REVIEW #2 : PENIAGA ATAS ANGIN - Post #192
- PENIAGA ATAS ANGIN merujuk kepada segolongan Peniaga yang menjalankan Perniagaan mereka sebagai KONTRAKTOR :
- PEMBINAAN
- PEMBEKAL BEKALAN
1...MODUS OPERANDI MEREKA
a)...SIJIL KELAYAKAN
- Pada kebiasaan nya Golongan Kontraktor Pembinaan atau Kontraktor Pembekalan seperti ini di lengkapi dengan pelbagai Lesen, Sijil Kelayakan, Permit dan berdaftar dengan pelbagai Institusi Kerajaan.
- Mereka memiliki :
- Sijil Kementerian Kewangan dengan pelbagai Tajuk Bekalan / Perkhidmatan
- Sijil Kontraktor Binaan seperti Kelas F / E / D / C / B / A
- Sijil Kontraktor Binaan CIDB
- Sijil-Sijil Kelayakan yang lain.
b)...PEJABAT URUSAN
c...OPERASI BEKERJA
- Menumpukan perhatian terhadap TENDER & SEBUTHARGA yang di keluarkan oleh Jabatan, Badan dan Agensi Kerajaan.
- Mereka akan membeli Dokumen Tender / Sebutharga
- Menghadiri Taklimat untuk Tender / Sebutharga
- Melakukan Perisian Maklumat seperti yang di kehendaki
- Menunggu Hasil Jawapan Tender & Sebutharga tersebut
d...JIKA BERJAYA
- Dalam kebanyakan KES, Golongan ini lebih suka atau gemar untuk memberikan KERJA-KERJA yang berjaya di dapati melalui Tender atau Sebutharga kepada Pihak Ketiga.
- Samaada yang bertaraf sebagai Kontraktor Pembinaan mahupun bertaraf Kontraktor Pembekalan.
- Tetapi yang paling banyak melakukan perbuatan ini ialah Golongan Kontrator Pembinaan.
- Ada yang melakukan segala KERJA-KERJA melalui syarikat mereka sendiri.
e...SIAPA PIHAK KETIGA
- Sub Kontraktor berlesen atau yang tidak berlesen
- Jika berlesen, Lesen mereka adalah lebih kecil dan terbatas ruangan aktiviti untuk melakukan Kerja-Kerja yang besar.
- Jika yang tidak berlesen, kebanyakan mereka adalah Golongan Pekerja-Pekerja MAHIR samaada Anak Tempatan mahupun Orang Asing.
- Jika Pihak Ketiga ini dari Golongan Pembekal Bahan, mereka terdiri daripada Syarikat-Syarikat yang tidak memiliki atau tidak layak untuk memohon Lesen-Lesen yang di keluarkan oleh Pihak Kerajaan di bawah Keistimewan Orang Melayu.
- Golongan Ketiga seperti inilah yang menjadi Teras kepada semua Pembekalan yang di dapati oleh seseorang Kontrator Pembekalan.
- Mereka akan melakukan segala perkara daripada A hingga Z, Pihak Kontraktor asal hanya perlu memantau segala kehendak di dalam Tender atau Sebutharga di tepati.
2...MATLAMAT PERNIAGAAN MEREKA
- Golongan Kontraktor-Kontraktor seperti ini, sebenarnya tidak melakukan DAYA USAHA yang sebenar di dalam menjalankan Perniagaan.
- Mereka lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Pihak Ketiga kerana dengan cara itu mereka tidak memerlukan mengeluarkan MODAL untuk melakukan kerja-kerja yang brjaya di dapati.
- Mereka hanya perlu membuat PERUNDINGAN dengan Pihak Ketiga JUMLAH KEUNTUNGAN yang harus DI AGIHKAN.
- Mereka akan berpuashati dengan Margin Keuntungan yang rendah, asalkan mereka berjaya mendapatkan sesuatu Tender atau Sebutharga. Ada yang sanggup meraih sekitar 5% dari keuntungan Kasar Penjualan.
- Di mana mereka akan menjadikan KEJAYAAN merebut sesuatu Tender & Sebutharga sebagai REKOD KECERMELANGAN SYARIKAT.
- Dan langkah ini akan menguatkan lagi kedudukan mereka di dalam pandangan Pihak Kerajaan.
3...SIAPAKAH GOLONGAN INI
A) Kakitangan & Pegawai Kerajaan
- Yang tidak di benarkan untuk melakukan sebarang perniagaan dan mereka terpaksa menggunakan Proksi untuk mendaftarkan syarikat.
B) Para Peniaga Biasa
- Yang tidak memiliki Sumber Kewangan yang kukuh
- Tetapi memiliki segala kemudahan Lesen dan Sijil daripada Pihak Kerajaan
- Mempunyai hunbungan rapat dengan sesuatu Jabatan Kerajaan
- Atau terdiri daripada BEKAS Kakitangan & Pegawai Kerajaan yang telah Bersara
4...ADAKAH GOLONGAN INI USAHAWAN
- Golongan ini tidak boleh di klasifikasikan sebagai USAHAWAN kerana Modus Operandi mereka hanya menggunakan kaedah DAPAT & JUAL.
- Di mana Usaha mereka hanya berkisar kepada Strategi bagaimana untuk mendapatkan sesuatu Tender atau Sebutharga.
- Dan setelah itu, HAK perbekalan atau kerja-kerja pembinaan di berikan atau di jual kepada Pihak Ketiga.
- Mereka hanya bertindak sebagai PENAMA daripada Nama Syarikat yang BERJAYA mendapatkan Tender atau Sebutharga.
- Dan dari segi KEPAKARAN & KEUPAYAAN KHUSUS tidak mereka miliki sepenuhnya dan mengharapkan Pihak Ketiga untuk melakukan segala kerja-kerja yang berkenaan.
editor
terima kasih..info terbaik sabagai rujukan:-)
ReplyDelete