Showing posts with label EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #391


EKONOMI MALAYSIA Vs FELDA VENTURE'S DI TURKEY
TIDAK MENYUMBANG KEPADA PEMULIHAN EKONOMI NEGARA - PAKAR EKONOMI


PENGUMUMAN FELDA HOLDING
  • PENGUMUMAN yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S SDN BHD ( Baca Sini ) dan yang mendapat LIPUTAN PENUH di MEDIA NEGARA, sebenar nya tidak membawa sebarang erti kepada Kemelesetan Ekonomi yang berlaku di dalam Negara pada masa ini.
  • Ini adalah kerana Anak Syarikat FELDA GLOBAL VENTURE's yang di tubuhkan di Negara Turkey itu tidak dapat menyumbang secara besar terhadap Pendapatan Kasar Negara.
  • Kerana Anak Syarikat tersebut berkongsi pula dengan sebuah Syarikat dari Dubai - Iffco Holdings Ltd dan menubuhkan pula Felda-Iffco Gida Sanayi ve Ticaret agar dapat menembusi PASARAN EROPAH.
  • Pengumuman tersebut lebih kepada suatu Pengumuman yang BIASA seperti yang berlaku di dalam mana-mana jenis Syarikat Korporat di dalam PENGEMBANGAN PERNIAGAAN yang mereka lakukan
APA YANG BOLEH DI FAHAMI DARI PENGUMUMAN FELDA TERSEBUT
PERTAMA
  • Itu ingin menunjukkan bahawa FELDA HOLDING yang juga menjadi Aset kepada NEGARA sentiasa menjalankan Perniagaan mereka dengan betul
  • Dan dengan BERITA tersebut telah menolak Khabar Angin yang mengatakan FELDA berada di dalam SITUASI yang GENTING dari SEGI KEWANGAN.
KEDUA
  • PENGUMUNAN tersebut juga di lihat sebagai LANGKAH Pihak Kerajaan untuk memberitahu RAKYAT bahawa Pengurusan FELDA sentiasa berada di LANDASAN yang TEPAT dan BETUL
  • Dan ini sedikit sebanyak akan dapat membaiki PERSEPSI RAKYAT yang telah mula menurun dan Hilang Kepercayaan terhadap KEWIBAWAAN PENGURUSAN FELDA
KETIGA
  • Apa yang di lakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURE'S ini MASIH BELUM membuahkan HASIL kerana baharu di PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
  • HASIL KEUNTUNGAN NYA hanya akan dapat di lihat di antara Masa 24 hingga 36 Bulan yang akan datang, selepas KOS MODAL ASAL dapat di kembalikan
  • Dan di Peringkat Seawal ini, Felda Venture's Holding yang melakukan Perkongsian Perniagaan seperti yang DI LAPORKAN itu masih TIDAK BOLEH MENYUMBANG kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara.
KEEMPAT
  • Syarikat INDUK FELDA iaitu FELDA HOLDING yang beroperasi di dalam Negara masih belum dapat MELEPASI pelbagai Permasaalahan Kewangan yang di lakukan di dalam BANYAK PELABURAN di dalam Negara
  • Ini di sebabkan oleh TERLALU banyak PERKONGSIAN dan PENGAMBIL-ALIHAN Perniagaan yang dahulu nya di kuasai oleh Syarikat-Syarikat lain.
  • TANPA SOKONGAN KERAJAAN untuk Menaikkan Kadar Cukai dan Pengurangan SUBSIDI, Perniagaan-Perniagaan FELDA di dalam Negara akan MENGALAMI BANYAK lagi KERUGIAN seperti yang terlibat dengan Pengeluaran Minyak Sawit, Gula Pasir dan Tepung Gandum
  • Kerana FELDA tidak DI URUS-TADBIR sepertimana Rangkaian Perniagaan PETRONAS yang jauh lebih EFISEN daripada Pengurusan FELDA
EKONOMI NEGARA MALAYSIA
  • Jika di sandarkan kepada LAPORAN Kementerian Kewangan, keadaan Ekonomi Malaysia dari SUKU TAHUN Pertama dan Kedua mengalami Pertumbuhan yang LEMBAB ( Rujuk Sini )
  • Dan Semua PROGRAM yang di lakukan di dalam ETP - Economic Transformation Program yang di jalankan oleh PEMANDU di bawah Menteri Idris Jala, masih memerlukan MASA sehingga seawal Tahun 2013 untuk menampakkan HASIL PERMULAAN.
ADALAH KURANG TEPAT
  • Untuk Pihak Kerajaan yang Memerintah mengumumkan bahawa keadaan EKONOMI NEGARA telah PULIH atau telah dapat DI ATASI dalam masa yang SINGKAT ini.
  • Seperti yang juga di sebut Ringkas oleh Perdana Menteri di dalam UCAP DASAR beliau pada 15hb September 2011 yang lalu ( Rujuk Sini )
PENDAPAT AHLI-AHLI EKONOMI
  • Secara UMUM nya Ahli-Ahli Ekonomi SERANTAU dan DUNIA berkongsi PENDAPAT yang sama bahawa keadaan EKONOMI MALAYSIA masih JAUH dari PEMULIHAN YANG SEBENAR
  • Kerana Apa juga PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI yang di gerakkan MASIH BELUM membuahkan HASIL yang BERKESAN untuk Rakyat Umum.
  • Dan Negara Malaysia memerlukan MASA di antara 3 hingga 5 Tahun yang akan datang untuk BENAR-BENAR PULIH dari SEMUA SUDUT EKONOMI yang MERUNCING sekarang.
  • Juga di sebabkan oleh FDI - Foreign Direct Investment yang RENDAH yang di dapati dari PELABUR-PELABUR ASING dari Luar Negara
  • Dan PENGGUNAAN GLC-GLC atau Anak-Anak Syarikat NEGARA bukan lah JALAN TERBAIK untuk MENYELESAIKAN Masaalah EKONOMI Negara kerana Langkah tersebut hanya MENGELUARKAN DANA NEGARA SENDIRI dan bertentangan dengan Penyelesaian Ekonomi yang menggunakan FDI.
  • Sesebuah KERAJAAN hanya akan menggunakan DANA NEGARA SENDIRI apabila PELABURAN ASING - FDI amat SUKAR DI DAPATI.
  • Inilah yang berlaku di dalam Negara Malaysia semenjak Ekonomi Negara mula mengalami PENURUNAN dan MENERBITKAN INFLASI.
KESAN NYATA
  • KESAN-KESAN yang NYATA daripada KEGAGALAN PEMULIHAN EKONOMI NEGARA ialah terdapat di dalam KENAIKAN Harga-Harga BARANGAN PENGGUNA yang ASAS.
  • Seperti KOS-KOS Pengangkutan Awam yang melibatkan Minyak Petrol, Bahan Pembakar, Tarif Letrik, Gas Memasak, Produk Asas Tani dan semua Barangan Pengguna Am yang lain-lain.
  • Juga termasuk Kos-Kos kenaikan Harga Rumah, Hartanah, Kenderaan dan Pembiayaan dan Yuran-Yuran Pendidikan
  • Di dalam lain Perkataan ialah KEMAMPUAN KEWANGAN RAKYAT adalah DI BAWAH MAMPU BELANJA di sebabkan PENDAPATAN YANG TERHAD dan TIDAK MENINGKAT sepertimana PENINGKATAN SUMBER & KOS EKONOMI
MENGAPA KERAJAAN BERDALIH MENGENAI EKONOMI
  • Ini di sebabkan oleh Pertumbuhan Ekonomi yang tidak dapat di gerakkan PANTAS dan PENSTRATEGIAN yang kurang Tepat di dalam menyelesaikan Masaalah Ekonomi Negara 
  • Kerana untuk mengelakkan TUMPUAN MINDA RAKYAT tertumpu kepada Hal-Hal Ekonomi yang MERUNCING maka Kerajaan memilih untuk menggunakan STRATEGI menggunakan ISU-ISU lain sebagai BENTENG PERTAHANAN
STRATEGI PENGALIHAN TUMPUAN SEPERTI
  • ISU MAT SABU dengan SEJARAH PERJUANGAN untuk MEMERDEKAKAN Malaysia yang berkaitan dengan Sejarah BUKIT KEPONG.
  • ISU ANWAR IBRAHIM dengan KES LIWAT yang sedang di bicarakan di Mahkamah dan sering di jadikan BAHAN UTAMA
  • ISU KOMUNISME yang di labelkan kepada Parti-Parti Pembangkang dan NGO-NGO yang banyak BERSUARA mengenai Hal-Hal Ekonomi Negara
  • Dan ISU PEMANSUHAN AKTA ISA sebagai Tanggung Jawap Pemerintah untuk Mensejahterakan dan Memakmurkan Keselamatan Negara
OLEH YANG DEMIKIAN
  • Sebagai RAKYAT yang mahu melihat NEGARA Di TADBIR dan DI URUS dengan CEKAP serta BERAMANAH dari KERAJAAN yang di berikan KEPERCAYAAN, tidak harus menerima dengan mudah apa juga DALIH-DALIH yang SENGAJA DI MAINKAN untuk menghindar PERHATIAN RAKYAT.
  • Ini adalah kerana SETIAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH adalah Orang-Orang yang Bertanggung Jawap terhadap RAKYAT dan yang BEKERJA dengan RAKYAT dan BUKAN SEBALIK NYA.
Editor