WAJIB TRADEMARK: PENIAGA PKS HARUS DAFTARKAN JENAMA PRODUK
BERBELANJA LEBIH SEDIKIT TETAPI PERNIAGAAN AKAN SELAMAT
PENIAGA KATEGORI PKS
- Maseh ramai lagi Peniaga & Usahawan yang bertaraf PKS atau Perusahaan Kecil & Sederhana yang belum Faham mengenai keperluan untuk Mendaftarkan JENAMA PRODUK mereka.
- Walaupun Pihak Kerajaan melalui KPDNKK dengan Agensi mereka iaitu myIPO Klik Sini telah menggiatkan Kempen agar semua Peniaga & Usahawan PKS ini memahami keperluan nya untuk jangka masa panjang perniagaan.
- Dan telah banyak Agensi-Agensi Pendaftaran TRADEMARK di wujudkan di seluruh Negara untuk memudahkan Para Peniaga & Usahawan melakukan Pendaftaran HARTA INTELEK.
SIAPA HARUS MENDAFTAR TRADEMARK
Peniaga PKS yang membuat Sesuatu Produk untuk kegunaan Orang Ramai seperti yang Popular ini
1...MAKANAN RINGAN / SEGERA
- Makanan Ringan/Segera seperti Krepek Ubi, Kentang, Pisang dan lain-lain
- Sos-Sos Cili / Tomato / Tiram / Buah-Buahan dan lain-lain
- Jeruk Buah-Buahan / Berempah (pickles) dan lain-lain
- Buahan-Buahan Kering yang di Proses
- Jelly atau Agar-Agar
2...MINUMAN
- Jus-Jus Buah-Buahan Tempatan
- Kordial Buah-Buahan
- Kopi, Teh biasa atau berherba
- Roti Canai
- Roti Pau
- Roti Bun
- Kek-Kek, Kueh-Mueh dan Biskut-Biskut
- Serunding, Rendang
4...PRODUK KOSMETIK & HERBA
TUNTUTAN PENDAFTARAN NYA
- Para Peniaga & Usahawan PKS tidak harus berfikiran bahawa Produk & Jenama yang mereka hasilkan itu Tidak Penting untuk di daftarkan dalam HAK CIPTA hanya kerana telah Popular di kalangan Pengguna dan Pembeli yang sediaada.
- Kerana, apabila Perusahaan anda itu ingin di luaskan Pemasaran & Penjualan nya di kawasan yang lebih LUAS, maka Produk & Jenama anda itu TERDEDAH kepada unsur-unsur PENCIPLAKAN atau DI TIRU oleh Pengusaha lain untuk MENGAUT UNTUNG SEGERA.
- Dan apabila Produk & Jenama yang anda Hasilkan itu DI CIPLAK tanpa Pendaftaran dengan Trademark, maka anda Tidak Dapat untuk melakukan Tindakkan Undang-Undang HAK-CIPTA terhadap Pengusaha seperti tersebut.
- MAKSUD YANG JELAS ialah anda Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa dan Terpaksa menanggung sahaja KERUGIAN.
- Sebaik mungkin, biar lah Pendaftaran TRADEMARK itu di lakukan apabila anda INGIN meluaskan Operasi Perniagaan dari Peringkat Operasi di Rumah kepada Peringkat Kilang.
- Langkah ini dapat MENJAMIN Produk & Jenama yang anda miliki itu DI HAK-CIPTAKAN dan MENGHALANG Pengusaha lain untuk MENIRU atau MENCIPLAK Usaha anda dengan sewenang-wenang nya.
APA KATA KPDNKK
- UNTUK KLASIFIKASI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (Sumber myIPO Sini) yang telah di bahagikan menurut KELAS masing-masing sewaktu melakukan Pendaftaran Jenama & Produk
- Pastikan anda mengikuti Arahan Pendaftaran yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang disediakan supaya Proses Kelulusan dapat di lakukan dengan sempurna.
- Kesemua Jenis Produk & Perkhidmatan yang di klasifikasikan dalam 45 KELAS ini adalah LAYAK untuk DI DAFTARKAN menurut SEKMEN masing-masing did alam Undang-Undang HARTA INTELEK.
- Dan PASTIKAN Jenis Produk & Perkhidmatan anda di dalam KELAS yang tertera di bawah ini.
KELAS 1
- Bahan kimia industri, sains dan fotografi, serta dalam pertanian, hortikultur dan perhutanan; damar buatan belum proses, plastik belum proses; baja; bahan pemadam kebakaran; persediaan pewajaan dan memateri; bahan-bahan kimia untuk memelihara barang makanan; bahan-bahan samak; pelekat industri
KELAS 2
- Cat, pengilat, lacquers; pengawet pada karat dan pada kemerosotan kayu; colorants; mordants; damar mentah semula jadi; logam-logam dalam kerajang dan serbuk dibentuk untuk tukang cat, juruhias, pencetak-pencetak dan artis-artis
KELAS 3
- Bahan Peluntur dan bahan-bahan lain untuk penggunaan cucian; pembersihan, penggilapan, mengeruk dan persediaan-persediaan pelelas; sabun; minyak wangi, minyak penting, kosmetik, losen rambut; dentifrices
KELAS 4
- Minyak perindustrian dan gris; pelincir; debu menyerap, membasahkan dan mengarang pengikatan; bahan api (termasuk semangat penggerak) dan illuminants; lilin-lilin dan sumbu-sumbu untuk pencahayaan
KELAS 5
- Persediaan-persediaan farmaseutikal dan veterinari; persediaan-persediaan bersih untuk tujuan perubatan; bahan-bahan dietetik disesuaikan oleh kegunaan perubatan, makanan untuk bayi-bayi; plaster, bahan-bahan untuk pembalut; bahan untuk menghentikan gigi, lilin gigi; bahan penyahjangkit; persediaan-persediaan untuk kutu pemupusan; fungus-fungus, racun herba
KELAS 6
- Logam-logam biasa dan pancalogam mereka; bahan binaan logam; logam bangunan mudah alih; bahan-bahan logam untuk landasan kereta api; bahan kabel bukan elektrik dan wayar-wayar logam biasa; kedai besi, benda-benda kecil perkakasan logam; paip-paip dan tiub-tiub logam; peti besi; barangan logam biasa bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; berbijih
KELAS 7
- Mesin-mesin dan alatan mesin; motor-motor dan enjin-enjin (kecuali untuk kereta-kereta tanah); gandingan mesin dan bahagian-bahagian penghantaran (kecuali untuk kereta-kereta tanah); alat-alat pertanian selain kendalian tangan; inkubator untuk telur-telur
KELAS 8
- Alat-alat tangan dan alat-alat (kendalian tangan); sudu; lengan-lengan tepi; pisau cukur
KELAS 9
- Saintifik, pelayaran, peninjauan, fotografik, sinematografi, optik, penimbang, alat ukuran, alatan isyarat, pemeriksaan (penyeliaan), keselamatan dan radas pendidikan dan peralatan; radas dan peralatan, pensuisan, alat boleh ubah, pengumpulan, pengaturan pengawalan atau bekalan elektrik; radas untuk perakaman, atau penghantaran pembiakan atau bunyi imej-imej; pembawa-pembawa data magnet, cakera rakaman; automatik menawarkan mesin-mesin dan mekanisme-mekanisme untuk radas dikendalikan duit syiling; mesin daftar tunai, mesin-mesin mengira, kelengkapan pemprosesan data dan komputer-komputer; radas pemadam kebakaran
KELAS 10
- Alatan pembedahan, pergigian dan radas veterinar dan peralatan, anggota badan tiruan, mata dan gigi; ortopedik; bahan-bahan jahitan
KELAS 11
- Radas untuk pencahayaan, pemanasan, stim menjana, memasak, menyejukkan, pengeringan, menganginkan, bekalan air dan tujuan pembersihan
KELAS 12
- Kereta; radas untuk pergerakan mudah alih melalui darat, udara atau air
KELAS 13
- Senjata Api; peluru dan luncuran; bahan letupan; bunga api
KELAS 14
- Logam berharga dan pancalogam dan barangan dalam logam berharga atau bersalut, bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; barang kemas, batu berharga; horological dan kronometrik alat-alat logam berharga dan alloys dan barangan dalam kategori logam berharga atau bersalut daripadanya, tidak termasuk dalam kelas yang lain; perhiasan, batu-batu permata; horologikal dan alatan kronometrik
KELAS 15
- Alatan muzik
KELAS 16
- Kertas, kadbod dan barangan daripada bahan-bahan ini, bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; bahan cetak; bahan penjilidan buku; gambar-gambar; alat tulis; pelekat untuk atau alat tulis bagi tujuan isi rumah; bahan-bahan artis; berus cat; mesin taip dan keperluan pejabat (kecuali perabot); pengajaran pendidikan (kecuali radas); bahan-bahan plastik untuk pembungkusan (bukan tergolong dalam golongan lain); pencetak; blok percetakan
KELAS 17
- Getah, getah perca, gam, asbestos, mika dan barangan daripada bahan-bahan ini dan bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; plastik yang memancut keluar dan dibentuk untuk penggunaan dalam pengeluaran; padatan, bahan-bahan menebat; paip fleksibel, bukan logam
KELAS 18
- Kulit dan kulit tiruan, dan barangan bahan-bahan ini dan bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; kulit binatang,; batang dan beg; payung, parasols dan tongkat; memukul, abah dan peralatan kuda
KELAS 19
- Bahan-bahan binaan (bukan logam); paip tegar bukan logam untuk bangunan; asfalt, nada dan bitumen; bangunan boleh diangkut bukan logam; monumen-monumen, bukan logam
KELAS 20
- Perabot, cermin, bingkai-bingkai gambar; barangan (bukan tergolong dalam golongan-golongan lain) kayu, penyumbat, suri, rotan, tanduk, tulang, gading, tulang paus, petala, ambar, gewang, paip tembakau dan menggantikan bagi semua bahan ini, atau plastik
- Perkakas dapur atau rumahtangga dan kontena-kontena; sikat dan span; berus (kecuali berus-berus cat); berus membuat bahan-bahan; perkara untuk tujuan pembersihan; steelwool; kaca yang belum dikerjakan atau separa dikerjakan (kecuali gelas yang digunakan membina); barang kaca, porselin dan tembikar yang bukan tergolong dalam golongan lain
KELAS 22
- Tali, Alat jala, khemah-khemah, sengkuap-sengkuap, tarpaulin, layar, guni-guni dan beg-beg (bukan tergolong dalam golongan-golongan lain); penebal dan bahan-bahan pemadat (kecuali plastik atau getah); bahan tekstil berserabut mentah
KELAS 23
- benang dan tali, untuk penggunaan tekstil
KELAS 24
- Tekstil dan barangan tekstil, bukan tergolong dalam golongan-golongan lain; katil dan penutup meja
KELAS 25
- Pakaian, kasut, hiasan kepala
KELAS 26
- Renda dan sulaman, reben-reben dan tocang; butang-butang, alat memancing dan mata kail, jarum dan pin; bunga-bunga tiruan
KELAS 27
- Permaidani, hambal, tikar, tikar getah dan bahan-bahan lain untuk perlindungan; alat penggantungan dinding (bukan tekstil)
KELAS 28
- Permainan dan peralatan permaiana, barangan gimnastik dan alatan sukan tak termasuk di dalam klassifikasi; alatan menghias pokok krismas
KELAS 29
- Daging, ikan, makanan sembelihan; hasil dari daging, daging beku, kering dan buah yang di masak dan sayur; jeli, jem, telur, susu dan hasil tenusu, minyak dan lemak yang boleh dimakan
KELAS 30
- Kopi, the, koko, gula, beras, ubi kayu, sagu, kopi buatan, tepung dan bahan berasaskan gandum, roti, kek dan manisan, ais; madu, yis, tepung penaik; garam, mustard, cuka, sos ; rempah
KELAS 31
- Pertanian, horticulture dan bahan-bahan hutan dan yang termasuk dalam mana-mana klasifikasi; haiwan bernyawa; buah segar dan sayur segar; benih, pokok dan bunga; makanan haiwan
KELAS 32
- Arak, bijiran dan air yang memabukkan dan minuman bukan arak; minuman buah-buahan dan jus buah; sirap dan bahan lain untuk membuat minuman berperisa
KELAS 33
- Minuman memabukkan selain dari arak
KELAS 34
- Tembakau, rokok dan mancis
KELAS 35
- Pengiklanan; pengurusan perniagaan; perniagaan; pengurusan pejabat
KELAS 36
- Insuran, hal ehwal kewangan; perkara-perkara kewangan; perkara-perkara hartanah
KELAS 37
- Barangan binaan, pembaikan; perkhidmatan pemasangan
KELAS 38
- Telekomunikasi
KELAS 39
- Pengangkutan; pembungkusan dan pemyimpanan barangan; aturan perjalanan
KELAS 40
- Rawatan bahan
KELAS 41
- Pelajaran. Penyediaan latihan, hiburan; aktiviti bermain dan kebudayaan
KELAS 42
- Perkhidmatan-perkhidmatan saintifik dan teknologi dan penyelidikan dan reka bentuk berkaitan; analisis perindustrian dan perkhidmatan penyelidikan; reka bentuk dan pembangunan perkakasan dan perisian komputer
KELAS 43
KELAS 44
- Perkhidmatan perubatan; perkhidmatan veterinar; kebersihan dan bahan penjagaan kecantikan manusia atau binatang; pertanian, hortikultur dan perkhidmatan perhutanan
KELAS 45
No comments:
Post a Comment