Sunday, February 13, 2011

DECISION MAKING #2 - Post #101

TIPsNIAGA.COM Posting #101

DECISION MAKING #2
Bila Terbaik Memula & Menutup Perniagaan


Sebenarnya kedua-dua perkara ini jarang di ajar atau di beritahu oleh para Konsultan perniagaan kerana ia sangat sensitif kepada Usahawan di sebabkan pelbagai perkara psikologi.
Tetapi saya sebagai Editor TIPsNIAGA.COM bukan mahu mengajar sesiapa untuk menentukan bila mereka harus membuka atau menutup perniagaan mereka. TIPsNIAGA.COM berfungsi sebagai Pangkalan DATA PERNIAGAAN. 
Maka segala Data-Data akan di penuhi dengan semua Aspek Perniagaan dari pelbagai sudut, dimensi dan amalan, samada yang baik mahupun yang buruk.


Decision Making adalah salah satu dari ribuan syarat untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya di bidang masing-masing, tanpa Decision Making anda tidak boleh berbuat apa-apa!...Begitulah kuatnya pengaruh Decision Making kepada sesiapa juga.


BILA MASA TERBAIK MEMULAKAN PERNIAGAAN
Dalam hal ini ramai yang menggunakan khidmat ramalan dan pakar-pakar tarikh terbaik untuk memulakan perniagaan seperti khidmat Feng Shui, Ahli Falak atau Bomoh-Bomoh yang menilik nasib.
TUJUAN Usahawan ini hanya satu, mereka mahu memulakan usaha mereka itu pada HARI yang terbaik supaya permulaan perniagaan mereka menepati segala Atmosfera.


Dalam Perniagaan ada Dua (2) Cara
  1. Tetapkan Tarikh Pembukaan & Bekerja menyiapkan segala urusan sebelum tarikh tersebut
  2. Bekerja menyiapkan segala urusan & keperluan & Bila selesai baharu di tetapkan Tarikh Pembukaan
Amalan Umum
Dalam ILMU PERNIAGAAN pula,  Syarat-Syarat untuk memulakan perniaagaan ialah apabila anda menepati perkara berikut:-
(contoh - pembukaan restoran)
  • Wang Modal sudah ada dalam tangan
  • Segala Perancangan telah di buat dan di susun rapi
  • Lokasi dan tempat telah di pilih serta telah di siapkan
  • Segala jenis Lesen telah di dapatkan
  • Semua keperluan pejabat dan operasi telah di siapkan
  • Pekerja yang di perlukan telah di dapatkan
  • Semua bekalan telah di kenal-pasti siapa Pembekal-Pembekal nya
  • Pemberitahu Pra-Pembukaan telah di maklumkan kepada Umum
  • Aturkan semua perkara dalam keadaan siap-sedia dan mampu beroperasi pada bila-bila masa.
Setelah mereka pasti segala persiapan telah dapat di lakukan dan menepati dengan segala syarat, baharulah mereka berfikir untuk menentukan Hari untuk memulakan perniagaan.


Secara LAZIM nya, ramai Usahawan yang berpengalaman akan memulakan Hari PEMBUKAAN pada Hari-Hari Bekerja, kerana dalam minggu hari bekerja sahaja akan ramai orang keluar bekerja dan jika di mulakan pada hari-hari bekerja ini, peluang untuk mendapatkan ramai pelanggan adalah lebih cerah daripada memulakan hari perasmian pada Hujung Minggu atau Hari-Hari Cuti.


Soal Fengshui atau Hari-Hari Bertuah adalah HAK Peribadi dan Kepercayaan untuk seseorang Usahawan, dan perkara tersebut tidak bercanggah dengan syarat memulakan hari perniagaan anda. Asalkan mereka melakukan semua perkara dengan betul.


BILA MASA ANDA HARUS HENTIKAN / TUTUP PERNIAGAAN
(contoh - restoran)
Jika berlaku sebarang kejutan di dalam perniagaan seperti kekurangan bilangan pelanggan samaada secara mengejut atau secara perlahan-lahan, apabila anda ingin membuat sesuatu keputusan yang drastik...anda pastikan Perniagaan anda telah lebih:-
  • 6 Bulan beroperasi dengan pendapatan di bawah paras MODAL HARIAN
  • Telah banyak tunggakkan sewa, gaji, bil-bil
  • Dan hal-hal lain yang berkenaan

Dan Kajian menunjukkan
  • Sukar untuk pulih
  • Tambahan Modal yang banyak
  • Kepercayaan pekerja & pelanggan sudah luntur
Lebih baik anda TUTUP perniagaan tersebut segera dan cuba beralih ke kawasan lain dan pastikan anda mampu untuk menyelesaikan segala tunggakkan hutang (jika ada) dengan menggunakan Wang Reserve seperti yang termaktub dalam Pelan Perancangan Awal Perniagaan (harus ada)


PERINGATAN

Setiap KEGAGALAN menjalankan Operasi Perniagaan di sesuatu tempat dan kawasan adalah di sebabkan oleh Kekurangan Maklumat pada peringkat awal perancangan mengenai:-
  • Kajian Penduduk
  • Rangkaian Kekeluargaan Penduduk
  • Suasana persekitaran
  • Kuasa Membeli Penduduk
  • Lokasi Strategik Kedai anda
JUGA berlaku selepas beroperasi
  • Mutu & Khidmat yang anda berikan tidak seperti yang di harapkan pelanggan
  • Jika Restoran - Mungkin makanan masakan restoran anda tidak sedap atau terlalu mahal bagi mereka.

 editor

No comments:

Post a Comment