ADAKAH TINDAKKAN TELCO WAJAR MENGENAKAN CAJ 6%
APAKAH ALASAN DARI SUDUT EKONOMI
PERUTUSAN EDITOR
- Rakyat Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan Ura-Ura atau Cadangan untuk di kenakan Caj Perkhidmatan sebanyak 6% untuk semua Perkhidmatan PREPAID Telefon di dalam Negara (Baca Sini)
- Cadangan untuk mengenakan kenaikan 6% ini kepada Pengguna Prepaid kerana Pihak TELCO yang terlibat dengan BEBAN yang mereka terpaksa Tanggung apabila CUKAI PERKHIDMATAN ini di Kuat-kuasakan oleh Kerajaan pada tahun 1998.
REAKSI UMUM
- Secara keseluruhan nya Pihak Pengguna Telefon Prepaid TIDAK BERSETUJU Cukai 6% tersebut di serap kepada Pengguna dan rata-rata mereka MEMBANTAH Cadangan tersebut. (Baca Sini)
- Termasuk bantahan-bantahan daripada pelbagai Pertubuhan dan Kesatuan Pengguna Awam dari seluruh negara.
REAKSI PEMIMPIN
- Beberapa Pemimpin Kerajaan juga telah meluahkan REAKSI mereka terhadap ISU ini dan termasuk Reaksi dari Pihak Perdana Menteri sendiri. (Baca Sini)
- Yang tidak bersetuju Cukai Perkhidmatan 6% tersebut di serapkan kepada Pengguna di dalam keadaan Ekonomi yang masih Gawat dan Tidak menentu ini.
BEBERAPA PERSOALAN UNTUK TELCO MENYUSUL
PERTAMA
- Dari tahun 1998 hingga Tahun 2011 belum berlaku di antara TELCO yang menyerap Cukai Perkhidmatan itu yang Jatuh Bankrup atau mengalami Kerugian dengan begitu teruk.
- Malah di setiap Tahun Kewangan Penyata Kewangan mereka menunjukkan KEUNTUNGAN yang begitu LUMAYAN dan melebihi Jumlah Cukai Perkhidmatan yang di serap.
KEDUA
- Dari Tahun 1998 hingga Tahun 2011 ini juga, kebanyakan TELCO yang terlibat ini BERKEMBANG MAJU dengan pelbagai Pelaburan-Pelaburan baharu di Dalam dan di Luar Negara (Baca Sini)
- Dan TELCO-TELCO ini mampu untuk mengeluarkan Berjuta-Juta Ringgit untuk melakukan pelbagai Pembaharuan Perkhidmatan tanpa menunjukkan sebarang KEMEROSOTAN Pendapatan.
KETIGA
- Dari tahun 1998 sehingga Tahun 2011, Pengguna-Pengguna Perkhidmatan PREPAID telah bertambah dengan begitu Pesat
- Dimana secara PURATA setiap Pengguna akan menggunakan sekurang-kurang nya Dua (2) Talian Prepaid dari berlainan TELCO.
- Dimana 87.5% RAKYAT MALAYSIA sahaja di anggarkan menggunakan Perkhidmatan Telefon Prepaid di seluruh Negara dengan Perbelanjaan Purata RM40.00 untuk Satu (1) Talian Prepaid.
KEEMPAT
- Secara PURATA setiap TELCO mengenakan CAJ yang masih TINGGI untuk SETIAP BLOK Panggilan yang di lakukan melalui Talian Prepaid yang paling rendah di catat ialah RM0.18 sen untuk Seminit atau RM0.09 sen untuk Blok 30 Saat.
- Dan melalui CAJ melalui BLOK panggilan ini sahaja, Pihak TELCO telah MERAIH Berjuta-juta Ringgit KEUNTUNGAN PERCUMA yang di lakukan untuk Panggilan yang KURANG dari 30 Saat.
- Ini belum termasuk Caj-Caj Tambahan yang MAHAL untuk proses-proses PENGALIHAN Kredit di antara Pemegang Talian Prepaid dengan yang lain.
PERSOALAN PERANAN KERAJAAN
- Peranan Pihak Kerajaan juga boleh di pertikaikan di dalam ISU Cadangan menyerapkan Cukai Perkhidmatan 6% ini kepada Pengguna Prepaid.
- Dimana SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di lihat amat LONGGAR dan TIDAK TEGAS di dalam menyusun serta mengawal-selia Syarat-Syarat dan Peraturan, sehingga Pihak TELCO sangat BERANI untuk melakukan KEPUTUSAN mereka sendiri TANPA bersandarkan kepada keadan EKONOMI SEMASA.
- Sedangkan PELUANG PERNIAGAAN untuk menyediakan PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON dan KOMUNIKASI yang lain adalah TANGGUNG-JAWAP MORAL Pihak Kerajaan untuk RAKYAT JELATA yang HARUS DI HORMATI oleh semua TELCO.
- Yang TIDAK SEHARUS NYA di sandarkan kepada JENIS PERNIAGAAN yang boleh DI RAIH KEUNTUNGAN BESAR seperti di PASARAN TERBUKA yang lain.
SEBAGAI KERAJAAN
- Kementerian Kewangan yang di bawah Kawal-Selia Perdana Menteri di dalam PMO, yang juga mengawal SKMM, Tidak Seharus nya membiarkan PILIHAN BERADA di dalam KUASA TELCO-TELCO
- Kerana SEMUA TELCO tersebut DI UNDANG untuk MEMBERI KHIDMAT secara SUKARELA untuk KEPENTINGAN RAKYAT dan mereka harus sedar bahawa Jenis Perniagaan seperti ini tidak boleh di jalankan secara di Pasaran Terbuka kerana melibatkan RAKYAT UMUM dan KECEKAPAN NEGARA di dalam URUSAN Telekomunikasi seperti yang di sasarkan oleh SKMM apabila SKMM mengambil-alih Peranan JTM - Jabatan Telekom Malaysia.
RUMUSAN
- Dari SUDUT EKONOMI, Cadangan untuk menyerapkan CUKAI PERKHIDMATAN 6% kepada PENGGUNA adalah TIDAK RELEVAN dengan TUJUAN TELCO-TELCO tersebut BEROPERASI
- Samaada Rancangan tersebut di Tangguhkan atau akan di Kuat-Kuasakan kemudian adalah TIDAK PERLU dan TIDAK SESUAI di dalam EKONOMI NEGARA yang CUKUP NAZAK pada ketika ini.
- TERKECUALI semua TELCO-TELCO yang terlibat seperti TM, CELCOM, MAXIS, DIGI dan U MOBILE sanggup serta berani untuk MENURUNKAN Kadar CAJ PANGGILAN yang melalui BLOK SAAT itu ke TAHAP yang LEBIH MURAH dan LEBIH RENDAH daripada RM0.09 Sen untuk 30 saat atau kepada RM0.05 Sen untuk 30 saat bagi Perkhidmatan TALIAN PREPAID.
RUJUKAN
Editor
No comments:
Post a Comment