Saturday, April 30, 2011

REVIEW #30 : TIPU HELAH PEMBAYARAN- Post #220

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #220


TIPU HELAH PEMBAYARAN
APABILA PELANGGAN MELAMBATKAN BAYARAN


APABILA anda melakukan Perniagaan BUSINESS TO BUSINESS (B2B), anda akan menghadapi situasi yang amat sukar apabila PELANGGAN yang terdiri daripada PENIAGA dan USAHAWAN menggunakan TAKTIK melambat-lambatkan PEMBAYARAN terhadap pembelian yang telah mereka lakukan dari Syarikat anda.


Dimana ALASAN-ALASAN berikut di guna-pakai secara LAZIM nya dan telah menjadi AMALAN ramai Peniaga dan Usahawan sejak berkurun lagi.


APAKAH ALASAN-ALASAN YANG SERING DI GUNA-PAKAI
No.1..."Syarikat kami tidak dapat membuat pembayaran sekarang kerana belum menerima pembayaran dari pelanggan kami"

  • Ini situasi sukar untuk anda berkeras, anda hanya boleh berunding agar di beri bayaran secara Post Dated Cheque sebagai langkah berjaga-jaga.
No.2..."Syarikat kami telah mengeposkan CEK kepada anda"
  • Ini adalah HELAH LAMA, apa yang perlu anda Tanyakan ialah Apa Nombor Cek, Tarikh Cek dan Tarikh di Pos.
  • Jika Mereka berkata benar, mereka akan sedia bekerjasama memberikan Maklumat yang di minta, jika mereka Berbohong, akan banyak lagi ALASAN di gunakan bagi mengelak memberi jawapan.
No.3..."Saya tidak mahu Bayar..ada kesilapan berlaku"
  • Jika Pelanggan berkata demikian, itu menunjukkan mereka sudah ada NIAT tidak mahu membayarnya, jadi anda perlu lakukan SIASATAN SEGERA dan PASTIKAN apakah KESILAPAN yang di katakan berlaku.
  • Setelah DI KAJI SELIDIK, pastikan anda menghantar JAWAPAN SECARA BERTULIS kepada mereka dengan PENJELASAN YANG TEPAT (jika benar berlaku)
  • Dan minta PENGESAHAN mereka untuk Pembayaran.
No.4..."Saya belum terima INVOIS anda"
  • Ini juga HELAH LAMA, untuk mengelakkan HELAH ini di guna-pakai, 
  • Setelah menghantar INVOIS pastikan Pegawai anda memeriksa dengan menalifon pihak pelanggan samaada mereka menerima nya 
  • Dan pastikan Nama Pegawai yang menjawap panggilan tersebut dengan Maklumat seperti Tarikh dan Masa Panggilan di buat.
  • Maklumat ini boleh di guna-pakai apabila ALASAN tersebut di gunakan.
No.5..."Saya sudah pulangkan INVOIS" (kerana beberapa kesalahan maklumat)
  • Mungkin Pelanggan anda memberikan ALASAN yang benar dan kerana itu pastikan Syarikat anda menghantar INVOIS yang TEPAT & BETUL
  • Pastikan INVOIS di periksa dengan TELITI oleh Pegawai yang berbeza bagi memastikan tiada Kesilapan berlaku
  • Ini untuk mengelakkan Masaalah lambat untuk menerima Pembayaran
No.6..."Bos sedang bercuti dan Cek belum di tanda-tangani"
  • Mungkin ALASAN ini benar dan anda perlu memastikan untuk mendapatkan Maklumat yang lebih Sahih
  • Samaada dengan cuba menghubungi Bos berkenaan atau
  • Cuba dapatkan tarikh kepulangan beliau dan pastikan anda menghubungi nya pada tarikh yang di sebutkan.
No.7..."Bos atau Pengarah Meninggal Dunia"
  • Ini mungkin kejadian benar, jadi anda perlu lakukan TUNTUTAN menurut Kaedah Undang-Undang untuk mendapatkan Pembayaran.
  • Supaya Pihak Syarikat mereka di maklumkan lebih awal mengenai sebarang TUNGGAKAN yang wujud dengan Syarikat anda
No.8..."Syarikat kami dalam Proses Penutupan Perniagaan atau Bankrupsi"
  • Pastikan anda lakukan SIASATAN SEGERA untuk mendapat Kesahihan nya
  • Jika benar berlaku pastikan Peguam anda di arah untuk membuat TUNTUTAN segera
  • Jika terlambat kemungkinan pembayaran untuk anda tidak mencukupi dari Harta Syarikat yang akan di lelong.
No.9..."Anda harus menunggu sehingga kami selesai membayar kepada Pembekal dari Syarikat yang lebih Besar"
  • ALASAN ini TIDAK BOLEH DI TERIMA LANGSUNG
  • Pastikan anda berhubung dengan Pemilik Syarikat tersebut secara langsung dan terangkan kembali TERM OF PAYMENT yang telah di persetujui 
  • Jika mereka memberi banyak ALASAN, pastikan KES tersebut di berikan kepada Peguam anda.
No.10..."Kami dalam Proses menukar Bank"
  • Perkara seperti ini JARANG BERLAKU dan mungkin hanya satu HELAH
  • Pastikan anda berikan Cara Pembayaran dengan Kaedah lain yang boleh anda terima seperti menggunakan Kad Kredit.
  • Jika mereka JUJUR mereka akan menerima Cadangan anda tersebut.
  • Kerana itu adalah di galakkan untuk setiap Syarikat untuk menerima Cara-Cara Pembayaran selain menggunakan CEK
  • Seperti Pembayaran secara ONLINE atau melalui Pihak Ketiga yang di lantik oleh Pelanggan
ULASAN
  • Itulah sebabnya di dalam setiap URUS NIAGA perkara mengenai CARA PEMBAYARAN harus di perbincangkan dengan pelanggan terlebih dahulu termasuk Risiko-Risiko yang perlu di tempuh jika PEMBAYARAN GAGAL di lakukan.
  • Agar semua Pihak JELAS dengan dengan kedudukan masing-masing dan akan mengurangkan pelbagai RISIKO PEMBAYARAN LAMBAT.
  • Dan kedudukan Pelanggan juga harus DI KAJI SELIDIK sebelum bersetuju untuk memberikan PEMBELIAN secara KREDIT.
editor

REVIEW #29 : ISO STANDARD DENGAN PERNIAGAAN - Post #219

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #219


ISO STANDARD DENGAN PERNIAGAAN
APAKAH KEPENTINGAN NYA KEPADA PERNIAGAAN


DEFINASI ISO
  • Adalah berasal daripada Singkatan Nama INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDIZATION atau IOS
  • Tetapi di beri Singkatan Nama ISO untuk MENYERAGAMKAN SEBUTAN untuk Semua BANGSA MANUSIA yang di dasarkan dari Perkataan Greek Kuno iaitu "ISOS" yang bermaksud 'EQUAL" atau "SAMA".
  • Langkah ini untuk MEMADANKAN TUJUAN Pertubuhan ini yang ingin MENYERAGAMKAN sesuatu PROSES dan KAWALAN MUTU untuk di jadikan sebagai STANDARD atau KAYU UKUR untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berulang.
MENGAPA ISO INI PERLU
  • STANDARD atau KAYU UKUR tersangat perlu di dalam Kehidupan Manusia bagi memastikan sesuatu Pekerjaan yang akan di lakukan secara BERULANG dapat di lakukan dengan TEPAT & BETUL seperti mana yang telah di TETAPKAN dari awal.
  • STANDARD bukan sahaja wujud di dalam KEHIDUPAN tetapi wujud di dalam segala URUS TADBIR PERNIAGAAN yang pelbagai JENIS, SEKMEN dan SEKTOR PERUSAHAAN.
  • Dimana dengan wujudnya STANDARD yang SERAGAM mengenai sesuatu HAL atau PROSES maka ia akan dapat mengawal sesuatu Proses ULANGAN di lakukan dengan MUTU yang BERTEPATAN.
APA KEDAERAHAN ISO
ISO di perlukan dalam banyak kedaerahan yang berkaitan dengan MUTU untuk sesuatu:
PROSES
  • PEMBUATAN
  • PERALATAN
  • KESELAMATAN
  • KEBOLEHAN
  • KELICINAN
  • PERUBAHAN
  • PENGUBAH-SUAIAN
MELALUI PENGIKTIRAFAN:
  1. ISO 9001 - QUALITY atau MUTU
  2. ISO 14001 - ENVIRONMENT atau PERSEKITARAN
Agar semua Proses-Proses untuk melakukan nya dapat di kawal agar dapat di lakukan sepertimana sesuatu itu di ciptakan dan Di Dokumentasi kan menurut Kedaerahan agar mudah di fahami oleh Pihak Pengguna.

FAEDAH-FAEDAH ISO KEPADA
1...PERNIAGAAN
2...PENCIPTA
3...PELANGGAN
4...KERAJAAN
5...PEGAWAI DAGANG KERAJAAN
6...NEGARA MEMBANGUN
7...PENGGUNA
8...MANUSIA
9...BUMI


MAKSUD SENARAI DI ATAS

1...PERNIAGAAN
  • Apabila sesuatu STANDARD telah di guna-pakai di Seluruh Dunia, semua Pembekal Bekalan bahan dan Produk akan dapat MENYEDIAKAN sesuatu SPESIFIKASI Bahan dan Produk itu MENURUT STANDARD ISO yang di tetapkan.
  • Dengan langkah ini setiap PERUSAHAAN akan dapat Mengenal-Pasti LEBIH AWAL Apakah sesuatu KEPERLUAN Spesifikasi untuk Bahan dan Produk yang di kehendaki oleh sesebuah Syarikat dan Pelanggan.
  • Dan STANDARD ISO ini juga telah MEMBUKA banyak PELUANG PERSAINGAN yang sihat di kalangan Pengilang, Pembekal Bahan dan Produk.

2...PENCIPTA
  • Bagi setiap Pereka-Cipta pula, mereka juga menggunakan MAKLUMAT STANDARD ISO untuk membina sesuatu Teknologi yang Baharu berdasarkan Spesifikasi Maklumat yang di sediakan oleh ISO.
  • Dengan Penyediaan Maklumat melalui Standard ISO ini, mereka mampu untuk MENGHASILKAN MUTU CIPTAAN kearah yang lebih canggih dan bermutu dari rekaan-rekaan yang sebelumnya.
3...PELANGGAN
  • Melalui Penyeragaman sesuatu Standard pada sesuatu Produk seawal Proses Pembuatan telah memberikan Pelanggan PILIHAN yang MELUAS untuk memilih sesuatu produk.
  • Dengan ini PASARAN akan menjadi lebih KOMPETITIF di kalangan Pembuat dan Pembekal untuk MENGHASILKAN sesuatu produk yang BERMUTU.
4...KERAJAAN
  • Pihak Kerajaan pula akan MUDAH untuk MERANGKA sesuatu AKTA untuk Melindungi Pengguna dan Pelanggan melalui MAKLUMAT yang di sediakan oleh ISO.
  • Dan akan lebih MUDAH untuk MENGESAN sesuatu PEMBUATAN BAHAN atau PRODUK yang tidak MENEPATI STANDARD ISO.
5...PEGAWAI DAGANG KERAJAAN
  • Setiap Pegawai Perdagangan di setiap Negara juga akan dapat memainkan peranan untuk MENGEMBANGKAN sesuatu PERINDUSTRIAN di dalam Negara Masing-Masing melalui MAKLUMAT yang wujud di dalam STANDARD ISO.
  • Dimana setiap MASAALAH TECHINICAL mengenai Pembuatan sesuatu produk itu dapat di kenal-pasti melalui STANDARD ISO dan ini akan mengurangkan RISIKO untuk membenarkan sesuatu Perniagaan beroperasi di dalam Negara masing-masing.
6...NEGARA MEMBANGUN
  • Bagi Negara-Negara yang sedang MEMBANGUN pula, Bidang PERINDUSTRIAN yang mereka bangunkan akan mendapat FAEDAH yang tepat kerana mereka akan mendapat Maklumat yang TERPERINCI mengenai SPESIFIKASI sesuatu Produk untuk tujuan EXPORT dengan mengikuti STANDARD PEMBUATAN ISO.
  • Dengan MAKLUMAT tersebut, Negara membangun akan dapat MERANGKA apakah JENIS INDUSTRI yang harus di beri TUMPUAN di dalam Negara mereka dan dapat BERSAING dengan Negara-Negara Maju yang sediaada.
7...PENGGUNA
  • Dengan WUJUD nya STANDARD ISO ini, Pihak Pengguna tidak perlu merasa KHUATIR lagi mengenai aspek-aspek Kesihatan, Keselamatan dan sesuatu MUTU Produk yang mereka gunakan.
  • Kerana melalui STANDARD ISO, semua Isu-Isu tersebut telah di KAWAL dan di KESAN sebelum PROSES PEMBUATAN nya lagi.
8...MANUSIA
  • Secara KESELURUHAN nya, STANDARD ISO telah MEWUJUDKAN Penciptaan Bahan-Bahan dan Produk-Produk yang BERMUTU.
  • Dengan langkah tersebut semua Kehidupan MANUSIA akan lebih terjamin daripada pembuatan dan penggunaan Bahan-Bahan serta Produk-Produk yang berbahaya kepada MANUSIA 
9...BUMI
  • PLANET BUMI juga dapat DI PELIHARA daripada Unsur-Unsur Pencemaran UDARA, AIR, TANAH serta akan BEBAS daripada Gas-Gas dan Toksid-Toksid Buangan yang berbahaya.
  • Kerana UNSUR KAWALAN di dalam sesuatu PEMBUATAN BAHAN & PRODUK akan TERTAKLUK di dalam KAWALAN yang di WUJUDKAN melalui STANDARD ISO melalui PENJAGAAN ALAM.
editor

Friday, April 29, 2011

REVIEW #28 : HARTA INTELEK - Post #218

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #218


HARTA INTELEK
APA YANG DI MAKSUDKAN SEBAGAI HARTA INTERLEK


HARTA INTELEK atau INTELECTUAL PROPERTY
Memberi MAKSUD bahawa sesuatu ILHAM HASIL KERJA atau KREATIVITI yang DI REKA-CIPTA untuk sesuatu KEGUNAAN di dalam PERNIAGAAN atau sesuatu BIDANG SENI yang di berikan HAK EXCLUSIVE oleh Undang-Undang kepada:
  • Orang yang Mereka-Cipta nya secara INDIVIDU atau
  • Kepada SYARIKAT yang MEMILIKI HAK terhadap sesuatu REKAAN 
Oleh itu HARTA INTELEK ini TERBAHAGI kepada Dua (2) Bahagian:
  1. INDUSTRIAL PROPERTY atau HARTA PERUSAHAAN
  2. COPYRIGHTS atau HAKCIPTA
1...INDUSTRIAL PROPERTY 
Meliputi Perkara-Perkara yang MEMBERIKAN HAK (Rights) terhadap:
  • Patents - Berkaitan dengan  Perekaan Produk, Alat, Cara, Bahan, Proses Perindustrian
  • Trademarks -Berkaitan dengan Jenama, Nama, Ayat, Logo, Bunyi-Bunyian, Bau-Bauan, Gambar dalam sesuatu Perniagaan.
  • Industrial Designs - Berkaitan dengan Rupa Bentuk, Reka Bentuk, Kerangka Bentuk sesuatu Peralatan dalam Perusahaan.
  • Geographic Indication - Berkaitan dengan ASAL USUL sesuatu Bahan atau Produk yang hanya Wujud di sesuatu Kawasan tertentu dan HAK di berikan terhadap Kawasan Asal Usul tersebut.
2...COPYRIGHTS 
Pula meliputi Perkara-Perkara yang MEMBERIKAN HAK (Rights) terhadap:
  • Literary - Berkaitan dengan Hasil Kerja Penulisan Seni seperti Sajak, Puisi, Pantun, Novel, Cerpen, Drama, Filem, Musik dan juga Pementasan Drama 
  • Artistic Works - Berkaitan dengan Hasil Seni seperti Lukisan, Forografi, Lukisan Pelan Bangunan, Reka Bentuk Bangunan
TUJUAN MEWUJUDKAN HAK EXCLUSIVE YANG DI LINDUNGI UNDANG-UNDANG
  • Bertujuan untuk MENGIKTIRAF sesuatu HAK REKA-CIPTA yang di hasilkan oleh Individu atau Syarikat sebagai SUMBER PENDAPATAN terhadap MASA dan PELABURAN yang telah mereka korbankan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan.
  • Melalui HAK tersebut yang secara EXCLUSIVE, tidak akan ada Pihak lain yang di benarkan untuk MENIRU atau MENCETAK-ROMPAK Hasil Ciptaan mereka TANPA KEBENARAN.
  • Dimana KESEMUA jenis HASIL REKA-CIPTA telah DI WARTAKAN SEBAGAI UNDANG-UNDANG DI SELURUH DUNIA.
KESEMUA HAK REKA-CIPTA ini adalah di bawah Naungan sebuah Organisasi yang di namakan sebagai:
WORLD INTERLECTUAL PROPERTY ORGANISATION (WIPO) dan di daftarkan pada Tahun 1970 atas usaha Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)
Dimana WIPO sentiasa bekerja sama dengan semua Badan-Badan Pendaftaran HAK dari seluruh Dunia bagi melakukan segala kerja-kerja Pendaftran dan Pemantauan.

MASAALAH UTAMA YANG MASEH WUJUD
  • MASAALAH UTAMA yang maseh WUJUD hingga ke hari ini ialah TAHAP KESADARAN Orang Ramai daripada Para peniaga, Usahawan dan Pengguna MASEH BELUM TERDIDIK untuk MENGHARGAI dan MENGHORMATI HARTA-HARTA INTELEKTUAL seperti ini.
  • Dimana USAHA seseorang PENCIPTA kepada sesuatu JENAMA, PRODUK dan PERKHIDMATAN tidak DI ANGGAP PENTING sehingga melakukan PENIRUAN dan CETAK ROMPAK hanya untuk mengambil KEUNTUNGAN daripada HASIL KARYA Orang lain.
  • Perbuatan mereka ini sama sekali tidak MENGHIRAUKAN segala AKTA HAKCIPTA yang telah DI JADIKAN sebagai UNDANG-UNDANG di seluruh Dunia.
editor

REVIEW #27 : PENGARUH GAYA PENGURUSAN - Post #217

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #217


PENGARUH GAYA PENGURUSAN
APAKAH KESAN KEPADA PERNIAGAAN


GAYA PENGURUSAN banyak DI PENGARUHI oleh Pendidikan dan Pendedahan seseorang PENGURUS terhadap apa juga Tindakkan yang di lakukan nya.
Dimana di seluruh Dunia sememangnya MENGALAMI GEJALA atau PERMASAALAHAN yang sama di mana-mana Urus Tadbir sesebuah PENGURUSAN yang samaada berbentuk Syarikat, Pertubuhan, Agensi Kerajaan dan Pentadbiran Negara.


APA ITU GAYA PENGURUSAN
  • GAYA PENGURUSAN adalah TINDAKKAN yang di lakukan oleh seseorang Pengurus dan Pentadbir terhadap Organisasi yang di terajui oleh mereka.
  • Segala TINDAKKAN yang di lakukan itu pula AKAN MENCERMINKAN segala PENGARUH PENDIDIKAN dan PENDEDAHAN yang di terima oleh mereka sebelum ini.
APA ITU PENGARUH YANG MEMPENGARUHI
  • PENGARUH adalah Unsur-Unsur atau Elemen yang telah MENCORAKKAN PEMBENTUKAN PEMIKIRAN seseorang Pengurus melalui PENDIDIKAN yang di pelajari dari mana-mana Institusi sehingga mereka itu berjaya meraih Ijazah-Ijazah Pendidikan.
  • PENGARUH ini juga wujud dari SISTEM PENGAJARAN yang di GUNA-PAKAI oleh Institusi-Institusi yang mereka sertai, dan membentuk Suatu Pengaruh berdasarkan FALSAFAH yang di percayai oleh sesebuah Institusi tersebut.
  • PENGARUH seperti ini juga di jadikan sebagai TRADEMARK sesebuah Institusi untuk MEMBENTUK MINDA Pelajar-Pelajar mereka dan di jadikan sebagai KEKUATAN dan PENGENALAN dari mana seseorang itu mendapat PENDIDIKAN nya.
SEBAGAI CONTOH
Ini adalah Link kepada Contoh Senarai Universiti yang berjaya mengeluarkan Graduan Pengurusan Terbaik di seluruh Dunia dan cuba perhatikan Nama-Nama Universiti dan Negara yang terlibat : 
PERTAMA:
Ada Empat (4) Negara UTAMA yang mengungguli 10 Universiti TERATAS seperti :
  • AMERIKA - Dengan 9 Universiti 
  • ENGLAND - Dengan 1 Universiti
  • FRANCE - Dengan 1 universiti
  • SINGAPORE - Dengan 4 Universiti
Dan di ikuti oleh Senarai Negara yang memiliki 100 Universiti Terbaik Dunia:-
  • CHINA - Dengan 1 Universiti
  • CANADA - Dengan 6 Universiti
  • SPAIN - Dengan 1 Universiti
  • INDIA - Dengan 1 Universiti
  • SWITZERLAND - Dengan 1 Universiti
  • AUSTRALIA - Dengan 3 Universiti
  • ITALY - Dengan 1 Universiti
  • NETHERLANDS - Dengan 1 Universiti
KEDUA
  • Setiap Negara yang memiliki UNIVERSITI yang terlibat akan MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN PEMIKIRAN melalui FALSAFAH yang DI ADAPTASI oleh Universiti yang berkenaan.
  • Yang pula akan sedikit sebanyak DI PENGARUHI oleh CARA dan GAYA PEMIKIRAN sesuatu Bangsa dari Rakyat Negara-Negara yang terlibat.
  • Juga akan DI PENGARUHI oleh JENIS PERINDUSTRIAN yang wujud dan di jalankan di dalam Negara-Negara terbabit.
KETIGA
  • Setiap Negara UTAMA Pengeluar Graduan-Graduan tersebut secara TIDAK LANGSUNG telah MEMPENGARUHI GAYA PENGURUSAN yang di miliki oleh Graduan-Graduan mereka, yang pula mengadaptasikan nya di dalam Tugas & Tanggung Jawap mereka sebagai Pengurus-Pengurus di dalam Syarikat-Syarikat di Seluruh Dunia.
  • Oleh yang demikian, adalah tidak memeranjatkan jika kita dapat melihat Syarikat-Syarikat yang di TADBIR URUS oleh Graduan-Graduan daripada Universiti-Universiti yang Unggul mempamerkan GAYA PENGURUSAN yang BERBEZA-BEZA
KESAN BAIK KEPADA SYARIKAT
  • Walaupun kebanyakan di antara PENGURUS-PENGURUS mempamerkan GAYA PENGURUSAN yang berbeza-beza kerana mereka DI HASILKAN daripada UNIVERSITI yang berlainan Negara, tetapi mereka TETAP MENGGUNAKAN TERAS ILMU-ILMU PENGURUSAN PERNIAGAAN yang tidak jauh berbeza di antara Universiti dengan Universiti yang lain.
  • Yang BERBEZA hanyalah GAYA atau CORAK dan PENDEKATAN yang di guna-pakai bagi melaksanakan sesuatu STRATEGI PERNIAGAAN yang menjadi Tugasan masing-masing.
  • Dan PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN yang di terima oleh mereka sewaktu mereka maseh belajar.
  • Ini semua akan MENYUMBANG kepada BANYAK KEBAIKAN kepada Syarikat-Syarikat yang MENGGAJIKAN mereka atau yang mereka MILIKI sendiri.
KESAN BURUK KEPADA SYARIKAT
  • Jika Para LULUSAN dari Universiti-Universiti seperti ini di ambil bekerja DI SYARIKAT YANG SALAH atau oleh MAJIKAN yang TIDAK TAHU MENAHU mengenai Ilmu Pengurusan.
  • Dimana segala ILMU PENGURUSAN mereka tidak dapat DI TERIMA oleh Syarikat kerana KEDAIFAN Pemilik-Pemilik Syarikat.
  • Jika perkara seperti ini berlaku, Pengurus-Pengurus LULUSAN Universiti ini akan bertindak BERHENTI KERJA atau mereka TIDAK MENGGUNAKAN ILMU yang di pelajari di dalam Tugasan yang di beri.
  • Dan akhirnya Pihak Syarikat juga yang akan mengalami KERUGIAN kerena tidak tahu untuk MENGHARGAI BAKAT-BAKAT seperti ini.
SIKAP NEGATIF PEMILIK SYARIKAT KERANA FALSAFAH YANG SALAH
  • Sikap NEGATIF Pemilik Syarikat terhadap LULUSAN-LULUSAN yang di sebutkan itu adalah BERPUNCA daripada SIFAT KE-EGO-AN mereka sebagai PEMILIK yang merasakan mereka LEBIH UNGGUL daripada Para Lulusan tersebut.
  • Lantas mereka MERAGUI segala USAHA yang di usahakan oleh Para Pengurus Lulusan tersebut walaupun ada di antara mereka sebagai Pemilik yang TIDAK BERPENDIDIKAN yang FORMAL mengenai Perniagaan.
  • Perkara seperti ini BANYAK BERLAKU di Negara-Negara yang sedang membangun atau yang di dalam Proses Pembangunan untuk menjadi Negara Maju seperti di Negara Dunia Ketiga
  • Dimana KESELURUHAN RAKYAT nya tidak begitu TERDEDAH dengan PENDIDIKAN URUS-TADBIR PERNIAGAAN yang SANGAT MAJU di dalam Sistem Pendidikan nya.
  • Jadi mereka MASEH LAGI berpegang dengan FALSAFAH PENGURUSAN PERNIAGAAN yang LAMA atau hanya di dasarkan daripada PENGALAMAN YANG DI RASAI di dalam Persekitaran yang mereka diami sahaja.
  • Itu mungkin BAIK untuk mereka PADA MASA ITU dan DI DALAM KEADAAN itu sahaja, dimana mereka TIDAK AKAN DAPAT membawa KELUAR Taraf Perniagaan mereka ke Tahap yang lebih MAJU dan akan GAGAL untuk BERKEMBANG.
ULASAN
  • Perkara ini pula Di Istilah-kan sebagai GAGAL untuk MENGHARGAI HARTA INTELEK yang di miliki oleh seseorang.
  • Dan GAGAL untuk MENGHORMATI Kewujudan ILMU-ILMU PENGURUSAN yang Lebih Maju dan yang Lebih Canggih
RUMUSAN
Perkara mengenai ISU ini menjadi TAJUK pada Posting kali ini KERANA apa yang berlaku pada hari ini seperti FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN untuk MENJAYAKAN sesebuah PERNIAGAAN banyak BERPUNCA daripada KEGAGALAN Para Peniaga dan Usahawan untuk;
  • MEMAHAMI ILMU-ILMU PENGURUSAN PERNIAGAAN dari Sudut Pemikiran yang Tepat & Betul.
  • MEMAHAMI Peranan KARYAWAN di antara USAHAWAN.
  • MEMAHAMI Fungsi KARYAWAN di dalam PERNIAGAAN.
  • MEMAHAMI Fungsi USAHAWAN terhadap Golongan KARYAWAN.
AKHIR nya PERNIAGAAN mereka akan menerima KESAN BURUK nya dan sebagai Pemilik Perniagaan anda AKAN mengalami KERUGIAN.

editor

Thursday, April 28, 2011

REVIEW #26 : MODEL GAYA KEPIMPINAN - Post #216

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #216


MODEL GAYA KEPIMPINAN
YANG PERLU ANDA FAHAMI DAN KETAHUI


APA ITU GAYA KEPIMPINAN
  • GAYA KEPIMPINAN ialah Corak atau Tabiat Menguruskan Pentadbiran sesebuah Syarikat oleh Orang-Orang yang dari berlainan Bangsa, Negara dan Pendidikan yang DI PENGARUHI oleh Faktor Kebudayaan Bangsa dan Pendidikan yang mereka miliki.

MODEL GAYA KEPIMPINAN
Model Gaya Kepimpinan saya bahagikan kepada pecahan yang berikut:
  • Gaya Kepimpinan Orang Eropah (termasuk gugusan Eropah & British)
  • Gaya Kepimpinan Orang Amerika
  • Gaya Kepimpinan Orang Jepun & Korea
  • Gaya Kepimpinan Orang Negara China
  • Gaya Kepimpinan Orang Gugusan Melayu
Kesemua GAYA KEPIMPINAN ini bukan di dapati dengan KAJIAN YANG TERPERINCI tetapi segala Fakta & Data di dapati dari Percampuran dan Pengalaman-Pengalaman ketika berurusan dengan Orang-Orang dari kaum yang di sebutkan, semoga ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu Peniaga dan Usahawan yang ingin meluaskan Usahasama Perniagaan mereka ke Peringkat Antara Bangsa.


1...GAYA KEPIMPINAN EROPAH
  • Lebih Mengutamakan MUTU KERJA yang di lakukan agar memperolehi HASIL yang MENEPATI SASARAN.
  • Semua Pekerjaan harus di lakukan menurut ETIKA PEKERJAAN yang telah DI SUSUN RAPI atau STANDARD KERJA yang di tetapkan. Ini juga sebab PIAWAIAN atau STANDARD di pelopori oleh Orang-Orang Eropah.
  • Mereka lebih Bersopan Santun dan Amat menghormati Hak Individu sebagai Seorang Manusia yang BEBAS (yang bukan lagi bertaraf HAMBA)
  • Di dalam mengejar Matlamat & Sasaran Syarikat, mereka lebih gemar memberikan Motivasi atau Semangat kepada Pekerja dengan memperuntukkan pelbagai Imbuhan sebagai Tanda TERIMA KASEH mereka kepada Pekerja.
  • Sangat berhati-hati dengan Undang-Undang.
2...GAYA KEPIMPINAN AMERIKA
  • Lebih Mengutamakan HASIL KERJA yang di lakukan dalam MASA yang di tetapkan dan tidak akan menerima ALASAN jika gagal.
  • Lebih menyukai Pekerja-Pekerja yang Berani, Berinovasi, Kreatif serta Cekap melakukan Tugas yang di berikan.
  • Lebih cenderung mengunakan FAKTA & DATA untuk menganalisa sesuatu permasaalahan dengan mengadaptasikan Teknologi Tinggi dan bukan berdasarkan Maklum Balas yang di dengar sahaja.
  • Mereka lebih TEGAS dan lebih TERBUKA di dalam MELUAHKAN PERASAAN seperti Marah atau pun Suka, kerana itu mereka lebih cenderung menggunakan Perkataan-Perkataan yang agak KERAS di dalam apa juga suasana.
  • Mereka juga seperti Orang Eropah dengan memberi PUJIAN kepada orang-orang yang di lihat Berjaya melakukan sesuatu Kejayaan tanpa berselindung.
  • Mereka kan melakukan apa sahaja untuk berjaya di dalam menghasilkan sesuatu kejayaan
3...GAYA KEPIMPINAN JEPUN & KOREA
  • Lebih mengutamakan MASA BEKERJA dan tidak suka Membuang Masa
  • Mereka sangat RAJIN dan Tidak Mementingkan TARAF JAWATAN untuk melakukan sesuatu Pekerjaan.
  • Mereka akan Bertungkus-lumus untuk menyelesaikan sesuatu Masaalah yang timbul dengan bekerja secara BERKUMPULAN sehingga masaalah dapat di atasi.
  • Bersifat Tidak Terbuka dalam mengeluarkan Pendapat tetapi lebih cenderung melakukan di dalam sesi Perbincangan yang khusus.
  • Mereka Bekerja dengan Konsep KESATUAN iaitu setiap pekerja adalah Institusi Syarikat dan semua Pekerja harus mengutamakan Matlamat & Sasaran Syarikat daripada kepentingan peribadi.
  • Mereka amat Kurang untuk memberi Pujian tetapi akan memberi lebih Kepercayaan dengan Tugas yang lebih mencabar.
  • Setiap pekerja baharu harus bermula daripada BAWAH dengan Konsep Pendidikan Ilmu yang menyeluruh.
  • Juga sangat berhati-hati dengan Undang-Undang
4...GAYA KEPIMPINAN CHINA
  • Lebih mengutamakan HASIL PENDAPATAN yang boleh di raih daripada apa yang di lakukan
  • Juga seperti Orang Jepun & Korea sangat mementingkan MASA 
  • Soal MUTU adalah Soal Kedua asalkan mereka berjaya menghasilkan sesuatu dengan keadaan yang mereka miliki.
  • Tidak bersifat Terbuka dalam mengeluarkan Pendapat, lebih gemar di dalam keadaan yang Tertutup.
  • Sangat RAJIN bekerja tetapi lebih mengutamakan Kesihatan Diri dengan tidak mengabaikan Soal Makan dan Minum yang di tetapkan.
  • Mereka bekerja untuk mensejahterakan Keperluan Keluarga dan Bangsa
  • Boleh dan berani melanggar Undang-Undang jika perkara itu akan membuat mereka berjaya untuk merealisasikan Matlamat & Sasaran.
No.1 hingga No.4
  • Jika berlaku sebarang Permasaalahan akan melakukan BRAINSTORMING di kalangan mereka untuk mendapatkan Jalan Penyelesaian secara Mutlak
  • Dan menjadikan SEJARAH sebagai RUJUKAN untuk Pembangunan seterusnya.
5...GAYA KEPIMPINAN MELAYU
  • Tidak ada yang begitu PASTI Corak Kepimpinan mereka
  • Di kategorikan sebagai BAHARU MEMULAI SISTEM PEKERJAAN di dalam Semua Industri Perniagaan.
  • Dengan Corak Kepimpinan yang bercampur-campur dengan semua MODEL Kepimpinan yang ada.
  • Dimana Kepimpinan Melayu di dalam Dunia Pengurusan Perniagaan maseh lagi di Tahap MENCARI KONSEP YANG SESUAI.
  • Ini di sebabkan oleh Sistem PENDIDIKAN yang terlalu banyak SUMBER yang tidak TERTUMPU kepada SISTEM yang TERTENTU.
  • Dan maseh banyak lagi Unsur-Unsur NEGATIF di dalam Pemikiran Orang Melayu yang menjadi PENGHAMBAT kepada Proses-Proses KEMAJUAN di dalam menjalankan Perniagaan. (telah banyak di hurai melalui Posting yang lalu)
ULASAN
  • Kesemua Model-Model Kepimpinan yang di huraikan sekali lagi di tegaskan, ia bukan merupakan sesuatu Maklumat yang MUTLAK kerana ISU ini jika di lihat dari pelbagai Sudut Pemikiran Manusia yang Berbilang Bangsa akan memberikan Pendapat dan Pandangan yang berbeza-beza.
  • Hanya Orang-Orang yang memiliki Pengalaman Bekerja dengan kaum-kaum yang di sebutkan sahaja akan dapat MERASAKAN kebenaran nya.
  • Akan tetapi, ia maseh boleh di jadikan Bahan Rujukan Kasar untuk mengenal-pasti Corak-Corak Kepimpinan Antara Kaum yang wujud di Peringkat Antara Bangsa.
  • Dimana maklumat-maklumat seperti ini amat penting bagi seseorang peniaga dan usahawan untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka ke peringkat Antara Bangsa.
  • Selainnya harus pula di rujuk dari Sumber-Sumber Lain bagi melengkapi pengetahuan mengenai Corak Kepimpinan yang ada.
RUMUSAN
  • PENGETAHUAN dan PEMAHAMAN mengenai Corak Kepimpinan di dalam Dunia Perniagaan ini adalah salah satu daripada Cabang Ilmu BUSINESS KNOWLEDGE MANAGEMENT.
  • Dan ia tidak harus di pandang remeh oleh Para Peniaga dan Usahawan yang ingin mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat Antara Bangsa.
  • Kerana KNOWLEDGE IS POWER atau PENGETAHUAN ITU ADALAH KEKUATAN
editor