untuk banyak orang, itu adalah Kemahiran dalam Keupayaan yang di Pelajari dimana ianya bukan perkara Semula Jadi bagi kebanyakan orang
- Yang sama penting ialah seperti Peningkatan Profesionalisma mereka di firma-firma yang lebih besar, mereka telah Mempelajari bagaimana untuk Berkomunikasi dengan lebih baik dan mereka perlu berkomunikasi dengan Meyakinkan melalui VISI dan MISI serta STRATEGI dengan SUARA mereka sendiri
- Ini adalah kerana Kemahiran Pengurusan Am akan banyak MEMBANTU mereka di dalam menjalankan apa-apa TUGASAN, walaupun untuk Kempen-Kempen Politik.
- Orang-Orang Perniagaan yang Bertanding untuk Jawatan Awam secara semulajadi mengekalkan Latar Belakang mereka yang merupakan ASET dalam membantu mereka memahami bagaimana untuk Menjalankan Sesuatu Tugasan, Mencipta Peluang Pekerjaan dan Bekerja dalam Kekangan Kewangan.
- Eksekutif dari Sektor Swasta yang bertukar ke Sektor Awam akan dapat membuat memberikan Manfaat daripada Persekitaran Ekonomi Semasa serta akan dapat Mengawal dan Mengatasi Kemarahan Pengundi dengan lebih berkesan daripada kebanyakan Ahli-Ahli Politik Tradisional.
- Ramai Eksekutif dari Sektor Swasta Berkeyakinan bahawa Mengaplikasikan Kemahiran Perniagaan ke dalam Pihak Pengurusan Awam boleh membuat kerja-kerja Kerajaan menjadi lebih baik
- Dan mereka di Dorong oleh Keinginan untuk Memberikan Sesuatu Kembali kepada Masyarakat dan mereka yang telah Terkenal di dalam Pekerjaan Korporat akan berusaha keras untuk kembali Terkenal kepada Perhatian Umum di dalam Sektor Awam pula, selalu nya mereka berjaya melakukan nya dengan Mudah.
SISTEM POLITIK
- Sistem Politik bergantung kepada Amalan menarik Anggota baru tetapi kebanyakan Pegawai Terpilih mempunyai Latar Belakang dalam Undang-Undang atau sebagai Pembantu Politik sebelum mereka mula di serapkan untuk bekerja di dalam Pejabat bertahap Rendah.
- Tetapi Eksekutif Perniagaan umum nya Merancang untuk Memendekkan Proses tersebut dengan Bertanding Terus bagi Jawatan Tertinggi di dalam Kerajaan Negeri atau Pusat.
- Semua jenis Pemimpin Perniagaan akan meletakkan Sasaran yang Agak Tinggi jika ingin menyertai Sektor Awam, kerana mereka telah biasa Memimpin dan Menguasai Pasaran
- Pada masa Tekanan Ekonomi, Pemimpin-Pemimpin Perniagaan mempunyai Kemahiran yang tersendiri untuk mengawal Perasaan Para Pengundi.
- Mereka adalah lebih baik di dalam menjalankan Institusi-Institusi Awam di bawah Prinsip-Prinsip Sektor Swasta dengan Kemahiran Memikirkan ISU-ISU FAEDAH DAN KOS dan Khususnya KOS MARGINAL.
PENJENAMAAN DALAM POLITIK
- Di dalam Dunia Politik, seseorang Individu itu adalah suatu BRAND atau JENAMA yang akan di Kaji-Selidik jenis MUTU nya oleh Para Pengundi.
- Ini adalah seperti kaedah yang di gunakan di dalam Sistem Pemasaran & penjualan MLM dimana seseorang JURUJUAL itu adalah JENAMA atau BRAND yang perlu di TONJOLKAN
- Dengan Kemahiran Kepimpinan melalui Pengalaman sebagai Eksekutif Sektor Swasta, mereka akan dapat menonjolkan diri dengan cara mereka yang tersendiri serta berbeza dengan Ahli Politik Tradisional yang lebih memainkan Kata-Kata untuk menarik Perhatian Ramai.
- Dimana mereka akan lebih mementingkan PELAN Perancangan yang Berkualiti untuk di Kongsikan bersama Rakyat dalam membaiki Keadaan Ekonomi dan berusaha untuk Meyakinkan Rakyat bahawa setiap PELAN EKONOMI yang mereka Rancangkan itu adalah BAIK untuk Rakyat dari pelbagai Sudut Ekonomi, kerana mereka MAHIR & YAKIN di dalam Bidang tersebut.
- Mereka juga kurang berminat untuk Bertikam Lidah dengan sesiapa mengenai Isu-Isu Politik yang tidak mendatangkan Faedah atau yang bersifat REMEH, kerana TUMPUAN mereka adalah untuk Mewujudkan Kesejahteraan Negara dan Rakyat melalui Kepimpinan yang benar-benar memberi Pembelaan di dalam Hal-hal Ekonomi yang menjadi Teras Kehidupan.
- Kerana itu, Eksekutif dari Swasta ini lebih berminat menonjolkan diri di dalam Kementerian yang memiliki Peranan yang berteraskan Pengurusan Ekonomi secara khusus.
- Dan Kemahiran mereka membentangkan sesuatu PELAN yang bercorak Ekonomi adalah lebih baik serta teratur di sebabkan pengalaman yang mereka raih sewaktu berada di Sektor Swasta.
KELEBIHAN NYA
- Para Eksekutif dari Sektor Swasta ini bukan sahaja baik di dalam Hal-hal Ekonomi tetapi mereka juga tergolong di dalam Golongan Pengurusan yang baik.
- Ini di sebabkan oleh Tugas dan Tanggung Jawap mereka itu DI GALAS dengan TERMA KONTRAK yang berkhidmat secara BERJANGKA.
- Ini membuatkan mereka itu lebih PEKA dan akan sentiasa BEKERJA dengan tekun untuk memastikan setiap PELAN PERANCANGAN dapat di Realisasikan dengan jaya.
- Mereka juga sudah TERBIASA dengan Bekerja di dalam Suasana yang TERTEKAN di dalam Pasaran yang KOMPETITIF untuk sentiasa berada di hadapan, kerana jika mereka GAGAL menjalankan Tugas dengan Efisen dan melakukan Kesilapan yang menyebabkan Kerugian kepada Korporat maka Jawatan mereka akan di LUCUTKAN bersesuaian dengan KONTRAK.
BERBEZA DENGAN EKSEKUTIF SEKTOR AWAM
- Mereka bekerja dalam Suasana Pekerjaan yang Ber-Birokrasi dan tidak memiliki TEKANAN untuk berprestasi seperti di Sektor Swasta, dimana Hal-hal UNTUNG-RUGI bukan menjadi Perkara Utama dan mereka tidak MERASAKAN tekanan dari Pihak Pelabur yang MENANAM Modal seperti di Sektor Swasta.
- Jangka Hayat Jawatan mereka boleh di katakan sebagai "IRON BOWL" atau "Mangkuk Besi" yang tidak begitu terjejas untuk Pemberhentian Kerja jika tidak menepati Sasaran Jabatan.
- Risiko yang mereka boleh terima adalah seperti PENURUNAN Gred Jawatan dan Perpindahan ke dalam Jabatan yang kurang penting di dalam Kerajaan.
- Di sebabkan hal-hal tersebut, golongan Eksekutif di dalam Sektor Awam ini Kurang Menyerlah di dalam MEMPAMERKAN Potensi Kepimpinan mereka yang sebenar kerana mereka memiliki "Safety Net" atau Jaring Keselamatan jika TERSILAP.
INILAH GEJALA YANG BERLAKU DALAM GLIC, GLC, KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT
- Dimana ramai di antara Para Eksekutif di ambil dari Jabatan Perkhidmatan Awam dari pelbagai Jabatan Pemerintah atau dari Anggota-Anggota Parti untuk di serapkan ke dalam GLIC dan GLC Kerajaan yang Bukan berdasarkan Merit tetapi melalui Kredit.
- Termasuk jawatan-jawatan penting seperti Jawatan Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri untuk sesebuah NEGERI dan Menteri-Menteri Kerajaan Pusat.
KERANA ITU
- Kebanyakan JABATAN di dalam KEMENTERIAN Kerajaan Negeri dan Pusat TERPAKSA mengambil KHIDMAT PAKAR-PAKAR PERUNDING untuk memberikan NASIHAT & TUNJUK AJAR kepada Eksekutif dan Menteri di dalam MERANGKA sesuatu PELAN EKONOMI untuk Jabatan dan Kementerian masing-masing.
- Jika Pemimpin-Pemimpin Negara Zaman dahulu, mereka banyak BELAJAR dari Contoh-Contoh dari Negara lain untuk mendapatkan sesuatu MODEL Pelan dan Perlaksanaan Ekonomi yang Berjaya tetapi pada Zaman ini Kerajaan lebih Gemar untuk MEMBAYAR KHIDMAT PAKAR LUAR dengan CAJ pembayaran yang cukup MAHAL.
- Gejala seperti ini banyak boleh di lihat di dalam Pentadbiran Negara Malaysia di bawah Kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan masih menjadi Amalan nya sehingga ke hari ini.
- Ini menunjukkan dengan Jelas bahawa MUTU, KEMAHIRAN, KEPAKARAN dan KEBOLEHAN seseorang Eksekutif, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang di miliki sekarang adalah berada di bawah TAHAP MUTU untuk Jawatan-Jawatan tersebut.
IMPLIKASI NYA
- Kerajaan Pusat AKAN TERPAKSA BERBELANJA LEBIH untuk membayar Khidmat Pakar-Pakar Perunding Luar.
- Dan setiap Jabatan dan Kementerian tidak dapat Berfungsi dengan Prestasi yang Baik, Efisen serta Berdikari untuk Menerajui Kefungsian masing-masing.
- Dan DANA NEGARA telah di gunakan untuk Perkara-Perkara yang Tidak Perlu serta telah meningkatkan Bajet Perbelanjaan Negara.
- Ini belum termasuk RISIKO KEGAGALAN di dalam menjalankan Usaha-Usaha yang di berikan oleh Pakar-Pakar Perunding Luar kerana yang Menerajui itu juga di dalam keadaan SAMAR-SAMAR kerana segala PELAN itu bukan datang dari Buah Fikiran mereka sendiri.
- Dan jika GAGAL, mereka boleh Menuding Jari ke arah Pakar-Pakar Perunding Luar dengan mengatakan bahawa PELAN PERANCANGAN yang mereka berikan Tidak Sesuai, Tidak Relevan atau Apa juga ALASAN yang boleh di jadikan sebagai ALASAN untuk menutup Kelemahan diri mereka.
CONTOH-CONTOH DALAM KERAJAAN PUSAT
Inilah yang berlaku di dalam banyak Kementerian yang di pecahkan dari Satu KEMENTERIAN yang Asal seperti :
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
KEDUA
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Wilayah
- Kementerian Luar bandar dan Wilayah
KETIGA
- Kementerian Pelajaran
- Kementerian Pengajian Tinggi
KEEMPAT
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
CONTOH-CONTOH DALAM GLC
- Khazanah Nasional
- Permodalan Nasional
- Malaysia Airlines
- Tenaga Nasional
- Telekom Malaysia
- Proton
GEJALA TERSEBUT TETAP TERJADI WALAUPUN WUJUD
PROGRAM GLCT - 10 INISIATIF
- White Book - 2008 : Creating Value Through Regulatory Management
- Green Book - 2006 : Enhancing Board Effectiveness
- Minda - 2006 : (Malaysian Directors Academy) Strengthening Directors Capabilities
- GLIC M&M - 2006 : Enhancing Management & Monitoring Functions
- Silver Book - 2006 : Achieving Value Through Social Responsibility
- Red Book - 2006 : Reviewing and Revamping Procurement Practice
- Purple Book - 2006 : Optimising Capital Management Practices Guideline to GLCs on improving their Capital Management
- Orange Book - 2006 : Strengthening Leadership Development
- Yellow Book - 2006 : Enhancing Operational Efficiency and Effectiveness
- Blue Book - 2005 : Intensifying Performance Management
PERSOALAN PENTING
- Walaupun Negara Malaysia di penuhi dengan pelbagai Maklumat mengenai hal-hal untuk meningkatkan Kepakaran, Kemahiran, Kebolehan untuk sesebuah Jabatan, Kementerian Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi masih lagi berada di Tahap yang sama?
- Kemana kah semua Pakar-Pakar dari Golongan Penjawat Awam yang telah di gilap untuk di jadikan PENERAJU itu berada dan berfungsi sekarang dan bagaimana Prestasi mereka?
- Dan Apakah jenis-jenis Kemajuan yang mereka telah Capai sepanjang tahun-tahun yang lalu bermula dari tahun 2005 hingga 2011?
- Jika semua nya berprestasi dengan BAIK seperti bakat yang telah di Gilap, mengapa Masaalah NASIONAL masih wujud dan semakin TENAT?
Editor
No comments:
Post a Comment