Monday, August 22, 2011

HARGA BARANG NAIK: APAKAH PUNCA-PUNCA PENYEBAB NYA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #378


HARGA BARANG NAIK: APAKAH PUNCA-PUNCA PENYEBAB NYA
BENAR KAH BUKAN SALAH PIHAK KERAJAAN


HARGA BARANG NAIK (INFLASI) BERDASARKAN MACROECONOMICS
  • Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan termasuk Perdana Menteri MENEGASKAN bahawa KENAIKAN HARGA BARANG di dalam Negara adalah BUKAN BERPUNCA dari Kerajaan dan memberitahu bahawa segala Faktor kenaikan kepada HARGA semua BARANGAN Pengguna di sebabkan oleh Masaalah GLOBAL.
  • Editor bukan ingin menunjukkan bahawa Menteri dan Perdana Menteri itu SALAH di dalam memberi KETERANGAN mengenai Masaalah EKONOMI yang sedang melanda Negara tetapi Editor ingin MERUNGKAI bagaimana sesuatu Harga Barangan itu MENINGKAT yang menyebabkan Pelbagai JENIS INFLASI di dalam Bahasa Ekonomi.
  • Walaupun di dalam Sekmen Tips Perniagaan perkara ini telah di sentuh tetapi adalah lebih baik perkara ini di lanjutkan untuk PENGETAHUAN UMUM semoga dengan itu Orang Ramai akan lebih FAHAM dari Sudut yang sebenar.
SEBAB PERTAMA
INFLASI PENOLAK KOS - Cost Push Inflation
  • Berlaku apabila sesuatu perniagaan itu bertindak-balas di dalam Kenaikan Kos Pembuatan dengan Menaikkan Harga Jualan untuk mengimbangi Kos-Kos Tambahan yang tidak dapat di serap oleh Pihak Syarikat.
  • Langkah Menaikkan Harga Jualan ini sebagai langkah untuk mengurangkan JURANG KERUGIAN yang terpaksa di tanggung dan di Lepaskan kepada Pengguna.
  • Tetapi wujud pelbagai FAKTOR mengapa sesuatu KOS PEMBUATAN itu meningkat seperti Perkara-Perkara yang berlaku seperti berikut
1a...KENAIKAN HARGA IMPORT BAHAN MENTAH
  • Kenaikan KOS Bahan-Bahan Mentah yang di Import di sebabkan oleh Kadar Inflasi di Negara-Negara yang banyak bergantung kepada Eksport KOMODITI
  • Kejatuhan Nilai Matawang Negara dalam Pertukaran Matawang Asing yang meningkatkan Kos Eksport.
1b...KENAIKAN KOS BURUH
  • Kenaikan Kos Buruh juga merupakan Faktor di dalam kenaikan Harga Barangan dalam Pasaran, dimana Kos gaji Buruh telah melebihi Tahap Produktiviti Pengeluaran Syarikat
  • Oleh kerana itu, Pihak Syarikat akan melepaskan Kenaikan Kos Buruh kepada Pengguna juga, langkah untuk melepaskan kenaikan Kos Buruh ini HANYA di lakukan JIKA KOS yang terlibat Terlalu BESAR untuk di serap oleh Pihak Syarikat
  • Tetapi di dalam kebiasaan nya Pihak Syarikat Tidak Akan berbuat demikian di dalam Keadaan Ekonomi yang masih menggalakkan.
SEBAB KEDUA
INFLASI PENARIK KOS - Demand Pull Inflation

2a...KESUSUTAN NILAI KADAR PERTUKARAN 
  • Kesan Peningkatan Harga Import dan Pengurangan Harga Eksport ke Negara Asing
  • Jika Jumlah Import itu sedikit dan Jumlah Eksport itu Tinggi maka ini akan meningkatkan "Active Duty" dan jika Ekonomi di penuhi Pekerjaan maka Harga Barangan akan sendiri nya meningkat.
2b...PENGURANGAN CUKAI LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
  • Jika Cukai Langsung di kurangkan maka Pihak Pengguna akan memiliki lebih banyak Penjimatan dan Wang dan ini akan meningkatkan Permintaan
  • Dan Pengurangan Cukai Tidak Langsung pula akan mewujudkan Pembelian dalam Jumlah yang besar di dalam produk dan Perkhidmatan Perniagaan.
  • Kedua-dua faktor ini boleh meningkatkan Agregat Permintaan dan KDNK yang lebih tinggi dan berada di luar Potensi KDNK.
2c...PERTUMBUHAN PESAT DALAM BEKALAN WANG
  • Ini akan mengakibatkan Peningkatan di dalam Pinjaman Masyarakat di dalam Kadar Faedah Bank yang Rendah
  • Ramai Pakar Ekonomi berpendapat bahawa langkah itu akan menyebabkan Kadar Inflasi meningkat di dalam Negara.
  • Dan Pihak PENGUASA Kewangan seperti BNM membenarkan BEKALAN WANG BERLEBIHAN DALAM EDARAN yang telah melebihi Tahap keperluan di dalam Penggunaan Ekonomi yang sebenar.
2d...PENINGKATAN KEYAKINAN PENGGUNA DAN KENAIKAN HARGA HARTANAH

  • Kedua-dua Faktor ini akan meningkatkan Permintaan Seisi Rumah untuk semua Barangan dan Perkhidmatan Pengguna.
APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA
  • Negara Malaysia mengalami Keadaan INFLASI yang di kenali sebagai INFLASI Model Segi Tiga, di mana ia merujuk kepada cara memeriksa INFLASI, yang berasal dari apa yang dikenali sebagai "The Curve Phillips". 
  • Dalam INFLASI Model Segi Tiga, Inflasi adalah di lihat sebagai didorong oleh 3 Jenis Inflasi yang berbeza seperti :

  1. Inflasi
  2. Inflasi Tolakan Kos
  3. Inflasi Tarikan-Permintaan
PENJELASAN NYA
Terbina dalam Inflasi
  • Salah satu daripada 3 Sudut Model Segi Tiga, Inflasi yang di sebabkan pada beberapa Faktor di masa lalu yang sama ada dengan Inflasi Kos Tolakan atau Inflasi Permintaan-Tarikan dan terus menjadi Faktor Masaalah untuk Ekonomi  hari ini. 
  • Kerana prinsip-prinsip tertentu Makroekonomi, seperti apa yang dikenali di dalam Lingkaran Harga Upah, kadar Inflasi ini tidak pernah selesai. 
  • Sebaliknya, Inflasi Terbina dan menjadi sebahagian Jangkaan Ekonomi dan dalam Model Segi Tiga, Terbina dalam Inflasi telah menjadi Asas kepada Inflasi Model Segi Tiga.
Inflasi Tolakan Kos
  • Bahagian Kedua Model Segi Tiga juga sering di sebut sebagai INFLASI KEJUTAN BEKALAN iaitu  Inflasi Tolakan Kos berlaku apabila sesuatu Kos dalam Ekonomi NAIK dan tidak boleh di gantikan dengan mudah
  • Inflasi Tolakan Kos sering berlaku apabila PEMBEKAL ASING kepada Produk atau Perkhidmatan Utama MENINGKATKAN KOS mereka dan Ekonomi PENGIMPORT terpaksa membayar HARGA yang lebih tinggi.
RUMUSAN NYA
  • Kesemua Faktor-Faktor yang menjadi PENYEBAB UTAMA di dalam Kewujudan INFLASI tersebut adalah BERKAIT-RAPAT dengan POLISI-POLISI yang di gunakan oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah di dalam PENGAWALAN EKONOMI NEGARA.
  • Yang melibatkan Hal-Hal Pengurangan dan Penarikan KADAR SUBSIDI untuk KEPERLUAN TERTENTU
  • Dan dengan KEHILANGAN SUMBER SUBSIDI maka Pihak PENGIMPORT terpaksa membayar Nilai Harga yang Lebih Tinggi dan melepaskan KOS TAMBAHAN itu kepada PENGGUNA.
  • Akhir nya Pihak Pengguna terpaksa menanggung BEBAN KENAIKAN HARGA yang sepatutnya masih dapat di kawal dengan Penggunaan SUBSIDI melalui Peruntukan Dana Negara yang DI KHUSUSKAN untuk MEMBANTU RAKYAT.
CARA UNTUK MENYELESAIKAN
  • Pihak Kerajaan harus BERBALIK kepada "The Rule of 70" (Istilah Ekonomi) untuk bagaimana menentukan sesuatu MASA Kadar Inflasi itu akan berterusan dan di KAJI dengan MASA  Pertumbuhan PELABURAN akan meningkat.
  • Dimana melalui "The Rule of 70, semua perkara yang bersangkutan dengan FAKTOR EKONOMI NEGARA seperti Tempoh Masa Inflasi, Pertumbuhan Kadar Faedah dan Kekuatan Nilai Matawang di KAJI SEMULA untuk menentukan KEPUTUSAN MUTAKHIR mendapatkan KAEDAH PEMBETULAN EKONOMI.
  • Dan Keadaan INFLASI yang di Alami oleh Malaysia masih BOLEH DI BAIK-PULIH jika Pihak Kerajaan BERBALIK kepada GARISAN PERMULAAN SEMULA dimana PUNCA masaalah itu di wujudkan.
Editor

No comments:

Post a Comment