Friday, February 25, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #20 - Post #133

TIPsNIAGA.COM Posting #133


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #20
PERANG HARGA
Apa Yang Perlu Anda Lakukan.....


PERANG HARGA sering berlaku dan di lakukan dimana-mana kawasan perniagaan yang wujud PERSAINGAN diantara perniagaan yang dijalankan dalam Sekmen yang sama, seperti antara :-










SEKMEN POPULAR
  • RESTORAN / KEDAI MAKAN
  • KEDAI RUNCIT SERBANEKA
  • KEDAI PAKAIAN
  • KEDAI SOLEKAN & DANDANAN WANITA
  • KEDAI GUNTING
  • KEDAI JAHITAN
  • KEDAI KASUT
  • KEDAI CENDERA HATI
  • KEDAI BUKU / MAJALAH
  • KEDAI JAMU & UBAT-UBATAN HERBAL
  • KEDAI DOBI
  • KEDAI TELEFON
  • KEDAI EMAS
  • KEDAI PERABUT
  • KEDAI PERKAKAS RUMAH TANGGA
  • KEDAI PERTUKARAN WANG ASING
  • PASARAYA / HYPERMARKET
  • DAN PELBAGAI LAGI....
TETAPI PERANG HARGA tidak akan wujud jika TIDAK ADA diantara PENIAGA yang memulakan nya.
Jika PERANG HARGA itu wujud, maka PENIAGA yang memulakan nya mesti ada PERANCANGAN yang telah di susun daripada awal untuk mengatasi PESAING PERNIAGAAN. Dan antara sebab-sebab nya ialah :-
NIAT BAIK
  • INGIN menghabiskan LEBIHAN STOK
  • INGIN mengurangkan STOK
  • INGIN menambah HASIL JUALAN
  • INGIN memperbaharui STOK
ATAU
NIAT TIDAK BAIK
  • MAHU memberi tekanan kepada PESAING
  • MAHU menggugat perniagaan PESAING
  • MAHU menarik / mencuri pelanggan PESAING
  • MAHU mengurangkan POPULARITI PESAING
  • MAHU membuat kerugian pada PESAING
APA PERLU ANDA LAKUKAN
Jika anda hanya BERDIAM DIRI, maka JUALAN anda akan terjejas sewaktu PERANG HARGA berlangsung. Ini disebabkan PELANGGAN akan pergi berbelanja ke Premis yang menawarkan POTONGAN HARGA.

LANGKAH PERTAMA
  • Sebaiknya, anda harus bertindak PANTAS dengan MENYELIDIK apakah BARANGAN yang di tawarkan dengan POTONGAN HARGA, anda boleh menyuruh atau mengupah orang lain untuk pergi ke Kedai-Kedai tersebut dan mengambil segala MAKLUMAT TAWARAN HARGA mereka.
LANGKAH KEDUA
  • Selepas itu, anda lakukan SEMAKAN samaada yang di jual itu JENIS PRODUK yang POPULAR atau pun JENIS PRODUK LAMA. 
  • KENAL PASTI apakah TUJUAN PESAING anda melakukan POTONGAN HARGA.
  • Jika Produk-produk POPULAR tersenarai dalam Potongan Harga, maka anda TERPAKSA MENURUT HARGA tersebut jika ia benar-benar TIDAK melepasi MARGIN KEUNTUNGAN, jika tidak Produk anda yang sama akan tidak dapat di jual langsung. Potongan harga seperti ini adalah bercorak PROVOKASI terhadap perniagaan anda.
  • Tetapi jika mereka membuat penurunan HARGA pada Stok barangan yang lama dan tidak popular, anda tidak perlu khuatir kerana langkah itu bertujuan untuk menghabiskan Stok.
  • Ini adalah LANGKAH MENGENAL PASTI TUJUAN dan CARA UNTUK MENGATASI TEKANAN daripada PESAING anda.
LANGKAH KETIGA
  • JIKA di dapati benar PESAING anda melakukan POTONGAN HARGA hanya semata-mata untuk MEROSAKKAN PERNIAGAAN PESAING, anda boleh bersepakat dengan RAKAN NIAGA yang dari SEKMEN yang sama untuk bersemuka dan membuat RUNDINGAN secara baik dengan PENIAGA sebegitu.
  • Jika mereka tidak memberi KERJASAMA di dalam menjalankan perniagaan secara HARMONI, ada banyak lagi Option atau CARA untuk menghentikan PERBUATAN PERANG HARGA dengan TUJUAN merosakkan PERSAINGAN seperti ;-
  • Rujukkan perkara tersebut kepada PEMBEKAL / PENGELUAR PRODUK, dan minta mereka CAMPUR TANGAN, kerana Pihak Pengeluar memiliki HAk untuk menentukan Harga Kawalan.
  • Atau anda boleh rujukkan kepada KEMENTERIAN yang mengeluarkan LESEN untuk sebarang PROMOSI POTONGAN HARGA.
  • Jika dua langkah tersebut tidak berjaya untuk menghentikan NIAT TIDAK BAIK peniaga tersebut, anda boleh melakukan COUNTER ATTACK atau SERANG BALAS dengan melakukan JUALAN POTONGAN HARGA yang lebih rendah tetapi HARUS DILAKUKAN dengan PERKIRAAN YANG BAIK. Jika tidak perniagaan anda akan HANCUR.
  • TETAPI, jika sesuatu itu sampai kepada PENGETAHUAN Kementerian Hal Ehwal Pengguna, jika sesuatu PROMOSI POTONGAN HARGA tidak memiliki LESEN, peniaga terbabit akan di hadapkan ke Mahkamah di bawah Peruntukan Undang-Undang yang sediaada.
PERSATUAN PENIAGA SETEMPAT
Dibanyak Negara, PENIAGA-PENIAGA yang berniaga di sesuatu TEMPAT / KAWASAN / BANGUNAN akan secara rasmi nya menubuhkan PERSATUAN PENIAGA SETEMPAT yang bertujuan untuk MENGELAKKAN segala GEJALA KURANG SIHAT seperti :-
  • PERANG HARGA YANG TIDAK MUNASABAH
  • MENGAWAL HARGA JUALAN
  • PENYERAGAMAN HARGA UNTUK PRODUK TERTENTU
  • MENDAPATKAN SUMBER BEKALAN YANG SAMA
  • MENDAPATKAN HARGA BEKALAN YANG RENDAH
  • SALING BANTU MEMBANTU DALAM SEMUA URUSAN
  • MENGAWAL KENAIKAN KADAR SEWA DARI PIHAK PEMILIK 
  • MELAKUKAN PROMOSI SECARA BERSAMA / KOLEKTIF
Ini adalah TUJUAN ASAS penubuhan Persatuan Setempat, jika ianya wujud maka segala gejala yang kurang sihat dapat di elakkan daripada berlaku.

RUMUSAN
Oleh yang demikian, sebagai PENIAGA anda perlu mengetahui apakah cara-cara yang sediaada untuk menjalankan perniagaan secara harmoni di sesuatu tempat / kawasan / bangunan sebagai LANGKAH MENCEGAH segala perbuatan yang melanggar ETIKA PERNIAGAAN.

Dan sebagai PENIAGA, anda tidak harus memencilkan diri dan perniagaan anda TETAPI anda perlulah membina perhubungan yang baik sesama PENIAGA di PREMIS yang sama.
KERANA semua PENIAGA BERKONGSI PELANGGAN yang sama di tempat / kawasan / bangunan yang sama.

editor

No comments:

Post a Comment