Showing posts with label psikologi perniagaan. Show all posts
Showing posts with label psikologi perniagaan. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #3 - Post #116

TIPsNIAGA.COM Posting #116


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #3
TRADE SHOWS
Apakah TUJUAN di adakan.....


TRADE SHOWS atau PAMERAN PERDAGANGAN selalunya di anjurkan dan di adakan oleh AGENSI-AGENSI KERAJAAN di bawah kelolaan seperti KEMENTERIAN PERDAGANGAN dan KEMENTERIAN PERTANIAN yang bertanggungjawap terhadap segala kemajuan para peniaga di dalam Negara masing-masing. 


Langkah ini untuk memberi peluang-peluang perniagaan yang lebih luas kepada para Peniaga Tempatan.
Jika ianya di anjurkan oleh Syarikat-Syarikat LUAR itu memberi maksud bahawa Pameran tersebut telah di sokong secara DASAR oleh pihak Kerajaan.


KENAPA TRADE SHOWS DI ADAKAN

  • Ia di adakan sebagai langkah Pihak Kerajaan membuka PINTU dan PELUANG PERNIAGAAN kepada peniaga-peniaga bagi mempromosi, memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada PASARAN yang LEBIH LUAS samaada dari DALAM atau dari LUAR NEGARA.


  • BARANGAN dan PERKHIDMATAN yang di lakukan melalui TRADE SHOWS selalunya yang berbentuk BAHARU, INOVASI BAHARU atau sebagai pemangkin untuk meluaskan hubungan perdagangan diantara Peniaga dan Negara-Negara yang di undang menyertainya.

APA KELEBIHAN NYA PADA PENIAGA

  • Melalui TRADE SHOWS, selalunya pihak penganjur akan mempelawa pelbagai Syarikat dan Para Peniaga samaada dari dan Luar negara untuk menyertainya untuk memberi PELUANG kepada kedua-dua pihak agar dapat MENJALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN secara lebih aktif.
  • Dimana jika sesuatu Barangan Tempatan maseh belum menembusi PASARAN ANTARABANGSA, maka melalui TRADE SHOWS sebegini mereka berpeluang untuk berbuat demikian.
  • Dengan CARA ini, setiap Peniaga dari kedua-dua belah pihak dapat MENJANA PEMASARAN dan PENJUALAN dan MEWUJUDKAN kesinambungan perniagaan masing-masing kearah dimensi yang baharu.
  • Jika Para peniaga yang terlibat BIJAK untuk mengambil PELUANG-PELUANG yang wujud melalui TRADE SHOWS, maka perniagaan mereka akan berkembang maju menerusi permintaan yang tidak dijangkakan sebelum ini.

KEBURUKAN YANG ADA
Cuma ada sedikit sahaja KEBURUKAN menyertai TRADE SHOWS sebegini...

  • WANG PENYERTAAN dan SEWA TAPAK yang tinggi
  • BARANGAN atau PRODUK yang ingin di pamerkan HARUS MENEPATI PIAWAIAN atau STANDARD ANTARABANGSA.
  • SUKAR mencari RAKAN NIAGA yang benar-benar berpotensi serta JUJUR dan itu adalah tanggungjawap anda sendiri untuk menentukannya, bukan pihak penganjur.
SARANAN
Sebelum anda menyertai apa juga TRADE SHOWS, pastikan anda melakukan perkiraan yang betul dengan menyelidiki POTENSI sesebuah TRADE SHOWS itu seperti:-
  • Siapa Penganjurnya
  • Di mana LOKASI di adakan
  • Berapa kali dalam setahun ia di adakan
  • Siapa yang menyertainya
  • Negara-Negara mana yang di undang
  • Berapa Wang / Yuran Penyertaan dan Kadar Sewa Tapak Pameran
  • Jenis-Jenis Perniagaan yang menyertainya
Setelah menyelidiki semua ini, anda perlu membuat PENILAIAN YANG JUJUR serta IKHLAS terhadap segala KEMAMPUAN Syarikat anda untuk menyertainya dari segi:-
  • KEMAMPUAN KEWANGAN
  • KEMAMPUAN PRODUK
  • KIRA-KIRA UNTUNG-RUGI jangkamasa pendek dan panjang jika menyertainya.

Anda perlu berlaku JUJUR didalam melakukan PENILAIAN terhadap KEMAMPUAN Syarikat anda ini, jika tidak anda mungkin terjerumus dengan perbelanjaan yang tidak perlu serta MERUGIKAN jika TRADE SHOWS yang di adakan itu tidak akan memberi apa-apa IMPAK kepada perniagaan anda.






RUMUSAN
TRADE SHOWS sebenarnya amat baik dan berguna untuk setiap Peniaga atau Pengusaha untuk menembusi sesuatu PASARAN di dalam atau Luar Negara dengan menyertainya.

TETAPI penyertaan anda perlu di ukur melalui PENILAIAN YANG JUJUR supaya TUJUAN SEBENAR mewujudkan TRADE SHOWS yang bermatlamat MEMBANTU dan MENOLONG membuka Pasaran serta Peluang Perniagaan benar-benar menepati SASARAN pihak Kerajaan dan Penganjur.

BUKAN bertujuan untuk MEMBEBANKAN Para Peniaga yang terpaksa membelanjakan sejumlah PERUNTUKAN WANG untuk menyertainnya tanpa memperoleh apa-apa keuntungan.


NOTA :-
TRADE SHOWS adalah STRATEGI PEMASARAN

editor

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #2 - Post #115

TIPsNIAGA.COM Posting #115


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #2
YEAR END SALES
Di Sebalik TABIR...


Apabila kita menghampiri penghujung tahun, seluruh Negara akan di gemparkan dengan Iklan dan Promosi YEAR END SALES (YES) oleh kebanyakan Gedung-Gedung Membeli Belah, Pasaraya dan Hyper/Supermarket. 


Mereka seolah-olah berlumba-lumba untuk menjual produk masing-masing di bulan itu sahaja. Dan para pelanggan juga tidak mahu melepaskan peluang sedemikian kerana ada diantara barang jualan itu benar-benar murah dan menjimatkan.




KENAPA DI ADAKAN YEAR END SALES
Ada beberapa sebab yang melanda pihak penganjur seperti:-
  1. Lebihan STOK BARANGAN yang maseh belum terjual sepanjang 9-10 bulan yang lalu
  2. Untuk MENGURANGKAN BEBAN TANGGUNGAN terhadap Stok tersimpan
  3. Untuk MENGHABISKAN Produk yang ada TEMPUH TAMAT seperti MAKANAN.
  4. Untuk MENGAMBIL KESEMPATAN Sambutan Tahun Baharu.
PENJELASAN
No.1
  • Selalunya Pihak Syarikat akan MEMBELI Stok sesuatu Produk dengan 5% LEBIH BANYAK UNJURAN SEBENAR. Kerana hal tersebut, dalam kamajuan 9-10 bulan yang lalu mereka akan meneliti dan mengkaji hasil penjualan mereka seperti yang di JANGKAKAN.
  • Dan jika berlaku LEBIHAN STOK ketika menuju penghujung tahun, mereka HARUS HAPUSKAN STOK tersebut melalui KAEDAH atau STRATEGI YEAR END SALES.
  • Langkah ini akan MEMBAWA Kewangan Syarikat ke landasan yang TEPAT seperti yang di sasarkan sebelum ini. 
  • Dan HARGA yang di tawarkan melalui YES juga tidak akan menjejas Margin KEUNTUNGAN yang mereka tetapkan. Ini bermakna YES hanya bertujuan MENGHAPUSKAN STOK atau SIMPANAN LEBIHAN.
No.2
  • Jika pihak Syarikat tidak melakukan AKTIVITI YES, maka lebihan STOK yang ada akan menjadi TANGGUNGAN hingga ke tahun yang berikutnya dan perkara ini TIDAK BAIK dan di dalam SISTEM KEWANGAN menggambarkan PERANCANGAN YANG TIDAK CEKAP.
  • BOS-CEO yang bijak akan mengarahkan melakukan penjualan melalui YES supaya AKAUN SYARIKAT mereka kelihatan CANTIK dan MENGUNTUNGKAN di dalam LAPORAN, lebih-lebih lagi jika Syarikat mereka ada atau wujud ramai PEMEGANG SAHAM.
No.3
  • Ada juga Produk yang di jual melalui kaedah YES ini di sebabkan oleh TEMPUH TAMAT sesuatu Produk itu semakin DEKAT dan pihak Syarikat menggunakan kesempatan tersebut untuk menghabiskan Stok-Stok seperti ini.
  • Jika Tempuh Tamat terlalu hampir, kebanyakan syarikat akan mempromosikannya dengan HARGA yang lebih MURAH daripada biasa. 
  • Langkah itu di lihat sebagai JAMINAN Stok-Stok tersebut akan LARIS di jual ketika YES berlangsung.
No.4
  • YEAR END SALES di pilih pada HUJUNG TAHUN kerana pada di dalam BULAN di hujung tahun ini, ramai orang akan menyambut HARI KRISMAS dan TAHUN BAHARU. Dimana secara kebiasaannya akan ramai orang berbelanja untuk membeli keperluan yang baharu untuk seisi keluarga mereka.
  • YES selalunya bermula dipertengahan Bulan NOVEMBER dan berakhir di pertengahan Bulan JANUARI pada setiap tahun.
  • Faktor lain yang di guna-pakai ialah kebanyakan pada hujung tahun akan ramai kaum pekerja menerima BONUS TAHUNAN samaada sebagai pekerja ataupun dari sesuatu PELABURAN. 
  • Kerana sebab-sebab ini juga pihak penganjur YES yakin mereka akan berjaya melakukan jualan secara besar-besaran di sebabkan KUASA MEMBELI  (buying power) itu wujud di kalangan pelanggan.

RUMUSAN
Oleh yang demikian, YEAR END SALES sebenarnya BUKAN DI TUJUKAN kepada PENGGUNA ataupun PELANGGAN....tetapi ia DI TUJUKAN untuk PENGUSAHA-PENGUSAHA Gedung Membeli Belah dan Pasar-Pasaraya supaya mereka DAPAT MENEPATI UNJURAN PENJUALAN yang di tetapkan di dalam Perancangan AWAL.


Jika mereka tidak mengambil kesempatan sebegini, itu bermakna penjualan mereka telah menepati sasaran sebelum memasuki Bulan yang Kesepuluh dan mereka tidak memerlukan JUALAN YES.
Jika mereka mengambil kesempatan YES pun, mereka tidak akan ada sesuatu yang menarik untuk di promosikan secara agresif dan hanya menjalankan penjualan yang biasa terhadap stok-stok yang berlainan atau hanya mengambik kesempatan di waktu orang ramai sibuk untuk berbelanja.


Di dalam mana-mana Negara, HASIL JUALAN secara sepadu sewaktu YES ini sahaja akan MENYAMAI perbelanjaan orang ramai semasa berbelanja sepanjang 10 Bulan yang sebelumnya. Itu menunjukkan KEMAMPUAN MEMBELI orang ramai adalah di HUJUNG TAHUN!


YEAR END SALES adalah berlainan TUJUAN dan MAKSUD dengan aktiviti JUALAN seperti:-
  • STOCK CLEARANCE SALES
  • CLOSING DOWN SALES
  • PROMOTION SALES
  • MEGA SALES
  • NEW OPENING SALES
Semua ini pula di lakukan untuk hal-hal yang tertentu di luar MUSIM YEAR END SALES.


NOTA:-
YEAR END SALES dan yang lain-lain Promosi Sales adalah termasuk di dalam STRATEGI JUALAN.

editor