Sunday, April 24, 2011

REVIEW #19 : DILEMA TUJUAN BERNIAGA - Post #209

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #209


DILEMA TUJUAN BERNIAGA
ADAKAH ANDA BERNIAGA DENGAN TUJUAN YANG TEPAT


Ramai Orang ingin berniaga atau ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan kerana melalui perniagaan mereka akan memperolehi pendapatan yang tidak akan ada batasan nya jika di bandingkan dengan bekerja MAKAN GAJI.


Atas sebab tersebut di katakan PENDAPATAN atau REZEKI itu datang nya dari 9 PINTU daripada 10 PINTU Punca Rezeki untuk seseorang Manusia. 
Itulah gambaran KELUASAN sumber pendapatan yang boleh DI JANA melalui Aktiviti Perniagaan.


PERSOALAN
  • Jika anda sekarang telah bergelar PENIAGA dan USAHAWAN dengan memiliki pelbagai jenis perniagaan, adakah kini MERASA bahawa penceburan diri anda ke dalam Bidang Perniagaan telah MENEPATI TUJUAN dan SASARAN?
  • Adakah anda telah berjaya MEMPEROLEHI pendapatan yang tanpa batasan?
  • Adakah anda telah berjaya KELUAR dari BELENGGU KEWANGAN?
ATAU
  • Anda menjadi seorang PENIAGA dan USAHAWAN yang LEBIH BANYAK MENJANA HUTANG melalui PEMILIKKAN HARTA BENDA, PERBELANJAAN dan PINJAMAN KEWANGAN yang berasaskan HUTANG? 
  • Di mana kini anda telah menjadi seorang PENIAGA dan USAHAWAN yang BANYAK HUTANG dan memerlukan MASA BERTAHUN-TAHUN untuk melangsaikan nya.
  • Atau TIDAK MUNGKIN dapat di jelaskan di sepanjang baki hidup anda.
PERTANYAAN
Jika JAWAPAN anda mengatakan YA kepada PENIMBUNAN HUTANG setelah menjadi PENIAGA dan USAHAWAN, Anda TANYA kepada diri anda sendiri :
  • ADAKAH INI TUJUAN dan MATLAMAT untuk menjadi seorang PENIAGA dan USAHAWAN?
  • ADAKAH Ilmu Perniagaan mengajar anda supaya BANYAK HUTANG?
ATAU
  • ADAKAH anda yang TERSILAP untuk MENTAFSIR DEFINASI dan TUJUAN menjalankan PERNIAGAAN?
  • dan ADAKAH anda sebenarnya KURANG FAHAM dan TIDAK TAHU apakah yang di maksudkan sebagai PERNIAGAAN?
PENJELASAN
  • Sebenarnya, Posting pada kali ini telah membawa anda KEMBALI kepada pembelajaran Ilmu Perniagaan peringkat ASAS atau melalui lain perkataan kembali ke Kelas Tadika.
  • Ini sangat perlu untuk MENGIMBAS KEMBALI pembelajaran Ilmu Perniagaan di peringkat ASAS dan dengan cara itu anda akan dapat MEMAHAMI kembali TUJUAN atau MATLAMAT bidang perniagaan yang TEPAT dan BETUL.
  • Jika kita kembali kepada DEFINASI PERNIAGAAN, kita di beritahu bahawa PERNIAGAAN itu adalah AKTIVITI JUAL & BELI antara satu pihak dengan pihak yang lain dengan sesuatu NILAI atau HARGA yang DI PERSETUJUI.
  • Dan melalui PROSES JUAL & BELI tersebut pula akan TERBIT suatu NILAI LEBIHAN dari MODAL yang anda gunakan dan di ISTILAHKAN sebagai UNTUNG.
  • Faktor UNTUNG ini lah yang di jadikan ASAS untuk seseorang yang BERJUAL & BELI itu untuk melipat gandakan USAHA menjual dan membeli bagi MENJANA KEUNTUNGAN demi KEUNTUNGAN.
  • Dimana PROSES JUAL & BELI ini harus di lakukan secara BERTERUSAN dan di sandarkan kepada sesuatu BARANGAN atau PERKHIDMATAN pilihan masing-masing...INI LAH PERNIAGAAN.
KEMBALI KEPADA TUJUAN / MATLAMAT PERNIAGAAN
  • Pertama, TUJUAN & MATLAMAT PERNIAGAAN adalah bertujuan untuk Men-Tranfomasi-kan (tranform) Kedudukan KEWANGAN seseorang yang asalnya bekerja MAKAN GAJI dengan Pendapatan yang terbatas kepada Kedudukan KEWANGAN yang lebih banyak peluang, lebih banyak jumlah nya, lebih kukuh dan tidak terbatas sumber-sumber nya.
  • Kedua, ialah untuk MEMBEBASKAN diri seseorang yang DI BELENGGU oleh KESEMPITAN WANG yang telah banyak membataskan kemampuan mereka untuk berbelanja dan menyara kehidupan.
  • Ketiga, membolehkan seseorang Peniaga dan Usahawan itu BEBAS HUTANG dengan PENDAPATAN YANG LUMAYAN dari sumber yang luas.
  • Keempat, menjadikan seorang Peniaga dan Usahawan itu KUKUH KEWANGAN dan tidak lagi memerlukan bantuan dari mana-mana pihak kerana sudah mampu untuk BERDIKARI untuk menjana KEWANGAN sendiri.
  • Kelima, dengan Kekukuhan Kewangan setiap Peniaga dan Usahawan akan dapat MEMBANTU ramai orang dengan peluang-peluang pekerjaan di dalam perusahaan mereka dan perkara ini dapat MEMANGKIN taraf Ekonomi ramai keluarga di dalam Masyarakat.
  • Keenam, dengan Kekukuhan dan Kebebasan Kewangan mereka sebagai Peniaga dan Usahawan dapat menjalankan Tanggung Jawap mereka kepada Kerajaan dengan MEMBAYAR CUKAI-CUKAI PERNIAGAN & PERIBADI yang pula akan di gunakan oleh Kerajaan MEMBANTU RAKYAT secara Umum dan meningkatkan Ekonomi Negara.
  • Ketujuh, Jika Peniaga dan Usahawan itu beragama ISLAM maka mereka akan dapat MENGELUARKAN pelbagai ZAKAT dan SEDEKAH daripada Kemampuan Kewangan yang di jana melalui perniagaan mereka, dimana Zakat dan Sedekah ini pula akan di gunakan untuk membantu golongan Fakir Miskin dan golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang lain nya. Itu adalah TUJUAN & MATLAMAT dari Sudut KEAGAMAAN.
  • Kelapan, dengan segala Kekuatan dan Kebebasan Kewangan yang para Peniaga dan Usahawan ini miliki, mereka akan dapat mewujudkan lebih banyak KESEJAHTERAAN kepada orang ramai dengan menyediakan segala KEPERLUAN yang orang ramai KEHENDAKI di dalam kehidupan harian mereka dan MEMPERMUDAHKAN kehidupan orang ramai dengan Pelbagai Produk dan Perkhidmatan.
ULASAN
Setelah mengimbas kembali TUJUAN & MATLAMAT sebenar PERNIAGAAN dan anda telah mula MERASAI segala KEBENARAN dan KEPERLUAN nya melalui Lapan (8) Perkara atau Faktor Kepentingan nya, kini timbul pula PERSOALAN yang sering MENGHANTUI FIKIRAN ramai Peniaga dan Usahawan Kecil dan Sederhana Besar (SME) IAITU:
  1. BAGAIMANA UNTUK MENJALANKAN SEGALA URUS TADBIR PERNIAGAAN DENGAN CARA YANG TEPAT DAN BETUL?
  2. APAKAH ILMU-ILMU YANG HARUS DI GUNA PAKAI?
  3. APAKAH YANG PERLU DI KETAHUI?
  4. APAKAH YANG HARUS DI ELAKKAN?
  5. DIMANA ILMU PERNIAGAAN INI BOLEH DI DAPATI?
  • DAN PELBAGAI LAGI PERSOALAN.....
JAWAPAN
INI adalah PANDUAN yang MUDAH di ikuti oleh anda sebagai Peniaga dan Usahawan, walaupun anda tidak memiliki pendidikan formal yang baik dalam bidang Akademik atau pun di dalam bidang Perniagaan. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
  • Banyakkan MEMBACA buku-buku, artikel, jurnal, blog dan apa juga majalah yang memuatkan Informasi mengenai Perniagaan.
  • Banyakkan bergaul dengan ramai Peniaga dan Usahawan dari pelbagai bidang perniagaan bagi mendapatkan atau bertukar-tukar pengetahuan.
  • Gunakan segala SUMBER yang wujud untuk MEMBANTU melicinkan Urus Tadbir Perniagaan anda dengan MENGGAJIKAN para Professional yang bertauliah dan terlatih untuk Jawatan-Jawatan PENTING di dalam syarikat anda dan BELAJAR dari mereka seperti di bahagian PENGURUSAN KEWANGAN, PEMASARAN & PENJUALAN, PEMBUATAN & PENGILANGAN, PENJAWATAN, INNOVASI & PENCIPTAAN dan lain-lain lagi.
Melalui Blog TIPsNIAGA.COM ini juga telah MEMUATKAN pelbagai Informasi mengenai pelbagai jenis perniagaan yang boleh di gunakan sebagai garis panduan untuk MEMAHAMI Ilmu-Ilmu Perniagaan yang anda jalankan.

Anda hanya perlu RAJIN MEMBACA, cuba FAHAMI dan cuba MENGIKUTI Tip-Tip Perniagaan yang SESUAI untuk Jenis Perniagaan anda.


RUMUSAN
BERNIAGA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENJANA HUTANG TETAPI BEBAS HUTANG

editor

No comments:

Post a Comment