JIKA PENDAPATAN SYARIKAT ANDA MENURUN
APA YANG PERLU ANDA KETAHUI
PERUTUSAN EDITOR
- Ramai Usahawan Kecil dan Sederhana pada waktu ini mengalami PENURUNAN terhadap PENDAPATAN PERNIAGAAN mereka secara kasar.
- Tetapi Ramai Usahawan-Usahawan ini tidak berapa mengetahui apakah kesan sampingan yang berlaku di sebalik Penurunan Pendapatan tersebut.
- Dan apakah Implikasi nya terhadap Operasi Perniagaan mereka untuk hari-hari yang akan datang, dan pada kali ini Editor akan membawa anda untuk menjelajah Permasaalahan yang banyak menghantui Usahawan Kecil dan Sederhana ini.
PENURUNAN PENDAPATAN KASAR
- Kebiasaan nya di sebabkan oleh KUASA MEMBELI Golongan PENGGUNA yang terjejas dengan KEMELESETAN EKONOMI di dalam Negara.
- Dimana kebanyakan Pengguna akan cuba mengamalkan Perbelanjaan yang BERJIMAT CERMAT di dalam Suasana Ekonomi yang begitu MAHAL daripada Pendapatan Bulanan mereka sendiri.
- Kerana itu, Perniagaan sesebuah Perniagaan yang berkaitan rapat dengan Barangan & Perkhidmatan untuk Pengguna akan terjejas dan akan menurun daripada kebiasaan nya.
- Jika sebelum keadaan Ekonomi itu meleset, Pendapatan Kasar Perniagaan mereka boleh melepasi 50% hingga 100% daripada Modal Pusingan tetapi kini mereka menghadapi Penurunan sehingga di bawah SIFAR Modal Pusingan.
- Suasana ini akan menjadikan sesuatu OPERASI sesebuah Perniagaan itu boleh menjadi LUMPUH, jika Pemilik Perniagaan tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi nya di Peringkat Awal.
DI SEBALIK PENURUNAN PENDAPATAN KASAR
- Di dalam apa juga Jenis Perniagaan, setiap PENURUNAN kepada Pendapatan Kasar Syarikat TIDAK AKAN MERUBAH apa juga ANGKA KOS OPERASI Syarikat anda.
- Yang melibatkan KOS-KOS seperti Pembayaran Gaji Pekerja, Sewa atau Ansuran Bangunan, Perbelanjaan Harian dan Bulanan Pejabat, Pengangkutan dan yang lain-lain.
- Kos-Kos TETAP seperti itu akan TETAP SAMA yang perlu DI JELASKAN di setiap hari atau di setiap Bulan.
PERTAMA
- Kos-Kos Operasi menjadi SEMAKIN TINGGI
- Kerana Tidak Wujud sebarang Perubahan di dalam Rangka Kerja yang di tetapkan
KEDUA
- Modal Pusingan akan TERJEJAS untuk di gunakan kepada Keperluan Kos-Kos Operasi
- Di sebabkan pendapatan masuk Kasar tidak mencukupi untuk menanggung semua Kos Operasi Perniagaan sebagaimana biasa.
KETIGA
- Kekurangan dan Kehilangan MODAL PUSINGAN yang di Peruntukkan secara Sedikit Demi Sedikit dan Akhir nya Modal Pusingan tersebut sudah Tidak Wujud lagi.
- Perkara seperti ini berlaku di dalam suasana Perniagaan yang Tidak memiliki SAFETY NET atau JARING KESELAMATAN Kewangan yang Kukuh
KEEMPAT
- Apabila semua WANG PUSINGAN telah habis di gunakan untuk membayar keperluan Kos Operasi maka sesebuah Perniagaan itu menjadi LUMPUH untuk BEROPERASI.
- Dan di dalam suasana seperti ini, Pihak Pemilik terpaksa untuk Menjual atau menutup Perniagaan mereka.
LANGKAH MENCEGAH SEBELUM PARAH
PENELITIAN
- Setiap Usahawan Kecil dan Sederhana ataupun Usahawan yang Perniagaan berskala besar HARUS melakukan KAJI SELIDIK Status Kewangan Syarikat mereka secara BERTERUSAN
- Dengan MELIHAT setiap Perubahan di dalam setiap PENDAPATAN MASUK dengan MENGUKUR nya kepada PERBELANJAAN KASAR Bulanan Syarikat.
- Jika Kekurangan Pendapatan masuk itu telah MELONJAKKAN Kos Operasi maka Pemilik Perniagaan harus dengan segera MENGURANGKAN KOS OPERASI secepat mungkin.
TINDAKKAN PENJIMATAN
- Kurangkan APA juga Kos-Kos Operasi yang TIDAK RELEVAN dengan Suasana Operasi Perniagaan seperti Pengurangan lebihan Tenaga Kerja, Pembelian Stok, Penggunaan Letrik & Air, Penggunaan Kenderaan Syarikat yang berlebihan.
- Mengecilkan Operasi Pejabat kepada Pejabat yang lebih kecil dan lebih Murah kadar Sewaan nya serta tutup Pejabat-Pejabat cawangan yang Bertindih Peranan.
- Mengurangkan Pembelian secara KREDIT yang melebihi Pembayaran Balik 45 hari untuk mengurangkan Kadar FAEDAH yang Tinggi.
- Mengurangkan STOK BEKALAN yang berlebihan untuk mengelakkan Modal Pusingan TERSANGKUT
- Gunakan sepenuh nya Kaedah JIT atau Just In Time untuk membeli Stok bekalan terhadap Permintaan Pelanggan.
TINGKATKAN PROMOSI
- Strategi Pemasaran & Penjualan harus di pergiatkan dengan melakukan perubahan-Perubahan yang WAJAR yang di sesuaikan menurut kehendak Pasaran semasa.
- Cuba Cipta peluang-Peluang Perniagaan yang baharu di Kawasan, Daerah atau Negeri yang belum di terokai sebagai langkah untuk menambah Permintaan.
- Tetapi harus menggunakan Kaedah Promosi yang MENJIMATKAN atau yang MAMPU untuk memberikan Pulangan yang sewajar nya dan Tidak Kerugian.
HINDARKAN SIFAT MALU UNTUK DOWNGRADE
- Ramai Usahawan MELAYU yang merasa MALU untuk melakukan Downgrade apabila keadaan Perniagaan mereka di dapati MEROSOT dan Ini merupakan Suatu SIFAT yang SALAH di dalam menjalankan Perniagaan.
- Kerana ingin menjaga STATUS dan GLAMOR, mereka lebih RELA untuk BERHUTANG keliling pinggang daripada melakukan Pengecilan Operasi
- Yang termasuk menggunakan Kereta Murah daripada kereta Mewah atau dari Pejabat Besar kepada Pejabat yang lebih kecil.
AMALKAN KAEDAH SIFAT KEDEKUT
- Pada Waktu-Waktu ini lah Kaedah SIFAT KEDEKUT itu sangat baik untuk di amalkan untuk MENJAGA setiap Kos Perbelanjaan yang BOROS tidak berlaku.
- Dan Sistem Kewangan Syarikat akan dapat manfaat sepenuh nya kerana akan banyak PENJIMATAN dapat di lakukan untuk MENGURANGKAN kadar KERUGIAN yang tidak di jangka di dalam Perbelanjaan.
Editor
No comments:
Post a Comment