Wednesday, September 07, 2011

HUMAN RESOURCE: PERKARA YANG BANYAK DI ABAIKAN OLEH RAMAI MAJIKAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #385


HUMAN RESOURCE: PERKARA YANG BANYAK DI ABAIKAN OLEH RAMAI MAJIKAN
KERANA TERLALU MENSASARKAN HAL-HAL KEUNTUNGAN SYARIKAT


DEFINASI FUNGSI HUMAN RESOURCE (HR)

  • Dalam ISTILAH sederhana, STRATEGI PENGURUSAN Sumber Daya Manusia Organisasi harus memaksimakan keuntungan di dalam Pelaburan MODAL INSAN dan meminimakan RISIKO Kewangan.
  • PENGURUS Sumber Daya Manusia berusaha untuk mencapai hal ini dengan Menyelaraskan Pasukan Pekerja berkemahiran, bermutu dan berkemampuan dengan Perancangan untuk masa depan sesebuah Organisasi Perniagaan.
  • Dalam memastikan tujuan-tujuan tersebut tercapai, FUNGSI Sumber Daya Manusia adalah untuk menerapkan segala SYARAT-SYARAT Organisasi Kemanusiaan sumber daya secara efektif dengan mempertimbangkan Undang-Undang Perburuhan yang di selaraskan dengan PERUNDANGAN sesebuah Negara dan Negeri serta PENGUASA Tempatan. 
FUNGSI UTAMA HR
Sumber Daya Manusia dapat menetapkan Strategi dan Mengembangkan Kebijaksanaan, Piawaian, Sistem dan Proses yang menerapkan Strategi dalam berbagai macam bidang seperti yang berikut :-
  • Mempertahankan Kesadaran dan Kepatuhan dengan Hukum atau Perundangan yang di Luluskan oleh Jabatan Buruh di dalam sesebuah Negara. 
  • Pengambilan, Pemilihan Sumber Tenaga Kerja
  • Penyimpanan Rahsia-Rahsia Peribadi  
  • Membentuk Organisasi dan Pengembangan
  • Transformasi Perniagaan dan Perubahan Pengurusan
  • Tata-Cara, Tata-Tertip dan Perilaku Pengurusan
  • Perhubungan Karyawan dan Industri 
  • Manfaat dan Faedah Kompensasi terhadap Tenaga Kerja dan Pengurusan
  • Pengembangan dan Latihan untuk Tenaga Kerja dan Pengurusan
  • Analisis Sumber Daya Manusia (tenaga kerja), Data Perjawatan dan Pengurusan 
  • Pembangunan Pelan Perancangan Motivasi untuk Semangat Bekerja
  • Dan Pelbagai lagi Perkara yang berkaitan dengan Sumber Daya Manusia
TETAPI APAKAH YANG BERLAKU
MAJIKAN atau BOS
  • Ramai yang tidak memahami KEFUNGSIAN Human Resource Management (HRM) ini dan sering meletakkan Tanggungjawap tersebut 100% kepada Pengurus HR
  • Serta terlalu memberi Kepercayaan yang Berlebihan kepada Pengurus HR untuk melakukan atau menerbitkan sesuatu Syarat & Perundangan untuk pihak Syarikat dengan tidak wujud pemantauan yang seharus nya.
  • Dan hanya mahu mengambil tahu mengenai Hal Ehwal Pekerja setelah sesuatu beban masaalah itu bertambah berat dan besar.
  • Pada masa itu langkah penyelesaian segera sukar di laksanakan kerana masaalah telah berakar-umbi dan mungkin telah melibatkan ramai pekerja.
PENGURUS HR - JABATAN HR
  • Kebanyakan Pengurus-Pengurus HR akan menyalah-gunakan segala Kepercayaan dan Amanah yang di berikan oleh Pihak Majikan kepada mereka untuk sesuatu kepentingan yang bercorak peribadi.
  • Dimana mereka akan bertindak di Luar Batasan seperti Mengurangkan, Menidakkan, Mentiadakan, Memansuhkan atau Melewatkan Hak-Hak Asasi Pekerja di bawah Budi-Bicara mereka sendiri tanpa merujuk kepada Majikan.
  • Dan ada segelintir Pegawai HR yang bertindak tidak menurut Perundangan Buruh yang di tetapkan oleh Kementerian Buruh seperti di dalam hal-Hal yang melibatkan Kebajikan Para Pekerja yang di NAFIKAN mengguna-pakai Perundangan yang di Cipta sendiri.
KESAN BURUK DARIPADA DUA KELEMAHAN TERSEBUT
MORAL PEKERJA
  • Jika kedua-dua Fenomena yang di sebutkan itu berlaku di dalam sesebuah Syarikat, maka MORAL atau SEMANGAT bekerja semua Kakitangan dan Pegawai akan terjejas teruk
  • Ini akan menjejaskan MUTU KERJA yang mereka persembahkan kepada Syarikat yang di anggap sebagai tidak MENGHARGAI PEKERJA.
PRODUKTIVITI
  • Produktiviti atau Hasil Kerja tidak dapat mencapai Tahap Maksima yang dapat di sumbangkan oleh Pekerja di bahagian masing-masing.
  • Dan Moral yang Lemah ini akan berjangkit kepada semua pekerja di dalam Syarikat jika mereka mengalami Ketidak-Adilan yang sama
MUTU PENGHASILAN
  • Jika Moral atau Semangat pekerja itu tidak berada di Tahap yang BETUL maka Mutu Daya Penghasilan juga akan mengalami KEMEROSOTAN 
  • Ini di sebabkan tidak akan wujud SIKAP untuk MEMBANTU Syarikat di dalam Menghasilkan Produk yang menurut Piawaian yang di tetapkan.
DAYA JUALAN
  • Masaalah Moral dan Semangat pekerja yang terjejas dengan Hal Ehwal Kebajikan ini pula akan mengurangkan POTENSI DAYA JUALAN SYARIKAT secara berterusan
  • Dan Pihak Syarikat akan mengalami banyak KERUGIAN jangka pendek dan panjang di sebabkan pelbagai masaalah Perkhidmatan Pelanggan dan Mutu Produk tidak menepati Piawaian Pengguna 
APA YANG PERLU MAJIKAN LAKUKAN
Setiap MAJIKAN atau BOS harus melakukan perkara-perkara yang berikut :-
PERTAMA
  • Jangan melepaskan sebarang Tanggung Jawap 100% kepada Jabatan HR dan elakkan diri dari mempercayai setiap Laporan Jabatan HR tanpa Siasatan.
  • Lakukan Pemantauan yang Berkala terhadap segala ISU-ISU Pekerja secara Persendirian yang tidak hanya bersandarkan dari laporan Jabatan HR.
KEDUA
  • Pelajari dan Fahami Perundangan BURUH di dalam Negara dengan membeli dan memiliki sendiri bahan-bahan RUJUKAN mengenai segala Perundangan Buruh
  • Memperbanyakkan INTERAKSI dengan semua Kakitangan Syarikat dan dapatkan seberapa banyak Maklum Balas secara langsung
  • Gunakan setiap maklum balas Pekerja dan laporan Jabatan HR untuk MENILAI sesuatu keadaan yang berlaku di dalam Syarikat AGAR setiap Permasaalahan dapat di cari jalan penyelesaian yang sewajar nya.
KETIGA
  • Setiap MAJIKAN harus tahu FUNGSI mereka sebagai MAJIKAN dan harus bersikap ADIL terhadap semua PEKERJA yang melibatkan SEMUA BAHAGIAN termasuk Jabatan HR yang di Amanah kan untuk menjaga Hal Ehwal Pekerja Syarikat.
  • Kerana, selain daripada MODAL, PERANCANGAN dan PERLAKSANAAN semua STRATEGI OPERASI SYARIKAT, Modal Insan yang wujud di dalam Syarikat adalah SAMA PENTING dengan hal-hal yang di sebutkan itu.
KEEMPAT
  • MAJIKAN yang BAIK ialah MAJIKAN yang dapat MEMENUHI segala KEPERLUAN KEBAJIKAN PEKERJA YANG ADIL dan SAKSAMA tanpa bersikap BERAT SEBELAH
  • Dan sentiasa MENITIK-BERATKAN Hal Ehwal Pekerja sebagai ASET PENTING kepada OPERASI Syarikat.
RUMUSAN NYA
  • Sebagai MAJIKAN yang menjalankan OPERASI PERNIAGAAN  sebenar nya bukan sahaja berniaga untuk MENCARI atau MENJANA KEUNTUNGAN sahaja TETAPI sesebuah ORGANISASI SYARIKAT yang BERTANGGUNG JAWAP terhadap PEKERJA yang tergolong sebagai MASYARAKAT.
  • Dan INI LAH Tanggung Jawap SOSIAL yang perlu di pikul oleh setiap USAHAWAN yang bergelar MAJIKAN terhadap Masyarakat nya sendiri.
  • MAJIKAN yang MELALAIKAN Tanggung Jawap SOSIAL ini adalah tergolong di dalam kategori USAHAWAN yang mementingkan hal-hal KEUNTUNGAN semata.
  • WALAUPUN seseorang yang bergelar MAJIKAN itu hanya memiliki SEORANG sahaja PEKERJA.
Editor

No comments:

Post a Comment