REVIEW #5 : MERANCANG VISI PERNIAGAAN - Post #195
APA YANG DI KATAKAN VISI PERNIAGAAN
- VISI PERNIAGAAN adalah suatu Perancangan Jangkamasa Panjang untuk menetapkan SASARAN PERNIAGAAN Syarikat anda untuk 5 Tahun - 10 tahun akan datang.
- Visi Perniagaan ini perlu ada dan perlu di sediakan oleh sesebuah Syarikat dan Organisasi kerana dengan wujudnya Perancangan Visi Perniagaan ini, anda mempunyai HALATUJU dan MATLAMAT yang perlu di capai.
- Visi Perniagaan adalah suatu langkah untuk "Melakukan sesuatu pekerjaan dari Sasaran Masa Depan tetapi di kerjakan pada hari ini", seperti yang di lakukan di dalam Konsep Olympic Vision.
- Jika pada hari ini anda baharu membuka sebuah Restoran, Kedai Runcit, Kedai Dobi, Salon Kecantikan dan yang lain-lain, anda perlu MENETAPKAN di dalam Perancangan Jangkamasa Panjang yang anda MAHU membuka 5 lagi Cawangan Kedai pada tahun ke 5.
- Itu adalah SASARAN PERNIAGAAN yang anda perlu capai.
- Menetapkan SASARAN di galakkan agar LEBIH TINGGI supaya ia boleh di jadikan sebagai suatu PENDORONG SEMANGAT anda untuk bekerja dengan lebih KUAT untuk mencapai nya.
- Tetapi jika sasaran itu terlalu mudah atau rendah, maka semangat anda tidak akan begitu tercabar untuk mencapai sesuatu sasaran
MERANGKA STRATEGI
Baik, jika anda telah menetapkan SASARAN anda untuk membuka 5 Cawangan pada Tahun ke 5, kini anda perlu bertanya pada diri sendiri :
- "Apakah yang di perlukan untuk membuka 5 Cawangan pada tahun ke 5"
- "Apa langkah-langkah yang perlu anda lakukan dari sekarang?"
- Dan itu sudah semestinya soal MODAL untuk mewujudkan 5 buah Cawangan Kedai di Tahun ke 5, jika di dalam perkiraan Modal yang di perlukan ialah RM500,000 untuk 5 Buah Cawangan baharu, maka mulai dari sekarang anda harus melakar untuk bagaimana dengan Perniagaan anda sekarang anda akan dapat menghasilkan RM500,000 dalam tempuh 5 Tahun!.
- Di sinilah anda perlu mengatur segala STRATEGI dan KEPERLUAN yang di kehendaki bagi menetapi sasaran yang telah di tetapkan.
- Sasaran seperti ini tidak boleh di anggap sebagai ANGAN-ANGAN KOSONG kerana itu telah di jadikan SASARAN untuk anda capai dalam masa 5 Tahun dan anda harus melatih diri untuk mencapai sasaran tersebut dengan PERANCANGAN yang teliti dan di mulakan dari sekarang.
- Inilah yang di sebut di dalam Bahasa Perniagaan sebagai True North yang bererti SASARAN atau HALATUJU.
- Yang memberi pengajaran bahawa setiap Sasaran atau Halatuju yang di rancang harus menuju kearah yang sama bagi tujuan pencapaian.
- Kaedah True North mengajar Usahawan untuk membawa sesuatu perniagaan yang di usahakan ke arah yang lebih tinggi dalam pencapaian masing-masing melalui Perancangan yang bersepadu.
MELATIH DIRI
- Untuk mencapai SASARAN MASA HADAPAN anda perlu MELATIH diri anda untuk melakukan perkara-perkara yang di tetapkan untuk mencapai Sasaran Masa Depan.
- Setiap Perkara yang di susun untuk di lakukan daripada Hari Ini tidak boleh di abaikan atau di lakukan dengan sambil lewa.
- Ini adalah kerana untuk benar-benar mencapai Sasaran yang di tetapkan, anda perlu ada DISIPLIN DIRI yang Teguh untuk melakukan segala Proses daripada semua Prosedur mencapai Sasaran yang di tetapkan.
Contoh
- Mengambil contoh sebagai Pelumba Lari Pecut 100M Olimpik untuk tahun 2016, jika anda menetapkan untuk meraih Pingat Emas dalam larian 100m di Sukan Olimpik tahun 2016.
- Apa yang anda perlukan ialah BERLATIH...BERLATIH...BERLATIH dengan mengikut Atur Cara latihan yang di tetapkan yang di mulakan sekarang hingga ke tarikh Sukan Olimpik di jalankan.
- Secara logiknya, Jika Latihan itu di lakukan secara kerap dan berterusan dengan Disiplin yang tinggi beserta semangat untuk mencapai SASARAN PINGAT EMAS OLIMPIK pada Tahun 2016, secara tidak langsung TAHAP dan KEMAMPUAN anda akan meningkat dari masa kesemasa.
- Jika di takdirkan pada Tahun 2016 anda gagal mendapat Pingat Emas yang di sasarkan, tetapi anda tidak di katakan GAGAL di dalam mencapai VISI yang di tetapkan kerana setiap USAHA telah di lakukan sekian lama dan bertanding di Sukan Olimpik 2016 sahaja telah mencatat sejarah peribadi untuk anda kerana berjaya melepasi masa kelayakan untuk ke peringkat akhir contoh nya.
- Begitu juga dalam dunia perniagaan, walaupun anda gagal untuk menepati sesuatu SASARAN pada masa yang di tetapkan, itu bukan bermakna anda GAGAL secara keseluruhan, anda cuma gagal menepati SASARAN yang di letakkan lebih tinggi dan bukan GAGAL untuk melakukan apa yang harus anda perlu lakukan daripada sekarang.
- Melainkan jika anda TIDAK BERBUAT APA-APA daripada sekarang dan GAGAL mencapai apa-apa dalam selepas 5 tahun, maka itu baharu di katakan anda GAGAL secara keseluruhan.
editor
No comments:
Post a Comment