Thursday, September 08, 2011

MANAGEMENT BY OBJECTIVE - MBO - Part 1

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #386


MANAGEMENT BY OBJECTIVE - MBO - Part 1
ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN NYA


DEFINASI MBO Atau PENGURUSAN MELALUI TUJUAN
  • MBO adalah "Suatu Proses" dimana Pengurus Atasan dan Bawahan di dalam sesebuah Organisasi yang bersama-sama menentukan SATU TUJUAN atau WAWASAN.
  • Mendefinisikan Bidang Utama masing-masing terhadap Tanggung Jawab dalam Hal menentukan HASIL yang di harapkan dari diri individu yang terlibat dan menggunakan pelbagai Langkah sebagai Panduan untuk Menggerakkan Unit dan Menilai Sumbangan dari setiap Anggota Pengurusan
  • MBO adalah "Suatu Sistem Dinamik" yang berusaha untuk mengintegrasikan Keperluan Perusahaan untuk Mengklarifikasikan dan mencapai Keuntungan dan Tujuan Pertumbuhan 
  • Keperluan Pengurus untuk Menyumbang dan Mengembangkan dirinya sendiri adalah satu Tuntutan di dalam memberikan manfaat untuk menyelesaikan masaalah. 
KONSEP DI DALAM MBO
  • Konsep MBO berkait rapat dengan Konsep Perencanaan dimana Konsep Proses Perencanaan ini memiliki Tujuan dan di gunakan sebagai Alat atau Kaedah untuk mencapai kepada Tujuan. 
  • Pengurus Moden adalah di klasifikasikan sebagai Pengguna kepada 'Pengurusan Melalui Tujuan" (MBO) iaitu Konsep MBO yang di popular kan oleh Peter Drucker. 
  • Ini menunjukkan bahawa Tujuan tidak boleh di kenakan pada Pegawai  Bawahan tetapi harus di putuskan secara KOLEKTIF dengan Pegawai-Pegawai yang bersangkutan dengan Pihak Pengurusan. 
  • Hal ini memberikan Sokongan Popular untuk mereka untuk mencapai sesuatu Tujuan supaya menjadi mudah dan cepat.
  • Konsep MBO adalah Falsafah Pengurusan yang paling banyak di terima-pakai oleh Pihak Pengurusan Moden hari ini kerana Konsep MBO ini memberikan banyak manfaat dalam hal-hal Pengurusan.. 
PERBEZAAN KONSEP MBO vs MBC
  • Konsep MBO berbeza dari Konsep MBC - Management By Control (Pengurusan Melalui Kawalan) yang juga terbukti unggul dalam banyak hal. 
  • Menurut Teori Pengurusan Klasik, Konsep MBC lebih condong kepada hal-hal berkaitan dengan Tujuan Pengaturan, Pengarahan dan Keupayaan Pengurusan Peringkat Pertengahan dengan Pegawai-Pegawai yang lebih rendah. 
  • Yang bertentangan dengan Konsep MBO ini yang mensasarkan Tujuan Organisasi dengan tidak memberikan Perintah dan Arahan, tetapi dengan mengaturkan suatu bentuk kerjasama dan penglibatan dari semua orang. 
CIRI-CIRI DI DALAM MBO
  • Penyertaan Pegawai Bawahan dan Pegawai Atasan adalah berobjektif untuk Pembangunan Projek  dan aktiviti secara bersama. 
  • Mereka mesti bersama-sama bersetuju dan melakar tugas dan bidang yang mereka mempunyai tanggungjawab dalam pekerjaan masing-masing.
  • Bersama penetapan matlamat: MBO menekankan matlamat bersama Ketetapan Kerja yang ketara, boleh disahkan dan boleh di ukur serta Pegawai Rendah boleh berunding dengan Pegawai Atasan nya untuk menetapkan matlamat jangka pendek sendiri. 
  • Walau bagaimanapun, ia diperiksa oleh kedua-dua atasan dan bawahan bahawa Matlamat Realistik akan dapat dicapai. Secara ringkas, matlamat yang perlu diputuskan secara bersama melalui penyertaan semua.
  • Keputusan bersama mengenai kaedah MBO menumpukan perhatian khusus kepada apa yang mesti di capai (matlamat) dan bukannya bagaimana ia di laksanakan (kaedah). 
  • Atasan dan bawahan saling memikirkan kaedah yang perlu diikuti dalam pencapaian objektif dan mereka juga saling menetapkan Piawaian dan mewujudkan norma untuk menilai prestasi.
  • Membuat Cara untuk mencapai hasil maksimum adalah satu teknik yang sistematik dan rasional yang membolehkan pihak pengurusan untuk mencapai hasil yang maksimum dari sumber-sumber yang ada dengan memberi fokus pada matlamat dicapai. 
  • Ia membenarkan banyak kebebasan kepada bawahan untuk membuat keputusan kreatif sendiri dan ini mendorong orang Bawahan dan memastikan prestasi yang baik daripada mereka.
  • Sokongan daripada Pegawai Atasan apabila orang bawahan membuat usaha untuk mencapai matlamat, dan Pegawai Atasan tersebut sentiasa membantu setiap masa
  • Tindakan-tindakan yang lebih baik sebagai Seorang Pengurus dan memberikan Nasihat yang berharga dan tunjuk ajar kepada orang bawahan. 
  • Ini contoh bagaimana MBO memudahkan komunikasi yang berkesan antara bentuk dan kaedah untuk mencapai matlamat serta sasaran yang di tetapkan
Editor

No comments:

Post a Comment