EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY
TIDAK MENYUMBANG KEPADA PEMULIHAN EKONOMI NEGARA - PAKAR EKONOMI
PENGUMUMAN FELDA HOLDING
- PENGUMUMAN yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S SDN BHD ( Baca Sini ) dan yang mendapat LIPUTAN PENUH di MEDIA NEGARA, sebenar nya tidak membawa sebarang erti kepada Kemelesetan Ekonomi yang berlaku di dalam Negara pada masa ini.
- Ini adalah kerana Anak Syarikat FELDA GLOBAL VENTURE's yang di tubuhkan di Negara Turkey itu tidak dapat menyumbang secara besar terhadap Pendapatan Kasar Negara.
- Kerana Anak Syarikat tersebut berkongsi pula dengan sebuah Syarikat dari Dubai - Iffco Holdings Ltd dan menubuhkan pula Felda-Iffco Gida Sanayi ve Ticaret agar dapat menembusi PASARAN EROPAH.
- Pengumuman tersebut lebih kepada suatu Pengumuman yang BIASA seperti yang berlaku di dalam mana-mana jenis Syarikat Korporat di dalam PENGEMBANGAN PERNIAGAAN yang mereka lakukan
APA YANG BOLEH DI FAHAMI DARI PENGUMUMAN FELDA TERSEBUT
PERTAMA
- Itu ingin menunjukkan bahawa FELDA HOLDING yang juga menjadi Aset kepada NEGARA sentiasa menjalankan Perniagaan mereka dengan betul
- Dan dengan BERITA tersebut telah menolak Khabar Angin yang mengatakan FELDA berada di dalam SITUASI yang GENTING dari SEGI KEWANGAN.
KEDUA
- PENGUMUNAN tersebut juga di lihat sebagai LANGKAH Pihak Kerajaan untuk memberitahu RAKYAT bahawa Pengurusan FELDA sentiasa berada di LANDASAN yang TEPAT dan BETUL
- Dan ini sedikit sebanyak akan dapat membaiki PERSEPSI RAKYAT yang telah mula menurun dan Hilang Kepercayaan terhadap KEWIBAWAAN PENGURUSAN FELDA
KETIGA
- Apa yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S ini MASIH BELUM membuahkan HASIL kerana baharu di PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
- HASIL KEUNTUNGAN NYA hanya akan dapat di lihat di antara Masa 24 hingga 36 Bulan yang akan datang, selepas KOS MODAL ASAL dapat di kembalikan
- Dan di Peringkat Seawal ini, Felda Venture's Holding yang melakukan Perkongsian Perniagaan seperti yang DI LAPORKAN itu masih TIDAK BOLEH MENYUMBANG kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara.
KEEMPAT
- Syarikat INDUK FELDA iaitu FELDA HOLDING yang beroperasi di dalam Negara masih belum dapat MELEPASI pelbagai Permasaalahan Kewangan yang di lakukan di dalam BANYAK PELABURAN di dalam Negara
- Ini di sebabkan oleh TERLALU banyak PERKONGSIAN dan PENGAMBIL-ALIHAN Perniagaan yang dahulu nya di kuasai oleh Syarikat-Syarikat lain.
- TANPA SOKONGAN KERAJAAN untuk Menaikkan Kadar Cukai dan Pengurangan SUBSIDI, Perniagaan-Perniagaan FELDA di dalam Negara akan MENGALAMI BANYAK lagi KERUGIAN seperti yang terlibat dengan Pengeluaran Minyak Sawit, Gula Pasir dan Tepung Gandum
- Kerana FELDA tidak DI URUS-TADBIR sepertimana Rangkaian Perniagaan PETRONAS yang jauh lebih EFISEN daripada Pengurusan FELDA
EKONOMI NEGARA MALAYSIA
- Jika di sandarkan kepada LAPORAN Kementerian Kewangan, keadaan Ekonomi Malaysia dari SUKU TAHUN Pertama dan Kedua mengalami Pertumbuhan yang LEMBAB ( Rujuk Sini )
- Dan Semua PROGRAM yang di lakukan di dalam ETP - Economic Transformation Program yang di jalankan oleh PEMANDU di bawah Menteri Idris Jala, masih memerlukan MASA sehingga seawal Tahun 2013 untuk menampakkan HASIL PERMULAAN.
ADALAH KURANG TEPAT
- Untuk Pihak Kerajaan yang Memerintah mengumumkan bahawa keadaan EKONOMI NEGARA telah PULIH atau telah dapat DI ATASI dalam masa yang SINGKAT ini.
- Seperti yang juga di sebut Ringkas oleh Perdana Menteri di dalam UCAP DASAR beliau pada 15hb September 2011 yang lalu ( Rujuk Sini )
PENDAPAT AHLI-AHLI EKONOMI
- Secara UMUM nya Ahli-Ahli Ekonomi SERANTAU dan DUNIA berkongsi PENDAPAT yang sama bahawa keadaan EKONOMI MALAYSIA masih JAUH dari PEMULIHAN YANG SEBENAR
- Kerana Apa juga PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI yang di gerakkan MASIH BELUM membuahkan HASIL yang BERKESAN untuk Rakyat Umum.
- Dan Negara Malaysia memerlukan MASA di antara 3 hingga 5 Tahun yang akan datang untuk BENAR-BENAR PULIH dari SEMUA SUDUT EKONOMI yang MERUNCING sekarang.
- Juga di sebabkan oleh FDI - Foreign Direct Investment yang RENDAH yang di dapati dari PELABUR-PELABUR ASING dari Luar Negara
- Dan PENGGUNAAN GLC-GLC atau Anak-Anak Syarikat NEGARA bukan lah JALAN TERBAIK untuk MENYELESAIKAN Masaalah EKONOMI Negara kerana Langkah tersebut hanya MENGELUARKAN DANA NEGARA SENDIRI dan bertentangan dengan Penyelesaian Ekonomi yang menggunakan FDI.
- Sesebuah KERAJAAN hanya akan menggunakan DANA NEGARA SENDIRI apabila PELABURAN ASING - FDI amat SUKAR DI DAPATI.
- Inilah yang berlaku di dalam Negara Malaysia semenjak Ekonomi Negara mula mengalami PENURUNAN dan MENERBITKAN INFLASI.
KESAN NYATA
- KESAN-KESAN yang NYATA daripada KEGAGALAN PEMULIHAN EKONOMI NEGARA ialah terdapat di dalam KENAIKAN Harga-Harga BARANGAN PENGGUNA yang ASAS.
- Seperti KOS-KOS Pengangkutan Awam yang melibatkan Minyak Petrol, Bahan Pembakar, Tarif Letrik, Gas Memasak, Produk Asas Tani dan semua Barangan Pengguna Am yang lain-lain.
- Juga termasuk Kos-Kos kenaikan Harga Rumah, Hartanah, Kenderaan dan Pembiayaan dan Yuran-Yuran Pendidikan
- Di dalam lain Perkataan ialah KEMAMPUAN KEWANGAN RAKYAT adalah DI BAWAH MAMPU BELANJA di sebabkan PENDAPATAN YANG TERHAD dan TIDAK MENINGKAT sepertimana PENINGKATAN SUMBER & KOS EKONOMI
MENGAPA KERAJAAN BERDALIH MENGENAI EKONOMI
- Ini di sebabkan oleh Pertumbuhan Ekonomi yang tidak dapat di gerakkan PANTAS dan PENSTRATEGIAN yang kurang Tepat di dalam menyelesaikan Masaalah Ekonomi Negara
- Kerana untuk mengelakkan TUMPUAN MINDA RAKYAT tertumpu kepada Hal-Hal Ekonomi yang MERUNCING maka Kerajaan memilih untuk menggunakan STRATEGI menggunakan ISU-ISU lain sebagai BENTENG PERTAHANAN
STRATEGI PENGALIHAN TUMPUAN SEPERTI
- ISU MAT SABU dengan SEJARAH PERJUANGAN untuk MEMERDEKAKAN Malaysia yang berkaitan dengan Sejarah BUKIT KEPONG.
- ISU ANWAR IBRAHIM dengan KES LIWAT yang sedang di bicarakan di Mahkamah dan sering di jadikan BAHAN UTAMA
- ISU KOMUNISME yang di labelkan kepada Parti-Parti Pembangkang dan NGO-NGO yang banyak BERSUARA mengenai Hal-Hal Ekonomi Negara
- Dan ISU PEMANSUHAN AKTA ISA sebagai Tanggung Jawap Pemerintah untuk Mensejahterakan dan Memakmurkan Keselamatan Negara
OLEH YANG DEMIKIAN
- Sebagai RAKYAT yang mahu melihat NEGARA Di TADBIR dan DI URUS dengan CEKAP serta BERAMANAH dari KERAJAAN yang di berikan KEPERCAYAAN, tidak harus menerima dengan mudah apa juga DALIH-DALIH yang SENGAJA DI MAINKAN untuk menghindar PERHATIAN RAKYAT.
- Ini adalah kerana SETIAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH adalah Orang-Orang yang Bertanggung Jawap terhadap RAKYAT dan yang BEKERJA dengan RAKYAT dan BUKAN SEBALIK NYA.
Editor
No comments:
Post a Comment