Monday, April 18, 2011

REVIEW #14 : MASAALAH DI JADIKAN PELUANG - Post #204

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #204


PERNIAGAAN BERMULA DARIPADA MASAALAH MANUSIA
MASAALAH YANG DI JADIKAN PELUANG PERNIAGAAN


Ramai peniaga dan Usahawan tidak menyedari HAKIKAT bahawa MASAALAH yang di terbitkan oleh MANUSIA itulah yang MENJANA PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN yang di lakukan oleh SELURUH PENIAGA dan USAHAWAN yang wujud pada hari ini.


MASAALAH MANUSIA 
Adalah berpunca daripada pelbagai jenis permasaalahan yang berpunca daripada SIFAT & SIKAP Manusia itu sendiri yang :
  1. MALAS
  2. TIDAK TAHU
  3. DI LUAR KEUPAYAAN
  4. KERANA MAMPU
  5. KEDUDUKAN
PENJELASAN RINGKAS
  • Oleh kerana Konsep ASAS Perniagaan itu sendiri berpunca daripada PROSES untuk Menjaga Kewangan bagi diri seseorang dengan melakukan JUAL BELI yang berdasarkan PRODUK atau pun PERKHIDMATAN.
  • Melalui PRODUK & PERKHIDMATAN ini pula di wujudkan pelbagai USAHA untuk di pelbagaikan KEGUNAAN dan KEPERLUAN nya berdasarkan golongan-golongan yang memerlukan.
  • Jika di awal TAMADUN MANUSIA, kebanyakan Bahan atau Produk Keperluan yang mereka perlukan seperti Makanan & Minuman di cari dan di lakukan sendiri oleh mereka.
  • Dimana setiap MANUSIA di Awal Tamadun memiliki SUMBER-SUMBER MAKANAN & MINUMAN mereka sendiri, samaada di perolehi dengan Kaedah MENCARI atau dengan MEMBUAT nya di kawasan persekitaran tempat yang mereka diami.
PERTUMBUHAN JUMLAH MANUSIA
  • Apabila Jumlah Manusia tumbuh dengan pesatnya dengan pembiakan generasi ke generasi, maka lama-kelamaan BEKALAN Makanan & Minuman yang mereka miliki sudah tidak mencukupi untuk menampung jumlah anggota keluarga atau kaum mereka sendiri.
  • Bermula lah Tamadun MENUKAR sesuatu Bahan atau Produk yang mereka miliki dengan kaum atau Masyarakat yang lain, dimana masing-msing kaum tidak memiliki atau mencukupi jumlah nya.
  • Dan apabila sesuatu PROSES PENUKARAN BARANGAN (barter trade) yang tidak menggunkan WANG ini sudah tidak dapat MENGIMBANGI Proses Pertukaran Barangan, maka Konsep BERJUAL BELI dengan NILAI WANG di perkenalkan kemudian.
PELUANG PERNIAGAAN YANG DI BUAT DARI MASAALAH MANUSIA
  • Semua Produk Makanan & Minuman dari Bayi hingga ke Orang Tua
  • Semua Produk Keperluan di dalam Rumahtangga dari keperluan Bilik Tidur, Ruang Tamu hingga Ke Bilik Air
  • Semua Produk Pakaian dari Bayi hingga ke Orang Tua
  • Semua Produk untuk Memudahkan Pergerakan Manusia seperti Basikal, Motosikal, Kereta, Bas, Lori, Kapal Terbang, Kapal Laut dan yang lain-lain
  • Semua Produk untuk KENIKMATAN Mata dan Telinga Manusia seperti Radio, Televisyen, Komputer, Panggung Wayang, Muzik, Filem dan apa juga yang bercorak Hiburan kepada Manusia
  • Semua Alat Komunikasi yang menghubungkan sesama Manusia seperti Telefon, Telefon Bimbit, Komputer Peribadi dan Alat-Alat Komunikasi yang lain.
  • Semua Produk Kesihatan untuk menyembuhkan Penyakit-Penyakit yang di alami oleh Manusia dan Prasarana seperti Hospital dan Klinik
Semua yang tersebut adalah KEPERLUAN ASAS yang di perlukan oleh semua MANUSIA tidak mengira Bangsa, Agama, Negara ataupun Benua.

WUJUD INDUSTRI PERNIAGAAN SECARA MELUAS
Dengan SEMUA KEPERLUAN ASAS yang di perlukan oleh Manusia maka WUJUD pula INDUSTRI-INDUSTRI PERNIAGAAN yang mengkhususkan segala HAL PEMBUATAN & PENYEDIAAN dan PRODUK & PERKHIDMATAN yang pula memberi PELUANG-PELUANG PEKERJAAN kepada Orang Ramai yang pula dapat MENJANA EKONOMI masing-masing.

INDUSTRI yang menjana Ekonomi Orang Ramai ini bertaburan jenis-jenis nya yang wujud menurut sesuatu Keperluan Industri yang terlibat seperti :
  • Industri Pembuatan & Pengilangan Semua Produk-Produk yang melibatkan Keperluan Asas Manusia
  • Industri Sokongan Perkhidmatan terhadap Industri Pembuatan & Pengilangan
  • Industri Sokongan Kewangan yang berupa Perbankkan, Pinjaman, Pelaburan dan Insuran
  • Industri Penghantaran untuk aktiviti IMPORT & EXPORT Barangan ke seluruh Benua.
  • Industri Pembinaan Perumahan atau Hartanah untuk kegunaan Manusia
  • Industri Hiburan, Muzik, Perfileman dan Pelancungan
  • Industri Pendidikan seperti Sekolah, kolej, Institusi dan University untuk mengajar segala Ilmu-Ilmu yang di perlukan oleh setiap Manusia
  • Industri Penyediaan Kepakaran seperti khidmat Konsultan-Konsultan bagi Jurusan-Jurusan yang di perlukan oleh setiap Industri yang wujud
  • Dan Semua Jenis Perindustrian yang di wujudkan berlandaskan Keperluan dan kehendak semasa Manusia yang lain nya
ULASAN
Jika di perhatikan dengan teliti, semua jenis Industri di dalam Perniagaan ini adalah berpunca daripada MASAALAH MANUSIA yang di sebut di atas.
  1. MALAS
  2. TIDAK TAHU
  3. DI LUAR KEUPAYAAN
  4. KERANA MAMPU
  5. KEDUDUKAN
Oleh kerana itu, jadilah seorang PENIAGA & USAHAWAN yang BIJAK untuk MENUKAR MASAALAH MANUSIA menjadi suatu PELUANG PERNIAGAAN.

Yang perlu anda lakukan ialah MEMAHAMI APAKAH KEPERLUAN MANUSIA dari semua SUDUT dan TENTUKAN apakah yang boleh anda lakukan untuk mencipta PELUANG daripada MASAALAH MANUSIA tersebut.

Semakin Besar MASAALAH MANUSIA maka semakin BESAR PELUANG yang menanti anda jika anda dapat menyelesaikan masaalah tersebut.

Jika PEMERHATIAN anda cukup CEKAP dan anda TAHU untuk mewujudkan PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN, maka anda akan sentiasa akan berada di hadapan daripada Orang yang lain.

editor

No comments:

Post a Comment