Saturday, February 12, 2011

DECISION MAKING #1 - Post #100

TIPsNIAGA.COM Posting #100


DECISION MAKING #1 
Apa itu Decision Making dalam Perniagaan


DECISION MAKING atau MEMBUAT KEPUTUSAN adalah salah satu  perkara utama ketika menjalankan perniagaan anda, dimana setiap keputusan yang anda lakukan itu akan menentukan pula keadaan perniagaan anda pada masa-masa tertentu.
Decision Making ada jenis-jenisnya seperti membuat Keputusan dengan cara-cara berikut:-

  1. Keputusan dari kaedah TEGAS
  2. Keputusan dari kaedah FLEKSIBEL / BERHATI-HATI
  3. Keputusan dari kaedah TERBUKA / PENDAPAT RAMAI
  4. Keputusan dari kaedah UJI-KAJI / BERKOMPUTER
  5. Keputusan dari kaedah BERSISTEMATIK


TEGAS
Pembuat keputusan selalunya memerlukan maklumat yang sedikit dan dari maklumat tersebut ia akan membuat Keputusan segera tanpa membuang masa. 


Ini menggambarkan si pembuat keptusan itu sangat yakin pada diri sendiri dan berpegang teguh pada keputusan yang telah dibuat tanpa memerlukan sokongan ramai.
Sifat seperti ini harus ada dalam diri mana-mana CEO dan kebanyakan CEO syarikat-syarikat yang besar dan berjaya memiliki sifat ini.


FLEKSIBEL
Pembuat Keputusan jenis ini pula juga memerlukan maklumat yang sedikit untuk membuat keputusan dan sangat berhati-hati memilih kaedah membuat penyelesaian.


Mereka gemar mengumpul pilihan kaedah-kaedah menyelesaikan masaalah tetapi mereka juga gemar menukar pilihan apabila mendapat maklumat yang terbaru.
Sifat seperti ini kebanyakannya di amalkan oleh Pengusaha-Pengusaha Perniagaan yang kecil dan sederhana.




TERBUKA / PENDAPAT RAMAI
Pembuat Keputusan jenis yang ini pula suka mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin sebelum mereka berani membuat sebarang keputusan, mereka suka memilih keputusan yang terbaik berdasarkan segala maklumat yang di kumpul.


Mereka juga gemar melaksanakan segala keputusan secara terperinci dan membuat tindakkan lebih awal.
Sifat seperti ini gemar di lakukan oleh Ketua-Ketua Negara kerana mereka mempunyai ramai Penasihat.


UJI-KAJI / BERKOMPUTER
Pembuat Keputusan jenis ini suka mengumpul banyak maklumat dan akan membuat banyak pilihan bagi cara penyelesaian. 


Dan mereka juga suka menggunakan sistem komputer untuk melihat segala Data dan Fakta di canai dan membuat pemilihan yang terbaik berdasarkan Data dan Fakta yang wujud.
Sifat dan cara sebegini banyak di amalkan oleh para Saintis bagi membantu mereka membuat keputusan yang tepat.


BERSISTEMATIK
Pembuat Keputusan jenis ini pula selalunya menggunakan dua kaedah Uji & kaji dengan Terbuka bagi membuat keputusan. 


Mereka menyusun segala maklumat masaalah menurut tahap kesukaran dan akan memilih kaedah penyelesaian menurut tahapnya juga.
Sifat dan sikap seperti ini banyak di amalkan oleh Eksekutif di Perkhidmatan Awam.


RUMUSAN
Di dalam dunia perniagaan, cara untuk membuat keputusan harus cepat, tegas, tepat dan mantap. Dan ia perlu di lakukan seberapa pantas yang mungkin samaada anda seorang Pengerusi, Pengarah, CEO, Pengurus Besar, Pengurus dan Eksekutif Syarikat.


Kerana itu, OTAK anda harus di latih untuk bekerja mengumpul maklumat dan mencanaikan permasaalahan yang wujud dan dalam masa yang mencari ilham mendapatkan kaedah penyelesaian yang boleh di guna-pakai. 
Akhir sekali buat keputusan dan arahkan tindakkan susulan.


PERINGATAN
JANGAN buat sesuatu keputusan tanpa ada sesuatu maklumat yang lengkap, maksudnya segala maklumat harus jelas dan bukan samar-samar.


Jika maklumat tersebut maseh belum sampai kepada anda, anda harus dapatkannya dengan seberapa segera. Membuat keputusan yang lambat di kira tidak bagus dan membuat keputusan tanpa maklumat juga tidak baik untuk sesuatu keputusan.


editor

No comments:

Post a Comment