Friday, September 16, 2011

PEMANSUHAN ISA BUKAN BERITA BAIK TETAPI BERITA BURUK

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #389


PEMANSUHAN ISA BUKAN BERITA BAIK TETAPI BERITA BURUK
KERANA AKAN DI GANTI DENGAN PATRIOT ACT ALA AMERIKA


PENGUMUNAN MEMANSUHKAN ISA
  • Sempena HARI PENUBUHAN MALAYSIA Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa AKTA ISA di mansuhkan seperti yang terakam di dalam Teks Ucapan ini Baca Sini
  • Dan rata-rata Rakyat Malaysia dan Pejuang-Pejuang ANTI ISA sangat merasa gembira dengan pengumuman tersebut dan merasakan bahawa perjuangan mereka telah membuahkan hasil.
  • Akan tetapi, apa yang di gembirakan dari pengumuman tersebut sebenar nya bukan BERITA yang Paling Baik untuk semua TETAPI merupakan suatu BERITA BURUK
APAKAH SEBAB DI KATAKAN BERITA BURUK
  • Selepas Perdana Menteri mengumumkan BERITA Pemansuhan ISA di dalam Ucapan HARI PENUBUHAN MALAYSIA tersebut, Menteri Dalam Negeri (MDN) telah mengumumkan bahawa ISA akan DI GANTI dengan suatu AKTA lain yang akan MENYAMAI "PATRIOT ACT" yang di guna-pakai oleh Pihak Amerika Baca Laporan Ini
  • Pengesahan yang di lakukan oleh MDN menggambarkan dengan jelas bahawa Pemansuhan ISA itu Relevan dan tidak di sukai oleh UMUM dan OUTDATED kerana menggunakan Akta yang di Gubal oleh BRITISH.
  • Dan Pengumunan yang di lakukan oleh Perdana Menteri itu pula memberi MAKSUD bahawa sudah sampai masa nya AKTA ISA itu DI PERBAHARUI dan DI LUASKAN SKOP PERUNDANGAN NYA supaya Kementerian Dalam Negeri dan semua Agensi Keselamatan Dalam Negara akan memperolehi Lebih Banyak Kuasa dari yang sebelum nya. 
  • Maksud Ucapan Perdana Menteri itu dapat di fahami melalui PENJELASAN yang di lakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Baca Laporan ini
  • Dengan kedua-dua PENJELASAN yang di buat oleh Dua Menteri yang bertanggung jawap terhadap Perundangan Negara itu, sudah CUKUP JELAS bahawa PEMANSUHAN ISA bukan bererti MENGHAPUSKAN SAMA SEKALI AKTA TERSEBUT tetapi langkah Pemansuhan tersebut BERTUJUAN untuk MENGGANTI kepada AKTA yang LEBIH KETAT dan LEBIH BANYAK KUASA.
PATRIOT ACT AMERIKA
  • Menteri Dalam Negeri juga menyebut untuk Mengkaji dan Akan menggunakan Patriot Act sebagai PENGGANTI ISA kerana ISTILAH di dalam Patriot Act itu lebih sesuai dengan TAFSIRAN Jenayah yang menentang Pihak Berkuasa
  • Dimana melalui ISA, lebih banyak Sekatan Undang-Undang untuk bertindak terhadap Penentang Politik yang bukan berunsurkan Jenayah seperti Ahli-Ahli Politik
  • Kerana melalui Patriot Act, setiap Penentangan yang berbentuk Politik terhadap Kerajaan yang Memerintah boleh di TAKRIFKAN sebagai TERRORIST atau PENGGANAS. Baca Sini - Patriot Act Amerika
RUMUSAN MENGENAI PENGGUNAAN AKTA BAHARU
  • Dengan PEMANSUHAN ISA dan dengan Penggunaan AKTA BAHARU yang ALA "PATRIOT ACT", dengan sendiri nya Kementerian Dalam Negeri dan semua Agensi-Agensi Keselamatan Dalam negara memiliki lebih banyak KUASA
  • Dan memberikan lebih banyak RUANG UNDANG-UNDANG kepada Jabatan POLIS untuk bertindak terhadap PENGANCAM KESELAMATAN NEGARA yang bukan sahaja di tujukan kepada KEGANASAN BERSENJATA tetapi akan meliputi PENENTANG-PENENTANG POLITIK terhadap Kerajaan yang Memerintah.
  • Dan sudah semesti nya CORAK HUKUMAN yang akan di kenakan terhadap PESALAH yang DI TAKRIFKAN sebagai PENGGANAS dan PENGANCAM KESELAMATAN NEGARA itu akan lebih berat daripada AKTA ISA yang sebenar nya LEBIH LONGGAR jika di bandingkan dengan AKTA PATRIOT AMERIKA.
  • Kerana itu, sewaktu Perdana Menteri membacakan Pemansuhan Akta ISA, Menteri Dalam Negeri di lihat Tersenyum Lebar kerana menunjukkan bahawa KDN akan memiliki lebih banyak KUASA dari sebelum ini dan juga di lihat Ketua Polis Negara agak Gelisah di tempat duduk nya, ini dapat di fahami bahawa AKTA yang baharu akan memberi lebih TEKANAN terhadap JABATAN POLIS untuk kerja-kerja yang lebih hebat dari yang sebelum nya.
PENDAPAT PERIBADI EDITOR
  • PEMANSUHAN ISA bukan bermaksud UNTUK MENGEMBIRAKAN Rakyat dan Pihak Pembangkang yang menentang AKTA ISA ini
  • TETAPI sebagai persediaan kepada Kerajaan yang Memerintah untuk MEMILIKI KUASA LEBIH di dalam MEMBENTERAS sebarang bentuk PENENTANGAN terhadap KERAJAAN
  • Dimana melalui AKTA yang baharu tersebut, KEBEBASAN BERSUARA akan lebih KETAT dan DI PERKETATKAN untuk di sesuaikan dengan AKTA HASUTAN yang pula berkaitan dengan TERRORISM.
  • Ini juga akan MEMBERI RUANG yang lebih luas kepada SURUHAN JAYA KOMUNIKASI DAN  MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) untuk MEMANTAU dan MENGAMBIL TINDAKKAN terhadap laporan dan Tulisan yang BERBAUR HASUTAN di dalam MEDIA INTERNET dan juga MEDIA CETAK
  • Dimana dapat di jangkakan bahawa pada masa yang akan datang akan lebih ramai PESALAH yang di Tangkap dan di Hukum kerana BERSUARA melalui Media Internet seperti di Twitter, Facebook dan Blog-Blog Peribadi seperti Blog TIPsNIAGA.Com ini.
  • Walau bagaimana juga pun, ini terpulang kepada semua Individu untuk MENTAFSIRKAN apa yang sebenar nya yang di NIATKAN oleh Pihak Kerajaan hari ini di dalam PEMANSUHAN ISA.
  • Di Negara Amerika, Rakyat mereka sendiri MENENTANG AKTA PATRIOT ini kerana KEBEBASAN sebagai RAKYAT telah DI CABUL oleh AKTA TERSEBUT.
Editor

1 comment:

  1. najib.. mcm2 skandal.. ckp pn belit2.. umum pulak mansuh ISA.. hehe.. ada akta lain plak mnyusul.. hihi.. korang caye ke ckp org yg flip flop ni.. dapat la pnasihat politik yahudi APCO.. huhhh!! khuak tuiiii... ibarat perompak mmrintah negara.. gubal undang2 plak.. ntah sape la yg untung agaknya.. rakyat ke perampok.. yg penting skang ni, gua x nak BN mmrintah.. punah ranah negara ni..

    ReplyDelete