Saturday, April 30, 2011

REVIEW #29 : ISO STANDARD DENGAN PERNIAGAAN - Post #219

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #219


ISO STANDARD DENGAN PERNIAGAAN
APAKAH KEPENTINGAN NYA KEPADA PERNIAGAAN


DEFINASI ISO
  • Adalah berasal daripada Singkatan Nama INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDIZATION atau IOS
  • Tetapi di beri Singkatan Nama ISO untuk MENYERAGAMKAN SEBUTAN untuk Semua BANGSA MANUSIA yang di dasarkan dari Perkataan Greek Kuno iaitu "ISOS" yang bermaksud 'EQUAL" atau "SAMA".
  • Langkah ini untuk MEMADANKAN TUJUAN Pertubuhan ini yang ingin MENYERAGAMKAN sesuatu PROSES dan KAWALAN MUTU untuk di jadikan sebagai STANDARD atau KAYU UKUR untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berulang.
MENGAPA ISO INI PERLU
  • STANDARD atau KAYU UKUR tersangat perlu di dalam Kehidupan Manusia bagi memastikan sesuatu Pekerjaan yang akan di lakukan secara BERULANG dapat di lakukan dengan TEPAT & BETUL seperti mana yang telah di TETAPKAN dari awal.
  • STANDARD bukan sahaja wujud di dalam KEHIDUPAN tetapi wujud di dalam segala URUS TADBIR PERNIAGAAN yang pelbagai JENIS, SEKMEN dan SEKTOR PERUSAHAAN.
  • Dimana dengan wujudnya STANDARD yang SERAGAM mengenai sesuatu HAL atau PROSES maka ia akan dapat mengawal sesuatu Proses ULANGAN di lakukan dengan MUTU yang BERTEPATAN.
APA KEDAERAHAN ISO
ISO di perlukan dalam banyak kedaerahan yang berkaitan dengan MUTU untuk sesuatu:
PROSES
  • PEMBUATAN
  • PERALATAN
  • KESELAMATAN
  • KEBOLEHAN
  • KELICINAN
  • PERUBAHAN
  • PENGUBAH-SUAIAN
MELALUI PENGIKTIRAFAN:
  1. ISO 9001 - QUALITY atau MUTU
  2. ISO 14001 - ENVIRONMENT atau PERSEKITARAN
Agar semua Proses-Proses untuk melakukan nya dapat di kawal agar dapat di lakukan sepertimana sesuatu itu di ciptakan dan Di Dokumentasi kan menurut Kedaerahan agar mudah di fahami oleh Pihak Pengguna.

FAEDAH-FAEDAH ISO KEPADA
1...PERNIAGAAN
2...PENCIPTA
3...PELANGGAN
4...KERAJAAN
5...PEGAWAI DAGANG KERAJAAN
6...NEGARA MEMBANGUN
7...PENGGUNA
8...MANUSIA
9...BUMI


MAKSUD SENARAI DI ATAS

1...PERNIAGAAN
  • Apabila sesuatu STANDARD telah di guna-pakai di Seluruh Dunia, semua Pembekal Bekalan bahan dan Produk akan dapat MENYEDIAKAN sesuatu SPESIFIKASI Bahan dan Produk itu MENURUT STANDARD ISO yang di tetapkan.
  • Dengan langkah ini setiap PERUSAHAAN akan dapat Mengenal-Pasti LEBIH AWAL Apakah sesuatu KEPERLUAN Spesifikasi untuk Bahan dan Produk yang di kehendaki oleh sesebuah Syarikat dan Pelanggan.
  • Dan STANDARD ISO ini juga telah MEMBUKA banyak PELUANG PERSAINGAN yang sihat di kalangan Pengilang, Pembekal Bahan dan Produk.

2...PENCIPTA
  • Bagi setiap Pereka-Cipta pula, mereka juga menggunakan MAKLUMAT STANDARD ISO untuk membina sesuatu Teknologi yang Baharu berdasarkan Spesifikasi Maklumat yang di sediakan oleh ISO.
  • Dengan Penyediaan Maklumat melalui Standard ISO ini, mereka mampu untuk MENGHASILKAN MUTU CIPTAAN kearah yang lebih canggih dan bermutu dari rekaan-rekaan yang sebelumnya.
3...PELANGGAN
  • Melalui Penyeragaman sesuatu Standard pada sesuatu Produk seawal Proses Pembuatan telah memberikan Pelanggan PILIHAN yang MELUAS untuk memilih sesuatu produk.
  • Dengan ini PASARAN akan menjadi lebih KOMPETITIF di kalangan Pembuat dan Pembekal untuk MENGHASILKAN sesuatu produk yang BERMUTU.
4...KERAJAAN
  • Pihak Kerajaan pula akan MUDAH untuk MERANGKA sesuatu AKTA untuk Melindungi Pengguna dan Pelanggan melalui MAKLUMAT yang di sediakan oleh ISO.
  • Dan akan lebih MUDAH untuk MENGESAN sesuatu PEMBUATAN BAHAN atau PRODUK yang tidak MENEPATI STANDARD ISO.
5...PEGAWAI DAGANG KERAJAAN
  • Setiap Pegawai Perdagangan di setiap Negara juga akan dapat memainkan peranan untuk MENGEMBANGKAN sesuatu PERINDUSTRIAN di dalam Negara Masing-Masing melalui MAKLUMAT yang wujud di dalam STANDARD ISO.
  • Dimana setiap MASAALAH TECHINICAL mengenai Pembuatan sesuatu produk itu dapat di kenal-pasti melalui STANDARD ISO dan ini akan mengurangkan RISIKO untuk membenarkan sesuatu Perniagaan beroperasi di dalam Negara masing-masing.
6...NEGARA MEMBANGUN
  • Bagi Negara-Negara yang sedang MEMBANGUN pula, Bidang PERINDUSTRIAN yang mereka bangunkan akan mendapat FAEDAH yang tepat kerana mereka akan mendapat Maklumat yang TERPERINCI mengenai SPESIFIKASI sesuatu Produk untuk tujuan EXPORT dengan mengikuti STANDARD PEMBUATAN ISO.
  • Dengan MAKLUMAT tersebut, Negara membangun akan dapat MERANGKA apakah JENIS INDUSTRI yang harus di beri TUMPUAN di dalam Negara mereka dan dapat BERSAING dengan Negara-Negara Maju yang sediaada.
7...PENGGUNA
  • Dengan WUJUD nya STANDARD ISO ini, Pihak Pengguna tidak perlu merasa KHUATIR lagi mengenai aspek-aspek Kesihatan, Keselamatan dan sesuatu MUTU Produk yang mereka gunakan.
  • Kerana melalui STANDARD ISO, semua Isu-Isu tersebut telah di KAWAL dan di KESAN sebelum PROSES PEMBUATAN nya lagi.
8...MANUSIA
  • Secara KESELURUHAN nya, STANDARD ISO telah MEWUJUDKAN Penciptaan Bahan-Bahan dan Produk-Produk yang BERMUTU.
  • Dengan langkah tersebut semua Kehidupan MANUSIA akan lebih terjamin daripada pembuatan dan penggunaan Bahan-Bahan serta Produk-Produk yang berbahaya kepada MANUSIA 
9...BUMI
  • PLANET BUMI juga dapat DI PELIHARA daripada Unsur-Unsur Pencemaran UDARA, AIR, TANAH serta akan BEBAS daripada Gas-Gas dan Toksid-Toksid Buangan yang berbahaya.
  • Kerana UNSUR KAWALAN di dalam sesuatu PEMBUATAN BAHAN & PRODUK akan TERTAKLUK di dalam KAWALAN yang di WUJUDKAN melalui STANDARD ISO melalui PENJAGAAN ALAM.
editor

No comments:

Post a Comment