Thursday, April 28, 2011

REVIEW #25 : BOARD OF DIRECTORS - Post #215

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #215


BOARD OF DIRECTORS
APAKAH FUNGSI YANG PERLU ANDA FAHAMI


Didalam Syarikat-Syarikat SENDIRIAN BERHAD dan BERHAD akan wujud BOARD OF DIRECTORS, samaada yang di usahakan secara :
  • PERSENDIRIAN (min.2 Orang)
  • KEKELUARGAAN (dari kumpulan keluarga)
  • USAHASAMA (bersama rakan-rakan)
  • PERGABUNGAN (antara Syarikat / Pertubuhan)
DEFINASI BOARD OF DIRECTORS (BOD)
  • Adalah Anggota Pemegang Saham yang sama-sama MENGELUARKAN MODAL untuk menubuhkan sesebuah Syarikat.
  • Anggota Pemegang Saham ini pula di kenali sebagai DIRECTOR atau PENGARAH di dalam Syarikat
  • Anggota Lembaga Pengarah yang DI LANTIK kerana menjadi PROXY tidak memiliki segala KEISTIMEWAAN yang sama.
  • Semua berfungsi menjaga KEPENTINGAN SYARIKAT
FUNGSI BOARD OF DIRECTORS
Kumpulan Orang yang sama-sama:
  • Merancang
  • Melakar
  • Menerajui
  • Mengurus
  • Mentadbir
  • Memantau
  • Menjaga
Segala Perjalanan dan Kelicinan Urus Tadbir Hal Ehwal Syarikat seperti mana yang di rancangkan agar menepati segala MATLAMAT PERNIAGAAN.

APA GUNA NYA MESYUARAT BOARD OF DIRECTORS
  • Mereka melakukan segala-gala nya di dalam MESYUARAT ANGGOTA PENGARAH yang sering di adakan untuk membincangkan segala Gerak Kerja yang akan di lakukan dengan KAEDAH mendapatkan PERSEFAHAMAN di kalangan Anggota Pengarah yang juga sebagai Pemegang Saham dalam Syarikat.
  • Melalui MESYUARAT ini lah semua Anggota Pengarah MELUAHKAN pendapat masing-masing untuk di pertimbangkan secara Profesional dan di ambil tindakkan susulan jika di dapati setiap pendapat atau saranan itu akan memberikan faedah kepada Syarikat.
  • Semua KEPUTUSAN yang di buat melalui Mesyuarat Anggota Pengarah ini yang samaada DI TOLAK atau DI TERIMA adalah berlandaskan Pengalaman, Pengetahuan dan Kepakaran yang di miliki oleh Para Anggota Pengarah.
  • Jika sesuatu KEPUTUSAN tidak dapat di buat kerana memerlukan PENDAPAT PAKAR, baharulah perkara-perkara tersebut DI RUJUK kepada Pakar-Pakar yang berkenaan untuk mendapatkan Pandangan Profesional bagi membantu Anggota Pengarah melakukan KEPUTUSAN yang TEPAT dan BETUL.
DI SEBALIK MESYUARAT BOARD OF DIRECTORS
Jika seseorang Usahawan yang BERFIKIRAN sangat POSITIF di dalam menjalankan PERNIAGAAN, mereka akan menjadikan MESYUARAT BOD ini sebagai TEMPAT untuk:
  • Belajar selok-belok Perniagaan daripada Rakan Kongsi yang lebih berpengalaman dan yang lebih berpengetahuan.
  • Kerana kebanyakan Orang-Orang yang menjalankan Perniagaan secara Usahasama dengan Orang lain akan memiliki Pengetahuan dan Kepakaran yang berbeza-beza, kerana itu segala Pengetahuan dan Kepakaran masing-masing HARUS di gunakan sepenuh nya untuk Kemajuan dan Perkembangan Perniagaan yang di usahakan.
  • Dan BUKAN menjadikan Mesyuarat BOD ini sebagai tempat untuk mempamerkan Ke-egoan, Kejahilan, Kedangkalan Ilmu atau sebagai tempat untuk melepaskan segala Perasaan Marah, Buruk Sangka terhadap Rakan Kongsi.
  • Dimana seseorang itu harus MENGHORMATI setiap Rakan Kongsi menurut ETIKA yang di sarankan di dalam PENGURUSAN PERNIAGAAN yang sebenar.
KESAN BURUK
Jika seseorang Anggota Lembaga Pengarah tidak MEMAHAMI segala FUNGSI dan ETIKA sebagai BOD, maka mereka akan membawa Syarikat yang di usahakan itu ke arah KEHANCURAN, di mana akan WUJUD pelbagai:
  • Perasaan Tidak Puas Hati
  • Perasaan Marah
  • Perasaan Dengki & Khianat
  • Perasaan Cemburu
Terhadap sesama Anggota lembaga Pengarah dan jika perkara ini wujud bermakna KONSEP USAHASAMA untuk menjalankan PERNIAGAAN TELAH LUPUS.

SENI UNTUK MENJADI SEORANG BOARD OF DIRECTORS
Selain memiliki KEMAMPUAN dari segi KEWANGAN, seseorang itu HARUS mempelajari SENI atau CARA-CARA untuk menjadi seorang Anggota Lembaga Pengarah yang Berwibawa, di mana mereka perlu juga mengetahui:
  • Memiliki Ilmu-Ilmu Perniagaan yang ASAS
  • Memiliki Ilmu-Ilmu Mengenali Personaliti Kemanusiaan
  • Memiliki Ilmu-Ilmu Adat & Adap Berbincang & Bermesyuarat
  • Memiliki Ilmu-Ilmu Membentangkan Pendapat & Saranan dengan Cara yang Berkesan
  • Memiliki Ilmu-Ilmu Perhubungan Awam 
AGAR sebagai seorang Anggota Lembaga Pengarah yang menjalankan sesebuah Perniagaan, anda TIDAK MENJADI BEBAN, PENGHALANG dan MASAALAH kepada sebarang Kemajuan dan Perkembangan Perniagaan yang di usahakan.

ULASAN
  • Melalui banyak Statistik Kegagalan sesebuah Syarikat Usaha-sama, perkara-perkara KEGAGALAN seseorang Anggota Lembaga Pengarah untuk BERFUNGSI dengan TEPAT & BETUL juga menyumbang kepada PENUTUPAN PERNIAGAAN.
  • Ini semua DI SEBABKAN oleh Masaalah KURANG PENGETAHUAN mengenai FUNGSI & KEDUDUKAN mereka di dalam BOD.
  • Kerana SEBAB-SEBAB seperti ini juga lah di wujudkan pelbagai KURSUS-KURSUS untuk meningkatkan PRESTASI & KEFAHAMAN bagi PENGARAH-PENGARAH dan PENGURUS-PENGURUS PERNIAGAAN yang di adakan secara EXCLUSIVE untuk meningkatkan KEFAHAMAN mereka.
MENGAPA PERKARA KEFAHAMAN SEBAGAI BOD INI PENTING
  • Ini adalah kerana BOARD OF DIRECTORS adalah JANTUNG kepada sesebuah Syarikat atau Pertubuhan.
  • Jika JANTUNG ini ROSAK atau SAKIT kerana di jangkiti pelbagai VIRUS, maka SELURUH ANGGOTA akan menjali LEMAH dan tidak dapat BERFUNGSI dengan BAIK.
  • Maka seseorang itu tidak BERUPAYA lagi untuk menghadapi pelbagai CABARAN yang harus di tempuhi.
editor

No comments:

Post a Comment