Showing posts with label AKTA ISA. Show all posts
Showing posts with label AKTA ISA. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #391


EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY
TIDAK MENYUMBANG KEPADA PEMULIHAN EKONOMI NEGARA - PAKAR EKONOMI


PENGUMUMAN FELDA HOLDING
  • PENGUMUMAN yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S SDN BHD ( Baca Sini ) dan yang mendapat LIPUTAN PENUH di MEDIA NEGARA, sebenar nya tidak membawa sebarang erti kepada Kemelesetan Ekonomi yang berlaku di dalam Negara pada masa ini.
  • Ini adalah kerana Anak Syarikat FELDA GLOBAL VENTURE's yang di tubuhkan di Negara Turkey itu tidak dapat menyumbang secara besar terhadap Pendapatan Kasar Negara.
  • Kerana Anak Syarikat tersebut berkongsi pula dengan sebuah Syarikat dari Dubai - Iffco Holdings Ltd dan menubuhkan pula Felda-Iffco Gida Sanayi ve Ticaret agar dapat menembusi PASARAN EROPAH.
  • Pengumuman tersebut lebih kepada suatu Pengumuman yang BIASA seperti yang berlaku di dalam mana-mana jenis Syarikat Korporat di dalam PENGEMBANGAN PERNIAGAAN yang mereka lakukan
APA YANG BOLEH DI FAHAMI DARI PENGUMUMAN FELDA TERSEBUT
PERTAMA
  • Itu ingin menunjukkan bahawa FELDA HOLDING yang juga menjadi Aset kepada NEGARA sentiasa menjalankan Perniagaan mereka dengan betul
  • Dan dengan BERITA tersebut telah menolak Khabar Angin yang mengatakan FELDA berada di dalam SITUASI yang GENTING dari SEGI KEWANGAN.
KEDUA
  • PENGUMUNAN tersebut juga di lihat sebagai LANGKAH Pihak Kerajaan untuk memberitahu RAKYAT bahawa Pengurusan FELDA sentiasa berada di LANDASAN yang TEPAT dan BETUL
  • Dan ini sedikit sebanyak akan dapat membaiki PERSEPSI RAKYAT yang telah mula menurun dan Hilang Kepercayaan terhadap KEWIBAWAAN PENGURUSAN FELDA
KETIGA
  • Apa yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S ini MASIH BELUM membuahkan HASIL kerana baharu di PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
  • HASIL KEUNTUNGAN NYA hanya akan dapat di lihat di antara Masa 24 hingga 36 Bulan yang akan datang, selepas KOS MODAL ASAL dapat di kembalikan
  • Dan di Peringkat Seawal ini, Felda Venture's Holding yang melakukan Perkongsian Perniagaan seperti yang DI LAPORKAN itu masih TIDAK BOLEH MENYUMBANG kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara.
KEEMPAT
  • Syarikat INDUK FELDA iaitu FELDA HOLDING yang beroperasi di dalam Negara masih belum dapat MELEPASI pelbagai Permasaalahan Kewangan yang di lakukan di dalam BANYAK PELABURAN di dalam Negara
  • Ini di sebabkan oleh TERLALU banyak PERKONGSIAN dan PENGAMBIL-ALIHAN Perniagaan yang dahulu nya di kuasai oleh Syarikat-Syarikat lain.
  • TANPA SOKONGAN KERAJAAN untuk Menaikkan Kadar Cukai dan Pengurangan SUBSIDI, Perniagaan-Perniagaan FELDA di dalam Negara akan MENGALAMI BANYAK lagi KERUGIAN seperti yang terlibat dengan Pengeluaran Minyak Sawit, Gula Pasir dan Tepung Gandum
  • Kerana FELDA tidak DI URUS-TADBIR sepertimana Rangkaian Perniagaan PETRONAS yang jauh lebih EFISEN daripada Pengurusan FELDA
EKONOMI NEGARA MALAYSIA
  • Jika di sandarkan kepada LAPORAN Kementerian Kewangan, keadaan Ekonomi Malaysia dari SUKU TAHUN Pertama dan Kedua mengalami Pertumbuhan yang LEMBAB ( Rujuk Sini )
  • Dan Semua PROGRAM yang di lakukan di dalam ETP - Economic Transformation Program yang di jalankan oleh PEMANDU di bawah Menteri Idris Jala, masih memerlukan MASA sehingga seawal Tahun 2013 untuk menampakkan HASIL PERMULAAN.
ADALAH KURANG TEPAT
  • Untuk Pihak Kerajaan yang Memerintah mengumumkan bahawa keadaan EKONOMI NEGARA telah PULIH atau telah dapat DI ATASI dalam masa yang SINGKAT ini.
  • Seperti yang juga di sebut Ringkas oleh Perdana Menteri di dalam UCAP DASAR beliau pada 15hb September 2011 yang lalu ( Rujuk Sini )
PENDAPAT AHLI-AHLI EKONOMI
  • Secara UMUM nya Ahli-Ahli Ekonomi SERANTAU dan DUNIA berkongsi PENDAPAT yang sama bahawa keadaan EKONOMI MALAYSIA masih JAUH dari PEMULIHAN YANG SEBENAR
  • Kerana Apa juga PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI yang di gerakkan MASIH BELUM membuahkan HASIL yang BERKESAN untuk Rakyat Umum.
  • Dan Negara Malaysia memerlukan MASA di antara 3 hingga 5 Tahun yang akan datang untuk BENAR-BENAR PULIH dari SEMUA SUDUT EKONOMI yang MERUNCING sekarang.
  • Juga di sebabkan oleh FDI - Foreign Direct Investment yang RENDAH yang di dapati dari PELABUR-PELABUR ASING dari Luar Negara
  • Dan PENGGUNAAN GLC-GLC atau Anak-Anak Syarikat NEGARA bukan lah JALAN TERBAIK untuk MENYELESAIKAN Masaalah EKONOMI Negara kerana Langkah tersebut hanya MENGELUARKAN DANA NEGARA SENDIRI dan bertentangan dengan Penyelesaian Ekonomi yang menggunakan FDI.
  • Sesebuah KERAJAAN hanya akan menggunakan DANA NEGARA SENDIRI apabila PELABURAN ASING - FDI amat SUKAR DI DAPATI.
  • Inilah yang berlaku di dalam Negara Malaysia semenjak Ekonomi Negara mula mengalami PENURUNAN dan MENERBITKAN INFLASI.
KESAN NYATA
  • KESAN-KESAN yang NYATA daripada KEGAGALAN PEMULIHAN EKONOMI NEGARA ialah terdapat di dalam KENAIKAN Harga-Harga BARANGAN PENGGUNA yang ASAS.
  • Seperti KOS-KOS Pengangkutan Awam yang melibatkan Minyak Petrol, Bahan Pembakar, Tarif Letrik, Gas Memasak, Produk Asas Tani dan semua Barangan Pengguna Am yang lain-lain.
  • Juga termasuk Kos-Kos kenaikan Harga Rumah, Hartanah, Kenderaan dan Pembiayaan dan Yuran-Yuran Pendidikan
  • Di dalam lain Perkataan ialah KEMAMPUAN KEWANGAN RAKYAT adalah DI BAWAH MAMPU BELANJA di sebabkan PENDAPATAN YANG TERHAD dan TIDAK MENINGKAT sepertimana PENINGKATAN SUMBER & KOS EKONOMI
MENGAPA KERAJAAN BERDALIH MENGENAI EKONOMI
  • Ini di sebabkan oleh Pertumbuhan Ekonomi yang tidak dapat di gerakkan PANTAS dan PENSTRATEGIAN yang kurang Tepat di dalam menyelesaikan Masaalah Ekonomi Negara 
  • Kerana untuk mengelakkan TUMPUAN MINDA RAKYAT tertumpu kepada Hal-Hal Ekonomi yang MERUNCING maka Kerajaan memilih untuk menggunakan STRATEGI menggunakan ISU-ISU lain sebagai BENTENG PERTAHANAN
STRATEGI PENGALIHAN TUMPUAN SEPERTI
  • ISU MAT SABU dengan SEJARAH PERJUANGAN untuk MEMERDEKAKAN Malaysia yang berkaitan dengan Sejarah BUKIT KEPONG.
  • ISU ANWAR IBRAHIM dengan KES LIWAT yang sedang di bicarakan di Mahkamah dan sering di jadikan BAHAN UTAMA
  • ISU KOMUNISME yang di labelkan kepada Parti-Parti Pembangkang dan NGO-NGO yang banyak BERSUARA mengenai Hal-Hal Ekonomi Negara
  • Dan ISU PEMANSUHAN AKTA ISA sebagai Tanggung Jawap Pemerintah untuk Mensejahterakan dan Memakmurkan Keselamatan Negara
OLEH YANG DEMIKIAN
  • Sebagai RAKYAT yang mahu melihat NEGARA Di TADBIR dan DI URUS dengan CEKAP serta BERAMANAH dari KERAJAAN yang di berikan KEPERCAYAAN, tidak harus menerima dengan mudah apa juga DALIH-DALIH yang SENGAJA DI MAINKAN untuk menghindar PERHATIAN RAKYAT.
  • Ini adalah kerana SETIAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH adalah Orang-Orang yang Bertanggung Jawap terhadap RAKYAT dan yang BEKERJA dengan RAKYAT dan BUKAN SEBALIK NYA.
Editor

Sunday, September 18, 2011

AKTA ISA: MALAYSIA AKAN KEHILANGAN SISTEM DEMOKRASI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #390


AKTA ISA: MALAYSIA AKAN KEHILANGAN SISTEM DEMOKRASI
DAN MENUJU KEPADA SISTEM DEMOKRASI KOMUNIS
PERUTUSAN EDITOR
  • Melalui Post #389 Editor telah mengulas serba sedikit mengenai Pemansuhan Akta ISA dan cadangan Kerajaan Malaysia untuk mengenalkan Akta Keselamatan Dalam Negara yang baharu sebagai langkah untuk menggantikan ISA.
  • Dimana Menteri di Kementerian Dalam Negeri yang bertanggung jawap di dalam Keselamatan dan Perundangan Negara telah menyatakan bahawa mereka sedang melakukan Kajian untuk menggunakan Patriot Act Amerika Syarikat dan di United Kingdom.
  • Ini adalah Petanda cukup jelas bahawa Pemansuhan Akta ISA bukan di hapuskan begitu sahaja tetapi Akta tersebut akan DI GANTIKAN dengan AKTA yang lebih KUKUH daripada yang sebelum nya.
HAK BERSUARA DI DALAM SISTEM DEMOKRASI 
  • Di dalam SISTEM DEMOKRASI yang ASAL, setiap Warga Negara memiliki HAK untuk BERSUARA terhadap APA juga yang berkaitan dengan POLISI-POLISI yang di guna-pakai oleh Kerajaan yang Memerintah secara TERBUKA.
  • Dimana melalui Sistem Demokrasi. jika BERSUARA bukan bermakna yang Bersuara itu MUSUH NEGARA atau PENENTANG KERAJAAN tetapi mereka MEMILIKI PENDAPAT YANG BERBEZA dan Tidak SEALIRAN dengan Pendapat Pihak Kerajaan.
  • Dan Setiap Individu BERHAK untuk MENUBUHKAN Apa sahaja Persatuan, Pertubuhan dan Parti-Parti Politik TANPA SEKATAN dan PERATURAN yang KETAT
  • Juga Rakyat boleh BERSUARA melalui APA juga Alat dan Media untuk menyampaikan PERBEZAAN PENDAPAT mereka secara DEMOKRASI.
AKTA ISA YANG DI MANSUHKAN ( Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 )
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggeris nya, Internal Security Act) merupakan Undang-Undang Tahanan Pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. 
  • Sesiapa pun boleh di tahan oleh Polis selama 60 hari berturut-turut Tanpa Perbicaraan untuk tindak-tanduk yang di jangkakan Mengancam Keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya. 
  • Selepas 60 hari, seseorang Tahanan itu boleh di tahan lagi selama Tempoh Dua Tahun jika di luluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan Penahanan Terus Tanpa Perbicaraan. 
  • Pada tahun 1989, KEBOLEHAN mahkamah untuk Menyiasat Kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah di hapuskan dengan beberapa Pindaan kepada Akta ini. 
  • Pada masa kini, Mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara Teknikal sahaja berkenaan sebarang PENAHANAN di bawah ISA.
  • Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini di kuat-kuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli Kesatuan Sekerja, Pemimpin Pelajar, Aktivis Hak Buruh, Aktivis Politik, Golongan Agama, Ahli Akademik dan Aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah di tahan di bawah ISA. 
  • Ramai Aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad dan ISA di gunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan HAK Asasi Manusia.
  • Dikenali sebagai "Keganasan Putih" (white terror), ia amat di TAKUTI dan di BENCI, meskipun menjadi satu ALAT Mudah untuk Negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. 
  • Akta ini merupakan satu Alatan yang di kekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. ( Rujukan )
PEMANSUHAN AKTA YANG TERLIBAT
  1. Akta Buang Negeri 1956 di MANSUH, Akta Kediaman Terhad 1933 ( Rujukan )
  2. Kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 ambil kira Perkara 10 Perlembagaan mengenai Hak Berhimpun
  3. Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan Penghapusan Pembaharuan Tahunan, sebalik nya di gantikan dengan Pengeluaran Lesen Tahunan sehingga di batalkan.
  4. Dan Dua Undang-Undang baru di Gubal untuk Cegah Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang serta Jenayah bagi Pelihara Keamanan, Kesejahteraan, serta Kerukunan Hidup Rakyat dan Negara
APA YANG BOLEH DI FAHAMI
  • Di dalam banyak Perkara yang terkandung di dalam AKTA ISA 1960 ini, Pihak Kerajaan hanya BERMINAT terhadap Tiga (3) Akta seperti yang tertera di atas ini.
HURAIAN NYA
Akta Buang Negeri 1956 di MANSUH, Akta Kediaman Terhad 1933
  • Akta ini di mansuhkan kerana tidak memberikan IMPAK yang berkesan untuk Membendung atau Mengekang KEGIATAN seseorang PESALAH POLITIK dan PESALAH JENAYAH
  • Kerana mereka masih boleh bergiat AKTIF di Daerah-Daerah yang baharu tanpa perlu menjalani Hukuman di dalam PENJARA.
  • Dan kewujudan mereka secara bebas di dalam negara mendatangkan Kesan-Kesan Negatif yang TERUTAMA nya jika mereka itu adalah PESALAH POLITIK.
Kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 ambil kira Perkara 10 Perlembagaan mengenai Hak Berhimpun
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan : ( Rujukan )
  • Mana-mana pihak yang hendak mengadakan Perhimpunan atau Ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada Pegawai Polis Daerah yang berkenaan.
  • Sebelum mengadakan Perhimpunan sama ada di dalam Premis atau di luar Premis, kebenaran Polis hendaklah di perolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  • OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  • Kelulusan Permohonan Permit juga tertakluk kepada Budi-Bicara Polis dan Perhimpunan Biasa di dalam bangunan kebiasaanya di benarkan
PENJELASAN NYA
  • Kerajaan mengalami Masaalah untuk bertindak lebih TEGAS terhadap PERHIMPUAN yang di adakan secara besar-besaran seperti BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0
  • Dimana melalui Akta ini, Kuasa Pihak Polis masih boleh di pertikaikan oleh Pemohon jika Kuasa Penentu KELULUSAN itu Berbaur Politik.
  • Dan Pesalah yang di tangkap melalui Perhimpunan seperti ini agak ringan dan mampu di atasi oleh Pesalah samaada untuk Tempuh Tahanan atau pun DENDA yang di kenakan.
Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan Penghapusan Pembaharuan Tahunan, sebalik nya di gantikan dengan Pengeluaran Lesen Tahunan sehingga di batalkan.
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah suatu Akta Malaysia bagi menggubal Undang-Undang mengenai penggunaan Percetakan, Penerbitan dan Agihan Penerbitan. 
  • Akta ini memansuhkan Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Di import 1958. (Baca Akta Di Sini)
PENJELASAN NYA
  • Akta ini tidak dapat memberikan Pihak Kerajaan Hak Mutlak untuk Menghalang PENYEBARAN HAK BERSUARA RAKYAT melalui Media-Media ALTERNATIF seperti di Twitter, Facebook, Blog-Blog Peribadi kerana Akta ini tidak meliputi kegiatan ini secara langsung.
  • Kerana itu Akta ini di mansuhkan dan akan di Gubal semua di dalam Akta yang baharu yang akan meliputi kegiatan yang di sebutkan secara terperinci
  • Dan akan memberi Kuasa kepada Pihak Polis dan SKMM untuk mengenakan Tindakkan yang sewajar nya jika seseorang itu di dapati menentang Kerajaan dengan Penyebaran melalui laman-laman Sosial dan Peribadi tersebut.
KEMANA TUJUAN DAN MATLAMAT KERAJAAN SEKARANG
  • Melalui Fakta-Fakta dari KELEMAHAN Akta ISA yang sediaada ini dan KESUKARAN Pihak Penguat-Kuasa Undang-Undang seperti Pihak Polis dan Peguam Negara untuk menentukan Pendakwaan yang sewajar nya SERTA DESAKAN Pihak PEMBANGKANG agar Akta ISA ini di hapuskan, maka adalah MASA yang PALING TEPAT untuk MENGGUBAL SEMULA SEMUA Akta Keselamatan Negara
  • Melalui PENGGUBALAN SEMULA Undang-Undang tersebut, di masa hadapan Pihak Kerajaan akan MEMILIKI Perundangan yang Cukup Selesa untuk MENANGANI Perkara-Perkara Seperti yang telah di sebutkan di atas.
  • Dan boleh di jangkakan bahawa Akta yang baharu tidak akan MEMBERI RUANG terhadap KEBEBASAN BERSUARA melalui pelbagai Media dan Perhimpunan Ramai.
  • Juga TUDUHAN-TUDUHAN terhadap Kerajaan yang Memerintah di dalam Fakta dan Data Penyelewengan dan Salah-Laku tidak akan tersebar luas seperti sekarang ini kerana Akta baharu akan MENGEKANG segala Corak Penyebaran seperti itu.
DEMOKRASI ALA SISTEM KOMUNIS
  • Segala PERUBAHAN di dalam AKTA KESELAMATAN DALAM NEGARA yang bercorakkan AMERIKA atau UNITED KINGDOM yang TERKINI seperti PATRIOT ACT adalah bersandarkan serta berinspirasikan SISTEM KOMUNIS yang ASAL.
  • Yang di ceduk oleh Pihak Amerika Syarikat dan Britain untuk di gunakan sebagai Akta Pencegahan untuk menangani Keganasan dari Sudut POLITIK di dalam dan luar Negara mereka.
  • Dimana melalui SISTEM KOMUNIS yang Asal, HAK KEBEBASAN BERSUARA untuk Rakyat Umum adalah DI BATASKAN serta TERBATAS.
IMPAK KEPADA SUMBER MODAL INSAN
  • Jika Perundangan Negara seperti AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI ini di PERTINGKATKAN, maka kita akan dapat melihat Sumber Modal Insan daripada cerdik pandai yang sedang dan masih lagi MENUNTUT tidak dapat di kembangkan menurut POTENSI BAKAT yang sebenar.
  • Untuk Jangka Masa panjang, Negara akan menghadapi KETANDUSAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAPIS yang dapat menggantikan PENERAJU NEGARA secara berterusan
  • Dan Langkah tersebut akan MEMAKSA lebih ramai PELAJAR untuk BELAJAR di Luar Negara dan Tidak akan KEMBALI ke Malaysia di sebabkan Perundangan untuk Bersuara yang KETAT
  • Dengan Perlaksanaan Perundangan yang baharu itu kelak, dapat di jangkakan bahawa Tahanan-Tahanan yang bercorak Politik akan BERTAMBAH dan Pembangungan PENJARA akan di perhebatkan untuk menampung KENAIKAN PESALAH.
  • Ini juga akan MENDORONG lebih banyak TENTANGAN daripada Rakyat Umum serta akan lebih banyak PERHIMPUNAN yang DI SIFATKAN HARAM akan terus berlaku
Editor