Thursday, April 07, 2011

REVIEW #3 : PENIAGA DAN HAK INTELEK - Post #193

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #193


REVIEW #3 :  PENIAGA DAN HAK INTELEK - Post #193


PENIAGA dan HARTA INTELEK adalah dua perkara yang tidak boleh di pisahkan di dalam Dunia Perniagaan.


Tetapi berapa ramaikah Individu dan Usahawan yang tahu dan faham mengenai keperluan untuk menjaga hak Intelek di dalam perniagaan yang mereka usahakan.


Kerana ketidak-fahaman mereka telah mengakibatkan ramai dan banyak syarikat yang kerugian berjuta-juta Dollar, dimana Hasil Usaha Rekaan mereka di tiru oleh pihak lain dan di pasarkan dan ada juga yang mengambil kesempatan dengan mendaftarkan nya atas nama dan syarikat mereka.


PENIAGA & HAK INTELEK


1...PENIAGA 
  • Merujuk kepada Orang-Orang yang menjalankan sesuatu KEGIATAN JUAL BELI samaada yang berbentuk PRODUK atau sesuatu jenis PERKHIDMATAN
  • Mereka ini pula di kenali sebagai USAHAWAN.
2...USAHAWAN
  • Seperti yang telah di jelaskan, USAHAWAN ini ada banyak cabang pecahan penglibatan mereka di dalam perniagaan.
  • Dan mereka ini berasal dari PAKAR-PAKAR di dalam sesuatu bidang yang mereka sangat mahir dan kerana itu mereka menghasilkan sesuatu menurut apa yang mereka pandai.
  • Golonghan ini pula telah di kenali dengan pelbagai perkataan USAHAWAN seperti contoh-contoh berikut:
  1. Technopreneur atau Usahawan Teknologi
  2. Infopreneur atau Usahawan Maklumat
  3. Venturepreneur atau Usahawan Peneroka
  4. Agripreneur atau Usahawan Pertanian
  5. Aquapreneur atau Usahawan kelautan / Perikanan
  6. Solopreneur atau Usahawan Persendirian
  7. Intrapreneur atau Usahawan Penggabungan
3...PENJELASAN
  1. Dan pelbagai lagi sebuatan yang baharu di gunakan untuk merujuk sesorang Usahawan dengan Usaha yang mereka jalankan.
  2. Langkah ini di gunakan untuk memisahkan penamaan Usahawan UMUM kepada penamaan yang lebih KHUSUS agar mudah di kenali dan di fahami oleh orang ramai.
  3. Kesemua jenis Usahawan ini akan memiliki HASIL USAHA CIPTAAN yang mereka lakukan samaada secara Individu ataupun berkumpulan di dalam sebuah syarikat.
  4. Apa yang di hasilkan oleh mereka itulah yang menjadi teras peniagaan dan di pasarkan menurut keperluan dan kesesuaian produk dan Pengguna.
APA ITU HAK HARTA INTELEK USAHAWAN
  1. Setiap usahawan yang melakukan pelbagai penerokaan dan pembuatan sesuatu produk dan Perkhidmatan adalah Individu atau Syarikat yang MEMILIKI sesuatu CIPTAAN atau ILHAM yang di hasilakan kepada sesuatu benda atau perkara.
  2. Seperti di dalam Piawaian Undang-Undang untuk PATENT, TRADEMARK dan COPYRIGHTS.


DEFINASI:  PATENT, TRADEMARK & COPYRIGHTS

PATENT
  • Pendaftaran Hak dengan Pendafar Patten untuk semua HASIL PENEMUAN yang berjaya di cipta oleh Individu mahupun syarikat.
  • Seperti pereka-ciptaan apa juga benda, barangan, jentera, kenderaan, pesawat di dalam semua kategori Produk dan Perkhidmatan.
  • Jika Hak Patten ini telah di daftarkan maka sesuatu yang di hasilkan itu tidak boleh DI TIRU oleh pihak lain tanpa kebenaran daripada pihak Pemilik HAK PATENT.
TRADEMARK
  • Pendaftaran Hak dengan Pendaftar Trademark atau Cap Perdagangan untuk semua JENAMA & LOGO PRODUK dan NAMA & LOGO SYARIKAT.
  • Setiap Trademark yang tertera pada sesuatu produk di pasaran adalah HAK MILIK kepada Individu atau Syarikat yang menghasilkan nya.
  • Dan HAK MILIK tersebut boleh merangkum kepada pendaftran HAK PATENT dan HAK TRADEMARK.
COPYRIGHT
  • Pendaftran Hak dengan Pendaftar Copyright untuk semua HASIL ILHAM Individu atau Syarikat yang di buat di dalam bentuk CATATAN BERTULIS atau LAKARAN
  • Seperti Puisi, Sajak, Cerpen, Novel, Buku-Buku Ilmiah / Sejarah / Sastera / Seni atau apa juga jenis tulisan NOTA yang di dapati dari ILHAM seseorang yang belum di ketahui oleh UMUM.
RUMUSAN
  1. Kesemua pendaftaran Hak-hak seperti untuk melindungi HAK Patent, Trademark dan Copyright adalah baik untuk semua Usahawan bagi menjaga segala HASIL USAHA CIPTAAN mereka dengan Undang-Undang yang memberi Perlindungan.
  2. Tetapi bukan semua Negara di Dunia ini mengamalkan Perlindungan Hak yang di naungi oleh  World Intellectual Property Organization.
  3. Dan bukan semua Individu dan Syarikat yang MAMPU untuk mendaftarkan HAK dengan sesuatu Pendaftar Hak kerana ia melibatkan KOS yang Mahal.
  4. Faktor seperti inilah yang selalunya mengurangkan Daya Penghasilan dari Penjualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang baharu di reka-cipta oleh Individu atau syarikat, kerana jika ianya tidak di daftar maka ianya akan segera di tiru oleh pihak lain.
  5. Dan ramai juga Individu dan Syarikat yang kurang arif mengenai Pendaftran Hak untuk melindungi Hak Harta & Harta Intelek mereka di dalam dunia perniagaan.
SARANAN
  1. Adalah di galakkan untuk anda mendaftarkan apa juga Harta Intelek yang anda hasilkan sebelum anda melakukan penghasilan nya.
  2. Kerana langkah ini akan menyelamatkan anda dari kerugian secara berterusan kerana HAK INTELEK anda tidak di lindungi oleh Undang-Undang.
  3. Langkah ini mungkin akan memakan perbelanjaan yang besar di peringkat permulaan tetapi langkah mendaftarkan Hak Intelek ini dapat mengurang risiko kerugian Berjuta Dollar dalam jangkamasa panjang.
editor

No comments:

Post a Comment